TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM| Baru-baru ni Mat Remos berkesempatan beriadah sambil meninjau-ninjau keindahan alam semulajadi di Taman Botani Negara Shah Alam. Luas sangat kawasan taman ni. Penat Mat Remos berjalan. Ni pun tak semua kawasan Mat Remos pergi. Berikut antara tempat-tempat yang Mat Remos ronda. Mana tau hujung minggu ni ada juga antara pembaca Projek Travel nak ke sana kan.
Taman Haiwan
Taman haiwan ini meliputi kawasan seluas 72 hektar. Ia juga adalah antara tempat kegemaran pengunjung untuk melihat secara dekat haiwan-haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung kakaktua, burung merak, burung merpati, arnab, landak dan lain-lain lagi.
Taman Hiasan
Taman Hiasan ini telah diilhamkan oleh Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian Malaysia pada 1986. Di sini pengunjung boleh melihat pelbagai jenis bunga dan tanaman pokok renek. Melalui Menara Pandang Jauh pengunjung boleh melihat pemandangan landskap yang menarik. Taman Hiasan juga sesuai di jadikan sebagai lokasi untuk merehatkan minda.
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
Di Rumah Iklim Empat Musim (RISEM) pengunjung berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini.
BULAN | KUTUB UTARA | KUTUB SELATAN |
MUSIM | ||
Disember - Februari Mac – Mei Jun – Ogos September - November | Salji Bunga Panas Gugur | Panas Gugur Salji Bunga |
Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman
Di Taman Rempah Ratus & Minuman, pengunjung dapat mengetahui kelebihan dan kebaikan tumbuhan-tumbuhan yang ada. Tumbuh-tumbuhan ini ditanam dikawasan bukit seluas 16 hektar . Antara tumbuhan yang terdapat di Taman Botani Negara Shah Alam adalah :
- 1# Teh
- 2# Kopi
- 3# Lada hitam
- 4# Buah pala
- 5# Kulit kayu manis
Taman Padi
Kehijauan sawah padi yang terbentang di Taman Padi pasti memberikan gambaran menarik alam semula jadi kepada pengunjung. Terdapat juga Bangsal Serbaguna dan Gelanggang Sepak Takraw sebagai salah satu Tapak Hari Keluarga.
Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan
Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan dibangunkan untuk memberi pengetahuan tentang tumbuhan herba dan ubatan kepada para pengunjung. Landskap menarik dan berwarna-warni tambahan penyeri taman ini.
Kemudahan Di Taman Botani Negara Shah Alam
Peta dan penunjuk arah untuk memudahkan pengunjung
Kiosk jualan makanan dan minuman
Perkhidmatan sewa basikal
Perkhidmatan bas di dalam taman. Perkhidmatan bas ini adalah percuma.
Ruang meletak kenderaan bagi memudahkan para pelawat meletak kenderaan mereka.
Bayaran yang dikenakan kepada pelawat adalah RM3 untuk kereta,
RM1 untuk motosikal dan RM5 untuk bas.
Kadar Bayaran Di Dalam Taman Botani Negara Shah Alam
PERKARA | KADAR HARGA (1 Unit @ 1 Hari) | |
HARI BIASA | H. MINGGU / KELEPASAN AM | |
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN | ||
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun) | RM 3.00 | |
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun) | RM 1.00 | |
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas) | RM 1.00 | |
Pelawat berumur 6 tahun dan ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kurang Upaya | Masuk Percuma | |
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM | ||
Musim Lain | Musim Salji | |
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas) | RM 3.00 | RM 5.00 |
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun) | RM 1.00 | RM 3.00 |
Pelawat berumur 4 tahun dan ke bawah dan Orang Kurang Upaya | Masuk Percuma | |
PENGINAPAN | ||
Penginapan Kg Idaman | RM 80.00 | RM 100.00 |
BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN | ||
Kereta | RM 3.00 | |
Motorsikal | RM 1.00 | |
Bas | RM 5.00 | |
LAIN-LAIN BAYARAN | ||
Dewan Makan Kg Idaman (1 Unit) | RM100.00 | |
Tapak Hari Keluarga (7 lokasi) | RM 100.00 | |
Kolam Renang & Tepian Kolam | RM 600.00 | |
Caj Pengambaran | RM 1,000.00 |