PROJEK TRAVEL MENYOKONG PENUH USAHA AMAN PALESTIN DAN KELAB BLOGGER | Alhamdulillah, pada ahad lepas team Projek Travel telah dijemput untuk memeriahkan satu majlis di Hotel Bangi-Putrajaya.
Majlis tersebut adalah Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Tahniah kepada Kelab Blogger Ben Ashaari kerana dilantik menjadi Blogger rasmi Aman Palestin.
Majlis tersebut adalah Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Tahniah kepada Kelab Blogger Ben Ashaari kerana dilantik menjadi Blogger rasmi Aman Palestin.
Majlis ini dihadiri oleh Rakan-Rakan Korporat Aman Palestin, Hospital Az-Zahra, UniKL, Bank Rakyat, Penaja, PTS Publishing, Cosmoderm. Rakan-Rakan Media, blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, Rakan blogger lain. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Duta Aman Palestin, Maulana (AF), Heliza Helmi, dan Mr Bie.
Saudara Razi dari blog www.razzwey.com telah diamanahkan oleh Ben Ashaari untuk mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memberikan ucapan !
PELANCARAN BUKU DIARI SEORANG MUHAJIDAH
Pada majlis yang sama juga, Heliza Helmi telah merasmikan buku yang bertajuk Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria. Buku ini ditulis oleh dia sendiri dan Roziyah Mahamad. Buku ini ditulis untuk berkongsi tentang pahit manis pengalaman beliau sendiri sebagai sukarelawan .
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tu , bolehlah menempahnya secara online di Tempahan Buku Diari Seorang Mujahidah [klik]
Terima kasih kepada abnag Ben Ashaari kerana sudi menjemput kami bersama-sama untuk usaha baik ini. Tahniah lagi sekali dari Mat Remos dan team Projek Travel diatas perlantikan ini. Insyaallah semoga dipermudahkan hendakNya.
Facebook Aman Palestin : https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial
Website Aman Palestin : https://www.amanpalestin.net/