MUZIUM NEGERI TERENGGANU | Muzium yang terbesar di Malaysia ini diberi nama Muzium Negeri Terengganu. Muzium yang terletak di Bukit Losong ini menonjolkan reka bentuk bangunan yang sangat lama dengan ukiran yang kaya dengan unsur tradisi Istana Lama Negeri Terengganu.
Mat Remos sempat berkunjung ke muzium ini semasa lawatan bersempena Terengganu International Squid Jigging 2015 tempoh hari.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
KALENDAR AKTIVITI MUZIUM TERENGGANU 2015Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Clik here to view.

Muzium yang mempamerkan pelbagai bahan pameran terbahagi kepada beberapa galeri seperti tekstile, bahan sejarah, kraftangan, galeri di Raja, kesenian islam, seni kontenporari, senjata, pembangunan petroleum, galeri lautan dan banyak lagi yang jenuh kalau Mat Remos ingin sebutkan.
Yang menarik di Musiam Negeri Terengganu ini adalah apabila anda semua melangkah masuk, di bahagian pintu masuk, anda semua akan terpukau dek bahan pameran yang sangat dengan sinonim dengan Negeri Terengganu iaitu Batu Bersurat Terengganu. Batu lama yang bertulis dengan bahasa jawi lama ini sungguh tinggi bahasanya sehinggakan Mat Remos susah untuk memahami bait-bait ayat yang disampaikan.
Bagaimana Untuk Kesini
Anda semua boleh datang kesini dengan menggunakan bot yang berlokasi di Taman Tamadun Islam (TTI) atau dengan menggunakan jalan raya yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dari bandar atau menggunakan perkhidmatan teksi sekiranya untuk kesini.
Waktu Lawatan
Sabtu - Khamis / Cuti Umum
9.00 pagi - 12.00 tengahari & 3.00 petang -5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari & 3.00 petang -5.00 petang
TUTUP - hari pertama & kedua Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha
Harga Tiket
Warganegara Malaysia
Kanak-kanak - RM3.00
Pelajar berpakaian seragam RM1.00
Bukan Warganegara Malaysia
Kanak-kanak - RM10.00
____________________________________________
Lembaga Muzium Negeri Terengganu,
Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Latitude : 5.31982421875
Longitude : 103.1032485961914
Tel : 09-632 1200 | Faks: 09-626 6164
Website : museum.terengganu.gov.my
p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. Jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)