Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 507

MUSIM SAKURA, PANAS, LURUH DAN SEJUK DI JEPUN

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Musim Bunga Sakura
MUSIM SAKURA | Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.

Secara umumnya, jika cuaca sejuk, maka bunga sakura lambat berbunga tetapi jika cuaca panas, maka lebih cepat bunga sakura akan berbunga.Selepas,tempoh mekar tamat, bunga ini akan jatuh dari pokok. Angin yang kuat dan hujan boleh menyebabkan tempoh musim bunga sakura ini menjadi lebih pendek.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Musim Panas di Jepun
MUSIM PANAS | Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Musim panas di Jepun secara tipikal adalah sangat panas dan lembap kecuali di Hokkaido. Suhu pada waktu siang biasanya sekitar 30 ℃ - 35 ℃. Musim panas terdiri daripada empat peringkat. Awal musim panas, musim hujan (梅雨: [tsuyu]), musim panas kemuncak dan musim panas akhir tahun. Musim hujan terus dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai. Indeks suhu kelembapan pada waktu itu adalah sangat tinggi. Tetapi hujan ini sangat diperlukan untuk pertanian. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Musim Luruh di Jepun
MUSIM LURUH | Musim luruh di Jepun biasanya bermula pada awal bulan Oktober sehingga hujung bulan November. Biasanya musim luruh ini bermula di Hokkaido utara, secara beransur-ansur merebak ke hujung selatan kepulauan Jepun dalam masa 50 hari. Perubahan musim ini berlaku apabila suhu rendah pada waktu pagi adalah lebih kurang 6 darjah atau 7 darjah Celsius. Anda boleh menikmati pemandangan musim luruh ini selama 20 hingga 25 hari. Waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim luruh ini di bandar-bandar utama seperti di Osaka dan Tokyo adalah pada pertengahan bulan November.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Musim Sejuk di Jepun
MUSIM SEJUK | Seperti musim-musim yang lain, musim sejuk adalah antara musim yang paling ditunggu-tunggu oleh pelancong. Ini kerana pada waktu itu salji mulai turun dan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Musim sejuk di Jepun bermula pada akhir Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Kebiasaannya, apabila suhu mencecah bawah 0 darjah celsius, salji akan mula turun dan daun-daun mula gugur dari pokok hingga tinggal ranting sahaja. Suhu mengalami penurunan jika anda bergerak dari arah utara, ke kawasan pergunungan bahagian Utara yang mengalami salji dan musim sejuk yang lebih panjang.


Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Jepun, pastikan korang memilih masa yang sesuai kerana setiap musim pastinya menjanjikan pengalaman berbeza untuk korang. Jadi rujuk website ni untuk WAKTU SESUAI BERCUTI DI JEPUN [klik].

p/s : untuk pengetahuan korang, AirAsia X telah melancarkan laluan penerbangan terbaru mereka terus ke Hokkaido, Jepun. Rujuk entry PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN [klik] untuk info lanjut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 507