Pengalaman Menaiki ETS Dari Padang Besar | Kalau sebelum ini,kami di Projek Travel pernah berkongsi mengenai Jadual dan Tambang ETS ke Padang Besar [klik]. Kali ini kami ingin berkongsi pula pengalaman menaiki ETS dari Padang Besar yang sempat kami cuba sejurus seminggu baru dilancarkan beberapa bulan yang lalu.
![]() |
ETS_kredit foto Google |
Sebetulnya, admin naik dari Alor Star memandangkan balik kampung beraya. Pada fasa awal ETS Padang Besar- Kuala Lumpur hanya ada ETS Gold sahaja. Apa beza ETS Gold dan ETS Silver?
ETS Gold = Perjalanan sehala tanpa berhenti (hanya berhenti di stesen utama)
ETS Silver = Perjalanan sehala dengan berhenti di beberapa sub stesen negeri
Setiap tempat duduk ada kemudahan plug |
Ruang antara seat yang selesa |
So, kali ini admin naik dari Alor Star - Kuala Lumpur dengan harga tambang berjumlah RM 73.00 bagi jadual perjalanan selama hampir 4 jam iaitu bertolak dari jam 4.31 petang dan tiba pada jam 9.15 malam.
Jadual perjalanan dan Ketibaan ETS Gold Alor Star ke Kuala Lumpur
Alor Star - 4.31 Petang
Sg Petani - 4.51 Petang
Bukit Mertajam - 5.20 Petang
Butterworth - 5.30 Petang
Bukit Mertajam - 5.45 Petang
Parit Buntar - 6.00 Petang
Bagan Serai - 6.10 Petang
Taiping - 6.30 Petang
Kuala Kangsar - 6.45 Petang
Ipoh - 7.10 Petang
Batu Gajah - 7.20 Petang
Kampar - 7.35 Petang
Tapah Road - 7.42 Petang
Tanjung Malim - 8.20 Malam
Kl Sentral - 9.15 Malam
Kalau ditanya berbaloi ke tak , to be honest agak berbaloi dari segi keselamatan dan juga masa. Setiap pengangkutan, ada pro dan cons masing - masing.
Berikut merupakan kiraan perbandingan pengangkutan dari Alor Star - Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur - Alor Star
As for me , I will choose Kapal terbang, ETS dan keretapi sebab ketiga - tiga ni ada kekuatan masing - masing. Last choice would be Bus. Jadi terpulanglah dekat korang nak pilih yang mana. Janji selamat sampai ya!