Sambungan dari entry Eko Kelantan Dekat Je 2016 baru – baru ini. Buat anda yang tidak tahu, terdapat banyak khazanah yang terdapat di Gua Musang Kelantan ini
Kunjungan kami di Projek Travel kesini sangat beruntung kerana kami berjaya menemui Sang Gergasi yang berada di Gua Musang,Kelantan. Sang Gergasi yang dikenali sebagai Bunga Rafflesiainisebenarnya jarang sekali dapat dijumpai di kebanyakan hutan
Ini kerana bunga yang terbesar di dunia ini memerlukan ciri dan kawasan habitat yang sesuai untuk tumbuh hidup. Bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk mekar kembang dan akan jangka masa hidup Bunga Rafflesia hanyalah selama seminggu
Bunga Rafflesiaini terdapat di Kampung Redip , POS Hau , Gua Musangdi bawah jagaan orang asli di sini.Ternyata eksplorasi kami berbaloi. Dikatakan untuk menemui Bunga Rafflesia ini, anda perlu dapatkan maklumat mengenai pertumbuhannya terlebih dahulu. Jika tidak kunjungan anda ke sini hanyalah sia – sia
Untuk kesini, anda perlu menaiki pacuan 4 roda dari Bandar Gua Musang ke Kampung Redip. Perjalanan off- road selama 2 jam ini tidak berhenti disitu sahaja. Sampai sahaja di kampung ini, anda perlu mendaki kaki gunung selama 40 minit untuk ke Taman Rafflesia
Setibanya kami disini, kelihatan beberapa kuntum Bunga Rafflesia yang masih belum kembang dan ada yang sudah mati.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
akar Bunga Rafflesia |
Hampa seketika kerana sangkaan kami ,tidak akan berjaya menjumpai Bunga Rafflesia yang mekar kembang
Namun begitu , sangkaan kami ternyata tidak tepat kerana ada sekuntum bunga yang sudah kembang. Walaupun tidaklah begitu besar mengikut saiznya yang asal namun kami tetap gembira dan bangga kerana berjaya menemuinya
Pada kami yang baru pertama kali melihat Bunga Rafflesia ini secara dekat, saiznya ini sudah cukup membuktikannya sebagai Bunga yang terbesar di dunia.
Bagi anda yang ingin melihat Bunga Rafflesia ini, datanglah ke Gua Musang Kelantan kerana ada banyak fakta dan tempat menarik untuk diterokai !
Baca juga :
Terima kasih
Tourism Malaysia
Tourism Malaysia Kelantan