Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all articles
Browse latest Browse all 507

CARA-CARA UNTUK CHECK-IN DI KIOSK AIRASIA

$
0
0
Bagi orang yang biasa travel dengan AirAsia, mungkin tiada masalah untuk menggunakan perkhidmatan Kiosk untuk self check-in di airport. Hakikatnya, bila kita berada di airport especially di KLIA2, masih ada orang sebelah yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya macam mana nak buat self check-in dengan menggunakan kiosk AirAsia yang disediakan. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel terpanggil untuk berkongsi info ringkas berkaitan dengan cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Mudah-mudahan, selepas ni makin ramai yang tahu betapa mudahnya nak guna self check-in machine di airport.



Apakah kelebihan self-check in di kiosk AirAsia?

  1. Elakkan dari beratur panjang tunggu giliran
  2. Check-in dan print boarding pass dalam beberapa langkah mudah dan cepat
  3. Kemudahan kiosk yang disediakan di airports termasuklah di Malaysia (KLIA2), Thailand, Indonesia, Philippines, Singapore dan India


Masa untuk check-in?

Kita boleh start check-in bermula 14 hari sebelum jadual penerbangan ataupun selewat-lewatnya 1 jam sebelum jadual penerbangan.


Apa beza dengan check-in di website?

Kalau bimbang tak sempat sampai airport 1 jam sebelum penerbangan untuk check-in dan print boarding pass, lebih baik check-in melalui website. Time check-in tu, request untuk terima 2D barcode melalui smart phone. Then, bila sampai airport tak payah rushing untuk check-in. Hanya ke kiosk untuk scan barcode tadi dan print boarding pass.

Lagi satu teknik mudah untuk check-in melalui website adalah dengan print sendiri boarding pass siap-siap dari rumah. Kalau tiada printer, lebih baik request 2D barcode ataupun check-in di kiosk. Pilihan di tangan anda. Tapi saya lebih prefer check-in di kiosk.


Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia


1. Daaptkan booking number melalui email selepas urusan pembelian tiket selesai.




2. Lepas pilih bahasa semua, select booking number dan masukkan booking number



3. Check semua maklumat peribadi dan tick pada box yang sepatutnya. Tekan next sampai selesai!

4. Kalau untuk penerbangan antarabangsa, last sekali kena scan passport untuk verification

5. Click confirm dan tunggu boarding pass yang dicetak keluar. Settle!

6. Untuk check in luggage pun boleh terus print tag guna self check-in machine ni. Mudah!


Done! Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Nak lagi mudah, boleh just check-in guna smart phone. Tapi, make sure install apps AirAsia dalam phone. Buat urusan check-in dalam apps dan tak perlu print boarding pass. Automatik akan ada e-boarding pass dalam apps tadi. Bila nak masuk departure hall, just tunjukkan kad pengenalan (Passport untuk international flight) dan e-boarding pass tadi, dah boleh masuk. 


Actually banyak pilihan yang kita ada, Bergantung kepada cara mana yang paling mudah, cepat dan selesa bagi korang. Setengah orang suka beratur di kaunter untuk check-in, setengah orang pulak suka check-in di website dan print sendiri boarding pass dari rumah, dan ada juga yang prefer untuk guna self check-in machine di kiosk yang disediakan di airport. Korang yang mana satu?




Viewing all articles
Browse latest Browse all 507