Dah pernah baca perkongsian kami tentang pengalaman pelayaran bersama Superstar Libra ke Phuket dan Krabi? Kalau belum baca, boleh klik sini. Jadi, bila travel ke luar negara, soalan utama yang terpacul kat kepala otak ni adalah, "Apa pakej Internet untuk International Roaming terbaik di luar negara?" Jawapannya, panjang-lebar dah dihuraikan kat sini. Tapi, itu cuma untuk pengguna DiGi sahaja.
Jangan bimbang, kali ini kami ingin berkongsi tentang satu cara untuk anda connect to internet bila berada di Thailand. Ya, kami faham perasaan bila berada di negara orang tapi tak boleh nak access internet. Buntu dan bosan. Masing-masing sasau, haha. Ye lah, kami semua ni pantang berenggang dengan internet untuk update facebook, instagram dan juga twitter. Tapi, bila berada di luar kawasan, di luar negara, telefon pun kena activate flight mode takut-takut ada panggilan yang masuk. Nanti, tak pasal-pasal kena charge extra. Apatah lagi nak connect internet.
First thing first, bila sampai je di Patong, Phuket. Tempat pertama yang kami suruh tour guide cari adalah tempat beli simpack telefon. Pusing punya pusing, dia singgah di 7 Eleven. Fuh, jenuh jugak nak dapatkan simpack ni. Asalnya, dia cakap tak ada. Speaking omputeh pun dia tak faham. Last-last, gua speaking Kelate je,haha. Akhirnya, dapatlah juga beli simpack ni.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
TOURIST SIMPACK DI THAILAND |
Hah, ini lah dia rupa simpack yang kami beli. Kalau korang travel ke Thailand, salah satu cara nak kekal berhubung menggunakan internet, korang boleh beli Happy Tourist SIM Card daripada DTAC network. Hanya 299Baht dengan nilai di dalamnya ada 100Baht dan unlimited intertnet selama 7 hari sehingga 1.5GB. Ya, memang cukup dan berbaloi.
Maklumat penting TOURIST SIMPACK
- 7 hari unlimited 3G (1.5GB)
- 100Baht kredit panggilan. Sah untuk 35 hari
- Dual SIM card iaitu size standard dan juga size micro SD
- Free incoming call dan SMS. Selepas 7 hari, tambah nilai kredit untuk teruskan penggunaan
- 33 minit panggilan untuk panggilan antarabangsa menggunakan nombor 004 + 1 + kod kawasan + no telefon
Cara mengaktifkan SIM Card
- Masukkan SIM dan terima welcome SMS untuk confirmkan plan
- Dial *101*9# [call] untuk check balance.
- Dial *102*9# [call] untuk check nombor telefon anda
Kelebihan Happy Tourist SIM
- Tiada dokumen pendaftaran
- Instructions disertakan dalam 6 bahasa
- Hanya boleh diaktifkan di Thailand
- Hanya boleh digunakan bila tiba di Thailand
Kadar panggilan, SMS dan data
- Panggilan - 1.25Baht/minit
- SMS - 3Baht (domestik) dan 5Baht (Internasional)
- Excess data dikenakan caj sebanyak 10 Baht/MB.
Tethering
Kalau travel ramai-ramai, boleh share SIM card ni untuk connect internet ramai-ramai dengan fungsi tethering pada alat peranti. Jadi, korang boleh share internet dengan member-member atauapun dengan gajet korang yang lain macam ipad ataupun laptop.Paling best, di Thailang tiada sekatan apa-apa. Korang masing boleh layan Skype, Viber, iMessage, Line, What's App, Twitter, Facebook dan Instagram.
Ada masalah nak activate SIM?
Lepas korang masukkan SIM dalam phone, terima SMS dan masih lagi tak dapat connect internet. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan semak balik APN setting. Make sure, APN setting diubah seperti berikut:
APN name: www.dtac.co.th
username: (blank)
password: (blank)
authentication: PAP (if doesn't work with CHAP)
username: (blank)
password: (blank)
authentication: PAP (if doesn't work with CHAP)
Kalau cara ini pun tak dapat juga, pilihan terakhir adalah dengan cara buat panggilan kepada operator customer service DTAC.
Customer Service
dtac call center 1678 (press 77 for English)
Kalau operator cakap dalam bahasa Thailand, korang jangan cepat panik. Korang cakap je English. Automatic dorang pun akan tukar bahasa cakap English. Satu perkara yang harus puji pasal operator DTAC, mereka sangat membantu. Lepas call, tak lama lepas tu dorang akan call balik tanya dah ok ke tidak. Fuh, kagum!
Dan seterusnya, korang boleh layan internet sepuas-puasnya. Internet kat sana boleh tahan lajunya. Fuh, happy gila bila dapat internet,hahaha. Korang pun sama kan? keh3. Nak cek baki pulak, korang boleh dial *101*4*9# [call].
Setakat ini saja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan semoga ini dapat dijadikan rujukan bersama. Kami di Projek Travel, berbesar hati untuk berkongsi segala maklumat yang kami ada untuk kemudahan bersama. Korang yang ada nak share pasal simpack kalau travel ke luar negara, tak kira di Thailand atau di mana pun jua korang berada, boleh la share di ruangan komen. Mudah-mudahan, memberi manfaat kepada orang lain. Keep calm and travel around the world!