LOMBOK, Indonesia sudah tidak terlalu asing bagi kaki travel khususnya di Malaysia ni. Selain dari beberapa tempat popular di Indonesia, LOMBOK juga sudah menjadi salah satu destinasi wajib pergi bagi mereka yang sukakan percutian pulau.
LOMBOK
Sedikit maklumat mengenai LOMBOK, untuk pengetahuan anda; perkataan LOMBOK itu sendiri dalam bahasa Indonesia bermaksud cili atau cabai dan ia terletak di bahagian Nusa Tenggara Barat.LOMBOK digelar sebagai pulau 1,000 masjid kerana mempunyai banyak masjid dan 85 peratus penduduknya merupakan penganut agama Islam.
Sedikit maklumat mengenai LOMBOK, untuk pengetahuan anda; perkataan LOMBOK itu sendiri dalam bahasa Indonesia bermaksud cili atau cabai dan ia terletak di bahagian Nusa Tenggara Barat.LOMBOK digelar sebagai pulau 1,000 masjid kerana mempunyai banyak masjid dan 85 peratus penduduknya merupakan penganut agama Islam.
Populasinya lebih empat juta orang dan memiliki keindahan alam semula jadi pelbagai iaitu kawasan pergunungan seperti Gunung Rinjani (3,726 meter) hingga ke lautan dan ada kira-kira 20 pulau di sekitarnya dengan yang popular adalah Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.
1.0 GILI TRAWANGAN
Gili Trawangan merupakan lokasi wajib jejak jika berkeunjung ke bumi LOMBOK. Ia merupakan pulau yang terbesar dari ketiga pulau kecil atau gili yang terdapat di sebelah barat laut LOMBOK. Untuk ke Gili Trawangan, kami telah menaiki bot laju yang hanya memakan masa 10-15 minit dari Telok Kombal ke jeti Vila Ombak Hotel, dimana penginapan yang bakal kami inap untuk 2 malam ketika di sini.
1.1 Keindahan Saat Matahari Terbit / Terbenam
Apa yang lebih menarik dari dapat menikmati keindahan saat matahari terbit dan terbenam di sini. Berbaloi untuk anda bangun seawal 5.30 pagi semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit betul-betul di hadapan Vila Ombak Hotel.
Lihat sendiri dengan mata kasar anda, lapisan warna langit semulajadi yang cukup memukau.
1.2 Bebas Dari Kenderaan Bermotor
Photo : www.gili-hotels.com
Aneh !! dari hari pertama sampai hingga hari terakhir admin disini, tidak terlihat satupun kenderaan bermotor seperti kereta apatah lagi bas atau lori. Ianya mungkin aneh untuk kita, tapi tidak untuk masyarakat setempat kerana ini adalah peraturan mereka. Suasana di Gili Trawangan lebih sibuk dengan cidomo (kenderaan berkuda) bergerak ke sana ke mari mengangkut orang dan barang, selain ramai pelancong berbasikal.
1.3 Pantai Yang Bersih dan Air Yang Jernih
Kebersihan pantainya sangat boleh dipuji. Tidak hanya itu, pasir pantai yang halus dan putih, air di pantai yang jernih boleh membuatkan sesiapa saja terus ke bibir pantai tanpa berfikir berkali-kali. Sayang jika tidak diambil peluang yang ada untuk menikmati kejernihan air dan keindahan dasarnya.
"Demi sekeping gambar Instagram", inilah yang biasa kita dengar dari penggemar media social Instagram. Zaman sekarang ni siapa yang tiada aplikasi Instagram kan? Malah ada diantara mereka menjadikan Instagram sebagai punca pendapatan. Memiliki profile instagram dengan photo-photo yang cantik dan menarik sudah semestinya mengundang followers dan like yang tinggi.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar terutamanya di lokasi buaian yang menjadi landmark kepada Gili Trawangan itu sendiri. Dapatkan shoot yang terbaik dan kongsi ke Instagram anda.
1.5 Makan Malam Romantik 'by The Sea'
Bagi mereka yang datang bersama pasangan untuk berbulan madu, jangan lepaskan peluang yang ada untuk menikmati pengalaman 'Dinner by The Sea' yang cukup indah. Terlalu banyak restoran yang di sepanjang pantai yang menawarkan perkhidmatan ini. Apa yang anda dan pasangan boleh buat hanya pilih dan nikmati makan malam korang dengan penuh romantik.
Nantikan sambungan artikel berkenaan PERCUTIAN MENARIK DI LOMBOK INDONESIA.
Nantikan sambungan artikel berkenaan PERCUTIAN MENARIK DI LOMBOK INDONESIA.
Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program
Fam Trip Wisata Umum Pasar Malaysia Peninsula.
Kerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI)danKementerian Pariwisata Indonesia (Wonderful Indonesia)
25-29 Mac 2018, Lombok dan Bali.