Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 507

HALALBIHALAL: HIMPUNAN TERBESAR MASYARAKAT JAWA


Tempoh hari admin bersama beberapa orang blogger lain dari Malaysia termasuk media Singapura telah memenuhi jemputan majlis Halalbihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke X yang telah berlansung di Dataran Engku Putri, Batam. Walaupun Batam bukanlah tempat aslinya masyarakat Jawa seperti di kepulauan Jawa, tapi ia dikatakan sebuah majlis himpunan terbesar yang diadakan untuk meraikan masyarakat Jawa dari pelbagai lokasi tempat di seluruh Indonesia termasuk Malaysia.

URIP IKU URUP : HALALBIHALAL PAGUYUBAN AMONG WORGO JOWO (PUNGGOWO) KE 10

Untuk pengetahuan korang, majlis halalbihalal ini bertemakan Urip Iku Urup (dalam bahasa Jawa) yang mana ianya bermaksud, hidup itu harus bermanfaat. Tidak akan bererti hidup seseorang selagi tidak memberi manfaat kepada orang lain.


Ingat semboyan dan petuah tetua masyarakat Suku Jawa "Ngayemi Lan Ngayomono Samining Tumitah, supoyo Urip Iku Urup". Artinya, jadilah kita hidup dengan bermanfaat bagi diri sendiri, dan orang lain. Sehingga akan lebih bermakna dan berkah disisi Allah SWT,"

Majlis ini sudah semestinya dianjurkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim warga tempatan terutama warga Batam asal Suku Jawa di Kota Batam itu. Dan apa yang membanggakan mereka, jumlah keseluruhan pengunjung yang telah mengikuti majlis Halal bihalal tahun 2018 ini adalah sebanyak 162 ribu. Yang mana ianya lebih banyak daripada rekod MURI pada tahun lalu iaitu tahun 2017 dengan jumlah pengunjung 152 ribu orang. *jumlah ratusan ribu ini sudah semestinya jumlah yang cukup besar dan sangat berjaya.

Ki Lurah Penggowo Batam, HM Soerya Respationo berkata, "Pihaknya sangat bangga atas pencapaian dari rekod Muri tersebut. Sehingga patut untuk disyukuri, sebagai bentuk kekompakan masyarakatnya."
Apa yang menariknya, kita dapat melihat berbagai pertunjukkan-pertunjukkan seni tradisional Jawa seperti Reog, Kuda Lumping, tarian-tarian jawa, dan alunan-alunan musik tradisional Jawa yang berasal dari berbagai wilayah Jawa dan Sumatra dari booth-booth yang dibuka di sekitarnya.

Bantengan Maheso Wono

Atas permintaan, kami berpeluang menonton persembahan Turonggo Yaksoyang dikatakan dari Trenggalek untuk seketika. Kalau diikutkan, persembahan mereka boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Persembahan Tari Turonggo Yakso ini merupakan kesenian asli Trenggalek yang berbentuk spiritual. 

Turonggo Yakso

Awalnya kesenian ini berasal dari “Baritan” iaitu sebuah ritual yang dilakukan oleh masyarakat daerah Dongko sejak lama. Tari Turonggo Yaksoini menceritakan tentang kemenangan orang kampung dalam mengusir bahaya atau kemurkaan yang menyerang kampung mereka.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Apa yang lebih menarik, semasa menonton persembahan ini secara langsung. Kami dikejutkan dengan pemain alat musiknya disampuk. Perkara ini merupakan perkara yang biasa terjadi dalam persembahan spiritual ini. Ianya tidak terhenti disitu kerana ada juga beberapa orang dari pengunjung juga menerima nasib yang sama.

Bukan hanya persembahan budaya, disini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan asli masyarakat Jawa yang sudah susah untuk ditemui seperti makanan masyarakat jawa dari ratusan tahun yang lepas.

Terima kasih kepada pihak BP Batam kerana telah menjaga dan menaja seluruh perjalanan kami ketika berada di Batam, Indonesia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 507