Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 507

TIPS JIMAT MELANCONG DENGAN AIRASIA ASEAN PASS


TIPS JIMAT MELANCONG DENGAN AIRASIA ASEAN PASS | Kali ini, kami di #Projek Travel teruja untuk berkongsi satu lagi pakej menarik yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia iaitu Air Asia. Seperti sedia maklum, baru-baru ni pihak Air Asia baru saja melancarkan Air Asia ASEAN Pass. Mungkin dah ramai yang tahu pasal ASEAN Pass, mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi, kami nak berkongsi sedikit-sebanyak info mengenai ASEAN Pass untuk pengetahuan kita bersama especially kaki travel.



ASEAN adalah pertubuhan/kesatuan politik dan ekonomi negara serantau meliputi 10 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Brunei, Cambodia, Philippines, Laos, Myanmar dan Vietnam. AirAsia ASEAN Pass membolehkan kita semua untuk travel ke mana saja ke negara-negara ASEAN yang menjadi pilihan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Air Asia.

INFO


AirAsia ASEAN Pass adalah pas perjalanan yang membolehkan kita semua untuk booking tiket tambang promosi di AirAsia 14 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas untuk melancong ke 137 laluan di seluruh ASEAN.


Terdapat dua pakej utama iaitu RM499 untuk 10 kredit (sah untuk 30 hari) dan RM888 untuk 20 kredit (sah untuk 60 hari). Pendek kata, ASEAN Pass ni memang berbaloi dan sesuai untuk kaki travel yang sanggup ambil cuti panjang untuk menjelajah ke seluruh pelosok Asia Tenggara. Sebabnya, kita boleh berjimat dengan mendapatkan tiket dengan harga rendah (tidak terikat dengan harga semasa). Cuma perlu bayar tax sahaja.

Kelebihan AirAsia ASEAN Pass


  • Jumlah kredit yang dijamin untuk menebus penerbangan tanpa mengira perubahan tambang (bermakna, kita tahu jumlah yang akan kita belanjakan!)

  • Tiada bayaran pemprosesan semasa penebusan

  • Perolehi mata ganjaran BIG semasa perlepasan penerbangan

Bagaimana AirAsia ASEAN Pass berfungsi?



>>Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas<<

Beli

  • Klikdi sini
  • Pilih jenis AirAsia Asean Pass & buat bayaran 
  • Boleh diberikan kepada sesiapa/ tukar hak milik sebelum penebusan dibuat
  • Sedia untuk ditebus dan digunakan

Tebus

  • Klikdi siniuntuk menebus ASEAN Pass
  • Pilih jenis AirAsia Asean Pass untuk ditebus dan pilih tiket penerbangan
  • Buat bayaran khas - cukai dan bayaran cukai airport
  • Terima pengesahan untuk tempahan penerbangan
  • Naik taraf (jika perlu)

Kalau beli pakej RM499 yang sah dalam 30 hari dengan 10 nilai kredit, maksudnya kita kena habiskan semua nilai kredit dalam tempoh yang ditetapkan bermula dengan penerbangan pertama.

Contohnya:
  • Kuala Lumpur - Bandung (3 kredit)
  • Bandung - Singapore (1 kredit)
  • Singapore - Bangkok (3 kredit)
  • Bangkok - Kuala Lumpur (3 kredit)
Jadi, dengan menggunakan 10 kredit, kita dapat pergi ke 3 destinasi berbeza dan 3 negara di Asia Tenggara dengan syarat penerbangan mestilah dalam tempoh 30 hari bermula dari penerbangan yang pertama. Kalau rasa tak cukup dengan 10 kredit dan tempoh 30 hari, boleh pilih pakej 20 kredit untuk tempoh 60 hari. Lagi syiok untuk ronda-ronda satu ASEAN!


Untuk keterangan lanjut dan destnasi-destinasi pilihan yang lain, boleh layari laman web rasmi Air Asia di sini ASEAN PASS


Viewing all articles
Browse latest Browse all 507