Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 507

5 RESEPI MI SEGERA YANG MEMBUATKAN ANDA TERLIUR


5 RESEPI MI SEGERA YANG MEMBUATKAN ANDA TERLIUR | Bila sebut mi segera. admin pasti korang mesti ada cerita dengan mi segera ini. Kalau yang jenis duduk asrama, lagi pelbagai cerita yang admin boleh dapat mi ini. Ada yang makan secara sorok-sorok takut diketahui pihak pengurusan asrama, ada yang makan secara berjemaah didalam baldi dan ada juga yang menggunakan cedok air sebagai bekas makan. Hahahaha. Sangat lucu.

Korang nak tahu, mi segera ini boleh dimasak dengan pelbagai cara ok. Admin rasa kehidupan korang dizaman asrama membuatkan korang lebih kreatif. 

Jom lihat 5 resepi mi segera yang membuatkan anda terliur.

MI SEGERA KETAM


Antara kedai yang popular yang menyajikan resepi ini adalah Kedai Alemy Maggi Ketam Semerak, Cherang Ruku Kelantan. Maggi yang dimasak akan disajikan didalam periuk tanah dan ketam yang dimasak adalah ketam nipah segar. Rasanya sangat menyelerakan. Admin tengok pun rasa terliur

MI SEGERA LASAGNA


Lihat sahaja pada gambar ini admin yakin korang akan mudah terliur. Admin rasa resepi ini jarang ditemui di restoran, tapi ianya lebih kepada eksperimentasi tukang masak dalam mempelbagaikan resepi mi segera. Siapa yang sukakan Lasagna, admin pasti sukakan inovasi Maggi Lasagna. Hehehe

MURTABAK MAGGI


Sesiapa yang gemarkan murtabak, apa kata korang cuba beralih kepada Murtabak Maggi yang admin yakin korang pernah cuba. Dapat pula dicicah dengan sos thai. Memang cenggih laaa perginya. Lalalala.

MAGGI GORENG


Menu yang menjadi kelaziman admin sekiranya berkunjung lepak bersama rakan di restoran mamak. Maggi Goreng juga boleh ditambah rasa menjadi Maggi Goreng Ayam, Maggi Goreng Udang dan sebagainya bergantung kepada tekak korang yang memakannya. 

MAGGI KUAH


Resepi mi segera yang tidak pernah jemu dek penggemar mi segera. Hehehe. Lagi sedap kalau ditambah dengan udang, telur, potongan cili. Alamaaakk admin pun dah kecur air liur pulak. Maggi Kari adalah yang paling lagend !!

Haaaa terliur ke tidak dengan resepi yang admin boleh kongsikan untuk kali ini. Diharap perkongsian ini boleh mendapat manfaat didalam perkongsian menu-menu makanan. 

Malaysia ni kan kaya dengan menu makanan yang sedap. Menu yang sedia ada pun dah banyak. belum lagi yang menjadi bahan eksperimentasi si tukang masak. Jadi jom makan !!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 507