Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all articles
Browse latest Browse all 507

A2A FIRST MERDEKA INFLATABLE DAY

$
0
0
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60,  buat julung-julung kalinya pihak A2A Global Network akan menganjurkan First MY Merdeka Water Inflatable Day. Acara ini dianjurkan oleh A2A Global Network dengan kerjasama Malaysia Inflatable Challenge, Persatuan Belia Prihatin Malaysia, Majlis Belia Wilayah Persekutuan and Ikatan Badan Badan NGO Belia & Sukan.




Sudahkah korang bersedia untuk mencabar diri dengan halangan yang menjanjikan kelainan dan pengalaman baru untuk korang semua? Jangan lupa, mark your calendar! Event ini akan berlangsung bermula 1-3 September 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur.


A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day bakal mencabar korang semua dengan 10 halangan merentasi 151m course obstacels. Flip, bounce and boing your way large slides, giant hurdles, climb and crawl areas, pendek kata semuanya ada. Paling menarik, obstacles ini pernah direkodkan dalam Malaysia's Book Of Records. Jangan risau, kesemua obstacles dijamin selamat dengan ciri-ciri keselamatan yang telah diuji!


10 halangan MY Merdeka Water Inflatable Day

  1. Start
  2. Penang Bridge
  3. Slippery XO
  4. Mystery Tunnel
  5. Hole River
  6. The Wall
  7. Balancing King Kong'
  8. Mighty Jump Box
  9. The Highest Tower
  10. Pole









Salah satu acara sempena First Merdeka Inflatable Day ini adalah acara lari man. Acara ini lebih kurang dengan running man, di mana setiap pasukan perlu berlawan antara satu sama lain merentasi halangan sambil menanggalkan nama pihak lawan. Menarik kan? Kalau korang tak nak lepaskan peluang ini untuk turut serta, cepat-cepat cari gang dan buat team masing-masing. Gerenti havoc!





A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day bukan sahaja menguji tahap kekuatan fizikal, malah menguji keseimbangan (balance), pengurusan masa (time control) dan strategi dalam melepasi setiap halangan. Acara ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Aktivti macam ni memang sesuai untuk sesi riadah bersama keluarga di hujung minggu!




Selain acara utama, A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day juga menampilkan live band music, persembahan nyanyian dan tarian, magic show, pertandingan mewarna, games, cabutan bertuah dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, terdapat pelbagai makanan dan minuman daripada food vendors.


Program Highlights

  • Lari Man Battle
  • Magic Show
  • Dance Performance
  • Coloring & Drawing Contest
  • Live Singing (Le' Lagoo Entertainment)
  • Lucky Draw
.

Apa yag perlu dibawa?

  1. e-ticket
  2. Kad pengenalan (IC)
  3. Air minuman
  4. T-shirt
  5. Shorts/ leggings/ track pants
  6. Pakaian Extra
  7. Tuala
  8. Plastic bag
  9. Sunblock/ sunscreen
  10. Baju hujan
  11. Topi
  12. Payung





Harga Tiket


Macam mana, menarik tak event ni? So, kalau korang berminat untuk turut serta, bolehlah register awal-awal. Nak dapatkan harga tiket yang lebih murah? Boleh daftarkan diri untuk menjadi ahli! Senarai harga tiket adalah seperti berikut:




Jadi, jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day. Butiran lanjut berkaitan dengan event dilampirkan seperti berikut untuk rujukan bersama. Cekidout!


Tarikh:
1-3 September 2017

Masa:
10 am - 10 pm

Tempat:
Kompleks Belia Dan Sukan W.P Kuala Lumpur

Alamat:
Kompleks Belia Dan Sukan W.P. KL,
Kampung Pandan, 55100
Kuala Lumpur

Google maps:
https://goo.gl/maps/N7CEke77Mnr




TIPS:
Untuk mengelakkan sebarang kesesakan dan kesulitan, anda dinasihatkan untuk carpool ataupun menggunakan perkhidmatan Grab/ Uber/ Public Transport kerana tempat letak kereta adalah terhad!


For ticket enquiry, please call:
603-7931 9808
6013-997 1133


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan First MY Merdeka Water Inflatable Day , sila layari laman web mereka di http://waterinflatable.a2a.network.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 507