Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Gambar sekadar hiasan |
TARIKH PEPERIKSAAN PENTING DI MALAYSIA | Musim peperiksaan penting di Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi. Bermula dengan UPSR, kemudian diikuti dengan PT3, STAM, SPM dan juga STPM. Admin yakin selain anak-anak yang sibuk membuat persediaan, ibubapa sudah pasti akan merasai perasaan gementarnya kan? Hehehe.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan penting di Malaysia bagi tahun 2017 untuk bahan rujukan korang semua yee.
Seperti pengalaman admin sendiri semasa menduduki peperiksaan beberapa tahun yang lalu, ulangkaji yang berulang akan membantu untuk kita selain melakukan banyak latihan daripada contoh soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Khabarnya konsep peperiksaan banyak telah bertukar yang lebih kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Jadi anak-anak kita bagi admin akan berfikir lebih daripada biasa.
Apa pun, admin ingin mengucapkan kepada semua, "Selamat Menduduki Peperiksaan" semoga kejayaan akan korang kecapi selepas ini.