Pada 14 hingga 17 September 2017 ini bakal berlansungnya satu festival yang dinanti-nantikan oleh rakyat negeri Terengganu iaitu Festival Kenyir 2017. Festival kali ini bakal hadir dengan 30 aktiviti-aktiviti menarik khas untuk pengunjung mereka. Antara senarai aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
- Belon udara panas
- Helicopter ride
- Ride d'Kenyir
- Pertandingan Ayam Serama
- Persembahan Kebudayaan - Silat Kura-Kura, Dikir Barat (Halim Yazid) dan lain-lain
- Konsert Kebudayaan SUKTRA
- Konsert d'Tasik (artis popular termasuk Aiman Tino,Wani Hasrita,Tajul & Aris Ariwatan)
- Malam Kesenian Islam (Kumpulan nasyid Inteam)
- Kenyir Auto Fest
- Kenyir Photofest
- Pertandingan Selfie d'Kenyir
- Pertandingan Sukan Rakyat
- Pertandingan Sukan Air
- Street Performance
- Bundle Corner
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Lukisan
- Mural
- Mari Mencuba Permainan Tradisional
- River Cruise
- Kenyir Island Hopping
- Pameran dan jualan agensi/usahawan serta hasil pertanian
- Food Truck
- dan banyak lagi!
Memang takkan habis kalau saya nak senaraikan disini. kalau korang nak tahu lebih lanjut kenalah ikuti update mereka di facebook Festival Kenyir dan Beautiful Terengganu . Jangan lupa follow mereka sekarang! Korang juga boleh rujuk cadangan aktiviti mengikut hari dalam jadual di bawah ni.
Jadi apa korang tunggu lagi? Mark your date now!! inilah masanya untuk korang turun beramai-ramai, bawak keluarga dan kawan-kawan berhibur dengan bermacam aktiviti yang ditawarkan sepanjang 14 hingga 17 September ini!