Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all 507 articles
Browse latest View live

TIPS: 6 TEKNIK JIMAT UNTUK TRAVEL

$
0
0
TIPS: 6 Teknik Jimat Untuk Travel | Travel adalah aktiviti yang cukup menyeronokkan. Namun, travel memerlukan belanja yang agak besar. Ia bergantung kepada destinasi yang dituju dan tempoh masa berada di sana. Kebanyakan orang cukup fobia untuk travel bila mereka fikir soal kekangaan kewangan. Hakikatnya, kita semua mampu mengubah mindset untuk travel jika ada cara berjimat-cermat dan tahu tekniknya. Pucuk-pangkalnya, kita kena tahu dan belajar teknik yang betul. Nak travel? Nak jimat? Jom kami kongsikan beberapa tips untuk korang semua.




Di kesempatan ni, Mat Remos terpanggil untuk berkongsi beberapa idea untuk memastikan kita travel dalam keadaan yang paling ekonomikal. Dengan kata lain, tips berjimat-cermat ketika travel. Percayalah, bukan orang kaya saja yang mampu untuk travel keliling dunia. Kita yang biasa-biasa ni pun mampu untuk travel kalau kita betul-betul mahu. Bak kata pepatah, "nak seribu daya, taknak seribu dalih". Semoga perkongisan kali ni, sedikit-sebanyak dapat digunapakai untuk memberi inspirasi kepada kita semua untuk sama-sama travel dan kenal dunia luar.

1) Sediakan bajet 

Sebelum memulakan travel, pertama sekali mesti disiplinkan diri dengan merangka belanjawan. Rancang kewangan dengan teliti dari segi tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan harian. At least, bila dah plan awal-awal, kita tak akan belanja boros dan belanja sesuka hati yang mampu melampaui bajet yang kita ada. Orang kata, "Fail to plan, Plan to Fail". Kalau dah ada plan bajet, setidak-tidaknya kita tahu nak bawa cash banyak mana, nak spare cash kat tangan banyak mana, dan plan mana yang patut.

2) Sediakan map


Untuk berjimat, map memang perlu ada di tangan especially untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tips jimat ni memang terbukti berkesan bila kami travel ke Macau. Di mana nak dapatkan map? Boleh dapatkan di hotel-hotel, homestay atau tourism centre secara percuma. If possible, beli awal-awal map dan study apa yang patut untuk lebih memudahkan urusan ketika travel nanti.

3) Bawa gajet


Setiap orang mesti ada telefon bimbit, ipad, ipod, dan macam-macam lagi gajet. Untuk jimatkan masa, boleh gunakan gajet untuk mencari info berkaitan destinasi yang dituju. Sebolehnya, guna wifi yang ada. Kalau memang memerlukan internet, boleh dapatkan pakej internet di negara yang dikunjungi. Kalau ada kamera, better bawa mana yang ada. Sebabnya? Kamera atau go-pro perlu ada untuk snap foto. Kaedah ini boleh menjimatkan kos daripada perlu beri upah jurufoto khas di lokasi tertentu semata-mata nak dapatkan gambar sebagai kenang-kenangan. Pastikan semua gajet disimpan dalam satu bag galas untuk elakkan daripada tercicir atau hilang. Be carefull!

4) Bawa bekalan makanan

Especially pergi ke negara yang susah untuk dapatkan makanan halal, make sure bawa bekalan makanan. Antara stok makanan yang disarankan adalah roti, mee segera, air minaral dan biskut. Ini dapat menjimatkan kos dari segi perbelanjaan makanan di tempat orang. Kalau time terdesak pun, boleh makan. Make sure, stand-by dalam bag galas.

5) Buat homework

Sebelum berangkat ke destinasi, pastikan buat homework especially tentang jarak perjalanan dan mode of transportation. Lagi satu, get familiar dengan tempat-tempat menarik yang ingin dituju dan sediakan itinerari siap-siap. Tak kiralah, itinerari buat sendiri ataupun ambil dari member-member yang dah pernah pergi ke destinasi yang nak dituju. Yang penting, be prepared! Teknik ini dapat menjimatkan masa dan menjadikan perjalanan kita lebih sistematik.

6) Sediakan cash dan elakkan kad kredit

Mungkin ramai yang berpendapat, nak mudah guna je kad kredit. Tapi, untuk lebih jimat, better sediakan cash. Make sure tukar wang ikut matawang sebelum berangkat. Nak guna kad kredit boleh, cuma guna time betul-betul memerlukan atau terdesak. Bukan guna time suka-suka nak beli itu ini untuk puaskan hati. Bukan apa, bila dah balik dari travel tak payah fikir dah caj extra yang dikenakan kalau guna kad kredit.So, "ukur baju di badan sendiri". Kalau mampu beli, tak mampu tengok je lah, hehe. Yang penting, pengalaman berada di tempat orang itu yang lebih berharga untuk disimpan sampai bila-bila.


Rasanya, cukuplah 6 tips berjimat-cermat untuk travel setakat ini. Mungkin banyak lagi cara untuk berjimat-cermat ketika travel. Kalau ada apa-apa yang difikirkan boleh diaplikasikan, boleh drop komen. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk semua. Korang yang lebih berpengalaman, sila share experience masing-masing ok? Mudah-mudahan, dapat jadi rujukan kepada semua. Mana tahu kan, jumlah wang yang kita jimat mampu untuk menampung kos travel kita ke destinasi seterusnya. Jom sama-sama kita menjadi traveller yang bijak belanja.


Jangan lupa, kongsikan apa jua tips, destinasi menarik atau tempat-tempat makan yang best di serata dunia di laman media sosial seperti facebook, instagram ataupun twitter dengan hashtag #ProjekTravel#InfoSahabatPT dan #SahabatPT! Selamat mengembara di bumi Allah.


WAJAH BARU FIRST WORLD HOTEL GENTING

$
0
0
WAJAH BARU FIRST WORLD HOTEL GENTING
WAJAH BARU FIRST WORLD HOTEL GENTING | Baru-baru ini Mat Remos dan rakan blogger telah berpeluang untuk stay di First World Hotel di Genting Highland. Bilik baru telah dibuka dan sedia untuk disewa oleh pegunjung mereka di menara baru iaitu Tower 2 Annex

Sidang media bersama pihak pengurusan hotel
FIRST WORLD HOTEL GENTING merupakan hotel kedua terbesar didunia selepas MGM Grand Las Vegas.

FIRST WORLD HOTEL TOWER 2 ANNEX


Kaunter peyambut tetamu di tower baru (Tower 2 Annex)
Jika dibandingkan dengan suasana di kaunter peyambut tetamu terdahulu, perbezaan ketara kita dapat lihat dari segi konsep rekabentuk dan hiasan dalaman. Di tower baru iaitu Tower 2 Annex ini, mereka memberikan cetusan idea yang lebih modern dengan warna yang lebih menarik perhatian.

Kedai bakery bertentangan dengan kaunter peyambut tetamu
Kesungguhan di dalam memberikan hiasan dan rekabentuk terbaik kepada pegunjungnya dapat kita lihat melalui rekabentuk featured wall dan bahagian syiling sepanjang perjalanan kita menuju ke kaunter peyambut tetamu. Suasana di Lobi juga dihidupkan dengan visual televisyen 3D dan soft muzik yang mampu memberi keselesaan kepada anda.

SELF CHECK-IN KIOSK | Apa yang membuatkan kami teruja bila ke sini. Mereka menyediakan self check-in kiosk yang berteknologi tinggi untuk memberikan kemudahan kepada setiap pelanggan mereka untuk check-in masuk ke bilik hotel tanpa membuang masa untuk beratur panjang di kaunter peyambut tetamu.

SELF CHECK-IN KIOSK


Sangat mudah dan mesra pengguna. Tidak perlu risau akan cara penggunaannya. Hanya baca dan ikut arahan yang tertera. Ianya semudah 1,2 dan 3 sahaja.



Terdapat sebanyak 29 unit E-Kiosk di mana 23 darinya terletak di lobi Tower 1 dan 6 unit lagi di lobi di tower 2 Annex. Proses mendaftar keluar (check-out) juga sangat mudah dengan Check-Out E-Kiosk. Terdapat 15 unit Check-Out E-Kiosk yang terletak di Tower 1 dan Tower 2 dan 4 unit lagi di lobi Tower 2 Annex.

Check-in Time: 3.00pm  Check-out Time: 11.00am

BILIK DI TOWER 2 ANNEX | Bilik di Tower 2 Annex juga telah diberikan nafas baru dengan rekabentuk dalaman yang cukup menarik berbanding dengan sebelumnya. Sebanyak 1286 buah bilik telah tersedia untuk pegunjung mereka di Tower 2 Annex ini dengan beberapa jenis mengikut pilihan dan keselesaan pegunjung mereka .Antara jenis bilik-bilik yang baru ialah seperti XYZ Deluxe dan XYZ Triple. Saiz bilik-bilik ini adalah dalam purata 170.70 kaki persegi.

Perbezaan antara kedua-dua jenis bilik ini adalah dari segi kemudahan. XYZ Delux Room menawarkan sama ada 2 single beds atau 1 queen bed . manakala WYZ Triple menawarkan samaada 1 single bed dan 1 queen bed. Jadi XYZ Triple sangat sesuai untuk peginapan keluarga.

XYZ Deluxe Room
Ciri-ciri lain yang memastikan kemudahan dan keselesaan pegunjung mereka yang ada di dalam bilik ini ialah termasuk televisyen skrin32" dengan  in-house dan local channels, telefon, peti sejuk mini dan peti keselamatan serta pegering rambut international socket dan USB powered Ian access point.

XYZ Deluxe Room
XYZ Deluxe Room
Dinding Frosted lime green glass  bertindak sebagai pembahagi antara tandas, sinki dan pancuran yang mana ia dikatakan boleh menampung sehingga 3 orang pada satu masa.

Bilik air
Berikut juga merupakan jenis bilik yang available di First World Hotel.






Terima kasih kepada pihak Resort World Genting kerana sudi menjemput kami dari team ProjekTravel untuk menginap dan merasai sendiri pengalaman baru di bilik yang serba baru di Tower 2 Annex ini. Bagi kami, ianya merupakan bilik yang cukup selesa dan sangat menarik. Dari segi warna dan dekorasi bilik yang cukup membuatkan kami tenang .


Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh terus hubungi pihak  Resort World Genting di 03-27181118 atau lawati mereka di WEBSITE dan FACEBOOK.

MY BEIJING TRIP PART 2

$
0
0



MY BEIJING TRIP PART 2| After a good night rest, my daughter and I got up about 5.30am. The sun was already bright in the sky. We double check our watches and got ready. We had planned to go "climb" the Great Wall of China today and decided on the Great Wall at Mutianyu.


It was an adventure getting there by ourselves on public transport. From our hostel, we took the subway to Dongzhimen and from Dongzhimen, we looked for the bus station which was very nearby to the exit of the subway


We waited for the 916 bus to Huairou. This cost about RMB12 ( Be sure to prepare small change because it is a feeder bus) . When the bus stopped at Huairou, we manage to find a nice driver or was it the driver manage to find us and offer his services at the bus stand. He who took us to Mutianyu for RMB55 (RMB60 before bargaining) but showed us where the ticket counter and told us that he would wait for us . Mutianyu is approximately 45 minutes drive from Huairou


The tickets at the Great Wall of Mutianyu, which included entry to the Great Wall ,shuttle bus to the foot of the hill, the ski chair lift type cable car and also the toboggan ride down the hill for a total of RMB158


Taking the ski chair ride was kind of exciting but also a bit scary! Definitely very memorable, But I do not know if I want to go on it again.It is okay if you look forward and look up but if you look down and if you lift your foot the little barrier locking you in is loosen...yikes !!!


Pro of this place: The Great Wall here at Mutianyu is very peaceful.It is not crowded and there are not too many tourists around. We can see lots of greeneries and take lots of photos, and oh gosh, the weather here was just so lovely. I really expected the weather to be hot , but it was also very breezy. Somewhat like in Genting on a hot day (if you are a fellow Malaysian reading this, you know what I mean) ....


Cons: The steps are pretty steep but I think I went the wrong way..From the "ski" chair lift area, I went towards the right.I think the view and area on the left side is much better.And on the right side, there were lots of steps and they were pretty steep. I truly felt my age climbing the steep steps which had me gasping and even wheezing..


See the gorgeous views...I really like it here.. The view is very fascinating and like the Malay people say.... "sejuk mata memandang"


After getting tired walking up and down two steep areas/ towers, we decided to quit and took the toboggan down. This was both exciting and scary just like the 'ski' chair lift.Scary because you are not allowed to use the brakes and slow down because of fear for the person behind you banging into you and at the same time scared of banging into someone in front.....gulp! My daughter was at the back of me and keep yelling to me to hurry up while I shouted back telling her to slow down and that was scary and funny


When we arrived at the bottom of the hill, We met these two old men who "cheated" us! they pull you in and insist to take pictures with them then after that demanded RMB20 per person.Ah, never mind, I told my daughter to consider it a small donation to them since they are already old.

If you want to buy some souvenirs, the shops here are great.However be sure to know how to BARGAIN as they will try to sell you at a higher price if they can.We bought nice Beijing and Great Wall t shirts for between RMB25 -30, fridge magnets for about RMB10 and Chinese seal (with personal name) for RMB40

We then headed back to Beijing via the same way we came.. the driver who sent us here waited for us patiently and help us get on the next 916 bus back to Dongzhimen. From Dongzhimen, there we headed to the Yonghegong Lama Temple which was just one stop away from the Dongzhimen subway on the same line..


The Yonghegong Lama Temple was an interesting place despite having turned into a temple. The fee inside Yonghegong Lama Temple was RMB25 per person


I love the tree lined walkway to the inner gate which is just so pretty and also shady...


If you like watching Imperial China dramas or learning about Chinese History, you would know that Emperor Kangxi had many sons, and this was the 4th prince's Yinzhen home before he became the Emperor Yongzheng...


My daughter and I did not go inside the temples but walk about outside at the courtyard admiring the buildings, carvings etc...


When we have finished visiting the Yonghegong Lama Temple, we decided to try to do some shopping. We went to Xidan , a shopping area almost like Bukit Bintang but gasp... the malls here are quite high end and everything seem quite expensive.We settled doing a little shopping at the Joy Mall's Watsons, one of the international supermarkets and had a frappucino and a cake at the Starbucks there


Then we took the no. 22 bus back to Xinjiekou because Xidan was just one straight road away from where we were staying... 

Living in the hutong at Xinjiekou area was a bit boring because the shops were not halal and most of it were Chinese shops and such, and since we were there was only two of us,my daughter and I decided not to go out or stay out too late

Cheers

Story by Miera Nadhirah
Url : www.mieranadhirah.com
Facebook : www.facebook.com/mieranadhirah
Instagram : instagram.com/mieranadhirah

PAPERO, RESTORAN CITARASA MAKANAN MEDITERINIAN DAN ITALIAN

$
0
0

PAPERO, RESTORAN MAKANAN ARAB | Pertama kali mendapat jemputan berbuka puasa di Restoran Papero yang mana mereka ada menyediakan makanan citarasa Mediterinian dan Italian yang juga berkonsepkan fast food. Restoran Papero tempat kami berbuka puasa kali ni ialah di Shah Alam. 

Restoran Papero di Shah Alam
Restoran Papero di Shah Alam
Restoran Papero pertama mula di buka pada Mei 2013 yang beralamat di alamat :

Restoran Papero Sri Petaling

No A-G-9, 
Jalan Endah Promenade, 
Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

Manakala Restoran Papero di Shah Alam ini pula merupakan merupakan Cawangan Sulung mereka yang baru sahaja dibuka dan beroperasi pada 15 Jun yang lepas iaitu 2 hari sebelum bulan ramadhan yang beralamat di : 

Restoran Papero Shah Alam
Kondo Acappella, Seksyen 13, 
Shah Alam
(berdepan restoran tupai tupai)

Syarikat yang mengendalikan operasi Restoran Papero adalah Orient Dam Sdn Bhd.

Restoran Papero di Shah Alam ini mempunyai 2 bahagian untuk pilihan pelanggannya menjamu selera iaitu bahagian tertutup yang berhawa dingin dan bahagian terbuka di bahagian luar restoran. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa dengan kapasiti 45 di dalam dan 25 di luar.

Susun atur bahagian dalam
Perabut di bahagian dalam lebih kepada kerusi berkusyen manakala di bahagian luar pula mempunyai kerusi dan meja  kayu yang sangat sesuai untuk lepak dan santai.

Bahagian luar restoran
Lokasi Restoran ini sangat mudah dijejaki kerana ia berdekatan dengan condo acapella seksyen 13 shah alam dan bersebelahan dengan dkayangan steamboat dan hayaki dan berhadapan dengan Tupai-tupai..

MENU UTAMA | Menu utama di Restoran Papero Shah Alam ini ialah Pizza, Shawarma (kebab) dan Sandwich. Masakan di Restoran ini di masak oleh chef yang di datangi khas dari Syiria. Namun begitu, pelanggang tidak perlu risau dengan rasa setiap makanan yang disediakan kerana ianya sudah di olah untuk menepati citarasa rakyat kita di Malaysia. Namun begitu ianya tidak 100% diubah dari citarasa sebenar.

Chef dari Syria_ Foto Halim Brothers
Jangan terkejut jika Mat Remos katakan bahawa pemiliknya adalah orang tempatan iaitu En. Sheikh Ahmad Fakhruddin.

Penyediaan Shawarma (kebab) oleh chef yang terlibat
Menurut kata pemilik Restoran Papero ini iaitu En, Sheikh Ahmad Fakhruddin, Pizza dan Shawarma (kebab) mereka sangat popular di Restoran Papero Sri Petaling. Untuk hari biasa, sehari mereka perlu menyediakan 50kgShawarma (kebab) untuk para pembelinya. Ini menunjukkan bahawa kebab mereka cukup digilai oleh masyarakat setempat. Restoran Papero di Sri Petaling merupakan HQ kepada Restoran Papero. Dan Restoran Papero di Shah Alam ni pula merupakan branch pertama mereka.

PERKHIDMATAN DELIVERY | Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Restoran Papero terdekat, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga tertentu sekitar kawasan terdekat.

Foto Halim Brothers
Shah Alam
017 3493290
017 3493289

Sri Petaling
017 3113459
017 3113150

MENU SEMPENA RAMADHAN | Sempena ramadhan ni, Restoran Papero juga ada menyediakan beberapa menu yang special untuk para pelanggannya.

Menu sempena ramadhan
Pilihan di tangan anda, apa yang Mat Remos boleh katakan yang makanan dia semua sedap. Dan jangan takut tak kenyang kerana makanan dia dalam potion yang besar. *kami makan siap boleh kongsi-kongsi ramai-ramai. Jom tengok apa juadah yang kami rasa disini.

Roti Fatayer
Ini lah roti Roti Fatayer, roti untuk pembuka selera khas untuk menu di bulan ramadhan ni. Ianya hanya roti kosong yang sangat lembut dan sedap.

Shawarma (Kebab)
Menu signature di Restoran Papero. Pilihan di tangan anda, ayam atau daging. 

Havana Pizza
Seperti yang diberitahu sebelum ni, pizza juga menjadi menu pilihan di restoran ni. Pelbagai jenis pizza yang enak dan lembut untuk pilihan anda. Tandoori Pizza, Papero Pizza, Toshka Pizza dan Hawaii Pizza.

Pizza Nasi
Makanan di Restoran Papero adalah 100% halal dan sangat mengutamakan kepada penyediaan barangan halal dan kebersihan makanan.

Foto Halim Brothers
Restoran Papero juga mempunyai satu lagi jenama sendiri iaitu La Fontana Chocolate & Cafe yang mana ianya beroperasi bersebelahan dengan Restoran Papero di Sri Petaling. Semua Makanan dan Minumannya berasaskan Chocolate.

WAKTU OPERASI BULAN PUASA :

Restoran Papero / Chocolate & Cafe Sri Petaling Kuala Lumpur
5.30pm - 4am 
selepas raya : 2pm - 2am
Tutup Hari Raya Puasa pada Hari Raya Pertama sahaja.


Restoran Papero Shah Alam
5.30pm - 12.00am
selepas raya : 4pm - 12am.
Tutup Hari Raya Puasa selama 5hari raya kecuali ada tempahan. 
Sebarang perubahan akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh Layari Facebook untuk dapatkan info menu dan sebagainya : 

Restoran Papero : PAPERO
Chocolate & Cafe : La Fontana Chocolate & Cafe

Bersama Pemilik Restoran Papero iaitu Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin
Terima kasih kami ucapkan kepadasaudara Acul dan Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin kerana sudi menjemput kami dari team Projek Travel untuk berbuka puasa di Restoran Papero Shah Alam ini. Insyaallah jika ada rezeki kami akan ke Restoran Papero di Sri Petaling pula untuk makan di La Fontana Chocolate & Cafe . Insyaallah

SAHUR STEAMBOAT DI MELTING POT HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR

$
0
0
Sahur “Steamboat” di Melting Pot, Hotel Concorde Kuala Lumpur | Restoran Melting Pot adalah tempat wajib di ibukota sekiranya untuk menikmati makan lewat malam atau supper. Jika di hari hari biasa, sajian steamboat hanyalah pada hujung minggu sahaja, tetapi bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Melting Pot menyediakan sajian “steamboat” sahur sepanjang bulan Ramadhan.






Buffet steamboat sahur bermula pada jam 11.00 malam dan berakhir pada jam 4.00 pagi. Selain itu juga, para pengunjung disajikan dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Mee Mamak serta seleksi dimsum.





Hanya berharga RM70 nett setiap seorang pasti membuatkan anda kenyang sehingga keesokkan harinya. Jangan lupa ke Melting Pot, Hotel Concorde KL sempena bulan Ramadhan ini untuk bersahur bersama keluarga anda selepas menunaikan solat tarawih !

Hotel Concorde Kuala Lumpur 
2 Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603 2144 2200 
Fax: +603 2144 1628

Website : 


Melting Pot 

Website : 

Capacity: 216
Dress Code: Smart casual
Cuisine served: Asian and Continental 

Tel: 03 - 2717 2233 or 03 - 2144 2200 ext 2337 
Fax: 03-2149 2659 


Ditulis Oleh :
Juhfaidzal Juhari 

CITARASA MALAYSIA DI RESTORAN SALOMA BISTRO

$
0
0
Citarasa Malaysia di Restoran Saloma Bistrom | Sekiranya anda mengidamkan masakan Melayu sepanjang bulan puasa ini, pastikan anda ke Restoran Saloma Bistro di Jalan Ampang untuk menikmati juadah masakan Melayu dari serata pelusuk Malaysia.



Lebih menarik lagi, selain seleksi disajikan dengan cara buffet, konsep “hawker” juga di sediakan untuk menampakkan keaslian setiap juadah yang di hidangkan. Sebagai pembuka selera, seleksi rojak buah, pecal Jawa atau bubur lambuk juga di sediakan. 



Antara menu utama yang di sajikan adalah udang masak sambal petai, masak lemak daging salai, ayam golek Terengganu serta bermacam lagi. Laksa Johor dan Laksa Sarawak juga antara menu yang di sediakan.



Di seksyen hawker yang terletak di foyer Restoran Saloma, antara menu yang disediakan adalah roti john, samosa, keropok lekor, satay dan aneka sup pilihan. Pengunjung juga di hiburkan dengan tarian kebudayaan dari setiap negeri di Malaysia ketika menikmati hidangan berbuka.


Masih tidak terlambat lagi untuk anda menikmati hidangan buffet “Citarasa Malaysia” di Restoran Saloma Bistro kerana promosi ini berlangsung di sepanjang bulan Ramadhan. Bayaran di kenakan sebanyak RM85 nett untuk setiap seorang tanpa persembahan kebudayaan dan RM100 net untuk setiap seorang dengan persembahan kebudayaan.


Saloma Bistro 

Website : 
http://www.saloma.com.my/

Hotel Concorde Kuala Lumpur 

2 Jalan Sultan Ismail, 5
0250 Kuala Lumpur, Malaysia

Website : 

Tel: +603 2144 2200 Fax: +603 2144 1628


Ditulis Oleh :
Juhfaidzal Juhari 

INSPIRASI MASAKAN MELAKA DI HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR

$
0
0

Inspirasi Masakan Melaka di Hotel Concorde Kuala Lumpur | Bertempat di Restoren Melting Pot, aras lobby hotel Concorde KL, para pengunjung di jamukan dengan hidangan buffet berinspirasi masakan negeri Melaka sempena bulan Ramadhan pada tahun ini.

Asam pedas Melaka, ikan bakar Parameswara, ayam Pong Teng, cendol dan juga cencaluk antara yang difikiran jika ditanya mengenai masakan dari negeri Melaka. 






Ya, itu adalah antara menu yang disediakan sekira nya anda berbuka puasa di Hotel Concorde. Yang pasti setiap sajian asli Melaka ini disediakan dengan menggunakan bahan dan rempah ratus yang asli.

Selain itu juga terdapat seleksi teriyaki dan juga sup “gear-box” untuk di nikmati setiap pengunjung. Pilihan asam pedas ikan pari, asam pedas ekor dan juga asam pedas daging tetel antara sajian yang wajib di cuba.




Di kaunter manisan mulut atau dessert, seleksi kuih-kuih Melayu juga di ketengah kan antaranya adalah pulut Taitai atau pulut tekan, kuih badak berendam, pengat durian dan pulut serta tidak di lupakan ABC untuk menghilangkan rasa dahaga sepanjang hari berpuasa. Tidak lupa juga pegunjung dihiburkan oleh kumpulan “Begema 5” dari Indonesia di sepanjang majlis berbuka anda.


Yang pasti, hidangan buffet Inspirasi Masakan Melaka adalah wajib di cuba sekiranya anda sedang mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan rakan kerja. Berharga sekitar RM138.00 ++ seorang dan hidangan buffet ini di sajikan sehingga penghujung Ramadhan iaitu 16 Julai 2015.

Hotel Concorde Kuala Lumpur 
2 Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Website : 

Tel: +603 2144 2200 Fax: +603 2144 1628

Ditulis Oleh :
Juhfaidzal Juhari
Instagram : https://instagram.com/jfjuhari

CADANGAN JADUAL PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015

$
0
0
Foto_www.themalaysiantimes.com.my
CADANGAN JADUAL PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015 | Bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Seperti tahun-tahun sebelum ini sudah pasti semua lebuhraya akan sesak. Oleh itu, Pihak PLUS HIGHWAYtelah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Jadual Perjalanan Hari Puncak 2015 bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya PLUS. Selain itu, pihak PLUS juga memberi rebat tol pada hari perayaan nanti.

JADUAL PERJALANAN HARI PUNCAK 2015


JADUAL PERJALANAN HARI PUNCAK 2015


REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015


REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015

Pihak PLUS menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya PLUS pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.” Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, 

Rebat tol :
1) 13 Julai dan 23 Julai --> 50% 
     (pengguna  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG)
2) 14 Julai dan 22 Julai --> 40%
     (pengguna  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG)
3) 15 Julai dan 21 Julai --> 30%
     (pengguna  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG)

Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan pihak PLUS kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya PLUS.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000 atau layari www.plus.com.my


sumber : PLUS MALAYSIA BERHAD


JADUAL DAN TAMBANG ETS KE PADANG BESAR

$
0
0
Jadual dan tambang ETS ke Padang Besar | Terkini, perkhidmatan ETS dari KL ke Padang Besar telah pun beroperasi mulai 11 Julai 2015 (Sabtu). Nampaknya, keputusan untuk memulakan operasi ETS daripada pihak KTMB sedikit sebanyak membantu rakyat Malaysia untuk pulang beraya ke Utara tanah air. Sehubungan dengan itu, Mat Remos teruja untuk berkongsi beberapa  info penting berkaitan ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar dengan semua pembaca terutamanya tentang jadual ETS dan tambang ETS untuk memudahkan anda semua membuat perancangan sebaiknya.


ETS Kuala Lumpur - Padang Besar
Credit: www.virtualmalaysia.com

Buat masa ini, perkhidmatan ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berhenti di 15 buah stesen iaitu KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar 


Satu info penting yang Mat Remos nak kongsi di sini adalah tentang jadual ETS Kuala Lumpur - Padang Besar dan Padang Besar - Kuala Lumpur. Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berlepas pada jam 9.30 pagi dan tiba pada jam 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pula akan berlepas pada jam 4 petang dan tiba pada 9.15 malam. Berikut merupakan jadual penuh perjalanan untuk rujukan anda semua!


Jadual ETS Kuala Lumpur - Padang Besar

Station
EG9208
KL Sentral
9:30 AM
Tanjung Malim
10:32 AM
Tapah Road
11:08 AM
Kampar
11:17 AM
Ipoh
11:39 AM
Kuala Kangsar
12:05 PM
Taiping
12:24 PM
Parit Buntar
12:51 PM
Bukit Mertajam
1:05 PM
Butterworth
1:28 PM
Bukit Mertajam
1:38 PM
Sungai Petani
1:57 PM
Alor Setar
2:24 PM
Arau
2:42 PM
Padang Besar
3:00 PM


Jadual ETS Padang Besar - Kuala Lumpur

Station
EG9209
Padang Besar
4:00 PM
Arau
4:15 PM
Alor Setar
4:31 PM
Sungai Petani
4:56 PM
Bukit Mertajam
5:15 PM
Butterworth
5:38 PM
Bukit Mertajam
5:47 PM
Parit Buntar
6:00 PM
Taiping
6:25 PM
Kuala Kangsar
6:40 PM
Ipoh
7:07 PM
Kampar
7:26 PM
Tapah Road
7:36 PM
Tanjung Malim
8:10 PM
KL Sentral
9:15 PM


Tambang ETS Kuala Lumpur Padang Besar

Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.
 Info Penting

  1. Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di semua 24 stesen.
  2. Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
  3. Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
  4. Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah (5 pagi-6.50 pagi), Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).
  5. Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.


Untuk urusan pembelian dan tempahan tiket serta sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
Website:
Talian:
1-300-88-5862. 


Semoga perkongsian kali ini sedikit-sebanyak membantu anda semua dalam merancang perjalanan ke destinasi yang dituju. Jangan lupa, follow instagram @ProjekTravel dan kongsikan info menarik serta gambar perjalanan anda menaiki ETS dengan menggunakan hashtag #ProjekTravel, #SahabatPT dan #InfoSahabatPT.

PERKARA PERLU DITEROKAI SEMASA BERAYA

$
0
0

PERKARA PERLU DITEROKAI SEMASA BERAYA | Secara umumnya ramai yang akan pulang beraya dalam beberapa hari lagi. Sungguhpun mungkin akan ada yang tidak pulang beraya disebabkan kekangan waktu kerja mahupun kampung anda adalah rumah anda sekarang. Suasana raya patut dirasai dan diterokai bersama.


Perkara yang perlu diterokai ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh habit suka travel anda.

Sebenarnya, untuk raya yang bakal menjelang ni, adalah menarik jika sama-sama dapat terokai aktiviti ataupun persekitaran semasa beraya. Mungkin yang baru mendirikan rumah tangga akan merasa persekitaran baru dengan jiwa yang nervous.

Di sini kami kongsikan kepada anda antara perkara yang patut diterokai masa beraya nanti. 

BUDAYA

Sememangnya setiap negeri di Malaysia secara kursusnya mempunyai pelbagai budaya. Secara amnya, boleh dikatakan hampir setiap kawasan mempunyai budaya yang berbeza. Ada kawasan yang akan bertukar-tukar kuih-muih di pagi hari. Ada kawasan yang akan menziarahi kubur pada subuh hari. Ada kawasan yang hanya akan ziarah kenalan yang kenal di pagi hari. Seronok untuk diterokai.

MAKANAN

Memang tak asing lagi, di mana-mana makanan adalah antara perkara utama yang akan diburu oleh semua kaki travel dan pencinta makanan. Tak terbilang bilangan jenis kuih muih mahupun makanan yang ada, terokai makanan dengan mencuba sebanyak mana yang ada. Uniknya masa raya tak perlu nak diet.



BEZA ANTARA BANDAR

Ini yang unik. Rugi kalau balik raya tak amati perkara di sekeliling. Uniknya mesti ada beza dari tempat kita tinggal dan kawasan yang kita raya nanti. Senang kata raya di Kuala Lumpur tak sama suasana dengan raya di Kuala Selangor. Travel dan terokai. 

HUBUNGAN

Ini yang zaman sekarang selalu terlupa. Jika anda travel ke mana-mana pun, hubungan dengan manusia mesti antara yang utama. At least masa travel mesti jalan nak ke mana walaupun apps waze ada.

Hashtag #projektravel

Dah settle benda ni baru angkat telefon untuk menunjuk. Elakkan anti-sosial sepanjang raya ni na. Tak semua perkara kita dapat lalui masa hari biasa. 

Tujuan kami kongsikan info ini adalah untuk anda lebih bersosial dengan saudara dan orang disekeliling anda. Elakkan anti-sosial. Jangan lupa juga untuk kongsikan 4 perkara yang dikongsi di intagram anda dan hashtag #projektravel. Ramai yang nak belajar dan merasai sesuatu daripadanya.

LAWATAN WAJIB KE TANGKUBANG PERAHU JIKA KE BANDUNG

$
0
0


LAWATAN WAJIB KE TANGKUBANG PERAHU JIKA KE BANDUNG | Siapa pernah meyangkakan bahawa tempat yang berisiko seperti Gunung berapi TANGKUBANG PERAHU yang dikatakan masih aktif ini menjadi antara salah satu tempat paling popular dan harus dilawati jika ke daerah Bandung. Secara tepatnya ia berada di Bandung Utara, iaitu di Cikole, Lembang, atau sekitar 20 km dari pusat Kota Bandung.


Untuk pengetahuan korang, letusan terakhir gunung ini dikatakan tercatat pada tahun 2013. *memang tempoh masa yang masih baru. Walaupun begitu, Gunung TANGKUBANG PERAHU ini masih aman dan selamat untuk dikunjungi oleh para pelancong untuk menikmati keindahan semulajadinya . 

Puncak Gunung TANGKUBANG PERAHU ini berbentuk memanjang dan menyerupai sebuah perahu yang terbalik. Pada lereng gunung juga terdapat hamparan kebun teh yang membuat korang betul-betul teruja dan menikmati keindahannya. 

Ada tiga kawah utama di Gunung Tangkuban Perahu. Kawah Paguyangan Badak, berumur kurang lebih 90.000-40.000 tahun lalu. Dalam fasa pembentukan kawah secara geologi, seterusnya terbentuk Kawah Upas yang ditaksir berumur 40.000-10.000 tahun lalu. Di fasaterakhir, terbentuklah Kawah Ratu yang berumur 10.000 tahun lalu sehingga sekarang.



GUNUNG BERAPI AKTIF | Beberapa tanda aktifnya gunung ini adalah adanya gas belerang dan juga sumber air panas yang mengalir di kaki gunung. 


Jika korang berkesempatan untuk datang berkunjung ke TANGKUBANG PERAHU ni, Mat Remos nasihatkan supaya korang membawa "mask" iaitu penutup mulut dan hidung untuk menghindari bau gas belerang yang kuat. *AWASS!!! kerana bau belerang sangat sensitif kepada sesetengah orang.


BERSUHU DINGIN | Gunung TANGKUBANG PERAHU memiliki ketinggian 2.084 di atas permukaan laut atau sekitar 6.873 kaki. Suhu di gunung ini adalah sekitar 17 darjah celcius pada siang hari dan dikatakan boleh mencapai sehingga 2 darjah Celcius pada malam hari. Oleh kerana suhunya yang dingin, korang memang sangat dinasihatkan untuk membawa dan memakai sweater atau jaket yang sesuai.

Cuaca disini tidak menentu, kadang kala ada kabus tebal yang sangat dingin. Jika cuaca terlalu dingin. Korang boleh membeli sarung tangan dan topi yang ada di jual di sana. *AWAS!!! hati-hati ketika tawar-menawar harga ketika proses membeli.


BELI CENDERAMATA | Selain dapat menikmati keindahan semulajati ciptaan Allah SWT, Pegunjung juga berpeluang untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang dan dijadikan kenangan di sini. Apa yang Mat Remos boleh nasihatkan, hati-hati jika ingin membeli belah di sini. Jika rasa tidak perlu, jangan sesekali bertaya atau tunjukkan bahawa diri kita berminat dengan barang yang dijual. Kalau tidak, jangan salahkan mereka jika mereka ikut korang kemana saja korang pergi, sampailah korang beli barang tersebut.

Jika korang ingin membeli sesuatu. Mat Remos nasihatkan, gunakan masa-masa terakhir anda sebelum balik. Biasanya harga akan melambung tinggi jika mereka tahu bahawa kita adalah pelancong. *jangan terkejut kalau, harga 100 boleh kita tawar sehingga 20 Gunakan kebolehan korang untuk tawar -menawar. Lagi bagus sekiranya ada kenalan atau sahabat dari Indonesia bersama kita.

Gunung TANGKUBANG PERAHU untuk pelancong dari seawal jam 7 pagi sehingga 5 petang setiap hari.


Sumber : www.mawardiyunus.com[klik]

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel.com ini menjadi sumber inspirasi anda :D

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

REMPEYEK KAMPUNG SIREH

$
0
0

HOMESTAY SG. SIREH
REMPEYEK KAMPUNG SUNGAI SIREH | HOMESTAY SG. SIREH terletak di daerah yang amat di kenali sebagai Jelapang Padi Tercanggih di Malaysia. Lokasi mereka yang amat strategik iaitu berhampiran dengan sungai yang mana ianya dikatakan berpunca dari Sungai Tg. Malim. Disekitar kampung ini mempunyai tidak kurang dari 100 keping sawah padi yang mana ianya di usahakan sendiri oleh penduduk kampung.


HOMESTAY SG. SIREH ini merupakan sebuah kampung yang masih terpelihara dan tidak tercemar oleh pembangunan, dengan rekabentuk rumah dan lanskap kampung yang masih terpelihara. Kampung ini berada bersebelahan dengan kampung Sri Gambut, Sawah Sempadan, dan Sg. Burung. Dari HOMESTAY SG. SIREH ini hanya megambil masa 10km untuk ke pekan Tanjung Karang, dan 15 km ke pekan Sekinchan.
Terdapat lebih daripada 40 buah rumah Homestay dan ia pastinya menyediakan 40 keluarga angkat. Kapasiti untuk sesebuah keluarga angkat juga tidak ditentukan dan ianya fleksibel.

AKTIVITI DI SINI | Seperti Homestay lain, HOMESTAY SG. SIREH ini juga mempunyai aktiviti signature mereka sendiri. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan di sini adalah seperti pengalaman berkebun, bersawah dan menternak haiwan peliharaan kampung. Ini dapat memberikan satu pengalaman baru yang pasti ianya tidak akan ada di mana bandar-bandar besar terutama di Kuala Lumpur.

 Aktiviti membuat rempeyek_ Foto RambleAndWander
MEMASAK REMPEYEK | Antara program yang sempat kami buat di sini adalah memasak rempeyek. *Ha.. korang pernah makan rempeyek? Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu.

Pengalaman kami bermula dari membuat adunan, sehinggalah proses memasak dan siap dihidang. Bila sudah rasa sendiri pengalaman ni, Mat Remos akui, memang bukan mudah untuk membuat rempeyek ni, walaupun ianya hanya mempuanyai resepi yang sangat ringkas.

Rempeyek hasil air tangan kami
Ni antara bahan-bahan yang kami gunakan untuk cabaran memasak rempeyek kali ni.

250 gram tepung beras
200 gram kacang tanah
50   gram tepung kanji kentang@tepung jagung
2     sudu besar ketumbar
2     sudu besar jintan manis
       sedikit garam
300 ml santan cair
2     sudu besar air kapur
1     biji telur

Walaupun kumpulan kami terdiri dari 3 anak muda teruna, Alhamdulillah berkat kerjasama kami dapat hasilkan rempeyek yang boleh dikira okay la. *sedia untuk menerima tempahan hari raya. eh. Jangan tanya kenapa rempeyek kami bentuknya seperti itu. 

Ianya terbentuk mengikut jenis kuali yang digunakan. Jika kuali yang biasa yang cembung tu, hasilnya akan jadi seperti kat atas la, dan ada teknik nya sendiri untuk goreng rempeyek pada kuali jenis ni.


TIPS KESELAMATAN RUMAH SEMPENA MUSIM PERAYAAN

$
0
0
Kredit gambarwww.google.com
Tips Keselamatan Rumah Sempena Musim Perayaan | Keselamatan rumah dimusim-musim perayaan khususnya perayaan Hari Raya Aidil Fitri ini amatlah dititkberatkan bagi mengelakkan rumah kita menjadi mangsa pecah rumah orang orang yang tidak kita ingini.

Oleh itu, disini Mat Remos ingin berkongsi dengan semua, tips keselamatan rumah sempena musim perayaan yang mungkin boleh menjadi panduan kepada semua orang sebelum meninggalkan rumah bagi menyambut perayaan hari raya ini. 

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3. Jangan sesekali tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

4. Hentikan hantaran pesanan harian seperti surat khabar apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Pasang semula kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio atau lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Semoga perkongsian daripada Mat Remos ini sedikit sebanyak boleh membantu bagi mengelakkan rumah kita menjadi mangsa pecah rumah oleh orang yang tidak diingini. 

TIPS PEMANDUAN KETIKA MUSIM PERAYAAN

$
0
0

TIPS PEMANDUAN KETIKA MUSIM PERAYAAN | Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Tidak lama lagi umat islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Mat Remos pasti semua orang akan bergegas untuk pulang ke kampung halaman. 

Tapi sebelum anda semua ingin pulang berhari raya dengan gembira bersama sanak saudara, ini ada tips pemanduan ketika musaim perayaan yang ingin Mat Remos kongsikan di sini adalah;


1. Pastikan anda memeriksa kenderaan anda terlebih dahulu, pastikan juga tayar kenderaan anda dalam keadaan yang baik.


2. Rancang masa perjalanan anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. 


3. Ketika dalam perjalanan, sentiasaikut had laju yang ditentukan. Jangan cuba buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain. Jangan jadikan jalan raya tempat untuk mencuba kehebatan kereta anda.


4. Berikan isyarat dengan betul dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.


5. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.


6. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dengan terlalu rapat sepanjang masa kerana ini mungkin akan menjadi punca kemalangan yang serius.


7.Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.


8.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

Akhir kata Mat Remos ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog Projek Travel dan berhati-hati dijalan raya. 

7 APLIKASI PERCUMA TERBAIK UNTUK TRAVEL.

$
0
0
APLIKASI PERCUMA TERBAIK UNTUK TRAVEL | Dikala kita travel di luar mahupun dalam negara, sebenarnya adalah terbaik jika mampu bergerak dengan mudah sambil di bantu dengan komunikasi oleh masyarakat sekeliling.

Di sini kami kongsikan kepada anda 8 aplikasi percuma yang terbaik dalam membantu anda travel

#1 WAZE


Ramai dari kita yang menggunakan waze ketika sesat atau sesak di jalan raya. Antara aplikasi yang membantu semestinya waze tidak kira anda travel dalam atau luar negara.

#2 Google Translate


Inginkan komunikasi? Jangan anti sosial sangat. Mungkin mudah untuk berkomunikasi jika travel di dalam negara. Jika ke luar negara, gunakan cara mudah ini. Anda suka bukan jika pelancong bercakap dalam bahasa. Begitu juga mereka. 

#3 OANDA Currency Converter


Kebanyakkan traveler hari ini suka untuk tukar wang di dalam negara. Jika anda keluar negara dan berkira-kira untuk beli semestinya bajet menjadi salah satu perkara yang perlu diambil kira. Gunakan aplikasi ini. Walau matawang sekarang tak cukup ganas lagi.

#4 Free Wi-Fi Finder


Berpeluh jika penggunaan data tidak dikawal. Tidak menjadi masalah jika travel di dalam negara. Bagaimana jika travel ke luar negara? Data roaming yang tinggi boleh menyebabkan balik Malaysia dalam keadaan terkejut melihat bil yang tinggi. Aplikasi ini akan membantu mencari kawasan yang berdekatan untuk Wi-Fi.

#5 Goby


Aplikasi ini adalah aplikasi yang membantu anda mencari acara atau aktiviti sekitar anda jika anda berada di sesuatu kawasan. Sebagai traveler semestinya aktiviti mengenali dunia orang lain adalah misi anda. Selain itu, aplikasi ini juga membantu dalam mencari tempat bermain, konsert dan banyak lagi disekitar anda.

#6 Weather


Aplikasi ini membantu anda mengetahui cuaca disekitar anda. Mungkin ada yang mengatakan tidak perlu untuk lihat cuaca. Tetapi dengan adanya ramalan ini membantu anda untuk rancang aktiviti indoor atau outdoor. Jika di luar negara sebagai contoh di Jepun, cuaca dan suhu akan menjadi penghalang perjalanan anda jika tidak diteliti.

#7 Hotel Tonight



Jika anda melalui percutian tidak dirancang, yang mana kebiasaannya travel yang selalu di lakukan oleh backpackers. Aplikasi Hotel Tonight akan membantu anda mencari hotel tempatan pada kadar dan semestinya yang masih kosong.

Macam mana? Membantu?

Semestinya banyak lagi apps atau aplikasi yang boleh digunakan dan mengikut kesesuaian negara mahupun kawasan yang dilawati. Walau macam mana pun feel free untuk komen apps yang ada untuk kita bantu traveler yang perlukannya.

Jom Travel!


LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BAGI FASA 2 SIAP DIBUKA.

$
0
0
LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BAGI FASA 2 SIAP DIBUKA | Tidak mustahil lagi, bagi yang ingin pulang ke Pantai Timur sudah semestinya mahukan jalan yang selesa. Kini, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 siap dibuka sejak 31 Januari 2015 dan pembukaan jalan ini betul-betul memberi keselesaan pada pengguna jalan raya.


Lebuhraya Pantai Timur



Untuk pengetahuan semua, Lebuhraya Pantai Timur ini dikenali dengan nama singkatan iaituLPT E8adalah salah satu daripada jaringan lebuhraya yang terus menghubungkan pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada Lebuhraya Karak yang bermula dari Karah hingga ke Kuala Terengganu.



Selain itu, kos pembinaan LPT ini ialah RM3 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2012 dan panjangnya 183km dan mempunyai 10 plaza tol yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri,Yahya Khatib Mohamad pada 27 April 2010 lalu.


Persimpangan di LPT


Sedikit informasi bagi pengguna lebuhraya:-

- Lebuhraya Pantai Timur mempunyai 350km (217 batu)
- 4 lorong bermula daripada tamatnya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak,Pahang melalui Lanchang,Mentakab,Temerloh,Chenor,Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor,Chenih,Chukai,Kijal,Kerteh,Paka,Dungun,Bukit Besi,Ajil,Temelong dan tamat di Chendering berdekatan dengan Kuala Terengganu,Terengganu



Adakah dengan adanya laluan ini, pengguna jalan raya lebih selesa dan menjimatkan masa? Dengar kata ada pengguna lebuhraya ini mengeluh kerana Tol di laluan ini sangat mahal? Renung-renungkanlah..Mat Remos pun sebenarnya tak sabar nak tunggu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 siap di mana laluan tersebut bermula dari Kuala Terengganu - Pengkalan Kubor. Oh,dengar cerita setiap laluan LPT ini ada pemandangan cantik, inshaAllah satu hari akan cuba lalu LPT:)



Apapun, kita kena bersyukur dengan kesenangan ini dan berhati-hati semua semasa pulang ke kampung,jangan lupa untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan anda. Semoga perjalanan pulang beraya ini dalam keadaan yang selamat dan ingatlah orang yang tersayang. Jangan lupa gunakan hashtag #ProjekTravel dimana-mana media sosial. Selamat pulang ke kampung semua dan selamat hari raya dari kami Team Projek Travel :)

Sumber dari: Facebook dan Wikipedia

THE DIFFERENCE BETWEEN A TRAVELLER AND A TOURIST

$
0
0
THE DIFFERENCE BETWEEN A TRAVELLER AND A TOURIST | Did you know there was a difference between a Traveller and a Tourist? Which one are you?












MUSIM SAKURA, PANAS, LURUH DAN SEJUK DI JEPUN

$
0
0
Musim Bunga Sakura
MUSIM SAKURA | Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.

Secara umumnya, jika cuaca sejuk, maka bunga sakura lambat berbunga tetapi jika cuaca panas, maka lebih cepat bunga sakura akan berbunga.Selepas,tempoh mekar tamat, bunga ini akan jatuh dari pokok. Angin yang kuat dan hujan boleh menyebabkan tempoh musim bunga sakura ini menjadi lebih pendek.


Musim Panas di Jepun
MUSIM PANAS | Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Musim panas di Jepun secara tipikal adalah sangat panas dan lembap kecuali di Hokkaido. Suhu pada waktu siang biasanya sekitar 30 ℃ - 35 ℃. Musim panas terdiri daripada empat peringkat. Awal musim panas, musim hujan (梅雨: [tsuyu]), musim panas kemuncak dan musim panas akhir tahun. Musim hujan terus dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai. Indeks suhu kelembapan pada waktu itu adalah sangat tinggi. Tetapi hujan ini sangat diperlukan untuk pertanian. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.


Musim Luruh di Jepun
MUSIM LURUH | Musim luruh di Jepun biasanya bermula pada awal bulan Oktober sehingga hujung bulan November. Biasanya musim luruh ini bermula di Hokkaido utara, secara beransur-ansur merebak ke hujung selatan kepulauan Jepun dalam masa 50 hari. Perubahan musim ini berlaku apabila suhu rendah pada waktu pagi adalah lebih kurang 6 darjah atau 7 darjah Celsius. Anda boleh menikmati pemandangan musim luruh ini selama 20 hingga 25 hari. Waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim luruh ini di bandar-bandar utama seperti di Osaka dan Tokyo adalah pada pertengahan bulan November.


Musim Sejuk di Jepun
MUSIM SEJUK | Seperti musim-musim yang lain, musim sejuk adalah antara musim yang paling ditunggu-tunggu oleh pelancong. Ini kerana pada waktu itu salji mulai turun dan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Musim sejuk di Jepun bermula pada akhir Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Kebiasaannya, apabila suhu mencecah bawah 0 darjah celsius, salji akan mula turun dan daun-daun mula gugur dari pokok hingga tinggal ranting sahaja. Suhu mengalami penurunan jika anda bergerak dari arah utara, ke kawasan pergunungan bahagian Utara yang mengalami salji dan musim sejuk yang lebih panjang.


Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Jepun, pastikan korang memilih masa yang sesuai kerana setiap musim pastinya menjanjikan pengalaman berbeza untuk korang. Jadi rujuk website ni untuk WAKTU SESUAI BERCUTI DI JEPUN [klik].

p/s : untuk pengetahuan korang, AirAsia X telah melancarkan laluan penerbangan terbaru mereka terus ke Hokkaido, Jepun. Rujuk entry PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN [klik] untuk info lanjut.

TIP KE SEMPORNA, SABAH | MENARIK DI SEMPORNA

$
0
0
TIP KE SEMPORNA, SABAH |  MENARIK DI SEMPORNA  | Perjalanan kami dari TAWAU ke SEMPORNA hanya memakan masa lebih kurang 60 minit dengan menaiki Nissan Navara [klik] . Sepanjang perjalanan, kami hanya dapat meyaksikan ladang-ladang kelapa sawit di kiri dan kanan jalan.

TIP KE SEMPORNA, SABAH |  MENARIK DI SEMPORNA

Daerah SEMPORNA ni merupakan daerah yang sibuk menerima kedatangan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Oleh sebab itu, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan [klik].

TIPS KE SEMPORNA, SABAH


MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG :
Pengunjung boleh melawat Semporna sepanjang tahun. Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. Dari bulan May hingga Ogos, anda mungkin bertuah untuk melihat sendiri penyu-penyu bertelor disepanjang pulau-pulau. Pada pertengahan April setiap tahun, daerah ini menyambut 'Perayaan Pesta Air'Regatta Lepa [klik].

BAHASA & AGAMA : 
Bahasa Melayu Malaysia ditutur oleh penduduk tempatan dalam dialek 'baku-sabah'. Selain itu terdapat juga Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk turut dipertuturkan oleh suku-suku kaum disini. Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua Malaysia boleh digunapakai di Semporna dan difahami dengan meluas. Lebih 95% penduduk tempatan Semporna beragama Islam.

CUACA: 
Panas & lembab khatulistiwa sepanjang tahun antara 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kelembapan adalah tinggi (85-95%). Musim tengkujuh bermula dari November hingga Februari. Disebabkan oleh cuacanya yang panas anda dinasihatkan mengunakan 'sunblock' sewaktu berada di laut atau pulau-pulau.

PAKAIAN : 
Pakaian kasual. Tiada masalah jika anda menggunakan seluar pendek dan tshirt. Sebaiknya anda menggunakan pakaian berasaskan kain kapas atau yang mudah menyerap peluh. Gunakan pakaian yang sesuai untuk berenang, snorking dan menyelam.

NILAI WANG DAN KAD KREDIT : 
Semua transaksi menggunakan 'RM' (Ringgit Malaysia). RM 1.00 bersamaan 100 sen. Nilai pertukaran semasa Ringgit ke US Dollar adalah dalam anggaran USD1=RM3.20. Pertukaran wang asing boleh dibuat di lapangan terbang Tawau atau di bank-bank komersil di Semporna. Ada 2 bank di Semporna iaitu Bank Simpanan Nasional dan Maybank. Kedua-duanya dilengkapi dengan kemudahan ATM. Mesin CDM (Cash Deposit Machine) hanya terdapat di Maybank. Tiada bank atau mesin ATM di pulau-pulau. Visa dan Mastercard boleh digunapakai di Semporna.

TELEFON DAN INTERNET : 
Kesemua hotel/resort mempunyai kemudahan telefon dan faks (termasuk kemudahan IDD (International Direct Dial). Kod Akses untuk membuat panggilan antarabangsa dari Malaysia ialah 00. Untuk maklumat tambahan, sila dail 103. Operator Telekomunikasi Selular (TELCO) seperti talian Digi, Maxis dan Celcom menyediakan akses yang baik dengan kemudahan 3G dan 'Mobile Broadband'. Kebanyakkan hotel/resort mempunyai akses internetnya tersendiri. Kemudahan WiFi dan CyberCafe boleh didapati dengan mudah. Kelajuan internet mencapai 'broadband' dengan minimum 384kbps.

CENDERAMATA : 

Perhiasan peribadi berasaskan mutiara dan kristal amat popular sekali dikalangan pelancong. Item seperti butang baju melayu, keronsang, cincin, gelang dan rantai mutiara mudah didapati di kedai-kedai di kawasan pekan, restoran dan hotel. Selain itu baju 'T', rantai kunci, poskad dan cenderamata lain berasaskan 'Sipadan' dan 'Semporna' juga ada di jual. 

Cenderamata 'khas' SEMPORNA adalah replika bot 'Lepa' yang diperbuat daripada kayu, 'barung', parang dan 'pedang samurai' hasil pertukangan penduduk tempatan. Namun jika anda berhajat untuk mendapatkan barangan 'senjata' ini, anda perlu berhati-hati untuk membawanya ke dalam pesawat. Pelancong dinasihatkan agar berwaspada dengan penjualan cenderamata 'jalanan' dan gunakan kebijaksanaan anda untuk proses tawar-menawar.

Bagaimana Untuk Ke Semporna.


1. Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
Fares: *check with the nearest travel agents 
Duration: 45 mins
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
Fares: *check with airasia (www.airasia.com)
Duration: 2 Hours and 45 mins

2. Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours

3. Teksi / Taxi
From Tawau to Semporna 
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins

4. Bas Mini / Mini Bus
From Tawau to Semporna 
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins

Untuk info yang lebih lengkap korang leh layari website sabah.gov.my [klik]


p/s: cenderamata di semporna lebih murah dari di Tawau. Jadi, disini adalah tempat yang paling sesuai untuk borong dan beli cenderamata untuk yang tersayang.


CHAR KOEY TEOW KETAM USJ | MAJLIS BLOGGER RAYA

$
0
0

CHAR KOEY TEOW KETAM
CHAR KOEY TEOW KETAM USJ | MAJLIS BLOGGER RAYA | Alhamdulillah beberapa pada minggu lepas Mat Remos berkesempatan menerima jemputan rumah terbuka Hai Blogger di Gerai Tudia Char Kuey Teow yang merupakan penaja utama tempat dan makanan untuk rumah terbuka Hai Blogger ni. 

Apa yang menarik di Gerai Tudia Char Kuey Teow ni, mereka ada menyediakan menu char koey teow is timewa iaitu Char Kuey Teow Ketam

CHAR KOEY TEOW KETAM
MENU CHAR KOEY TEOW KETAM | Hidangan Char Kuey Teow Ketam yang cukup memuaskan ! Ada telur mata, beberapa ekor udang bersaiz besar dan semestinya ketam segar. Jangan takut kalau ketamnya tak ada isi, Mat Remos dah try, isi ketam dia banyak. *tengok saiz ketam pun boleh agak kan.

Fakrul Islam, Mawardi Yunus dan Fauzi Aryaan
Blogger Dikbee, Penaberkala dan SayaIday
Blogger Iday dengan Ketam miliknya 
MAJLIS RUMAH TERBUKA HAI BLOGGERS | Walaupun hujan, ramai blogger turun untuk memenuhi jemputan rumah terbuka Hai blogger ni. 






Rumah terbuka Hai Blogger ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sakura Band.
LOKASI CHAR KOEY TEOW KETAM | Gerai Tudia Char Kuey Teow ini terletak sangat strategik di Putra Height bertentangan dengan stesen minyak Petron dan dihadapan FlatPutra Height USJ.

Terima kasih kepada Halim Brothers kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan MAJLIS BLOGGER RAYA di Tudia Char Koey Teow.


Majlis Blogger Raya di Tu Dia! Char Kuey Teow.


Makanan disediakan oleh :@tudiacharkueyteowhq

Artis jemputan : @sakurabandmy

Photographer Rasmi : @reezqicinematography

Viewing all 507 articles
Browse latest View live