Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all 507 articles
Browse latest View live

KENYIR ELEPHANT VILLAGE TARIKAN TERBARU DI TASIK KENYIR

$
0
0



KENYIR ELEPHANT VILLAGE TARIKAN TERBARU DI TASIK KENYIR | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Projek Travel yang dikasihi sekalian. Pada kali ini Mat Remos ingin kongsikan dengan anda semua satu destinasi menarik yang ada di negeri Terengganu atau lebih tepat lagi di Tasik Kenyir.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Namun tahukah anda satu destinasi pelancongan dan pembelajaran terbaru telah diwujudkan di sini iaitu Kenyir Elephant Village (KEV).


Kenyir Elephant Village ini terletak di Sungai Telemong Tasik Kenyir iaitu di daerah Hulu Terengganu dengan keluasan 256.00 hektar. Untuk makluman semua, gajah di sini merupakan spesis original yang berasal dari Negeri Teregganu itu sendiri! Ini adalah salah satu usaha dan kaedah kerajaan negeri untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepupusan. Gajah di Semenanjung Malaysia dianggarkan hanya tinggal 1500 ekor sahaja lagi.

AKTIVITI DI KENYIR ELEPHANT VILLAGE

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di Kenyir Elephant Village ini. Antara aktivitinya ialah menonton persembahan gajah-gajah, menunggang gajah, meniti jambatan gantung dan juga aktiviti memandikan gajah.

Jambatan gantung


Bagi slot menonton persembahan gajah, terdapat pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh gajah-gajah ini, antaranya aksi tunduk hormat, aksi panjat belakang, tarik balak dan pelbagai lagi aksi yang menarik.*jaga-jaga kerana anda mungkin kebasahan disembur oleh gajah-gajah ini!




Untuk makluman semua, gajah-gajah ini dilatih oleh para jurulatih gajah pakar dari Thailand. Di samping itu juga terdapat jurulatih tempatan supaya latihan gajah ini mendapat sentuhan jurulatih tempatan. Gajah-gajah di sini terdapat 3 jenis iaitu gajah liar, gajah separa liar dan juga gajah jinak. Gajah yang masih liar dirantai manakala yang sudah jinak dipersembahkan kepada penonton.
  
CARA KE KENYIR ELEPHANT VILLAGE

Untuk sampai ke sini para pelancong bolehlah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan menuju ke Tasik Kenyir. Jika anda ingin menggunakan laluan udara, anda boleh mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dan menggunakan teksi ke sini. Laluan trafik yang tidak terlalu sesak pastinya melancarkan perjalanan anda.

Harga bayaran yang dikenakan untuk pengunjung Kenyir Elephant Village ini ialah :

  • # RM50 untuk dewasa 
  • # RM30 untuk kanak-kanak. 
  • # Pelancong asing pula dikenakan bayaran sebanyak sekali ganda

Kenyir Elephant Village ini dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Jadi rancang perjalanan anda dan pelajari mengenai hidupan gajah di sini.


Artikel ini ditulis oleh : 

Awir Nawawi 
Twitter: @amir_nawawi
Instagram: @amir_nawawi

Gaya Travel Magazine




Tourism Terengganu



Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu,
Tingkat 9, Wisma Darul Iman, 
20503 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Tel : 09-623 1957

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel.com ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU

$
0
0
HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia projektravel.com ini. Apapun, kita semua sudah berada di pertengahan tahun dan adakah jadual percutian anda semua sudah lengkap? Kali ini Mat Remos ingin berkongsi pengalaman semasa menginap di sebuah Hotel di Kuala Terengganu.

DJ Citi Point Hotel

DJ Citi Point Hotel

Alamat:

No.16,Pusat Niaga Paya Keladi,
Jalan Kampung Daik,
20000 Kuala Terengganu,
Malaysia

Tel: 09-630 9909
Fax: 09-630 9908


Suasana bilik
Mat Remos booking bilik deluxe. Okay la, plug pun dekat dengan katil. Katil selesa. Bantal empuk. Selimut best. Itu yang menjadi keutamaan admin apabila seharian penat berjalan. 

LOKASI HOTEL CITI POINT


Lokasi Hotel
Lokasi Hotel
Bagi Mat Remos, pemilihan hotel ini sebenarnya memainkan peranan yang penting juga apabila kita ingin menempah/menginap. Salah satu tips pemilihan hotel adalah lokasi hotel tersebut. Selain lokasi, bagi yang ingin berjimat di sini anda boleh dapat harga serendah rm 69 untuk satu malam

Pengalaman pertama Mat Remos menempah di hotel ini adalah lokasi seperti yang diberitahu tadi. Memang puas hati dan Mat Remos yakin bagi yang ingin berjimat, pasti akan memilih hotel ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang mencukupi serta berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik.


Antara tempat-tempat yang menarik berdekatan hotel ini adalah:

#Stesen Bas MBKT
#Kedai Makan
#KFC
#Bank Rakyat
#Masjid Puteh
#Pasar Payang
#Jeti Kuala Terengganu
#Istana Maziah
#Bazar Warisan
#Pasaraya Mydin
#Kampung China
#banyak lagi

Bagi Mat Remos, apabila berkunjung di tempat orang,lagi nikmat bila berjalan kaki sambil menikmati keindahan negeri tersebut.

KEISTIMEWAAN HOTEL CITI POINT



Antara kemudahan yang terdapat di DJ Citi Point Hotel.

Bagi yang tidak pernah menginap di sini, anda wajib ke sini dan diingatkan supaya menempah awal melalui online/call hotel ini bagi kehabisan bilik. Paling penting wifi dia laju berdesup! :D

So, pernahkah anda menginap di hotel ini? Apa pandangan anda?Jangan lupa kongsikan pengalaman anda disini bersama projek travel. Mana tahu setiap perkongsian anda boleh memberi manfaat kepada orang lain juga.

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)


KOLEKSI GAMBAR SEMPADAN BEBERAPA BUAH NEGARA

$
0
0
KOLEKSI GAMBAR SEMPADAN BEBERAPA BUAH NEGARA | Sudah lama Mat Remos bayangkan, bagaimanalah rupanya sempadan sesebuah negara tu eh. Hari ni semuanya terjawab dengan adanya beberapa gambar yang Mat Remos dapat dari perkongsian di facebook ni.






















Sumber : Facebook

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel.com ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU

$
0
0
DUYONG MARINA & RESORT TERENGGANU
DUYONG MARINA & RESORT TERENGGANU
DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU | Sempena Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu atau Terengganu Squid Jigging Festival 2015 yang telah berlangsung pada 2 hingga 7 Jun 2015 yang lepas. 2 buah hotel telah menjadi tempat penginapan rasmi bagi semua peserta. Salah satu hotel yang terlibat ialah Duyong Marina & Resort yang mana dulunya dikenali sebagai dikenali dengan nama Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.

INFO MENGENAI DUYONG MARINA & RESORT


Duyong Marina & Resort menawarkan unique five-star boutique paradise terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Resort ini terletak di dalam persekitaran terpencil yang menawarkan suasana penginapan yang tenang, baik dan kemudahan pelayaran menarik. 

TUAN RUMAH PIALA MONSUN Duyong Marina & Resort merupakan tuan rumah kepada Piala Monsun, setiap tahun. Lokasinya yang ideal telah meletakkannya di atas peta dunia pelayaran sebagai tempat perhentian terakhir dalam perlawanan Asia World Match Racing Tour.

TUAN RUMAH PIALA MONSUN
TUAN RUMAH PIALA MONSUN

BILIK DI DUYONG MARINA & RESORT



Duyong Marina & Resort menawarkan sehingga 5 jenis bilik penginapan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.
  • 1# Serambi (Deluxe) Garden View
  • 2# Anjung (Executive Deluxe) Garden View
  • 3# Teratak (Executive Suite) Sea View
  • 4# Cemara (Duplex) Garden View
  • 5# Royal Suite Garden View
Kami berpeluang menginap di bilik jenis Serambi (Deluxe) Garden View . Bilik jenis ini cukup besar untuk 2 orang menginap. 

Serambi (Deluxe) - Garden View


Serambi (Deluxe) - Garden View
Serambi (Deluxe) - Garden View
Nikmati suasana mewah dengan unsur-unsur tradisional di Deluxe Chalet dengan lantai kayu jati, dengan private balcony dengan permandangan taman yang subur.

Serambi (Deluxe) - Garden View
Serambi (Deluxe) - Garden View
Semua bilik-bilik tetamu dan suite dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi untuk keselesaan pelanggan. Chalet dilengkapi dengan 'skrin LCD 32, sebuah mini Hi-Fi dengan DVD dan akses internet tanpa wayar. Deluxe Chalet disediakan katil King atau katil Twins untuk pilihan anda.

Bilik air
Bilik mandi yang cukup luas mempunyai tab mandi, dua buah singki dan pancuran berasingan.

Bilik air
Sekitar resort
Apa yang bestnya, chalet yang kami stay ini berada betol-betol menghadap kolam renang, tapi nasib tidak menyebelahi kami bila kolam renang mereka dalam proses penambahbaikan.

Kolam Renang


DUYONG MARINA & RESORT 

Pulau Duyong, 
21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu, Malaysia 

Email: 
hotline@duyongmarinaresort.com

Website:
www.duyongmarinaresort.com

Tel: (609) 627 7888 
Fax: (609) 627 7878

-------------------------------------------------------------------------------------------

Gaya Travel Magazine




Tourism Terengganu



Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu,
Tingkat 9, Wisma Darul Iman, 
20503 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Tel : 09-623 1957

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel.com ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

RAHSIA BILIK HOTEL YANG KORANG PERLU TAHU

$
0
0
RAHSIA BILIK HOTEL YANG PERLU KORANG TAHU

RAHSIA BILIK HOTEL YANG KORANG PERLU TAHU | Anda suka menginap dihotel? Mat Remos pasti korang semua mesti sukakan kenikmatan bila menginap di hotel.

Disini Mat Remos kongsikan video yang membolehkan korang menggunakan teknik rahsia bila menginap di hotel. Selamatberamal yeee. Hehehe



Naaahh. Bagaimana perkongsian Mat Remos kali ini? Agak membantu bukan Mat Remos nasihatkan silalah berhati-hati terhadap penggunaan barangan elektrik didalam bilik hotel masing-masing kerana ianya mungkin akan rosak. Hahahahaha

Sekian perkongsian Mat Remos untuk kali ini. Diharapkan perkongsian di blog Projek Travel ini dapat membantu sedikit sebanyak didalam memberi inspirasi anda untuk melancong.


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)


PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI PERTAMA

$
0
0
Terengganu Squid Jigging Festival 2015
Terengganu Squid Jigging Festival 2015
PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI PERTAMA | Mengikut dari itinerary yang diedarkan oleh pihak peganjur Terengganu Squid Jigging Festival 2015 kepada kami dan semua peserta yang hadir , ternyata ada 2 sesi mencandat sotong yang perlu kami tempuhi dalam tempoh 6 hari program. Kelihatan semua peserta tidak sabar menanti tibanya waktu tersebut.

Hari Pertama
Lokasi :Pulau Redang

Pulau Redang
Pulau Redang
Hari yang dinanti telah tiba, dari penginapan kami di  DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU, kami telah dibawa ke Pulau Redang untuk aktiviti mencandat sotong sesi 1. *sapa tak teruja kalau dapat ke sini kan? . Pulau yang cukup indah dan mendamaikan. Air yang cukup jernih, pasir yang begitu halus membuatkan kami teruja untuk stay di sini.

Pada hari ini kami diberi masa secukupnya untuk berehat sebelum turun ke laut pada jam 4 petang. Ia juga memberi peluang untuk kami berjalan-jalan sekitar resort yang bakal kami stay malam ni.


Masing-masing telah dibahagi kepada kumpulan yang terdiri dari 10 peserta. Mat Remos telah ditempatkan di Boat 05 bersama peserta Touzeau-Tosi dari Perancis, Steven Howard dari Hongkong, Sara Rodriguez dari Spanyol, Olive Bendon dari Indionesia bersama beberapa orang peserta lain dari Malaysia iaitu Surendran, Dhevindra, Amir Nawawi dan yang lain.

Bersama kumpulan bot 5 
Dari bot polis marin, kedengaran siren dibunyikan menandakan bermulanya Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015. Hampir satu jam perjalanan ke tengah-tengah laut menjauhi taman laut yang terjaga untuk kami mencari port yang sesuai untuk melakukan aktiviti candat sotong. Akhirnya sauh dilabuhkan untuk memberi peluang kepada kami menurunkan umpan mata kail ke dasar laut. 

ALAT CANDAT SOTONG 


Segulung tangsi dan ada umpan mata kail_ foto www.kisahemasputih.com
Pada alat mencandat yang kami dapat, ada dua mata yang tidak berada selari antara satu sama lain. Yang bahagian paling bawah dibuat dari timah yang cukup untuk tenggelamkan mata umpan ke dasar laut. Ianya dipanggil Candat Twist. Ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap kan dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong.

Mata umpan kedua yang berada pada bahagian atas Candat Twist pula dipanggil Candat Apollo/Jig/Ultraman/Roket. Ianya merupakan sejenis umpan mata yang timbul "floating".

TIPS CANDAT SOTONG !!
Sejurus umpan sampai ke dasar, tali tangsi di naikkan 2 depa untuk pastikan umpan tu berada 2 depa dari dasar laut. Ia bermaksud, sotong-sotong ada di sekitar 2 depa dari dasar laut. 

MABUK LAUT


Peserta mula mabut laut
Mabuk Laut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tambah pula bila seseorang tu jarang atau tak pernah menaiki bot. Bagi Mat Remos, dalam keadaan bot masih bergerak, keadaan masih boleh terkawal, setelah sauh di turunkan bermula dari saat itu badan mula tidak stabil. Tambah pula dengan arus laut yang makin kuat. Nasib kurang menyebelahi kami, hampir dua jam kami mencandat tanpa hasil. Seorang demi seorang sudah mula tidak bermaya kerana mabuk laut. Ada juga yang sudah mula putus asa dan berhenti dari meyandat.


Ubat yang dimakan untuk menghilangkan rasa mabuk juga ternyata tidak dapat mengatasi masalah mabuk kami ketika keadaan laut semakin bergelora. Akhirnya semua tewas, hanya tinggal awok-awok kapal dengan seorang peserta sahaja yang bertahan.


Akhirnya tepat jam 7.55 malam salah seorang dari awok-awok kapal berjaya menaikkan seekor sotong yang cukup besar dan panjang. 5 minit berikutnya pula bot kami dapat menaikkan seekor lagi sotong yang hampir sama saiz . Alhamdulillah rezeki di hujung waktu.

Sotong yang berjaya dicandat
Pengalaman candat sotong pada malam itu sangat memeritkan kami. Tapi 2 ekor sotong yang berjaya dicandat oleh peserta bot kami sudah cukup memuaskan hati kami kerana ada khabar bahawa ada bot yang langsung tidak dapat hasil.

Baca sambungan hari kedua kami mencandat di PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI KEDUA.


PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI KEDUA

$
0
0

PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI KEDUA | Hari ke dua candat sotong kami bangkit dengan semangat baru, walaupun jadual pada hari ni cukup padat dengan aktiviti Terengganu Squid Jigging Festival 2015, sehinggakan tiada masa untuk kami berehat apatah lagi untuk melelapkan mata walaupun seminit.


Janji mereka terngiang-ngiang di kepala, tempat yang bakal dituju hari ni dikatakan berbeza dari tempat candat sotong sebelum ni iaitu di Pulau Redang. Ia dikatakan tempat dimana banyak sotong -sotong yang bakal di angkat dari laut oleh peserta-peserta.

Hari Kedua
Lokasi : Pulau Kapas


Pembahagian ahli kumpulan
Pembahagian ahli kumpulan bermula, dan kami dari team Projek Travel telah disatukan di dalam bot 5 bersama seorang peserta dari Hong Kong iaitu Steven Howard. Bot-bot kami sudah sedia menunggu di jeti DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU dimana ianya merupakan salah satu resort yang menaja penginapan peserta Terengganu Squid Jigging Festival 2015 pada tahun 2015 ni.

Sumber gambar runawaybella.com
Semangat itu bukan hanya pada Mat Remos sorang sahaja, tetapi ia sudah mula meresap kedalam seluruh anak kapal. *cewah ayat dia. Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi. *Jom kita MAJU !!!


Alhamdulillah, cuaca baik dan laut pula tidak seperti hari sebelumnya di Pulau Redang. Masing-masing aktif dan tidak menunjukkan kesan-kesan nak mabuk laut.

Sumber gambar pojiegraphy.blogspot.com
Pada kali ini, kedudukan diantara bot peserta lain sangat dekat sehinggakan kita boleh dengar dan lihat apa yang mereka sedang lakukan. Apa yang lebih meyakitkan hati apabila satu-satu bot menjerit kegembiraan menandakan mereka sudah berjaya menaikkan sesuatu dari dasar laut.

Sumber gambar pojiegraphy.blogspot.com
Bot kami, hanya mampu tunggu dan melihat telatah bot sebelah sahaja. "mana pergi semua sotong ni? cuti sekolah ke apa?" Sahut salah seorang dari kami. Memang nasib tak menyebelahi kami.

Dengan bantuan radio amatur, kami dapat dengat laporan dari setiap bot peserta. Ia memang membuatkan kami lagi stress. Ada bot sudah menaikkan sehingga 13 ekor sotong. *pergh hebat lah. Tapi bila malam menjelma, lampu bot dihidupkan, tidak sampai 30 minit kami dapat seekor sotong kecil.

Bantuan komunikasi dari radio amatur_Sumber gambar pojiegraphy.blogspot.com
Selepas dari itu rezeki mula memihak pada kami. Cuma sotong yang di candat terlepas dari mata umpan. Ada yang hanya mampu menaikkan sesungut sotong je. Siapa sangka, dalam stress kami tidak dapat sotong, benda lain pula yang kami berjaya angkat . Ketam. hahahhaha.


Apapon, kami sangat happy pada malam ni. Walaupun tak dapat bawak balik banyak sotong, tetapi kami yakin, pengalaman dan memoni kat tengah laut ni sudah cukup untuk kami bawa bersama untuk dikongsikan bersama pembaca .  Terima kasih kami ucapkan kepada Gaya Travel dan Tourism Terengganu.


SENARAI TEMPOH WAKTU PUASA DI BEBERAPA BUAH NEGARA

$
0
0
SENARAI TEMPOH WAKTU PUASA DI BEBERAPA BUAH NEGARA Puasa adalah salah satu kewajiban yang harus dilakukan oleh umat muslim seluruh dunia. Puasa 'wajib' dilaksanakan pada bulan Ramadhan selama 30 hari lamanya. Puasa diawali dengan makan sahur di sepertiga malam dan dimulai saat azan subuh berkumandang hingga selesai pada saat Azan Maghrib dibunyikan.

Sumber gambar tokeinfo.com
Setiap negara tentunya memiliki tempoh puasa yang berbeza dengan negara yang lain. Kita di Malaysia akan berpuasa hampir 13-14 jam lamanya. Tapi tahukah kita bahawa ada negara lain yang mempunyai tempoh puasa hingga mencecah 22 jam lamanya. Ini berlaku kerana putaran bumi dalam mengelilingi matahari tidaklah lurus. Jadi negara-negara di belahan bumi utara menerima cahaya matahari lebih lama dari yang di selatan. 

Di sini Mat Remos nak kongsi kepada semua pembaca tempoh waktu puasa di beberapa buah negara untuk panduan. Mana tau kan korang kena berada di negara-negara ini sepanjang bulan Ramadhan. 

SENARAI TEMPOH WAKTU PUASA DI BEBERAPA BUAH NEGARA

So, kepada mana-mana pembaca yang akan berada diIceland, Sweden, USA, Germany, dan England harap bertabah dalam menunaikan ibadah puasa ini. Apapun kami dari Team Projek Travel mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)


BERBUKA PUASA PERCUMA DI IFTAR @ KL 2015

$
0
0
Majlis Berbuka Puasa Percuma di Iftar@KL 2015 | Dengan secara rasminya, Iftar@KL bertempat di Jalan Raja Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telahpun bermula dari 20 Jun 2015 sehingga berakhirnya bulan Ramadan. Ingat, kalau tak ada program di hujung minggu, Mat Remos cadangkan korang bawa family datang berbuka puasa kat sini.

Hari ini, Mat Remos dan rakan-rakan berkesempatan untuk turut serta dalam majlis pelancaran Iftar@KL 2015 yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg Tan Sri Ahmad Phesal Haji Talib dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng.


Iftar@KL 2015 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Program ini merupakan penjenamaan semula kepada Festival Ramadan yang telahpun diadakan sejak tahun 2012 hingga 2014. Program seumpama ini telah terbukti berjaya menarik seramai 500 ribu orang pengunjung dari dalam dan luar negara termasuklah pengunjung antarabangsa dari Timur Tengah, Korea, Kanada, Amerika, Australia dan Negara ASEAN.

Jadual Iftar@KL 2015


20 Jun 2015 (Sabtu)
21 Jun 2015 (Ahad)
27 Jun 2015 (Sabtu)
28 Jun 2015 (Ahad)
4 Julai 2015 (Sabtu)
5 Julai 2015 (Ahad)
11 Julai 2015 (Sabtu)
12 Julai 2015 (Ahad)

Lokasi: 
Jalan Raja, Kuala Lumpur
(berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad)


Antara kelainan yang ditampilkan dalam Iftar@KL 2015 ini adalah dari segi pengisian program. Kalau nak tahu, sebanyak 11 aktiviti khas dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Salain itu, Iftar@KL 2015 ini jugak turut mendapat sokongan padu daripada agensi lain seperti Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek Kampong Baharu.

Melalui program iftar seumpama ini, Mat Remos yakin bulan Ramadan mampu dijadikan sebagai satu bulan yang menggalakkan kegiatan kerohanian dan kesenian Islama dapat disemarakkan dalam kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda. Jadi, kepada kawan-kawan kat luar sana, jom lah kita ramai-ramai pergi berkumpul untuk berbuka puasa bersama di Iftar@KL 2015 dan mendengar ceramah, menunaikan solat maghrib, isya' dan terawih serta menyertai program-program yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan.

Apa kata, jom kita tengok sekilas pandang suasana sekitar majlis Iftar@KL 2015 yang Mat Remos join bersama rakan-rakan yang lain.


Sukarelawan sedang mengagihkan juadah berbuka kepada jemaah
Set juadah berbuka di Iftar@KL 2015
Kehadiran jemaah dari Maahad Tahfiz
Majlis Tadarus Al-Quran sebelum berbuka
Kemeriahan majlis Iftar@KL 2015
Kemeriahan Iftar bersama keluarga dan rakan-rakan di Iftar@KL 2015

Aktiviti Iftar@KL 2015




Pengagihan Bubur lambuk
Pameran pelancongan
Pertandingan dan persembahan nasyid
Tazkirah Ramadan
Tadarus al-Quran
Majlis Berbuka Puasa
Solat Maghrib berjemaah
Soal Jawab agama
Solat Isyak dan terawih berjemaah
Dikir zikir/ Ceramah
Malam kesenian Islam
Moreh

Team Projek Travel

Di kesempatan ini, Mat Remos dan Team Projek Travel ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada semua pembaca blog Projek Travel. Jangan lupa kongsikan detik-detik manis anda di laman sosial seperti di facebook atau instagram dengan hashtag #ProjekTravel!

TIPS TRAVEL KETIKA BERPUASA

$
0
0
TIPS TRAVEL KETIKA BERPUASA | Rasanya tidak terlambat untuk Mat Remos ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam . Ketika bulan puasa ni, mesti kebanyakkan daripada korang cuma duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga


Dan pasti ada juga di antara korang, yang menahan nafsu dan kehendak dari terus travel disebabkan berpuasa. Jangan risau kawan - kawan, puasa bukanlah satu alasan untuk korang tidak melakukan sebarang aktiviti mahupun travel. 

Ketika di bulan ramadhan inilah masanya untuk korang pergi lebih jauh dan lebih menghayati kecantikan di setiap pelusuk dunia. Disini Mat Remos senaraikan beberapa tips travel ketika berpuasa 

1#. Tentukan destinasi yang ingin ditujui

Tak salah untuk korang travel, tapi kalau boleh tentukan destinasi terlebih dahulu. Bulan puasa ni, badan perlukan zat dan vitamin yang sesuai. Jadi pastikan destinasi korang itu mempunyai kelengkapan., lagi bagus kalau ianya muslim friendly

2#. Pack lightly , kemas dan seringkas yang boleh

Kalau bab packing ni, Mat Remos percaya para backpackers mesti dah expert kan ? Bila dah tahu destinasi, packing seringkas yang boleh, tak perlu bawa banyak pakaian, sebab pakaian tu kalau tak kotor, apa salahnya guna semula

3#. Bawa beg kecil ketika berjalan

Mat Remos perhatikan ramai antara traveller terlupa bab ni sehinggakan ada yang membawa bagasi ketika berjalan. Pastkan korang bawa beg kecil yang mudah dibawa untuk menyimpan kelengkapan dan barangan peribadi.

4#. Jangan skip sahur


Haa ini paling penting dan ramai dari kita yang mengendahkannya. Tahukah korang bahawa sahur sangat penting sebagai bekalan dan tenaga kita sepanjang hari. Jangan gunakan alasan tidak sahur untuk korang tidak berpuasa 

5#. Manfaatkan waktu beribadat untuk berehat seketika


Bila dah berjalan, ibadat jangan dilupakan. Ketika menunggu atau selepas waktu solat, apa kata rehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ? Barulah fresh dan tenang ! 

6#. Pilih pengangkutan awam


Bulan puasa ni ,kalau boleh kurangkan dengan berjalan kaki terutama ketika waktu panas takut nanti dehydrate. Gunakan pengangkutan awam untuk ke satu destinasi, cepat dan selesa bukan ? 

7#.Jangan terlalu manjakan diri 

Bulan puasa ni banyak kerenah dapat tengok. Bila jalan jauh sikit, mula lah komen penat bagai. Amboi , shopping boleh pulak ? Nak manjakan diri boleh tapi janganlah sampai tidak berpuasa 

8#. Tukar pengisian travel 

Kalau sebelum ni banyak travel pergi ke tempat - tempat menarik , apa kata jadikan bulan ramadhan ini sebagai travel ke masjid - masjid yang terkenal di setiap bandar atau negara ? Lagi menarik rasanya 

9#. Sediakan kelengkapan peribadi

Di dalam beg korang tu, pastikan ada ubat - ubatan , air mineral , coklat dan makanan ringan. Incase jadi apa - apa gunakanlah bekalan tersebut 


10#. Mencuba aneka makanan dan berbuka di masjid 

Selalunya dalam bulan ramadhan ini, kita dapat tengok di kebanyakan tempat menjual aneka makanan yang jarang kita nampak atau dengar, Haa ambil peluang ini untuk mencubanya tetapi ingat jangan terlalu boros ketika berbelanja. Atau korang boleh berbuka di masjid , meriah dan jimat! 

Haa jadi itulah antara tips travel ketika berpuasa yang dapat Mat Remos kongsikan. Jika korang ada penambahan idea atau cadangan bolehlah komen di bawah. Selamat berpuasa Sahabat PT !


ISTIMEWA BERBUKA PUASA DI ME'NATE STEAK HUB, SETAPAK

$
0
0

Istimewa Berbuka Puasa di Me'nate Steak Hub | Bagi peminat steak dan daging kambing sudah pasti tercari-cari restoran yang menjual makanan ini. Namun, anda semua jangan risau kerana Me'nate Steak Hubsudah mempunyai 3 cawangan iaitu di Setapak, Wangsa Maju dan Ampang Jaya yang dimiliki oleh pemilik yang berasal dari Kelantan. Selain itu, Me'nate Steak Hub ini juga dibantu oleh anak-anak kepada pemilik restoran ini. En.Mustaffa Othman ialah pemilik Me'nate Steak Hub, dimana pemilik ini sangat pakar dengan pengurusan daging.

Bagi yang tidak tahu lagi, pemilikMe'nate Steak HubEn.Mustaffa Othman ini sangat minat dengan daging sehingga beliau'membawa diri' ke London untuk mendalami ilmu pengurusan daging. Hampir setiap hari juga, pisau dan pengasah menjadi 'temannya'. Dengan berkat kesabaran beliau, maka terbinalah empayar Me'nate Steak Hub yang kini mempunyai 3 cawangan. Tahniah Mat Remosucapkan.

Salah satu cawangan Me'nate Steak Hub di Setapak
Salah satu cawangan Me'nate Steak Hub di Setapak

Sempena dibulan ramadhan ini, Me'nate Steak Hub telah menyediakan 6 set hidangan yang wajib kita cuba dan ianya sangatlah berbaloi dan jimat terutama kepada peminat steak/lamb ini. Setiap hidangan yang dihidangkan pun sangat memuaskan hati.

Harga setiap set di Me'nate Steak Hub ini bermula dari RM75 hingga RM350. Setiap harga yang ditawarkan sangat berbaloi bagi yang tahu kualiti daging tersebut. Selain itu, bagi peminat tegar steak/lamb juga, anda sudah pasti dapat merasai sendiri daging dari luar negara. Jangan risau, kesemua daging di Me'nate Steak Hub ini adalah HALAL dan jangan ragu-ragu lagi ya?

Bahagian daging lembu yang patut si pemakan tahu.
Bahagian daging lembu yang patut si pemakan tahu.
Heavenly Lamb
Heavenly Lamb
Heavenly Lamb ini adalah set yang berharga RM300 dan sesuai untuk 4-6 orang makan. Bagi Mat Remos mungkin lebih daripada 6 orang makan barangkali kerana 'portion' dia agak besar juga bagi Mat Remos.

Angus,Beef Ribs, Lamb Ribs/Ranghost
Angus,Beef Ribs, Lamb Ribs/Ranghost
Lamb Shank,Lamb Ribs,Lamb Rack/Loin,Lamb Syabu
Lamb Shank,Lamb Ribs,Lamb Rack/Loin,Lamb Syabu
Alhamdulillah,itu sahaja yang Mat Remos dapat kongsikan kepada anda semua. Ada diantara pembaca projektravel.com ini sudah mencuba makanan di Me'nate Steak Hub? Sebelum terlupa, restoran ini pernah diviralkan juga di media sosial kerana harganya sampai beribu-ribu satu resit. Ini adalah, setiap daging yang digunakan bukan semata-mata daging, tetapi dari permulaan daging itu dipotong hingga dihidangkan mempunyai cara yang tersendiri. Selamat berpuasa semua dari kami projektravel.com :)


Sebarang tempahan boleh hubungi:-

Tel: 012-905 1517 / 011-1283 8749

Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03,
Starpac Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 8121
Fax: 03-4131 1611

Ampang Jaya Branch
No.16, Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4251 3460

Wangsa Maju Branch
25, Jalan Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

PANDUAN JENIS-JENIS PLUG DAN SOCKET MENGIKUT NEGARA

$
0
0
PANDUAN JENIS-JENIS PLUG DAN SOCKET MENGIKUT NEGARA | Jika kita tavel, alatan seperti gadget dan beberapa alatan elektrik yang sesuai akan kita bawa bersama untuk membantu melancarkan perjalanan kita di sesuatu tempat. Jadi secara logiknya, adapter juga menjadi satu barang yang cukup wajib untuk dibawa bersama. Tetapi adakah kita sedar bahawa setiap negara mempunyai standart elektrik dan jenis plug yang berbeza-beza?

KEPERLUAN UNIVERSAL ADAPTER KEPADA TRAVELLER


Ini bermaksud, jika anda merancang untuk pergi ke luar negara, soketnya atau plugnya sudah semestinya berbeza-beza. Jadi penyelesaiannya adalah anda memerlukan Universal Adapter.

Kita harus memeriksa standard Elektrik di destinasi kunjungan yang bakal kita pergi. Di Malaysia standard elektrik ialah 240V 50Hz. Di Jepun 100 V 50Hz memerlukan transformer untuk menaikkan voltan bagi kegunaan peranti dari Malaysia. 

JENIS-JENIS PLUG DAN SOCKET MENGIKUT NEGARA

Sumber Gambar : Facebook

Periksa juga jenis plug. Terdapat pelbagai bentuk plug yang digunakan diseluruh dunia. Biasanya barang elektrik menerima semua jenis bekalan elektrik, cuma pelu dibeli plug untuk disesuaikan dengan negara yang dikunjungi. Mat Remos cadangkan untuk anda beli universal plug yang boleh diselaraskan dengan apa juga bentuk plug sekiranya anda tidak pasti jenis plug yang digunakan.

JENIS-JENIS PLUG DAN SOCKET MENGIKUT NEGARA


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

MURTABAK SEDAP DI LEMBAH KLANG | 5 LOKASI PILIHAN

$
0
0
MURTABAK SEDAP DI LEMBAH KLANG | Di bulan Ramadan ini, murtabak semestinya antara menu wajib untuk berbuka puasa. Apa yang bestnya kali ini, kami kongsikan kepada anda lokasi dan tempat yang menyedikan murtabak yang sedap.

1. Murtabak Station, Bandar Sri Damansara.

Murtabak Station
Murtabak Station
Murtabak dengan bungkusan cantik. Menjadi buruan ramai sehinggakan boleh dijadikan buat tangan. Awesome!

2. Kedai Murtabak Mengkasar, Medan Niaga Rampai.

Gambar dari http://immamakan.blogspot.com/
Murtabak yang sememangnya popular. Menjadi buruan ramai kerana intinya yang ummm. Restoren wajib singgah jika anda inginkan rasa yang sedap.

3. Mat Murtabak, Gombak.

Gambar dari bloggengmungkar.files.wordpress.com
Isinya yang banyak dan memukau. Rasanya yang enak dan dihidangkan bersama kuah kari yang memukau.

4. Murtabak Singapura, Seksyen 1 Bangi.

Gambar dari http://sayabloggerbaru2012.blogspot.com/
Kecil, ranggup dan menyelerakan. Dibaluti dengan isi daging dan ayam yang penuh.

5. Murtabak Talam Seksyen 7, Shah Alam.

Murtabak Talam Seksyen 7
Kedai murtabak yang simple dan hanya dibuka semasa bulan Ramadan. Menjadi buruan ramai selama 4 tahun beroperasi di Shah Alam.

Ada lokasi murtabak yang lagi sedap? Tinggalkan komen! Kongsikan dengan kami. Tak sabar nak menikmati semasa Ramadan ini.

BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI

$
0
0



BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI | Restoran Asmara Penchala sudah dikenali ramai semenjak ianya mula menjadi salah satu lokasi penggambaran untuk slot drama Akasia TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan. Mat Remos dan rakan blogger juga telah berkesempatan ke sana untuk menikmati juadah berbuka puasa yang mana mereka menyajikan makanan Warisan Islam Nusantara.

RESTORAN ASMARA PENCHALA


RESTORAN ASMARA PENCHALA
ASMARA PENCHALA merupakan sebuah restoran yang bertemakan kampung moden dan kontemporari dan terletak di Kampung Sungai Penchala. Senibina dan tatarias Restoran Asmara Penchala berkonsepkan Bali style.

Ruangan tertutup berhawa dingin
Ruangan tertutup berhawa dingin
Ruangan terbuka
ASMARA PENCHALA menyediakan kemudahan yang cukup lengkap untuk tetamu mereka menjamu selera dengan selesa termasuklah ruangan terbuka dan ruangan tertutup yang berhawa dingin dengan berlatar belakangkan muzik yang menghidupkan lagi suasana menjamu selera.

Sinki 
Keindahan dekorasi dan ambiance di sini dapat membawa kita semua seolah-olah berada di Bali. Jadi, Mat Remos cadangkan kepada semua yang rasa ingin dapatkan ketenangan dan merawat kecelaruan jiwa dari stress kerja, bolehlah berkunjung ke sini sambil menikmati juadah yang memikat selera.

Ruangan romantik untuk pasangan kekasih
Rekabentuk indah restoran ASMARA PENCHALA ini telah menggabungkan rekabentuk moden kontemporari di samping memelihara kebudayaan tempatan Melayu yang menjadikan sebahagian dari suasananya yang cukup romantis.

ASMARA PENCHALA  adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi acara dari segi perniagaan sehinggalah majlis perkahwinan, seminar, persidangan, akad nikah, dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya, Restoran ini mampu menampung sehingga 700 orang tetamu pada satu masa.


BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI



Menu yang disajikan di Buffet Ramadhan Asmara Penchala by Felda D'Saji ini adalah berlainan setiap hari. Apa yang menarik perhatian Mat Remos, disini pelanggan boleh menikmati menu kampung yang jarang boleh kita dapat di bandar seperti Kuala Lumpur ini. Antara menu tersebut adalah gulai siput sedut, telur itik masak lemak, sambal hitam pahang dan macam-macam lagi.

Pelbagai masakan ala kampung yang sangat enak
Ikan bakar
Selain dari hidangan kampung yang sangat sedap, buffet ramadhan di sini juga ada menyediakan makanan ala Italian di Italian Corner. Ia termasuk Spaghetti Aglio, Spaghetti Carbonara, Seafood Kava, Ceasar Salad, Pasta Salad, Garden Salad, Waldong Salad, dan berbagai makanan yang sangat menyelerakan.

HARGA BUFFET RAMADHAN | Harga buffet ramadhan di ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI ini sangat berpatutan. Dengan harga RM 59.00 seorang dewasa dan hanya RM 35.00 untuk kanak-kanak.


Bagi mereka yang inginkan kelainan untuk suasana berbuka mereka boleh memilih Gazebo yang dihias cantik berkonsepkan candle light. Dengan hanya tambahan RM50.00, anda dan pasangan boleh menikmati suasana berbuka puasa yang cukup romantik.*pastikan anda booking awal kerana mereka hanya mempunyai 2 buah gazebo .

Gazebo yang dihias cantik berkonsepkan candle light
Terima kasih kami ucapkan kepada ASMARA PENCHALA dan FELDA D'SAJI kerana sudi menjemput kami untuk berbuka puasa di sini. Ikhlas Mat Remos katakan bahawa makanan dari FELDA D'SAJI memang tidak mengecewakan. Apa yang kami dengar tentang keenakan masakan dari FELDA D'SAJI sebelum ini memang bukan sekadar khabar angin. Ianya memang benar.

Dari segi lokasi, mungkin agak susah untuk pertama kali ke sini kerana ianya agak tersorok dari kesesakan bandar. Tapi apa yang pasti lokasi ini sangat tenang dan selesa untuk berbuka puasa dan melakukan apa-apa program. *tambah pula boleh berbuka puasa di Gazebo Cinta bersama yang tersayang. eh

Kemudahan surau yang luas juga disediakan untuk pegunjung mereka memunaikan solat dengan selesa.

ASMARA PENCHALA
Pihak pengurusan Asmara Penchala dan D'Saji
Selain dari Restoran Asmara Penchala, D'Saji juga mempunyai 3 lagi lokasi buffet berbuka mereka iaitu di Dewan Perdana Felda (RM79, RM42nett), D'Saji KL Titiwangsa (RM75,RM39nett), dan Restoran Felda Villa (RM69,RM39nett).




LOKASI ASMARA PENCHALA | Lokasi yang mudah untuk anda ke ASMARA PENCHALA ini adalah sama ada exit ke bukit lanjan (dari sg.buloh) atau boleh melalui persimpangan petronas (dari sg.buloh) di mana bersebelahan jalan tersebut adalah pusat membeli belah The Curve/Ikea atau anda boleh melalui persimpangan TTDI, Damansara

Address :
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Google Map Direction:

Email: 

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

$
0
0
AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA | Wah...berita baik untuk korang-korang yang suka travel. Air Asia dah buka semula tempahan untuk tempat duduk percuma. Ada 3 juta tempat duduk yang ditawarkan untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa seperti Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Penang, Terengganu, Kuching, Miri, Ho Chi Minh, Surat Thani, Lombok, Bangkok, Singapura, Jakarta, Xi’an dan banyak lagi destinasi lain. 

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

 "Tempat duduk percuma kami kembali lagi dan kami berharap lebih ramai akan mengambil peluang ini untuk melakukan perjalanan dan meneroka tempat baharu. Ini merupakan waktu yang sesuai untuk pengguna kami merancang percutian dan perjalanan mereka untuk tahun depan," kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siegtraund Teh dalam kenyataan hari ini.

Bagi promosi tersebut, pengguna hanya perlu membayar cukai dan fi yang dikenakan manakala tempat duduk adalah percuma. Tempat duduk promosi ini sedia untuk tempahan dari 22 Jun hingga 28 Jun 2015, bagi perjalanan dari 15 Feb hingga 31 Ogos 2016.

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

Jadi, apa tunggu lagi. Tinggal 2 hari je lagi nak rebut peluang ni. Jom rancang percutian anda dan layari laman web www.airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone dan peranti Android, dan juga laman web mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com untuk membuat tempahan. Selamat bercuti..

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)


VIVO X 5 PRO TELAH DILANCARKAN DI MALAYSIA

$
0
0
vivo X5Pro
Vivo X5Pro
PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA | Pada 25 Jun 2015 yang lepas, jenama telefon bimbit dari negara China terkemuka iaitu Vivo telah memperkenalkan smartphone terbaru dari mereka yang digelar sebagai "Touched by Beauty”, iaitu vivo X5Pro, di Malaysia. Pelancaran ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLCC. Ini secara rasminya megumumkan kepada seluruh dunia bahawa vivo X5Protelah memasuki pasaran Malaysia.

PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
Majlis pelancaran besar-besaran ini telah dihadiri oleh Naib Presiden vivo Global sendiri iaitu Mr Alex Feng, Mr Lewis Zeng selaku CEO vivo Malaysia, dan ramai lagi. Pelancaran vivo X5Pro ini dikatakan telah dihadiri oleh lebih 1,500 orang termasuk para media dalam dan luar negara, dan selebriti tempatan.

Mr Alex Feng dan Mr Lewis Zeng
Mr Alex Feng dan Mr Lewis Zeng
PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
PERASMIAN PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
Mr Alex Feng menegaskan bahawa vivo bertumpu untuk menjadi pengeluar telefon pintar, dan sentiasa mengikuti moto mereka: "Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru", dan telah pun menghasilkan banyak telefon pintar yang menakjubkan. Dari pelancaran telefon pintar vivo yang pertama pada tahun 2012, vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berturut-turut memecahkan rekod telefon pintar paling nipis di dunia, tapi juga mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi. vivo just menghasilkan telefon pintar degan skrin 2K vivoXplay3S pada tahun 2013, aperture F1.6 besar & optic penstabilan imej Xshot pada tahun 2014, dan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai "Touched by Beauty ", vivo X5Pro.
Duta Vivo Malaysia- Soo Winci, Fuying dan Sam
Duta Vivo Malaysia- Soo Winci, Fuying dan Sam

MENGENAI VIVO X5 PRO


REKABENTUK | Vivo X5Pro ini telah diilhamkan dari alam semulajadi, iaitu dari permukaan setitik air. Kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dan kemasan yang menakjubkan. Mempunyai saiz body yang langsing yang dengan hanya berketebalan 6.44mm dan kelebaran saiz skrin yang berukuran 5.2 inci dengan panel Super AMOLED beresolusi 1.920 x 1.080 piksel. Vivo X5Pro boleh dikatakan cukup sempurna dalam kedua-dua visual dan fungsi, memenuhi konsep "Touched by Beauty" dengan sempurna. 

 saiz body yang langsing
FUNGSI | Vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang mana ianya berfungsi denagn membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan. Ia sangat sesuai bagi mereka yang mengutamakan pada fungsi kamera kerana kualiti gambar Vivo X5Pro adalah sangat baik dengan memiliki 13-Megapixel rear camera,  Vivo X5Pro ini juga mempunyai kelebihan autofocus PDAF, bersama flash kelajuan tinggi pada kamera utamanya (LED Flash dan f/2.0 aperture). 


Ini telah menjadikan Vivo mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas. Tidak hanya memberi kelebihan pada kamera utama sahaja, Vivo X5Pro juga memiliki 8-Megapixel kamera hadapan dengan f/2.4 aperture dan 80 darjah pandangan yang lebih lebar yang mana ianya mampu mengambil gambar sehinga 32MP. *dan ini sudah semestinya menjadi berita paling baik untuk penggemar selfie di negara kita.


Produk terbaru Vivo ini telah dicipta dengan sempurna melalui kualiti bunyi Hi-Fi, super nipis, kamera berkualiti tinggi, serta sistem operasi Fun Touch OS 2.1 yang berfungsi di atas sistem operasi Android Lollipop. Dan ianya sudah pasti dapat memberikan pengalaman terhebat untuk para belia Malaysia . Untuk maklumat lanjut mengenai smartphone Vivo X5Pro  ini boleh terus rujuk pada website www.vivo.my.

Sudah semestinya, banyak lagi fungsi menarik dengan teknologi tinggi yang dimiliki oleh smartphone Vivo X5Pro ni.

Info : Di China, vivo X5Pro adalah salah satu telefon pintar yang paling popular, menyebabkan vivo X5Pro muncul sebagai juara dari segi jualan semasa musim panas.

HARGA | Harga smartphone Vivo X5Pro ini ketika dilancarkan tempoh hari adalah RM1,599.00.

Bagi mereka yang sudah tertarik dengan kehebatan Vivo X5Pro ni, ianya senang untuk dimiliki kerana menurut CEO vivo Malaysia sendiri iaitu Mr Lewis Zeng :
Vivo telah pun membina rangkaian kami secara aktif di seluruh Malaysia– termasuk lebih 2,000 pusat jualan, 10 pusat perkhidmatan and hampir 1,000 orang pekerja. Pada tahun 2015, vivo Malaysia akan terus meningkatkan pelaburan dalam membina jenama vivo, serta meningkatkan bilangan saluran pengedaran dan pusat perkhidmatan di Malaysia. Dalam masa terdekat, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif serta menyediakan perkhidmatan yang lebih setempat untuk para pengguna di Malaysia.
_______________________________________________

Mat Remos juga sudah mula rasa terpikat dengan kehebatan teknologi yang dimiliki oleh smartphone Vivo X5Pro ni. Smartphone ini dengan fungsi utama kameranya sangat hebat dan sesuai untuk dijadikan gadget untuk projek travel. Memandangkan kami masih mencari gadget yang sesuai dengan kelebihan fungsi kamera untuk gambar-gambar travel yang lebih berkualiti. Insyaallah jika diberi peluang, kami ingin memilikinya untuk dijadikan gadget rasmi kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai smartphone Vivo X5Pro  ini boleh terus rujuk pada website dan facebook mereka.

Website : 

Facebook : 

MY BEIJING TRIP DAY 1

$
0
0

MY BEIJING TRIP DAY 1 | SAHABAT PT | My eldest daughter and I were very excited when we boarded our flight , MH 360 to Beijing. The flight took about 6 hours. Our flight was at 6.30pm and around 6.15pm, we boarded our flight. My eldest daughter Talia was happy and thrilled as it was her very first Malaysian Airlines flight. Before this, she has traveled overseas to Indonesia but via AirAsia.


We were served tidbits in the form of peanuts and orange juice once the fasten seat belt signs went off, which signifies the plane being more stabilized and about 8.30pm, we had our dinner served. During the 6 hour journey, I manage to watch Taken 3, as well as two episodes of Stalker. The on flight entertainment kept us occupied and I also managed an hour nap while on flight. The flight was thankfully smooth despite a little bit of turbulence.

We arrived safely at the Beijing Capital International Airport at past 1 am and since it was already so late, we decided to spend the night in the airport to save money as well as for convenience purposes.


Early next morning, we took the first Airport Express train (very much like our own ERL but cheaper) to Dongzhimen station. The ticket price is RMB25 per person per way. The first train starts at 6.20am and the last train is at 10.50pm. Its already very sunny in Beijing during our stay there and the sun is out early as 4.30am.


From Dongzhimen, we then changed subways to get to our hotel, the Red Lantern Hostel. This trip was totally my own trip and not sponsored in anyway except for my Pocket Mobile WiFi from Wiyo, so I had to keep cost as low as possible. We walked a short distance from the Xinjiekou subway to the hostel which was located in a little Hutong off the Xinjie Kou road.


The hostel looked dusty and old with kinda messy interiors. There was a little stream with coil in the middle of the now covered courtyard. 

We got a room with a queen sized bed. The room was clean and they were very generous with the pillows in the room. There was also a fan and an air conditioner.



There was a writing desk, chair, small seating area, and shelves to put our things

Address: 
No 5, Zhengjue Hutong , 
Xinjiekou Nandajie, 
100035 Beijing

This hostel cost me just about RMB440.00 (RM261.12) for two nights stay.

To know more, check out:


The hutong area was a little dirty and busy though with lots of hawkers selling vegetables, food and fruits.

After having a bath and changing our clothes, my daughter and I got out of our hostel, and headed to the Tiananmen Square and Forbidden City. The security detail and checks in Beijing are very important, and you will encounter security checks at all subway stations and places of interest. Even bottled water is scanned !


There wasn't that many people around at that time and I did not think too much into it, but the answer only became clear when we had gone inside. Apparently, on Mondays, the Forbidden City was closed to Public for maintenance and cleaning.


Since it is Monday, my daughter and I were pretty crestfallen and decided to go for a walk in the garden /park towards the left of the Forbidden City and it costed us RMB3 to enter this pretty garden.


Inside the garden area, there was a small mansion area, where my daughter and I were fascinated. We took some photos there. It was very pretty and you can even see people exercising there in the garden.


Surprisingly, I find Beijing to be quite clean, even cleaner then KL but there are the the occasional Chinese spitting (which happens in Malaysia also) and wherever there is a toilet, there is a stench. I also hate that in the toilets here there is no bidet and we have to bring our mineral bottles along for cleaning purposes or a wet wipe exclusively for 'that'


I like the weather which is quite cool and the breeze is refreshing.Since the Forbidden City was closed, we were slightly stumped and decided instead to go to the Beijing Zoo.


Entrance for Beijing Zoo is RMB40 per person which includes a boat ride and visit to the Pandas. The Beijing Zoo is very pretty and is the second best Zoo I visited! I just love the atmosphere and the lovely garden and lake.

There are more then half a dozen pandas there to see but well, as usual, all pandas do is eat and sleep most of the time.

Panda
We were strolling around the very big zoo and before we knew it, 3-4 hours have passed and it happened that we came to the Beijing Aquariumas well. I had problems deciding whether to go ahead and go in or not because it was expensive! RMB150 per person.


I caved in at the temptation of seeing dolphins and beluga whales, eventually, It is a lovely place and you can also see Hawkbill Turtles here. Though I did feel sad as the Turtle enclosure is way too small for them, but the Beluga Whales, Sea Lion and Dolphin show was definitely entertaining and amazing and not to be missed if you are visiting the Beijing Aquarium.


By the time we emerged from the aquarium we were very knackered, we manage to take a bus to the Xinzimen area for just RMB2 per person, and come across one of the Halal Noodles restaurant, and had dinner there before returning to our hotel. 

Since the night before we did not sleep much at all, and had used up whatever that was left of our energy, we tucked in early and slept by 8pm. 

TO BE CONTINUED 

Story by Miera Nadhirah 

AIR ASIA BLOGGER COMMUNITY : #AABC2015 2ND ANNIVERSARY PARTY IN BANGKOK

$
0
0
Air Asia Blogger Community : #AABC2015 2nd Anniversary Party in Bangkok | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah,beberapa minggu lepas salah seorang admin Projek Travel telah mengikuti program anjuran Air Asia bersempena "#AABC2015 2nd Anniversary Party In Bangkok" . Kali ini, sambutan ulangtahun Air Asia Blogger Community diadakan di Bangkok selama 3 hari 2 malam. Segalanya ditaja oleh Air Asia Malaysia.

Group Photo 
Lebih kurang 100 orang blogger turut hadir bagi menyempurnakan majlis ini dimana wakil blogger dari Malaysia terdiri daripada 14 orang dan antara blogger yang turut ke Bangkok juga adalah dari Negara Indonesia,Thailand,Filipina,Vietnam,China,Korea Selatan,Jepun dan Australia. Perjalanan kami ke Bangkok mengambil masa selama 2 jam di mana masa di sana beza sejam dari Malaysia. 
Bilik penginapan

Tempat Penginapan | Eastin Grand Hotel Sathorn, Bangkok menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam semasa berada di Bangkok. Menginap dibilik yang besar dan selesa serta 'view' yang cantik bertambah seronoknya berada di Bangkok.

Team Projek Travel memakai Tshirt #AirAsiaMakna
Lokasi Eastin Grand Hotel Sathorn,Bangkok ini sangat strategik dengan tempat-tempat menarik di Bangkok serta paling menarik perhatian Mat Remos, BTS STATION iaitu skytrain (jika di Kuala Lumpur dipanggil Monorel) link dengan hotel ini dan sangat memudahkan bagi mana-mana pelancong untuk bergerak ke satu tempat. Untuk pengetahuan anda semua, kawasan di sini boleh dikatakan sesak seperti Kuala Lumpur dan Mat Remos cadangkan pada sesiapa yang ingin melancong di kawasan Bangkok memilih Skytrain. Terpulang kepada anda yang mana selesa,hehe.

Pemandangan dari bilik.
Pemandangan dari bilik yang begitu awesome. Rupanya, Bangkok seperti Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan di jalan raya namun sesekali apa salahnya kita belajar gaya hidup mereka pula. Sebenarnya, hari pertama kami sampai sini banyak Free & Easy, so kami mengambil peluang untuk berjalan sekitar Bangkok. :)

BTS Station,Skytrain
Are u ready for rally photo guys?
Hari Kedua di Bangkok | Hari kedua adalah hari beraktiviti bersama rakan blogger lain. Disebelah siang aktiviti 'Rally Photo 2015' dimana kami dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan akan bersama blogger dari pelbagai Negara dan wakil mat Mat Remo skumpulan 5 :)

Peralatan untuk Rally Photo
Task dan pelbagai peralatan kami telah sediakan untuk cabaran Rally Photo. Cabaran ini kami perlu selesaikan dimana jawapannya berada di sekitar Bangkok dan kami perlu menggunakan Skytrain sebagai transport pada cabaran ini. 

Group 5
Ahli kumpulan 5

Dari kiri: Mek Onie ( Malaysia), Mari ( Philiphines), Nguyen Tuan (Vietnam), Seth Lui (Singapore) dan Sutiknyo (Indonesia)

Menanti Skytrain untuk menyelesaikan tugasan.
Di stesen Surasak menanti Skytrain untuk selesaikan task yang diberikan. Tiba-tiba,teringat rancangan Running Man, Haha.

Tahniah kepada pemenang Rally Photo
Salah satu kumpulan yang bertuah dan pungut point terbanyak semasa cabaran Rally Photo, Tahniah Eugene from Malaysia dan rakan lain :)

Salah seorang Team Projek Travel
Sebelah Malam | Dengan bertemakan Pakaian Kebangsaan Negara, kami telah memilih memilih pakaian ini untuk digayakan yang diberi nama Puteri Perak. 

14 Blogger Malaysia dan 1 Blogger Australia
Rakan blogger lain yang turut hadir dan ya, kami mewakili blogger dari Malaysia dan Hi Phoebe from Australia !  Banyak slot pada malam tersebut.



Dan paling berdebar apabila nama wakil Projek Travel telah dipanggil ke pentas kerana terpilih untuk kategori Best Dress. Turut terpilih juga adalah dari Blogger Thailand dan Blogger Korea Selatan.

Best Dress
Terima kasih kerana memilih wakil kami sebagai pemenang Best Dress.

First Place : Blogger Thailand
Second Place: Blogger Malaysia
Third Place: Blogger Korea Selatan

Walaupun, cabaran Rally Photo kumpulan 5 tidak berjaya namun kategori best dress saya berjaya dan itu merupakan bonus bagi kami. Apapun, pengalaman 3 hari 2 malam di sana lebih bermakna.

Terima kasih saya ucapkan kepada Air Asia Malaysia kerana membawa wakil Mat Remos ke Bangkok. Pengalaman yang tak akan kami lupakan dan dimanakah pula lokasi bagi ulangtahun AABC ke-3 nanti? Tunggu! Untuk membaca lebih lanjut lagi anda bolehlah ke sini. Apapun, pengalaman semasa di sana adalah sangat best bagi saya sekaligus ini adalah event paling havoc pernah wakil kami join, Alhamdulillah.Tempat-tempat menarik di Bangkok Mat Remos akan kongsikan di lain artikel nanti. Stay tuned. Selamat berpuasa semua.

RESTORAN MAKANAN EXOTIK DAGING RUSA DAN LANDAK DI SELANGOR

$
0
0
Kepelbagaian hidangan masakan exotik di Restoran Lembah Bernam
RESTORAN MAKANAN EXOTIK DAGING RUSA DAN LANDAK DI SELANGOR | Malaysia, cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan dan masakan yang enak dan sedap. Dan jangan terkejut jika ada sebahagiannya merupakan hidangan makanan exotik seperti daging rusa dan landak.


Dalam program Eat.Travel.Write Selangor Culinary Adventemosure yang lepas, Mat Remos telah berkesempatan untuk merasai sendiri beberapa hidangan exotic yang popular di Sabak Bernam ni. Ianya ada di di RESTORAN LEMBAH BERNAM. Restoran ini ada menyediakan hidangan makanan exotik yang halal dimakan oleh orang islam.

RESTORAN LEMBAH BERNAM
Temuramah bersama pemilik Restoran Lembah Bernam
RESTORAN LEMBAH BERNAM | Jika ada diantara pembaca blog ini juga merupakan penggemar makanan exotik. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke RESTORAN LEMBAH BERNAM yang mana ianya berada di daerah Sabak Bernam.
Hidangan daging Rusa dan daging landak
Hidangan rendang daging landak dan daging rusa lada hitam
Antara hidangan yang cukup popular di RESTORAN LEMBAH BERNAM ini ialah hidangan daging rusa dan daging landak. Bagi mereka yang pertama kali kesini mungkin agak pelik dengan hidangan seperti ini, tambah-tambah dengan hidangan daging landak.

Mat Remos tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri masakan daging rusa dan daging landak disini. Daging rusa mungkin ada persamaan rasa dengan daging lembu, tetapi daging landak ia cukup berbeza kerana ianya keras sedikit dan bertulang.

Hidangan Ayam Kampung, Ikan Sungai, Udang Galah
Hidangan Ayam Kampung, Ikan Sungai, Udang Galah
Selain dari hidangan makanan exotik seperti daging rusa dan daging landak, RESTORAN LEMBAH BERNAM juga ada menyediakan pelbagai pilihan menu masakan kampung yang cukup menyelerakan seperti, ayam kampung goreng, ikan sungai, udang galah, tapai beras, ikan pekasam, masak lemak ikan baung.

Hidangan Tapai Pulut, Ikan Pekasam dan Masak Lemak
Hidangan Tapai Pulut, Ikan Pekasam dan Masak Lemak Ikan Baung
Mereka juga ada menghidangkan daging arnab, burung puyuh, belut dan macam-macam lagi.

Brian _vlogger thetravelvlogger.com
makanan yang cukup menyelerakan
Makan sambil berkongsi cerita
Semua berpuas hati dengan masakan yang di hidangkan
___________________________________

Alamat :
RESTORAN LEMBAH BERNAM
Jalan Main Canal, 
45400 Sekincan, 
Selangor, Malaysia

Waktu Operasi :
Isnin - Khamis: 
11:00 am - 5:00 pm
Sabtu - Ahad: 
11:00 am - 5:00 pm
Jumaat :
cuti

No Telefon :
+60192133665

Facebook :



BUFFET RAMADHAN PICC, PUTRAJAYA. TONTON UNTUK TERASA SEDAPNYA!

$
0
0
Iftar di PICC
BUFFET RAMADHAN PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA PICC, PUTRAJAYA | Untuk sesi Iftar kali ni, kami kongsikan video untuk anda lebih terliur. Difahamkan buffet Ramadhan di PICC ini adalah yang paling berbaloi di Putrajaya. Betul atau tidak? Datang la cuba sendiri.


Kebetulan pada iftar kami di PICC ini, diadakan majlis meraikan anak-anak yatim, miskin dan asnaf dari Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia atau dikenali sebagai YAKIN Malaysia.

Sememangnya di PICC ini terdapat pelbagai juadah enak dan kira-kira 300 menu atau jenis makanan yang disajikan. Bak kata orang kampung "rambang mata nak makan".


PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA PICC
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, boleh berhubung dengan team korporat PICC, Cik Kumari di talian 03-8887 6000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my

Bila singgah ke sana jangan lupa jerit Projek Travel. Mungkin ada istimewa untuk anda. Selamat berpuasa!

Viewing all 507 articles
Browse latest View live