Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all 507 articles
Browse latest View live

ENTRY HOTEL REVIEW PALING POPULAR DI PROJEKTRAVEL.COM

$
0
0
4 ENTRY HOTEL REVIEW PALING POPULAR DI PROJEKTRAVEL.COM | Pertama sekali, Mat Remos nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog www.projektravel.com kerana sudi singgah untuk mendapatkan review dan info dari blog kami. Antara entry yang berada di kedudukan paling teratas di blog www.projektravel.com adalah mengenai review hotel di malaysia.

Antara 4 entry yang popular di www.projektravel ialah :

1. BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA ~http://bit.ly/1KInUpO

BAYOU LAGOON PARK RESORT -Foto bayoulagoon.com.my

BAYOU LAGOON PARK RESORT ini mempunyai pusat konvensyen, pusat jualan, taman eksklusif air, business hotel, service pangsapuri dan resort style.

2. TRADERS HOTEL JB~ http://bit.ly/1JN4ylL

Traders Hotel _ Foto TRADERS HOTEL JB

TRADERS HOTEL ini, ia berhampiran dengan taman tema terkenal (LEGOLAND® Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park) dan Johor's administration capital, Kota Iskandar.

3. HOTEL RENAISSANCE JB ~ http://bit.ly/1zuUMBc

Pool Terrace Guest Room_Foto oleh HOTEL RENAISSANCE JB

HOTEL RENAISSANCE JB ini telah beroperasi pada May 2013 lepas. Dan dengan pembukaan HOTEL RENAISSANCE JB ini, ia menandakan pembukaan ketujuh Marriot International Hotel di Malaysia.

4. DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU ~ http://bit.ly/1kPWgyt


DOUBLE DOUBLE EXECUTIVE ROOM W/ LOUNGE ACCESS _ Foto doubletree3.hilton.com



DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU ini terletak tidak jauh dari Tambak Singapura, hanya beberapa minit dari Central Business District. Ia juga berada dekat dengan Pusat Konvensyen Persada, bangunan kerajaan dan membeli-belah di City Square. Tarikan popular yang boleh diakses dari sini juga termasuk LEGOLAND® Malaysia, Zoo Johor dan Masjid Sultan Abu Bakar. Termasuklah untuk ke Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)


MAGGI KAMBING PALING SEDAP D'LAILA SUPPOWER NILAI

$
0
0
MAGGI KAMBING PALING SEDAP D'LAILA SUPPOWER | Ada diantara kita cukup gila dengan makanan berasaskan dari daging kambing. Kita boleh tengok sendiri buktinya bila hadirnya bulan puasa. Jika Buffet berbuka itu mempunyai menu kambing panggang, pasti ianya akan mendapat sambutan hangat.

Kalini MR bukan nak bercerita mengenai Kambing Panggang, tetapi ianya berkenaan Maggi Kambing. Secara jujurnya MR bukanlah seorang penggemar kepada daging kambing, malah kadang-kala pandang pun tak mahu. Tapi kali ni cukup berbeza. Hidangan Maggi Kambing dari D'Laila Suppower ni membuatkan MR mengidam untuk mencuba.

Maggi Kambing Kak Laila
Maggi Kambing Kak Laila
Sangat pelik jika MR katakan seorang yang tidak memakan daging kambing boleh memakan Maggi Kambing ini, malah dimakan sampai licin. Apa yang mencuit hati MR ialah sampaikan tulang kambing pun di pegang dan di gigit sehingga licin isi yang ada. *petanda apakah itu? . Jadi ternyata Maggi Kambing Kak Laila ni cukup sedap dan tidak berbau hamis kambing yang kuat.

Maggi Kambing Kak Laila
Maggi Kambing Kak Laila
Dulu sebelum adanya menu Maggi Kambing ini, D'Laila Suppower cukup popular dengan kesedapan dan keunikan rasa Mee Udang beliau. Bagi mereka yang pernah rasa makanan yang di buat oleh Kak Laila ni mereka pasti akan bersetuju dengan MR.


Mee Udang Kak Laila
Bagi mereka yang ingin mencuba Maggi Kambing ni bolehlah ke D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner Nilai. Yang mana ianya berada di Food Court MMA SANTAI CORNER NILAI.

Signboard kedai D'Laila Mee Udang
Bagi korang yang ingin ke sini tapi tak tahu jalan. Korang boleh terus onkan aplikasi Waze di Smartphone korang. Taip "MMA SANTAI CORNER NILAI". Insyaallah, ia akan bantu korang ke destinasi dengan cepat.

----------------------------------------------------------------

MMA Santai Corner
Putra Point Fasa 2B, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negri Sembilan 

Masa Operasi:
5 petang ke 12.00pagi

INFO ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI TAIPING

$
0
0

SEJARAH ZOO TAIPINGZoo Taiping terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping yang cukup popular berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) . Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti wujudnya aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana alam semulajadi. Zoo Taiping telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Shah pada tanggal 7hb. Mac 1964 . Pada awalnya, Zoo Taiping ini dikenali dengan nama Taman Mergastua Sultan Idris Shah, dan ia merupakan zoo pertama dan yang paling tua yang wujud di Malaysia. Zoo Taiping ini juga merupakan satu-satunya zoo yang berada di utara Malaysia.

Foto Zoo Taiping pada 1960an
FAKTA ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI | Zoo Taiping dan Night Safari kini mempunyai keluasan sehingga 36 ekar dan telah ditadbir oleh Majlis Perbandaran Taiping dan diurus oleh Jabatan Zoo & Night Safari. Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakkan di sini adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi. 




NIGHT SAFARI TAIPING | Night Safari Taiping merupakan zoo malam yang pertama yang wujud di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi di sini seakan real apabila dibayangi cahaya ampu yang seakan-akan cahaya bulan di waktu malam. Night Safari Taiping hanya fokus mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan melihat sendiri bagaimana kehidupan sebenar haiwan-haiwan ini di waktu malam.

Night Safari
Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman hebat ini. Pengunjung dinasihatkan supaya meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung juga dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu ketenteraman haiwan yang dipamerkan.

Singa
Angsa Putih

Kuda Belang
Sumber info dan foto dari zootaiping


HARGA TIKET MASUK ZOO TAIPING | Berikut merupakan senarai harga yang dikenakan untuk masuk ke dalam Zoo Taiping.


1.Kumpulan melebihi 20 orang - Diskaun 20%.
2.Warga Taiping - Diskaun 30%.
3.Pelajar sekolah - Diskaun 30%.
4.Warga Emas - Diskaun 50%
5.OKU, Rumah Anak Yatim, Kes-kes Kebajikan - Percuma

** Mulai 1hb April 2015 + 6% GST

WAKTU OPERASI | Zoo Taiping dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am. Ianya dibuka bermula seawal 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Bagi Night Safari pula, ia dibuka bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 setiap malam termasuk Cuti Umum, dan dibuka 8.00 malam sehingga 12.00 malam pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am.

WORLD TOURISM DAY 2015

$
0
0

KUALA LUMPUR, 21 September 2015– Being one with the United Nation World Tourism Organization (UNWTO), Malaysia will be celebrating the World Tourism Day which announced on 27 September each year to show the importance of tourism in global economy.

This year’s celebration is themed ‘1Billion Tourists, 1Billion Opportunities’ aimed to foster awareness of the importance of tourism and its contribution to social, cultural, political and economic value.

The global World Tourism Day 2015 celebration will take place in Burkina Faso, West Africa.

Adding colours to the World Tourism Day 2015 celebration, Ministry of Tourism and Culture Malaysia through Malaysia Tourism Centre (MaTiC) is organising #Kolektif1 which is a photography exhibition consists of a total of 78 beautiful pictures taken by 28 professional local photographers starting from 26 September until 30 October 2015.

Other exciting activities during the celebration include the Fuji Global Photo Walk; Photography Talk; Hop on Hop off (HOHO) World Tourism Day 2015 Bus Launch and also the Media City Tour. 

A lot is happening for this year World Tourism day 2015 celebration as the Ministry is also collaborating with Taylor’s Universityfor an institutional level World Tourism Day celebration on 29 September 2015 through the National Blue Ocean Strategy (NBOS). More than 3,000 participants including students, lecturers, representatives from various tourism agencies as well as industry players such as Pacific Asia Travel Association (PATA) and Tourism Educators Association of Malaysia (TEAM)are expected to join the celebration. 

Among the activities are the Cultural Stalls, Orang Asal Demonstration, Cultural Performances, ‘1Billion Tourists, 1Billion Opportunities’ Tourism Talk and many more. It is hoped that this collaboration will help to increase awareness, knowledge and opportunities especially among students about tourism diversification to national development and a key-driver to socio-economic progress. 

It has also been an honour and another accolade to Malaysia especially in conjunction with World Tourism Day 2015 celebration as the Minister of Tourism and Culture Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz was elected as the Vice President of the 21st UNWTO General Assembly in Madellin, Colombia on 16 September 2015. 

To support the local tourism industry as well as heighten up the celebration, public are encourage to upload photos of their visits to local tourist destinations with hashtag, #MYWorldTourismDay. Globally, UNWTO also invites everyone to join them showcasing the power of travel and tourism sector in global conversation using hashtags #1billiontourists and #WTD2015 in social media.

Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Fotografi

$
0
0
Victoria Bridge
Victoria Bridge
Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | Tak disangka tempat yang bersejarah dan lama seperti ini mula menjadi tumpuan kaki fotografi sejak ianya tidak digunakan lagi. Tempat ini menjadi sangat unik tambah pula ada sejarah disebalik pembinaannya beberaparatus tahun dahulu. Sangat teruja bila admin dan krew projek travel dapat menjejakkakn kaki ke tempat yang sangat bersejarah seperti  Victoria Bridge diKuala Kangsar [klik].



SEJARAH VICTORIA BRIDGE | Jambatan atau lebih dikenali sebagai  Victoria Bridge ini adalah antara landasan kereta api atas jambatan yang  tertua di Malaysia (Tanah Melayu di ketika itu). Mula digunakan semenjak 1900 semasa perlombongan bijih timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan servisnya pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada keretapi yang lebih moden yang mana landasannya hanya terletak bersebelahannya sahaja. Bagaimanapun senibinanya masih utuh hasil rekaan juruteranya W.Fryer, divisional Engineer and C.R. Hanson.

Lokasi popular kaki fotografi
Lokasi popular kaki fotografi
Victoria Bridge ini telah menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini pada suatu ketika dahulu.  *sila google untuk lihat laluan keretapi baru. Walaupun sudah tidak digunakan lagi, tetapi strukturnya masih kuat dan kukuh. Malah Victoria Bridge masih berfungsi penuh di mata lensa kaki fotografi.

Ianya bukan sahaja menjadi tumpuan kaki lensa setempat, malah ianya juga mampu menarik minat kaki lensa dari luar Perak ke sini semata-mata untuk menikamti nilai sejarah dan keunikannya.

14 Kolam Renang Semulajadi Terbaik Seluruh Dunia

$
0
0
14 Kolam Renang Semulajadi Terbaik Seluruh Dunia | Disini MR nak kongsikan 14 lokasi kolam renang semulajadi terbaik di seluruh dunia.

1. Giola

Thasos, Greece
2. Grotta della Poesia


Roca Vecchia, Italy
3. Havasu Falls


Supai, Arizona, US
4. Las Grietas


Galapagos Islands, Ecuador
5. Nanda Blue Hole

Luganville, Vanuatu
6. Devil's Pool


Victoria Falls, Zambia
7. Eco-Arqueological Park Ik Kil

Chichen Itza, Mexico
8. Gunlom Plunge Pool
Jabiru, Northern Territory, Australia
9. Hamilton Pool Preserve
Dripping Springs, Texas, US
10. To Sua Ocean Trench

Lalomanu, Samoa
11. Erawan Falls

Erawan National Park, Thailand
12. Fairy Pools


Isle of Skye, Scotland
13. Calanque du Sugiton


Marseille, France
14. Cummins Falls State Park


Cookeville, Tennessee, US

5 TAMAN TEMA POPULAR DI JOHOR

$
0
0
5 TAMAN TEMA POPULAR DI JOHOR | Johor Darul Ta'zim merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Negeri Johor sangat pesat dengan pembangunan dan merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong. Disini MR ingin kongsikan beberapa taman tema popular yang ada di Negeri Johor yang telah menjadi tumpuan pelancong. Jom kita tengok.

1. LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Legoland Water Park
Legoland Water Park_foto feeqsays.com
Alamat :
7, Jalan Legoland, Bandar Medini,
79250 Nusajaya, 
Johor, Malaysia
Tel : +60 7-597 8888

Facebook : LEGOLAND Malaysia
Twitter : LEGOLAND_MY

Dibuka setiap hari dari jam 10AM  hingga 6PM*


2. PUTERI HARBOUR FAMILY THEME PARK

Sanrio Hello Kitty Town
Sanrio Hello Kitty Town_foto feeqsays.com
Alamat :
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim, Malaysia

Kordinat : 
N 1 25.0 E 103 39.5


3. ANGRY BIRD ACTIVITY PARK

Angry Birds Activity Park
Angry Birds Activity Park_foto feeqsays.com
Alamat:
Level 3, KOMTAR JBCC,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07 - 221 0260 / 07 - 300 5090


Dibuka setiap hari bermula jam 10am sehingga 10pm

4. TIRAM WATER PARK

Tiram Water Park
Tiram Water Park_Foto www.tiramwaterpark.com.my
Alamat: 
Jalan Kota Tinggi, 
81800 Ulu Tiram, Johor, Malaysia 

Tel :+607-864 0694
Fax : 07-8640641
Mobile : 019-725 4577

Facebook : Today's Mall
Instagram : Today's Mall

Tutup pada hari SELASA tidak termasuk Cuti Umum


5. BATU PAHAT WET WORLD

Alamat:
Wet World Water Park, 
Jalan Bukit Pasir, 
83050 Batu Pahat, Johor.

No. Telefon : +607-434 6060
No. Faks : +607-443 6161

Waktu Melawat :
Hari-Hari Bekerja( 1.00 pm – 7.00 pm) Ditutup Hari Selasa.
Hujung Minggu dan Cuti Umum(10.00 am – 7.00 pm)

Harga :
135cm dan ke atas – RM18.00
85cm – 135cm – RM15.00


Untuk info lebih lanjut mengenai taman tema yang telah dinyatakan diatas, korang boleh rujuk pada website taman tema tersebut. Insyaallah, semoga perkongsian ini akan dapat membantu serba sedikit tentang persoalan korang mengenai tempat menarik untuk dituju bersama rakan-rakan atau keluarga tercinta.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ke ruangan kami. Semoga #projektravel akan terus memberi inspirasi kepada anda dalam meyampaikan info mengenai dunia pelancongan dalam dan luar negara. Selamat bercuti.

PEGANGKUTAN KE TERENGGANU

$
0
0
PEGANGKUTAN UDARA KE TERENGGANU | Untuk entry kali ini, MR ingin berkongsi mengenai pegangkutan udara ke TerengganuTerengganu merupakan salah satu negeri di semenanjung Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat menarik yang popular seperti, Pulau Redang , Pulau Perhentian, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi.

Negeri Terengganu mempunyai 7 buah daerah iaitu BesutDungunKemamanKuala TerengganuMarangSetiu dan Hulu Terengganu. Antara bandar-bandar utamanya pula adalah Bandar Kuala Terengganu(ibu negeri), ChukaiKuala BesutRantau Abang dan Kuala Dungun.

Sumber Foto_[klik]
KAPAL TERBANG | Jika perjalanan anda dari Kuala Lumpur ke Terengganu biasanya megambil masa yang agak lama iaitu dari 5-6 jam. Untuk mengelak dari megambil masa perjalanan yang agak lama, kebiasaannya ramai yang memilih perkhidmatan penerbangan untuk ke sana. Antara pesawat yang boleh korang pilih untuk ke Negeri Terengganu ini adalah seperti MAS, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan You Wings.

FLIGHT
POINT BERLEPAS KE SULTAN MAHMUD AIRPORT, KUALA TERENGGANU
MAS
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
AirAsia
Kuala Lumpur International Airport (KLIA2) & Changi Airport, Singapore
Firefly
Subang Skypark, Selangor
Malindo Air
Subang Skypark, Selangor
You Wings
Kota Namu International Airport, Medan, Indosesia

FLIGHT
POINT BERLEPAS KE KERTIH AIRPORT
Firefly
Subang Skypark, Selangor
Malindo Air
Subang Skypark, Selangor

Dengan melalui penerbangan, korang boleh akses ke Kuala Terengganu hanya dalam masa 1 jam.

KERETA | Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu adalah dalam anggaran 451 km iaitu dengan melalui lebuhraya jalan pantai. Anggaran masa perjalan itu adalah selama 5 jam.

>>Lebuh raya Kuala Lumpur (Gombak Tol) di Lebuh Raya Karak dan terus dengan Lebuhraya Pantai Timur (nama tempatan untuk ECE adalah Lebuhraya Pantai Timur) untuk keluar Kuantan.
>>Highway Kuantan keluar ke Kuala Terengganu (jalan Coastal ke Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu, lebih kurang. 223km)

Jika anda plan untuk ke pulau, anda boleh park kereka korang di jeti berdekatan. Kebanyakan jeti di Terengganu ada menyediakan parking kereta. Anda boleh mencari tempat letak kereta di Jeti Merang (Pulau Redang / Lang Tengah Island), Jeti Marang (Pulau Kapas), Jeti Kuala Besut (Pulau Perhentian), Jeti Gawi (Tasik Kenyir) dan Kenyir Dam (Kenyir Houseboat).

BAS | Korang boleh mendapatkan tiket bas ke Kuala Terengganu dari hampir setiap stesen bas utama di seluruh Malaysia

Waktu anggaran untuk sampai ke Kuala Terengganu dari beberapa bandar-bandar utama boleh dilihat di bawah:

>>Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu (6-7 jam)
>>Johor Bharu ke Kuala Terengganu (9 jam)
>>Pulau Pinang ke Kuala Terengganu (9 jam)

Di beberapa kaunter tiket, anda juga boleh mendapatkan tiket yang akan membawa anda terus ke destinasi anda di sekitar Terengganu. Sebagai contoh, jika anda mahu pergi ke Pulau Perhentian, anda boleh membeli tiket ke Kuala Besut.

Semoga dengan info yang diberikan dapat membantu anda. Selamat bercuti.


RESTORAN DAN CATERING MASAKAN KAMPUNG DI UMMIZA CAFE

$
0
0
RESTORAN DAN CATERING MASAKAN KAMPUNG DI UMMIZA CAFE | Keaslian dan tradisi makanan melayu juga di percayai telah wujud sebelum kesultanan melayu melaka lagi. MR yakin ramai diantara kita sukakan masakan asli melayu. Masakan asli melayu kampung memang cukup membuka selera sesiapa sahaja. Makanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. namun begitu, tiada catatan yang khusus boleh di jadikan rujukan akademik dalam menilai kewujudan makanan melayu ini.

Ummiza Cafe
MASAKAN MELAYU DI UMMIZA CAFE | Kali ni MR bertuah kerana telah dijemput bersama keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasai sendiri keunikan dan kesedapan masakan asli melayu kampung di sebuah restoran yang ada di daerah Dengkil Selangor. Restoran ini adalah Ummiza Cafe yang beralamat di Kampung Jenderam Hulu.

Signboard Ummiza Cafe
Alamat :

NO 229 BATU 29
KAMPUNG JENDERAM HULU 
DENGKIL SELANGOR

WAKTU OPERASI | Ummiza Cafe dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Waktu operasinya adalah seawal jam 7 pagi sehingga 3 petang. Ummiza Cafe menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk pelanggan mereka. 

Pelbagai kuih muih
Pelbagai kuih muih untuk sarapan pagi
Untuk sarapan pagi, Ummiza Cafe ada menyediakan pelbagai jenis kuih muih. Apa yang MR boleh katakan, karipap dia sangat sedap. *harus dicuba jika ke sini. Untuk menu makan tengahari pula mereka menyediakan pelbagai masakan melayu kampung.

CIRI MASAKAN MELAYU | Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah dengan penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cilibawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu Kampung juga banyak menggunakan lengkuas dan serai._ rujukan wikipedia.org

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, iaitu makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Ia juga lebih sedap jika di makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu.

MENU MASAKAN MELAYU | Berikut merupakan antara masakan melayu kampung yang ada di hidangkan di Ummiza Cafe. Dari masakan berasaskan ikan, ayam, sayuran dan pelbagai jenis ulam-ulaman.
Ikan goreng, Kembung Berlada dan Keli Berlada
Ikan goreng, Kembung Berlada dan Keli Berlada
Gulai Ayam Kampung Campur Ketang, Ayam Kicap Pedas dan Ayam Masak Merah
Gulai Ayam Kampung Campur Ketang, Ayam Kicap Pedas dan Ayam Masak Merah
Kari Daging Campur Kentang, Sambal Udang Petai dan Ayam Goreng
Kari Daging Campur Kentang, Sambal Udang Petai dan Ayam Goreng
Sup Cendawan, Gulai Pucuk Ubi dan Gulai Rebung
Sup Cendawan, Gulai Pucuk Ubi dan Gulai Rebung
Ulam dan Telur Masin, Ikan Asam Pedas, Sayur Goreng
Ulam dan Telur Masin, Ikan Asam Pedas, Sayur Goreng
Selain dari menu masakan kampung di atas, ada satu lagi hidangan yang MR pasti dapat buat korang terliur. Menu kampung yang susah untuk kita dapat di mana-mana restoran yang ada di bandar seperti kuala lumpur ni. Ia adalah gulai siput. *wah lama dah tak makan siput ni.



Untuk lebih banyak foto berkenaan masakan kampung di Ummiza Cafe ni, korang boleh rujuk hashtag #ummizacafe di Instagram.

Sebahagian dari Keluarga besar KBBA
Sebahagian dari Keluarga besar KBBA
*perghhh, masakan dia memang memikat hati ni. Lauk panas-panas dimakan pula dengan nasi yang baru dimasak dan ditambah pula dengan sambal belacan dia yang sangat memikat tu. huh *licin pinggan, tambah 3 kali tau. Kalau tak percaya boleh tengok foto kat bawah ni.

Masakan melayu yang sangat sedap
Ramai yang puji dengan kesedapan rasa masakan melayu di Ummiza Cafe ni. Bukan sahaja sedap, korang boleh menikmati banyak jenis masakan melayu kampung yang sangat berbaloi. Bukan mudah untuk kita jumpa dengan restoran yang benar-benar menfokuskan pada masakan asli melayu kampung seperti ni. Tapi, di Ummiza Cafe ianya menjanjikan sesuatu yang sangatBEST ! *tetiba teringat kat kampung halaman.


Ruang makan Ummiza cafe
Ruang makan juga bersih, luas dan selesa, sesuai juga untuk makan berkumpulan atau keluarga. Ianya merupakan ruangan terbuka supaya pelanggan boleh menikmati kehijauan sekeliling disamping menghidup udara segar kampung.

Group foto KelabBloggerBenAshaari
PERKHIDMATAN CATERING | Bagi mereka yang ingin meganjurkan sesuatu majlis dan inginkan konsep makanan kampung seperti ni, Ummiza Cafe juga ada menyediakan tempahan catering untuk pelbagai majlis contohnya majlis makan keluarga / pejabat / harilahir dan majlis ulangtahun.

Tetapi, ianya hanya terhad kepada tempahan makanan sahaja. Mereka tidak menyediakan peralatan catering dan pengangkutan penghantaran. *no delivery, food only. Ini bermakna, selepas masakan siap dimasak, anda perlu pergi megambilnya sendiri makanan yang ditempah.

Lauk pauk yang boleh di tempah pula berdasarkan menu yang mereka masak setiap hari. Tempahan hanya diambil untuk 300 orang kebawah sahaja.(no delivery).

Untuk tempahan boleh hubungi terus:

Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Instagram :
@UmmizaCafe
#UmmizaCafe

KECANTIKAN DAN KEUNIKAN HOTEL DE ART SHAH ALAM

$
0
0
KECANTIKAN DAN KEUNIKAN HOTEL DE ART SHAH ALAM | Siapa sangka sebuah butik hotel yang terletak di Shah Alam ni mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan unik. Bagi yang pernah masuk dan menginap di hotel ni pasti mengakuinya kan. Baru-baru ni dua admin Projek Travel telah melihat sendiri hotel ni dan sangat teruja dengan hiasan dalamannya. 


Hotel De Art Shah Alam


Hotel De Art Shah Alam merupakan sebuah butik hotel yang mempunyai 58 buah bilik dengan setiap satunya mempunyai hiasan dalaman yang berbeza. Kesemua hiasan ni bertemakan fantasi, flora dan fauna, filem, bandar-bandar terkenal, watak-watak kartun, dan juga artis lagenda yang terkenal. Menarik kan konsep hotel ni.

Melangkah masuk ke lobi hotel, mata terpegun melihat dekosi yang ditampilkan. Bertemakan warna putih dan emas, dilengkapi dengan perabot-perabot dan hiasan yang cantik terasa seperti dalam istana. Admin pasti setiap pengunjung yang datang akan terpesona dengan konsep dan dekorasi yang ditampilkan di bahagian lobi ini.


Menurut Pengarah Urusan hotel ini, setiap perincian hiasan dalam hotel berkenaan mempunyai sentuhan berbeza dalam menyempurnakannya. Berbanding memutuskan pilihan perabot, dia lebih senang menjadikan kertas dinding sebagai tarikan utama dan juga rujukan utama ketika menyiapkan penataan. Setiap kertas dinding yang digunakan adalah berkualiti dan tidak mudah rosak. Selepas menetapkan motif kertas dinding, baru difikirkan perabot, kemasan serta aksesori bersesuaian. 

Hotel De Art menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pelanggan untuk menginap samada di unit standard, superior, superior deluxe, superior deluxe with lake view, twin superior, triple, dan kamar keluarga atau VIP. Berikut mari kita lihat beberapa bilik yang sempat admin kunjungi semasa menginap di hotel ini.

103 - Your Royal Highness


105 - Lady Gaga


201 - The Cabin


203 - I Feel Bubbly


205 - The Maharaja


208 - Rock & Roll


215 - Crouching Tiger Hidden Dragon


Kebanyakan bilik berkeluasan 15 x 18 kaki persegi menyebabkan ada bilik yang tidak mempunyai almari. Hanya penyangkut baju sahaja disediakan untuk kemudahan menggantung baju. Ini kerana ruang yang terhad dan untuk memudahkan pergerakan penghuni demi keselesaan. Jadi jangan terkejut jika dalam bilik tidak mempunyai almari.



Selain almari, antara kemudahan lain yang disediakan adalah : 
  • LCD TV
  • Meja Tulis
  • Perkhidmatan WIFI percuma
  • Telefon
  • Cerek elektrik
  • Pancuran air panas

Menarik kan. Ini baru 7 buah bilik, ada lagi 51 buah bilik yang boleh dipilih. Admin sarankan sebelum pergi, lihat dulu pilihan bilik di laman web mereka.



Selain dari bilik, setiap lorong bagi setiap aras juga dihiasi dengan kertas dinding yang berlainan corak. Nampak menyerlah ditambah dengan lukisan-lukisan pemandangan yang menarik. Boleh dikatakan seluruh sudut di dalam hotel ni menggunakan kertas dinding. Oh ya, lukisan-lukisan yang digantung ini boleh juga dibeli mengikut harga yang ditetapkan.



Lokasi Hotel De Art Yang Strategik


Hotel De Art mempunyai lokasi yang strategik di kawasan Shah Alam. Hotel ini sangat berdekatan dengan UITM Shah Alam dan juga I-City. Jadi, jika ada yang ingin ke UITM samada untuk urusan rasmi ataupun semasa konvokasyen boleh la datang dan tinggal di Hotel De Art. Berikut anggaran perjalanan jika menaiki kereta atau teksi dari hotel ini ke :

  • 2 minit ke UNSEL
  • 3 minit ke I-City /UITM
  • 5 minit ke Bandar Shah Alam / Bandar Klang
  • 10 min ke Subang Jaya / Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid 
  • 15 minit ke Petaling Jaya / Puchong
  • 20 minit ke Mid Valley
  • 30 minit ke Putrajaya / Cyberjaya
  • 40 minit ke KLIA / Sepang

Jika berminat untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan Hotel De Art Shah Alam, sila rujuk maklumat di bawah untuk percutian anda :




Harga :
Dari RM98 hingga RM248
(tertakluk kepada sebarang perubahan. Harga termasuk sarapan pagi, wifi, 10% diskaun di Hailam Kopitiam)

Parking :
Percuma

Alamat :
N. 3,  Jalan Kristal AS7/AS,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Website :

Facebook : 

Instagram :


NASI GANJA RESTORAN YONG SUAN

$
0
0

NASI GANJA

NASI GANJA RESTORAN YONG SUAN  | Tergamam dek kerana terlalu ramai manusia kesini untuk merasai nasi ganja yang popular di Ipoh Perak, Restoran Yong Suan menjadi lokasi makan tengahari Mat Remos.

Jangan terkejut walaupun namanya restoran ini sedikit kearah bukan muslim, nasi ganja yang dijual kepada orang ramai adalah buatan India Muslim. MR pasti rata-rata orang yang tinggal di Ipoh Perak mesti tau dengan lokasi restoran ini. 

NASI GANJA

NASI GANJA

Korang boleh tengok pengunjung yang datang adalah dari pelbagai kaum. Ade melayu, cina dan juga india. Memang sangat padat dan sendat keadaan disini.

NASI GANJA

NASI GANJA 

Apa sebenarnya nasi ganja ni? Sebenarnya nasi ganja ni serupa je dengan nasik kandaq atau nasi kandar bagi orang utara. 

Lauk utama disini adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia. Patik tak boleh laaa nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Ini laaa menu nasi ganja yang telah kami nikmati. 

NASI GANJA

NASI GANJA

Korang boleh tengok keadaan di restoran ini. Bagi mereka yang ingin membungkus, korang kena beratur tau. Silap-silap korang akan mengambil masa sehingga 3, 4 jam atau dengan kata lain beratur sehingga 3 atau 4 lot kedai panjangnya. 

Bagi mereka yang ingin merasai nasi ganja yang restoran ini tiada cawangannya, sila lah berkunjung ke:

Alamat:
Restoran Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh
Perak.

MELOMPAT BEBAS DI JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA

$
0
0

JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA
JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA_kredit foto jumpstreetasia.com
MELOMPAT BEBAS DI JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA | JumpStreet Trampoline Parks adalah tempat permainan urban yang menakjubkan yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan trampolin dari lantai sehingga dinding. bagi mereka yang pernah melaui pengalaman hebat bermain di sini, mereka pasti akan datang kembali. Bagi mereka yang belum mencuba, MR nasihatkan untuk korang datang dan cuba sendiri pengalaman di JumpStreet Trampoline Parks terbesar ini. Datang dengan rakan-rakan anda dan / atau keluarga anda dan menikmati keseronokan melompat di indoor JumpStreet Trampoline Parks ini.

LOKASI | Untuk pengetahuan korang, lokasi JumpStreet Trampoline Parks ini terletak di daerah Petaling Jaya, iaitu berdekatan dengan landmark Jaya One. Ianya betol-betol berada didalam kawasan kilang Bosch dimana terdapat satu warehouse khas yang diubahsuai bagi memuatkan fasiliti sukan lasak yang cukup hebat ini.

Lokasi JumpStreet Trampoline Parks_ kredit foto google map
JUMP STREET
No.8a, 
Jalan 13/6, 
Seksyen 13
46200 Petaling Jaya,
Selangor.

Pintu masuk JumpStreet Trampoline Parks
HARGA TIKET | Jika korang ingin berkunjung kesini, harga tiket yang ditawarkan bagi setiap individu adalah dikira per hour, dimana kadar bayaran untuk setiap jam adalah RM27 (untuk peak days; Khamis hingga Ahad dan cuti umum) dan RM22 (bagi hari biasa; Isnin hingga Rabu).

Harga tiket masuk ke Jump Street
Off-Peak Sessions: 
Monday, Tuesday and Wednesday (excluding public holidays) 

Peak Sessions: 
Thursday, Friday, Saturday, Sunday and public holidays (National, Kuala Lumpur and Selangor).

  General Admission
  Per Hour
  Off- Peak
  RM22 (including GST)
  Peak
  RM27 (including GST)

Grip Socks*                                                                RM5 (including GST)

Anda mesti memakai Jump Street grip socks
*Anda mesti memakai Jump Street grip socks. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan. Anda hanya perlu untuk membeli mereka sekali dan boleh membawanya bersama untuk lawatan anda berikutnya.

Tag berwarna
Tag berwarna ini berfungsi untuk membezakan waktu anda boleh akses ke dalam dan bermain. Setiap jam akan mempunyai tag warna berbeza. Jika anda membayar untuk 2 jam, maka anda akan diberikan 2 tag dengan warna berlainan.

AKTIVITI DI JUMP STREET | Mesti ramai yang tertanya -tanya apa sebenarnya kita boleh lakukan di sini? *takkan sekadar melompat-lompat katak je kot kan?

Lompatan asas
Dengan bantuan trainer yang terlatih. Kita akan diajar beberapa lompatan asas yang boleh dibuat di sini. Lompatan di sini cukup berbeza dengan lompatan biasa yang kita buat di luar. Jika diluar, untuk membuat satu lompatan kita perlu bandkan badan kita untuk dapatkan daya tujahan yang secukupnya. Tetapi di JumpStreet Trampoline Parks ini kita hanya memerlukan tujahan dari jari kita sahaja. *menarik bukan.

Ada beberapa lompatan asas yang perlu kita pelajari sebelum kita boleh mencabar diri kita ke stage seterusnya, iaitu stage yang lebih mencabar dan beraksi.

Foam Pit
Di area Foam Pit ni korang boleh merasai sendiri pengalaman lompat dan gulung. Lompat dari depan atau dari belakang mengikut kemahiran dan keyakinan yang kita ada. Ianya seakan-akan melompat di papan anjal. Cuma bezanya ia bukan melompat kedalam air, tapi kita akan melompat dan akan disupport oleh foam yang lembut apabila mendarat. *awas, pastikan anda tidak memakai cermin mata dan meletakkan duit dan smartphone anda di dalam poket seluar. Jika jatuh, susah dah nak cari.

Big Bag & High Performance
Seterusnya anda akan dibawa ke area Big Bag & High Performance. Disini biasanya port bagi mereka yang sudah expert dalam kemahiran melompat di Trampoline.



Amacam? ada bran tak? MR sendiri, untuk lompatan asas pun belum lepas lagi. Kalau nak buat skill macam ni memang kena datang buat latihan hari-hari lah kan. huhu.

Dodgeball Court_ kredit foto pinkymomma.com
Bila dah puas melompat bersendirian, korang juga boleh buat aktiviti yang melibatkan kumpulan disini. Di sini jugalah korang boleh apply semua skill lompatan asas dan extreme yang telah korang belajar di stage awal untuk bermain Dodgeball. Matikan pihak lawan dengan lontaran bola anda, dan jika ia disambut tepat dengan tangan, maka anda yang harus keluar dari gelanggang.

KEMUDAHAN LAIN | Disini disediakan parking percuma, locker simpan barang dengan bayaran RM4, water cooler, surau lelaki dan wanita, tandas dan cafe untuk lepak dan minum.

Locker boleh disewa_kredit foto idabaharum.com
TIPS MELOMPAT | Pergh memang best giler, tak rugi bayar yuran masuk untuk bermain di sini. Selain happy kita juga terdedah pada aktiviti yang sihat. Cuma seperti biasa MR nak pesan, ikut peraturan yang telah ditetapkan "JUMP SAFE" dan Insyaallah semuanya akan cukup megembirakan anda.

Foto berkumpulan- kredit foto idabaharum.com
Terima kasih MR ucapkan kepada Cik Lia (berbaju hujau) sebagai trainer kami, yang banyak membantu dan memberi tips lompatan yang bagus. Ini cuma sebahagian dari pengalaman kami di sana, dan sebenarnya masih ada banyak benda best lagi di sini yang korang perlu tahu. *kalau korang nak tahu apa dia, korang kenalah datang sendiri ke sini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan JumpStreet Trampoline Parks ni, korang boleh follow mereka di:

MEDIA FAM TRIP PESONA TERENGGANU 2015

$
0
0
MEDIA FAM TRIP PESONA TERENGGANU 2015 | Pada 29 September - 02 October 2015 yang lepas, di atas kepercayaan Projek TravelYI berpeluang menyertai Media FAM Trip Pesona Terengganu semperna ulang tahun ke 10, Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 dan tiba di Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu.

HARI PERTAMA | Kami disambut mesra oleh Puan Kuna Rashid, Sekretariat Pesona Terengganu. Setelah semua ready kami pun menuju kedestinasi pertama kami Primula Beach Hotel Resort, Kuala Terengganu.




Primula Beach Hotel Resort merupakn Hotel pertama kami di Terengganu semperna FAM Trip Pesona Terengganu. Primula Beach Hotel Hotel Resort merupakan hotel antarabangsa yang bertaraf 4 bintang dan telah beroperasi sejak tahun 1984, Hotel ini juga merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Kuala Terengganu. Hotel bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk mempunyai 248 bilik yang punyai balkoni di setiap bilik yang menghadap Laut China Selatan.




Setelah berehat seketika kami pun dipelawa untuk makan malam di  TH Hotel & Convention Center, Kuala Terengganu. Hotel ini bertaraf 4 bintang yang berlandas syariah mempunyai 182 bilik dan Convention Center yang memuatkan 1300 orang dalam satu masa.



HARI KE-DUA |  Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir kami sempat menemu ramah Encik Marzuki. Genaral Manager, Primula Beach Hotel Resort. "Primula Hotel Beach Resort akan memambah bangunan baharu yang terdiri daripada 320 bilik dan sebuah convention centre yang boleh memuatkan 5000 orang dalam satu. Pembinaan akan bermula petengahan tahun hadapan."


Perjalanan dari Primula Beach Hotel Resort ke Tasik Kenyir mengambil masa dalam 1 jam. Setelah tiba di Tasik Kenyir kami memulakan "Tasik Kenyir Tour".




Destinasi pertama kami di Tasik Kenyir iaitu Taman Rama Rama. Taman Rama Rama, Tasik Kenyir hanya mengambil masa 5 minit dari Pengkalan Gawi. Taman Rama Rama, Tasik kenyir Taman ini menpunyai lebih dari 1000 jenis Rama Rama dan dikelilingi dengan taman bunga khas untuk rama rama disini. Telah dibuka kepada umum pada tahun 2013. Hujung tahun 2014 telah belakunya banjir besar yang telah menegelamkan Taman Rama Rama dan banyak lagi kawasan Tasik Kenyir. Taman Rama Raya telah di baik pulih setelah air banjir beransur surut.



Seterunya kami di bawa ke Taman Orkid. Taman Orkid terletak di Pulau Hilir Selimbar, Pulau Hulu Selimbar dan Pulau Beli, yang menempatkan pelbagai Orkid Tempatan, Orkid Antarabangsa dan Orkid "Hybrids. Taman Orkid ini merupakan mengabungkan 3 buah pulau dan disambungkan dengan jambatan gantung. Terdapat lebih dari 700 jenis Orkid di Taman Orkid, Tasik Kenyir.



Destinasi ketiga kami ke Taman Herba. Taman Herba terletak di Pulau Sah Kecil terdapat lebih dari 200 jenis herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, dan banyak lagi. Bukan saja pengunjung dapat megenali jenis jenis herba malah dapat mengetahui lagi kebaikan herba. Pengunjung juga dapat merasa dan menikmati air herba yang telah disediakan secara percuma.



Kami dibawa ke Air Terjun Lasir setelah seharian berjalan. Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun popular yang ada di Tasik Kenyir, lokasi yang hanya 16 KM dari Jeti Pengkalan Gawi. Kehindahan 500 kaki Air Terun yang terbahagi dengan beberapa tingkat. Air Terjun Lasir jaga menjadi pilihan kepada kaki pancing untuk berehat bawah pokok yang rimbun dan menikmati kawasan air terjun yang nyaman.




Petang Island Resort, Pulau Petang, Tasik Kenyir, Terengganu. Penginapan kedua kami sempena Pesona Terengganu FAM Trip. Chalet Suite 2 tingkat, dimana bilik bawah mempunyai 1 double bed manakala bilik di bahagian atas mempunyai 1 double bed dan 1 single bed. Resort ini terletak di tempat yang sangat strategik di Taksik Kenyir menpunyai 4 Suite - VVIP, 2 Suite - VIP, 5 Executive room, 20 bilik twin, 14 Chalet, 1 Hostel dan 1 bilik seminar yang menempatkan 50 orang dalam satu masa.




HARI KE-TIGA | Kami bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke destinasi seterusnya. Selepas sahaja sarapan pagi kami terus bergerak ke jeti dan terus ke jeti Pengakalan Gawi. Seterunya kami ke Kampung Gajah, Tasik Kenyir untuk mengahadiri  Program Hari Warisan Budaya dan Petukaran Kebudayaam Asean Sempena Ulang Tahun yang ke 10 Yayasan DiRaja Sultan Mizan.




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Inbi Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah telah mencemar duli ke program tersebut. 



"Program ini bertujuaan untuk memperkenalkan budaya dan sosio ekonomi rakyat Negeri Terangganu dan Malaysia. YDSM juga telah melaksanakan pelbagai program dan projek ke arah menggalakan penyuburan kebudayaan termasuk seni kraf warisan" Yang Berbahagia  Dato' Haji Mohd Fadzli Bin Yusop, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan DiRaja Sultam Mizan.


Setelah selesai majlis di Kampung Gajah, kami meneruskan perjalanan kami ke Kampung Cina. Untuk menyaksikan sendiri keunikan seni yang terdapat di Kampung Cina.


Sebelum tiba di Kamping Cina kami singgah di Keropok Lekor BTB dimana salah satu keropok lekor yang terkenal dengan Keropok Lekor Keju. Keropok Lekor disini mempunyai pelbagai jenis seperti Lekor biasa, Jejari Keju, Cheesy Lava, Cheesy Poppers, Black Pepper Cheesy Poppers, Black Pepper Poppers dan Cheese Onion Poppers.



Kami sempat merasa 3 dari 5 keropok lekor Keju yang ada disini. Kepada anda yang akan datang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah dan mencuba sendiri keropok lekor Keju BTB. Selain dapat merasa keropok lekor Keju kami juga dapat melihat process membuat keropok lekor disini.







Setelah penat berjalan kat Kampung Cina, kami pun terus ke Hotel Tanjong Vista, Kuala TeregganuHotel Tanjung Vista merupakan hotel ketiga sepanjang kami di sini. Hotel Tanjong Vista merupakan hotel yang betaraf 3 bintang yang mempunyai 199 bilik kesemuanya termasuk 20 bilik Superior, 110  bilik Superior Deluxe, 38 bilik Deluxe, 10 bilik Family, 10 bilik Executive Deluxe ,10 Premium Suites & 1 Bayu Suite.










Setelah hilang penat berjalan kat Kampung Cina tadi kami dijamu makan malam di Hotel Tanjong Vista berkonsepkan "Chinese Cuisine" mempunyai "8 Courses" memang sedap dan puas hati. Habis je makan malam kami di bawa bersiar siar di Taman Temadun Islam. Dimana terletak yer Masjid Kristal yang dikenali ramai. 









Kami sekali lagi dijamu makan malam di Restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam. Kali ni kami di jamu dengan Ikan Bakar. Walupun dah makan kat hotel tadi kami tetap berselera makan kat sini, bak kata orang " Rezeki Jangan Ditolak". Setelah semua kekenyangan kami pun beransur balik ke hotel.

HARI KEEMPAT | Keesokan hari yer merupakan hari terakhir kami semua berada di Terenganu, selepas jer sarapan kami terus ke Pasar Payang dan juga dikenali sebagai "Central Market". 



Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.


Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala TerengganuTerengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu. Pasar Payang merupakan destinasi terakhir kami sebelum kami berangkat ke airport untuk balik ke Kuala Lumpur.



BACA PERSONALITI DIRI MELALUI BUNGA KERING

$
0
0
Bunga segar sudah semestinya tidak akan tahan lama jika diberi pada orang yang tidak pandai menafaatkannya, tetapi jika sebaliknya ia boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan kerana hasil kerja seni ini sangat tinggi nilainya dan boleh mencecah ribuan ringgit sepertimana yang telah diusahakan oleh Puan Esiah Kaimun dari Banting, Selangor.

Bunga Tekap
Memiliki sifat yang cukup peramah dan periang tidak menyedarkan kita bahawa usianya sudah mencecah 60 an. Tidak hairan lah beliau masih lagi aktif dan sihat seperti orang muda, malah jangan terkejut kalau MR katakan bahawa hobi Mak Cik Esiah ni adalah bermain bola sepak.

KRAF BUNGA TEKAP | Kesemua hasil seni beliau adalah datangnya dari sumber bunga dan pokok disekeliling rumah Mak Cik Esiah sendiri. Mak Cik Esiah cuba megembalikan nostalgia zaman dahulu iaitu pada zaman-zaman persekolahan dahulu apabila bunga yang gugur akan disimpan di dalam buku untuk dikeringkan. Tapi cara lama ini akan merosakkan merosakkan warna asli bunga tersebut, malah akan memakan masa yang lama untuk  proses pengeringan.

Sumber bunga disekeliling kediman beliau
Tetapi seiring dengan teknologi yang ada sekarang, kini bunga-bunga itu boleh dikeringkan dengan mudah tidak perlu megambil masa yang lama hanya dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro, malah warna nya juga terpelihara dan tidak pudar. Proses pengeringan boleh dipendekkan hingga 2 ke 3 minit sahaja dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro ini.

Pengeringan bunga dengan ketuhar gelombang mikro
Setelah kering, dengan hanya berbekalkan gunting dan gam Mak Cik Esiah akan menggunakan kreativiti sendiri dengan menyusun bunga-bunga dan daun-daun pokok sehingga terhasilnya kraf bunga tekap yang unik dan logik.

Bunga yang telah dikeringkan
Cara peyusunan bunga kering memerlukan imaginasi yang tinggi
Hasil kretiviti susunan bunga kering
Bagi menghasilkan satu rekaan bunga tekap, seseorang itu perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit malah kadang kala mengambil masa berhari-hari mengikut reka bentuk diinginkan. Hasil produk kraf Mak Cik Esiah ini dijual dengan harga serendah RM3 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Baca pesonaliti diri
Selain membuat bunga tekap, Mak Cik Esiah juga memiliki kelebihan membaca pesonaliti seseorang melalui bunga. Maksudnya disini, beliau mampu membaca personaliti kita dengan melihat cara susun atur bunga tekap yang kita buat. Mak Cik Esiah juga mampu memberi khidmat motivasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.


Hasil Kraf hiasan bunga kering atau bunga tekap  kini diminati oleh pengemar seni hiasan samada tempatan mahu pun dari luar negara terutama dari Amerika, Europe, Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, industri ini boleh dikatakann mampu untuk berkembang lebih jauh lagi seiring dengan perkembangan industri pelancongan negara kita yang semakin mendapat tempat di hati pelancong luar negara.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

LAMAN KRAFTANI ENTERPRISE
(Esiah Kaimun) 
Lot 1618, Jalan Damai, Sungai Lang Tengah
Banting, Selangor.

Tel: 019-253 4620
Tel/fax: 603-3181 7052
email: lamankraftani@yahoo.com

Foto : Khai Artzfar


PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI PADANG BESAR

$
0
0
Pengalaman Menaiki ETS Dari Padang Besar | Kalau sebelum ini,kami di Projek Travel pernah berkongsi mengenai Jadual dan Tambang ETS ke Padang Besar [klik]. Kali ini kami ingin berkongsi pula pengalaman menaiki ETS dari Padang Besar yang sempat kami cuba sejurus seminggu baru dilancarkan beberapa bulan yang lalu.

ETS_kredit foto Google
Sebetulnya, admin naik dari Alor Star memandangkan balik kampung beraya. Pada fasa awal ETS Padang Besar- Kuala Lumpur hanya ada ETS Gold sahaja. Apa beza ETS Gold dan ETS Silver

ETS Gold = Perjalanan sehala tanpa berhenti (hanya berhenti di stesen utama)

ETS Silver = Perjalanan sehala dengan berhenti di beberapa sub stesen negeri

Setiap tempat duduk ada kemudahan plug 
Ruang antara seat yang selesa 

So, kali ini admin naik dari Alor Star - Kuala Lumpur dengan harga tambang berjumlah RM 73.00 bagi jadual perjalanan selama hampir 4 jam iaitu bertolak dari jam 4.31 petang dan tiba pada jam 9.15 malam.

Jadual perjalanan dan Ketibaan ETS Gold Alor Star ke Kuala Lumpur 

Alor Star - 4.31 Petang
Sg Petani - 4.51 Petang 
Bukit Mertajam - 5.20 Petang 
Butterworth - 5.30 Petang 
Bukit Mertajam - 5.45 Petang 
Parit Buntar - 6.00 Petang 
Bagan Serai - 6.10 Petang
Taiping - 6.30 Petang 
Kuala Kangsar - 6.45 Petang 
Ipoh - 7.10 Petang 
Batu Gajah - 7.20 Petang
Kampar - 7.35 Petang 
Tapah Road - 7.42 Petang 
Tanjung Malim - 8.20 Malam 
Kl Sentral - 9.15 Malam 

Kalau ditanya berbaloi ke tak , to be honest agak berbaloi dari segi keselamatan dan juga masa. Setiap pengangkutan, ada pro dan cons masing - masing.

Berikut merupakan kiraan perbandingan pengangkutan dari Alor Star - Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur - Alor Star 

As for me , I will choose Kapal terbang, ETS dan keretapi sebab ketiga - tiga ni ada kekuatan masing - masing. Last choice would be Bus. Jadi terpulanglah dekat korang nak pilih yang mana. Janji selamat sampai ya!



KEMBARA KRAF SELANGOR 2015 | KRAF TRADISIONAL

$
0
0

Pada minggu lepas, MR telah dijemput oleh pihak Majalah Gaya Travel untuk meyertai Program Kembara Kraf Selangor 2015 (KKS15) yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2015. Program ini merupakan anjuran Majalah Gaya Travel sendiri dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Sub-Seksyen Pelancongan.

Kredit Foto :lilyrianitravelholic.blogspot.com
Program KKS15 ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mempromosi produk-produk kraf di sekitar negeri Selangor serta memberi peluang baru untuk pemilik produk membawa produk mereka menerusi media tempatan dan media sosial.

Pendedahan untuk menyelami seni kraf juga akan dijalankan mengikut tema Program KKS15 iaitu dengan bermula dengan seni kraf tradisional, seni kraf moden serta seni kraf tak lapuk dek zaman. Para peserta yang terdiri daripada rakan media & bloggers juga telah berpeluang untuk mencuba sendiri pembuatan seni kraf seperti seni kraf kayu, orang asli, contengan kasut, polimer, bunga tekap serta batik.

GALERI PENJARA KAJANG

Pada hari pertama dengan bertemakan seni kraf tradisional, tempat pertama yang telah kami lawati ialah Galeri Penjara Kajang, Kajang. Disini kami telah didedahkan kepada Bahagian Pengurusan Banduan Seksyen Vokasional & Industri Penjara, dimana mereka ada mengeluarkan beberapa hasil kraf hasil dari latihan yang diberikan ke atas banduan. Hasil seni kraf tradisional yang boleh kita lihat disini ialah, tenun, songket, batik, ukiran, perabut dan macam-macam lagi.

ditenun secara tradisional
Hasil seni songket tenun disini sangat berkualiti dan ianya dipantau dengan kerjasama Tenun Pahang Diraja. Ianya ditenun dengan menggunakan alatan tradisional dan bukan dengan menggunakan mesin.

Songket 
Buktinya ia boleh dilihat pada hujung lebihan kain yang ditenun dan boleh dirasa texture tenunannya. Apa yang membuatkan kami lebih teruja adalah ianya dijual lebih murah jika dibandingkan dengan pasaran luar. Ada juga butik-butik terkenal yang megambil hasil tenun mereka dan dijual dengan harga berlipat kali ganda. Bagi mereka yang ingin membeli songket asli yang murah, MR cadangkan untuk korang datang dan beli di sini.

MAH MERI CULTURAL VILLAGE

Program KKS15 ini seterusnya membawa kami ke Pulau Carey dimana terletaknya perkampungan orang asli Mah Meri. Di Mah Meri Cultural Village, kami telah didedahkan dengan hasil kraftangan tradisional mereka seperti anyaman, dan kraf ukiran.

Kaum orang asli Mah Meri
Ramai di antara mereka kreatif mengukir patung-patung yang dibuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewa , manusia , alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO.


TOK SABRI SI TUKANG CINCIN

Seterusnya kami telah dibawa ke kedai Tok Sabri Si Tukang Cincin yang mana ianya terletak di Telok Panglima Garang, Sijangkang.



Disini, hasil seni pertukangannya bukan sekadar dari batu permata sahaja, beliau juga boleh menghasilkan cincin dari kayu terpilih. Ada diantaranya mempunyai rekabentuk yang sangat unik dengan campuran pelbagai jenis kayu. Ternyata hasil tangan seni Tok Sabri cukup dikenali ramai kerana kekemasan dan service yang sangat bagus.


Perjalanan kami untuk seni tradisional di hari pertama KKS15 terhenti disini sahaja. Nantikan perkongsian MR berkenaan hari kedua dan ketiga di entry seterusnya.



AKTIVITI WATER RAFTING GOPENG PERAK

$
0
0

AKTIVITI WATER RAFTING GOPENG PERAKSiapa sangka pertama kali merasai pengalaman bermain sukan extrim water rafting di Sungai Kampar, Gopeng Perak ini adalah pengalaman yang admin tidak akan lupakan. Terima kasih kepada team Honda Malaysia kerana membawa kami rakan blogger merasai pengalaman mencabar ini. 

Untuk pengetahuan semua, Riverbug Asia ini adalah sebuah kawasan yang boleh patik kelaskan sebagai lokasi untuk program team building dan boleh juga sebagai tapak melakukan aktiviti ekstrim seperti water rafting yang terletak di daerah Gopeng Perak. 

Disini juga terdapat sungai dinamakan Sungai Kampar yang dikatakan sebagai sungai yang mencabar bagi melakukan aktiviti water rafting. 

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

Kemudahan yang mereka sediakan memang sesuai untuk bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti outdoor bersama rakan sepasukan atau pun melakukan aktiviti riadah atau sukan lasak seperti water rafting kerana Riverbug Asia ini sebuah organisasi pakar dalam mengendalikan aktiviti lasak ini. 

Sebelum memulakan aktiviti water rafting, jom kita beramah mesra dengan keindahan alam ni haaa. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Untuk kelokasi mula, korang semua akan menaiki lori kerana lokasi yang korang akan sampai sebenar lagi sedikit curam dan berbahaya untuk korang memandu sendiri. Lagi pun pakej yang korang ambil itu termasuklah dengan kenderaan yang akan membawa korang dikawasan permulaan. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit akhirnya sampai. Setibanya dikawasan permulaan, korang akan diberikan penerangan ringkas serta risiko yang bakal korang hadapi sepanjang beraktiviti ini. Dengan penerangan ini, korang sedikit sebanyak dapat mengetahui bagaimana situasi sepanjang berada didalam boat getah ini. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Yeszaaaa kami semua sudah bersedia. Korang akan dibekalkan dengan safety helmet, safety jacket dan juga paddle pengayuh. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Kemudian korang akan berjalan kaki untuk meuju kesungai dimana disinilah korang akan dilepaskan. Perasaan patik pada masa ini memang cuak. Dengan deruan air sungai yang mengganas menjadikan patik makin cuak. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Ini adalah rakan seperahu getah bersama dengan kepala pengemudi (berbaju biru) yang ditugaskan untuk menjadi kepala dan mengawalselia perahu getah kami sepanjang kami mendayung. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Untuk pengetahuan semua, Sungai Kampar, Gopeng Perak ini dikelaskan sebagai 3/6 (sederhana bahaya) mengikut keadaan air sungai. Sekiranya selepas hujan, kelas sungai ini mngkin boleh menjadi 4/6 atau 5/6 (agak bahaya) yang memerlukan teknik yang betul pakar untuk mengendalikan boat getah. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Kebiasaan ada kawasan yang tenang dan ada kawasan yang memerlukan kami dipandu oleh pengawal kami dengan memberi beberapa arahan FORWARD (kayuhan kedepan), BACKWARD (kayuhan kebelakang), BUM BUM (duduk didalam boat) dan JUMP JUMP (lompat-lompat ditepi boat getah untuk bergerak dari tersekat dekat batu).

AKTIVITI WATER RAFTING


Pada awalnya memang boat kami memang stabil. Tetapi apakan daya akhirnya..........

AKTIVITI WATER RAFTING
Boat kami karam...
Semasa boat kami terbalik, masing-masing pati pasti agak panik. Seperti yang diberitahu semasa penerangana awal. Kejadian dimana korang akan berada dibawah boat mungkin terjadi. Yes patik telah berada didalam situasi tersebut. Boat getah berada diatas kepala patik. 


Mujur kmai semua ingat pesanan untuk tarik nafas dalam-dalam dan tunduk masuk didalam air untuk keluar dari kepungan boat getah tersebut. Fiuhhhh pengalaman yang memang akan admin ingat sampai bila-bila. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Aktiviti kami berakhir dengan keseronokkan dan pengalaman yang boleh disimpan didalam kamus hidup masing-masing. 


Terima kasih kepada pihak Riverbug Asia, Gopeng Perak kerana melayan kami semua dan juga team Honda Malaysia sepanjang keberadaan kami disini.


Kepada anda semua yang ingin merasai pengalaman seperti ini, bolehlah untuk berhubung dengan pihak mereka seperti didalam informasi ini. 


Telefon No:
+6012-3131 006 (Perak) 
+6019-8204 921 (Sabah)

Email:
book@riverbug.asia

NIGHT OF FRIGHT 3 SUNWAY LAGOON

$
0
0


NIGHT OF FRIGHT 3 SUNWAY LAGOON | Seluruh taman tema Sunway Lagoon telah berubah menjadi Scream Park, bermula dari 2 Oktober yang lalu. Ianya adalah sempena meyambut festival hantu Night Of Fright yang mana ianya merupakan tahun ketiga kejayaanya. Setiap tahun membawa konsep yang berbeza.

Scream Park, Sunway Lagoon
Mr.Lynton V Harris, Chairman and Chief Exec.Officer of the Sudden Impact Entertainment Company menyatakan Mr.Chaos iaitu zombie yang sudahpun terkenal dalam kalangan pengunjung Sunway Lagoon ini akan kembali lagi tetapi tahun ini agak berbeza sedikit kerana Mr.Chaos tak keseorangan kerana Mr.Chaos akan berkahwin dengan Ms.Havoc.

Perkenalkan Mr.Chaos dan pasangannya Ms.Havoc
Malaysia's premier fright festival returns for 14 nights this October. New mazes and scare zones this season includes Death Port, Escape from Pudu 2, Kevil Hill, Sadako Dori & Toxic - the scariest place unearthed!





Banyak rumah hantu yang cukup menyeramkan bakal menemui anda di Night Of Fright 3 Sunway Lagoon. Dengan harga online : 1 pax RM45, 2 pax RM80 ia lebih menjimatkan dari korang beli tiket secara walk in. Kami sarankan untuk korang pergi secara berkumpulan.


Untuk membaca pengalaman mereka yang pernah pergi boleh rujuk sini :



Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk :



TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT | KONTIKI RESTAURANT

$
0
0
TIKI BBQ Buffet Dinner With Steamboat

TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT | KONTIKI RESTAURANT | Bagi penggemar makanan laut terutama yang berada di Kuala Lumpur pasti tercari-cari di mana tempat yang best untuk menikmati hidangan ini. Kebiasaanya mereka perlu ke kawasan-kawasan yang berhampiran dengan pantai kerana di sana stok makanan laut lebih segar dan enak. Tapi kini Kontiki Restaurant yang terletak di The Federal Kuala Lumpur telah menawarkan hidangan TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT yang pasti dapat memikat citarasa penggemar makanan laut. 

Kontiki restaurant

KONTIKI RESTAURANT | Bagi yang belum mengetahui mengenai Kontiki Restaurant, restoran ini terletak di Mezzanine Level, di Hotel The Federal Kuala Lumpur. Restoran ini berkonsepkan kontemporari moden, menyajikan pemandangan yang santai dan menyegarkan kepada setiap pegunjungnya kerana ia benar-benar bersebelahan dengan kolam renang terbuka dengan dihiasi taman berkonsepkan tropika. 


Seafood On Ice

Bila melihat sahaja barisan makanan laut yang disediakan memang menggiurkan. Ada pelbagai jenis dan pelbagai cara kita boleh nikmati makanan laut ni. Sebagai permulaan ataupun Appetizer korang boleh menikmati Seafood On Ice. Di bahagian ini tersusun ketam, udang, kupang, slipper lobster (udang ketak), yabbies dan oyster. Semuanya segar-segar belaka. 

Slipper Lobster dan kupang

Ketam dan slipper lobster

Oyster

Yabbies

Untuk menu utama, korang boleh memilih untuk makan BBQ atau steamboat. Nak pilih kedua-duanya pun boleh. Cuma bezanya BBQ dimasak oleh Chef manakala steamboat korang kena masak sendiri. Di sudut BBQ terdapat pelbagai bahan mentah yang boleh dipilih seperti daging, sosej, kepak ayam, sotong, udang, lobster, ketam dan udang kara. Semuanya telah diperap dan akan dimasak oleh chef. Aromanya pasti akan membangkit selera anda. 

Chef membuat BBQ

roasted lamb rack, roast prime ribs, roasted chicken dan roast whole salmon fish

Di sudut ini juga ada disediakan makanan yang telah siap dipanggang seperti roasted lamb rack, roast prime ribs, roasted chicken dan roast whole salmon fish yang dihidangkan bersama sos mint, sos cendawan, sos black pepper, sos rosemary, dan sos cream white herbs. 

Memilih sendiri bahan untuk BBQ dan Steamboat

Pelbagai bahan untuk Steamboat dan BBQ

Pelbagai bahan untuk Steamboat dan BBQ

Untuk steamboat pula, ada pelbagai jenis bahan yang boleh dipilih seperti bebola daging, dumpling, tauhu, cendawan, sayur-sayuran, mee, dan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang. Sup steamboat yang disediakan ada dua iaitu sup ayam dan sup tomyam. Sup ini tidak perlu dipilih kerana ia diletakkan di dalam periuk steamboat yang mempunyai dua bahagian. Jadi korang boleh memasak dengan mudah dan merasai keenakan kedua-dua jenis sup. Jangan lupa untuk mengambil sos untuk menambah lagi keenakan steamboat anda. 

Periuk untuk masak steamboat

Selain dari makanan laut (seafood), terdapat juga pelbagai jenis makanan yang dihidangkan secara buffet. Ada pelbagai jenis salad, sushi, lauk pauk, desserts dan juga kuih muih tradisional. Dijamin korang balik kekenyangan.

Pelbagai jenis makanan untuk buffet dinner

Jadi, jika berminat untuk menjamu selera dan menikmati hidangan TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT, boleh la datang ke Kontiki Restaurant di Hotel The Federal Kuala Lumpur.


Harga Tiki BBQ Buffet & Steamboat Dinner :
RM128 dewasa
RM78 Kanak-kanak / warga tua

Hari :
Jumaat dan Sabtu

Masa :
6.30pm hingga 10.00pm

Untuk tempahan sila hubungi :
03-21489166





THE VERANDAH DI HOTEL THE FEDERAL KUALA LUMPUR

$
0
0
THE VERANDAH DI HOTEL THE FEDERAL KUALA LUMPUR | Selepas menikmati makan malam di Kontiki Restoran, admin dan sahabatPT berpeluang untuk merehatkan diri sambil menjamu halwa telinga dengan alunan muzik yang romantik di The Verandah, Aras 1, Hotel The Federal Kuala Lumpur.


The Verandah merupakan jenama baru di Hotel The Federal Kuala Lumpur yang mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk pengunjung sebagai tempat untuk bersosial, santai ataupun untuk tujuan rasmi seperti meeting dengan client. Selain itu ruang ini juga sesuai untuk majlis-majlis santai seperti majlis koktel. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah di kolam renang yang dikelilingi taman tropika, tentu ia akan memberi ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung.





Di sini ada disediakan kaunter yang akan menggoda selera pengunjung sepanjang hari dengan pilihan makanan ringan, minum petang atau pencuci mulut lewat malam. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai minuman di bar sejuk, termasuk kopi istimewa atau teh dan koktel. Bila admin duduk di sini memang selesa la nak berborak-borak dan bersantai-santai bersama rakan-rakan dan sahabatPT. Admin juga diberitahu yang ruang ini baru sahaja diubah suai dan ada ruang yang boleh ditutup jika ada Private Function.


Jadi jika korang datang ke Hotel The Federal Kuala Lumpur boleh la ajak teman korang ke The Verandah di :

Lokasi :
Aras 1, Hotel The Federal Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 
7:00 pagi - 12.00 malam

Merdeka Executive Breakfast: 
7.00 pagi - 10.00 malam

Afternoon Tea : 
3.00 petang - 6.00 petang

Evening Cocktails : 
6.00 petang - 8.00 malam



Viewing all 507 articles
Browse latest View live