Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all 507 articles
Browse latest View live

RESTORAN HARMONI DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

$
0
0
RESTORAN HARMONI DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA| Kita sangat bertuah kerana kita berada di bumi Malaysia sebab di sini kaya dengan pelbagai jenis makanan. Selain makanan melayu, ada juga makanan cina, india dan lain-lain bangsa. Semuanya mudah diperolehi dan ada yang halal. Jadi kita boleh makan tanpa was was.

Restoran Harmoni di Hotel Bangi-Putrajaya


Bagi penggemar makanan 'Chinese Food', MR suggest korang datang ke Restoran Harmoni di Hotel Bangi-Putrajaya. Restoran ini merupakan sebuah Chinese Restaurant yang menyediakan makanan fusion Chinese Food yang telah disesuaikan dengan citarasa melayu, nyonya dan Thai. Menariknya, di sini kita diberi pilihan untuk menikmati makanan secara Ala Carte ataupun Buffet.

MR dan rakan-rakan telah mencuba set Dim Sum Buffet Lunch di mana kami diberitahu dim sum di sini sangat sedap dan selalu menjadi pilihan penggemar dim sum. Terdapat lebih kurang 30 jenis makanan di dalam set ni. Memang kenyang dan sedap.


Dim Sum Buffet Lunch


Untuk Dim Sum Buffet Lunch, hidangan disediakan mengikut kategori masakan. Berikut adalah kategori-kategori masakan untuk memudahkan korang memesan makanan.

Dim Sum Buffet Lunch
  • Steam
  • Deep Fried or Pan Fried
  • Steamed Chiong Fun or Pan Fried Radish Cake
  • Bun or Congee
  • Wok Fried Seasonal Vegetables
  • From the Farm & Sea
  • Noodles, Rice Vermicelli & Rice
  • Desserts








Walaupun hidangan nampak macam sedikit tapi jujur MR cakap, bila dah makan gerenti korang kenyang. Bayangkan masa tu kami berempat pun tak habis semua makanan kecuali dim sum. Dim sum habis kami makan dan betul seperti yang diwarwarkan, sedap dan lebih sedap bila dicicah dengan sos pencicahnya. 

Lagi satu bagi MR, hidangan dim sum buffet lunch ni complete sebab ada appetizer, main course dan desserts. Kebanyakkan makanan di sini dibuat sendiri oleh chef termasuk dim sum. Bukan yang readymate ye. Tu sebab rasanya sedap dan segar. Paling penting harganya juga berbaloi tau. 

ruang dalam Restoran Harmoni

Kalau korang penggemar ataupun ingin mencuba makanan 'Chinese Food' boleh datang ke Restoran Harmoni di Hotel Bangi-Putrajaya. Jangan risau, makanan di sini halal [Rujuk SINI]. Jadi boleh ajak seluruh ahli keluarga atau rakan-rakan ke sini.

Monday - Saturday :
Dim Sum Buffet Lunch
12.00 noon - 2.30 pm
Dinner: Available for Private Function & Special Event (prior arrangement only)


Sunday & Public Holiday :
                 Dim Sum Buffet Brunch 
11.00 am - 2.30 pm
Dinner: Available for Private Function & Special Event (prior arrangement only)

Lunch
11.00 am - 2.30 pm 
Dinner: Available for Private Function & Special Event (prior arrangement only)

Harga Dim Sum buffet lunch :
RM55 dewasa
RM27.50 kanak-kanak

Telefon :
03-8210 2222







RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

$
0
0

RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA | Ada impian untuk ke Jepun semata-mata ingin merasa makanan Jepun? usah risau kerana di Hotel Bangi-Putrajaya pun korang semua boleh merasa segala makanan Jepun dengan syarat singgahlah ke Hotel Bangi-Putrajaya. Parking free dan tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai untuk mencari makanan Jepun. 


Baru-baru ini,MR sempat mencuba makanan Jepun di Hotel Bangi-Putrajaya yang dihidangkan lebih daripada 100 jenis makanan Jepun yang sangat menyelerakan. Untuk pengetahuan korang semua, Restoran Kazumi Japanese Cuisine ini HALAL







Experience Japanese cuisine at its best at this contemporary and chic new restaurant of Hotel Bangi-Putrajaya. Its bright and earthy colour interiors with modern decor greatly complements its new range of creative menus created by Chef Cheah,a pioneer in Japanese cuisine. Experience a whole new level of F&B experience at Kazumi - your favourite Japanese restaurant at Bangi's highest peak.









Masa MR singgah makan di sini, alhamdulillah kami disambut dengan senyuman oleh pelayan restoran ini dan tempat makan pun sangatlah selesa serta tak kelam kabut seperti di lain-lain tempat makan yang kadang-kadang perlu beratur untuk menunggu giliran makan. Mesti stresskan? Kita mengidam makanan jepun sekali bila sampai di restoran kena tunggu. Kalau MRMR jenis tak suka menunggu untuk sesuatu yang kita inginkan seperti makanan jepun,gitu! Pelayan restoran pun sangatlah membantu . 


MR, bukanlah jenis yang selalu makan makanan Jepun ni tapi MR pun suka dengan makanan Jepun terutama SUSHI dan Ice Cream Green Tea. Haaaaaaa, siapa ada sama minat dengan MR sila mengaku cepat ! 


Di restoran ini, korang boleh order seberapa banyak yang korang nak dengan syarat sediakan duit sahaja kerana harga di sini pun boleh tahan juga mahal dia. Tapi bagi yang minat dengan makanan jepun ini, for sure mereka tak akan berkira. 


Menu di restoran ini memang banyak sangat antaranya:-


-Chinmi Tsuki Dashi (Delicacies)
-Sushi ( Freshly Slice with Vinegard Rice )
-Imperial Course ( Seafood & Beef )
-Teppanyanki CourseTeishoku ( Set Dinner )
-Chef's Recommendation
-Teppanyaki Side Dishes
-Teppanyaki Ala Carte
-Kazumi Tokubetsu Ryori ( A full course menu of selected Traditional Japanese Cuisine )
-Sushi RyoriZosui ( Porridge )
-Suimono ( Soup )
-Take Course
-Ume Course
-Sakura Course
-Ocha Zuke, Onigiri ( Rice dishes with seaweed broth & triangular rice )
-Donburi ( Rice Dishes ) 
-Otsumani ( Appetisers )
-Sarada ( Salads )
-Age Mono ( Deep-Fried Dishes )
-Sunomono ( Vinegard Dishes )
-Mushi Mono ( Steamed Dishes )
-Nabemono ( Hot Pot Dishes )
-Tofu Ryori ( Beancurd Dishes )
-Nimono ( Simmered Dishes )
-Niku Yori ( Meat Dishes )
-Yakimono ( Grilled Dishes )
-Tempura ( Deep-fried Seafood in Butter )
-Deep-Fried in Butter


So, banyak-banyak menu ni.... MR tanya chef sendiri,yang mana paling popular dan recommended ! So, silalah jamu gambar dari MR yang tak seberapa ini dan yang pasti semua sedap dan ada slice of jenis ikan MR tak dapat masuk tekak,mungkin tak biasa makan,hehe..Dah jomlah MR nak sajikan beberapa menu yang wajib korang semua rasa bila ke sini. 



Edamame


Edamame - Boiled green soy bean pods | Korang pernah makan Edamame? Sedap!!!! Walaupun dia kacang macam tu je,tapi sedap !!




Shake Sashimi, Abura Bozu Sashimi, Tako Sashimi


Shake Sahsimi (Salmon), Abura Bozu Sashimi (Butter Fish) dan Tako Sashimi (Octopus) | Siapa peminat Salmon,Abura dan Tako Sashimi u should try this one !!!! 




Chawan Mushi

Chawan Mushi - Steamed egg custard | Korang boleh bayangkan tak rasa dia macamana? Seriously sedap yang amat, mula tu MR rasa macam loya-loya tengok telur kastard ni, tapi bila masuk mulut rasa dia macam taufu fa tapi ada rasa telur dan tak meloyakan pun !!!!! Sedap !



Soft Kani Maki


Soft Kani Maki - Vinegared rice rolled with soft shell crab,lettuce,flying fish roe in seaweed. | Kegemaran MR sepanjang zaman !! Chewah!! Rugi siapa tak minat sushi!


Ebi Tempura

Ebi Tempura - Deep-fried prawns in batter | Sesiapapun yang datang makan makanan jepun di mana-mana restoran wajib rasa tempura mereka. Tapi di sini, aku yakin korang tak akan menyesal untuk mencuba tempuranya kerana dari tepung sampai la ke udang tu memang lembut dan ranggup. Yang penting kurang minyak !


Kaisen Moriawase kurumaebi,hotategai,kaki,shake and ika.


Kaisen Moriawase kurumaebi,hotategai, kaki, shake and ika - Seafood combination of king prawn, scallop, oyster, salmon and cuttlefish (gambar sebelah kiri sekali) | Ini adalah part paling menarik minat MR kerana ada oyster yang sangat sedap. Gabungan makanan laut beserta rencah yang sedap.

Garlic Rice | Pertama kali makan nasi goreng perisa halia dan sangat sedap. Nasi dia tak muak sikit pun.

Tatami Iwashi


Tatami iwashi ( Grilled matted baby sardines ) | Pertama kali MR makan ikan bilis rupa macam ini. Sungguh unik sehingga boleh menggantikkan keropok ikan yang sedia ada, tapi ini versi keropok ikan yang belum dikisar halus,hihi.




Ais Krim


Azuki Macha Ice Cream - Green Tea Ice cream with red bean * bawah
Wasabi Ice Cream - Homemade Japanese Horseradish Ice-Cream *kanan
Sesame Ice Cream *kiri

Antara ketiga-tiga ais krim ini, dah tentu perisa green tea menjadi pilihan kepada sesiapa yang datang ke restoran jepun. Ais krim green tea ini tak pernah tak sedap dan bila dicampur dengan kacang merah MR rasa cukup perfet dah haa! Ais krim wasabi pula, pertama kali MR cuba. Disebabkan rasa wasabi ini pedas jadi MR cuba sedikit,yang menariknya perisa wasabi dia takdelah pedas sangat pun tapi just nice. Bila masuk mulut tak rasa pedas tapi bila start cair dalam mulut,haaaaa time tu baru rasa berasap telinga,haha.... Sesame pula rasa dia memang nice,sweet dan sedap !!!! Tapi green tea paling win !

Haaaaa, so macamana? peminat makanan jepun korang patut try makan di sini ! Tak menyesal dan yang penting HALAL okayyyyyy :D



Higawari ( Set Lunch )
12pm - 2.30pm

Dinner 
6.30pm - 10pm

Buffet Dinner
6.30pm - 10pm




Address:
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor,Malaysia

Tel: 03- 8210 2222
Fax: 03-8210 2888

Email: info@hotelbangi-putrajaya.com
Web: www.hotelbangi-putrajaya.com


TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA. JANGAN LUPA JOIN CONTEST DARI PROJEK TRAVEL DI INSTAGRAM. TARIKH TUTUP SEHINGGA 27.11.2015. THANKS SEMUA!!!!! ^_^

KONTES INSTAGRAM DESTINASI PILIHAN PROJEK TRAVEL

$
0
0
KONTES INSTAGRAM DESTINASI PILIHAN PROJEK TRAVEL | Melancong?, antara perkataan yang begitu sinonim dengan "kaki travel". Kali ini, Projek Travel (PT) mahukan anda sendiri mencadangkan kepada kami dan pembaca setia blog PT, kemanakah destinasi yang menarik harus di lawati khususnya di dalam negara.

Kontes Instagram Projek Travel Sempena 5000 Follower

Sehubungan dengan itu, PT telah mengadakan satu kontes instagram sempena follower Instagram Projek Travel mencapai 5,000. Di samping hadiah-hadiah yang menarik untuk di menangi.kontes ini juga sebagai penghargaan di atas sokongan anda selama ini terhadap Projek Travel.




Untuk penyertaan kontes ini sila ikuti langkah-langkah seperti berikut;

  • Tema : Destinasi Pilihan
  • Cara penyertaan : Upload gambar destinasi pilihan anda untuk kami lawati dan nyatakan kenapa kami perlu ke sana.
  • Caption : "Saya cadangkan @ProjekTravel ke <lokasi cadangan> kerana <tidak melebihi 50 patah perkataan>." 

Syarat-syarat untuk menyertai kontes ini adalah seperti berikut ;

  1.  Follow Instagram @projektravel
  2.  Upload gambar destinasi yang menarik untuk dikongsi di Instagram anda.
  3. Tag @projektravel di gambar penyertaan anda.
  4. Letakkan caption seperti yang dinyatakan di atas berserta hashtag ‪#‎projektravel‬& ‪#‎destinasiPT‬.
  5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan anda di bawah poster ini di Instagram projek travel untuk mengesahkan penyertaan anda.
  6. Pastikan akaun instagram anda tidak private.


Penyertaan Kontes Instagram Projek Travel setakat ini (tidak termasuk Top Post) adalah seperti di bawah;




Pemilihan PEMENANG-PEMENANG adalah berdasarkan gambar dan lokasi yang menarik serta caption yang kreatif.
Keputusan dari kami adalah muktamad.

Tarikh tutup penyertaan : 27/11/2015
Selamat mencuba.

THE FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR HOTEL PERTAMA BERTARAF ANTARABANGSA

$
0
0
THE FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR HOTEL PERTAMA BERTARAF ANTARABANGSA | Sejarah penubuhan The Federal Hotel, Kuala Lumpur | Baru-baru ini Projek Travel berpeluang menginap 3 hari 2 malam di The Federal Hotel, Kuala Lumpur. Sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia dan diuruskan oleh Federal Hotels International (FHI). Untuk pengetahuan korang, FHI ditubuhkan sekitar tahun 1957 dan telah melebarkan sayapnya ke Singapore (The Federal Hotel), Hong Kong (Suncrest Tower), Australia (The Grace Hotel Sydney), United Kingdom (The Hotel Tria) dan banyak lagi.

Merdeka Wing yang baru sahaja siap diubahsuai
Mengenai The Federal Hotel , hotel ini telah dirasmikan pada 28 Ogos 1957 dan dibuka kepada kedutaan asing yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. The Federal Hotel ditubuhkan oleh Tan Sri Datuk Low Yat iaitu seorang ahli perniagaan yang aktif dalam bidang perhotelan sekitar tahun 1950-1960 an. Kalau nak tahu, Plaza Low Yard pun milik beliau.


Bilik Merdeka Wing yang telah siap diubahsuai

Hotel ini merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Lokasi The Federal Hotel yang ditengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersebelahan Plaza Low Yat memang sangat strategik. Nak shopping, boleh shopping di Berjaya Times Square. Nak beli gadget, boleh singgah ke Plaza Low Yat yang merupakan shopping mall yang menjual barangan IT terbesar di Malaysia. Nak overnight, boleh overnight di Bukit Bintang. Penat shopping & overnight, boleh check in di The Federal Hotel.

Sepanjang penubuhan The Federal Hotel, banyak pencapaian yang telah diperoleh. Antara pencapaian tersebut ialah :


PENCAPAIAN THE FEDERAL HOTEL
1
Mandarin Palace – Listed in Malaysia Tatler 2011 & 2012 malaysia’s best reastaurant for its exceptional cuisine and service.
2
Recipient of the Best Federal Territory Kuala Lumpur (FTKL) Beautiful & Illuminated Building 2007 Award in the Hotel category
3
 Mandarin Palace – Recipient of The Malaysia Tatler’s Award for Malaysia Best Restaurant in 1997, 2002, 2003, 2004 & 2005


Ruangan mesyuarat turut disediakan 


Dengan pelbagai pencapaian yang telah dirangkul oleh The Federal Hotel, telah dapat membuktikan bahawa hotel ini merupakan satu hotel yang sangat disegani & dikenali serta sering menjadi pilihan orang ramai tidak kira rakyat tempatan atau pelancong luar. 

Korang yang plan bercuti atau menghadiri meeting di Kuala Lumpur, jangan lupa merasai sendiri pengalaman manis menginap di The Federal Hotel . Gerenti puas hati lah kata orang! Sebarang tempahan atau maklumat lanjut mengenai The Federal Hotel, boleh ke website berikut :-


______________________________________________________________

Artikel oleh : Hafiz Hafizol ( www.hafizhafizol.my

Diedit oleh : Khai Artzfar ( www.budakpacak.com

Gambar oleh : Feeq says ( www.feeqsays.com)

JKKN SERLAHKAN BAKAT MUDA MELALUI DIDIKAN SENI DAN BUDAYA

$
0
0
JKKN Serlahkan Bakat Muda Melalui Didikan Seni dan Budaya | Baru-baru ini salah seorang admin Projek Travel telah berkesempatan ke Bumi Kenyalang di mana negeri yang terbesar dalam Malaysia dan menetap di Kuching, di mana Kuching ini merupakan salah satu bandar-bandar utama di Negeri Sarawak selain Miri, Sibu, Sarikei, Bintulu, Sri Aman dan Limbang. Tujuan utama ke sini adalah untuk memenuhi jemputan dariJabatan Kesenian dan Negara (JKKN) untuk menghadiri acara Festival Kelab Seni Cemerlang.

Seramai 115 orang pelajar mengambil bahagian dalam Festival Kelab Seni Cemerlang, Negeri Sarawak 2015 pada 21 November 2015 di Auditorium Yayasan Sarawak baru-baru ini._foto utusan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berjaya menghimpunkan bakat-bakat muda dalam bidang seni budaya melalui penganjuran Festival Kelab Seni Cemerlang (FKSC) peringkat Negeri Sarawak bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak yang lalu.


Festival Kelab Seni Cemerlang 2015 adalah program jangka panjang di bawah Program Bimbingan Seni Budaya  (PBSB) yang melibatkan pelajar-pelajar dari 12 buah sekolah terpilih di seluruh Negeri Sarawak. Festival ini merupakan landasan terbaik untuk memberi peluang kepada semua peserta dan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang terlibat bagi menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam bentuk festival akhir tahun.


Objektif festival ini diadakan sebenarnya memberi peluang dan juga ruang kepada para peserta untuk menunjukkan kemahiran yang telah dipelajari selama mengikuti program bimbingan yang ditawarkan melalui persembahan berbentuk festival.


Seramai 115 peserta telah terlibat dalam menjayakan festival ini di mana dari pelbagai bidang yang ada seperti seni berbahasa, tari, silat, gasing, teater dan muzik serta seramai 24 orang guru/jurulatih terlibat dari 10 buah sekolah yang terpilih. Ternyata, perserta yang menyertai festival ini sangat berbakat.


Festival kali ini dirasmikan oleh En.Zaifri Husin, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak (JKKNS). Turut sama menyerikan acara gilang gemilang ini Dayang Kartini Bt. Awang Bujang, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang mewakili Ketua Pengarah JKKN begitu teruja menyaksikan persembahan dari bakat muda ini.


Menurut En.Zaifri , program ini mampu menyediakan produk pelancongan melalui seni dan budaya khususnya di seluruh Negeri Sarawak. Setiap bakat yang digilap melalui program teras JKKN ini mampu mempamerkan bakat mereka di tempat masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong tempatan mahupun luar negara ke Negeri Sarawak.


Apa yang menarik minat MR pada festival ini adalah semangat anak cilik di mana berusia 8 hingga 16 tahun semasa pementasan berlangsung. Pementasan yang penuh warna warni ini sangat berjaya menarik minat para penonton yang menyaksikannya.


Babak yang paling menciut hati adalah apabila ketika di Istana. Namun, kesemua babak yang dipentaskan berjaya membuatkan penonton berpuas hati. MR doakan kepada adik-adik semua supaya terus maju jaya dalam apapun bidang yang diminati. Teruskan belajar dan capai impian anda semua. Paling membuatkan MR tak berkelip mata apabila ada salah seorang penari yang sangat kecil tapi lincah dalam membuka langkah semasa tarian. Paling meriah bila di babak akhir ,muncul artis bob akademi fantasia.


Sebelum terlupa, festival sebegini juga mampu melahirkan dan memupuk masyarakat untuk sama-sama menyemarakan dan mermatabatkan seni dan budaya bangsa. Apapun, terima kasih kepada JKKN kerana sudi menjemput teamProjek Travel ke Sarawak untuk sama-sama memberi semangat kepada adik-adik di sana.

Kesempatan ini juga, kami sempat dibawa melawat ke beberapa kawasan pelancongan popular di sekitar Kuching yang terdiri daripada kawasan semulajadi dan pusat budaya iaitu Kampung Budaya Sarawak. InshaAllah, MR akan kongsi dilain entri nanti :D


TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA.

TAMBANG TUNAI KTM KOMUTER NAIK BERMULA 2 DISEMBER 2015

$
0
0
KTM Komuter_foto Fisher_Y
Tambang Tunai KTM Komuter Naik Bermula 2 Disember 2015 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebut hal KTM ni, sebenarnya ramai pengguna tegar kepada kenderaan tersebut selalu menggunakannya dan mengambil langkah berjimat serta mengurangkan pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas. Namun,apabila tindakan kenaikan harga KTM naik bermula 2 disember 2015 ini. Masihkah ramai yang akan menggunakan KTM dan bagaimanakah kos perbelanjaan bagi pengguna KTM serta mampukah mereka berhadapan dengan risiko sebegini?


Harga tiket naik dari RM0.11 sen ke RM0.15 sen bagi setiap satu kilometer dan kenaikan itu sebenarnya membabitkan perjalanan KTM dari Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.


Istimewanya kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT,warga emas dan OKU akan diberi diskaun potongan sehingga 50 peratus (50%) dengan menunjukkan kad pelajar yang sah. Selain itu, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tambangnya adalah PERCUMA.

* Perhatian


JADUAL TAMBANG BARU PERKHIDMATAN KTM KOMUTER
1
2
3
4
5



Adakah dengan kenaikan harga tiket KTM Komuter ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna atau semata-mata memberi kelebihan kepada pihak KTM sendiri?

Maklumat lanjut jom singgah ke www.ktmb.com.my , laman twitter @ktmkomuter atau hubungi 1-300-88-5862 .


TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA.

PENGINAPAN MEWAH DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

$
0
0
HOTEL BANGI PUTRAJAYA

PENGINAPAN MEWAH DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Merasai pengalaman menginap di hotel bertaraf 5 bintang ini seakan berada didalam syurga dunia dimana keindahan di Hotel Bangi Putrajaya yang terletak di Bandar Baru Bangi ini terserlah dengan dekorasi indah disetiap jenis bilik yang mereka miliki.

Terdapat 4 jenis bilik yang disediakan di Hotel Bangi Putrajaya ini iaitu bilik jenis DELUXE, PREMIER, PREMIER FAMILY dan SUITE.

BILIK DELUXE


Bilik Deluxe ini sesuai bagi mereka yang ingin penginapan yang peribadi dan sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu bersama pasangan mereka. 

Bilik ini menyediakan ruangan katil yang sangat besar dimana katil yang disediakan adalah jenis super king, memang luas untuk beradu.

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

Turut disediakan adalah ruangan balkon dimana anda boleh menggunakan ruangan ini sebagai ruangan untuk membaca atau mengambil angin. Memang sangat seronok.

BILIK PREMIER


Untuk bilik Premier ini, MR telah diberi peluang untuk menginap dibilik ini yang boleh dikatakan lebih luas berbanding bilik Deluxe

Ruangan kamar tidur ini menyediakan ruangan sofa santai yang bersaiz lebih luas iaitu untuk 2 orang berbanding bilik Deluxe hanya untuk seorang sahaja.  Memang sangat selesa dan luas dengan katil jenis super king sesuai untuk mereka yang ingin berdua-duaan bersama pasangan. 

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

Keseluruhan memang nampak mewah di Hotel Bangi Putrajaya ini.

BILIK PREMIER FAMILY


Bilik Premier Family ini memang sesuai dengan namanya yang begitu mesra untuk mereka yang datang bersama keluarga yang besar. 

Kamar ini boleh memuatkan sehingg 4 atau 5 orang didalam suatu masa bergantung kepada keselesaan masing-masing.  

Katil yang jenis super single ini memang luas untuk memuatkan 2 orang didalam satu masa dan juga ruang santau dibawah juga mungkin boleh digunakan sebagai tempat tidur.


HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

Pendek kata semua dibahagian ruangan bilik Premier Family boleh digunakan semaksima mungkin didalam suatu masa. 

INFRASTRUKTUR LAIN DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA


Selain menyediakan kamar tidur yang mewah, Hotel Bangi Putrajaya juga menyediakan beberapa infrastruktur lain yang boleh digunakan oleh para pengunjung disini.

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
 Gymnasium

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
 Bilik Boxing

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
 Gelanggang squash

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
 Spa

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
 Bilik menukar pakaian

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
 Sauna

HOTEL BANGI PUTRAJAYA
Ruangan membaca dan internet

Selain kemudahan ini, koram renang akan menjadi tarikan kepada percutian anda semua bila bermalam disini. Hotel Bangi Putrajaya juga menyediakan kolam mandi yang sangat sesuai untuk digunakan oleh pengunjung dan juga 

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

HOTEL BANGI PUTRAJAYA

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di hotel mewah Hotel Bangi Putrajaya ini, anda semua boleh menghubungi terus kepada pihak hotel.

HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia

Telefon:
 +603 8210 2222

Fax: 
+603 8210 2888

Email: 
info@hotelbangi-putrajaya.com

Website: 

Ribuan terima kasih kepada pihak Hotel Bangi Putrajaya kerana sudi menaja penginapan dan juga memberi kerjasama dengan pihak Projek Travel didalam membuat sesi pengenalan ini. Semoga kerjasama ini akan berlanjutan dimasa hadapan. 


Sumber daripada : www.duniapatik.com


TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

$
0
0
Memandangkan Putrajaya ini merupakan suatu tempat yang baru. Mesti ramai yang tertanya-tanya akan asal usul Putrajaya

SEJARAH PUTRAJAYA | Bermula dari sebuah ladang getah atau kampung terpencil yang mana asalnya dengan nama Prang Besar. Nama tersebut diakatakan berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang sanggup berperang dengan angkatan bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem. Tapi, rampasan itu tidak berjaya kerana hebatnya ilmu yang ada pada tok batin tersebut. Maka, begitulah serba sedikit mengenai asal usul dimana sebelum bertukarnya nama tempat tersebut. Putrajaya adalah dari singkatan 'Putra' dimana ianya dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya' yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang._info Google.

Kini Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru yang selama ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat pada ketika itu. Ini juga merupakan salah satu faktor perpindahannya untuk mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur. Selari dengan pembagunan ini, banyak tempat menarik telah diwujudkan untuk kemudahan penduduk setempat dan sekitarnya.

TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA | Semasa Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia anjuran Majalah Gaya Travel yang lepas, MR sempat berkunjung di beberapa tempat menarik di Putrajaya. Antaranya ialah :

Foto @FurqaanHod
MASJID PUTRA | Untuk pengetahuan korang, Masjid Putra ini juga dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. 

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

WEBSITE

________________________________


TAMAN WARISAN PERTANIAN | Taman Warisan Pertanian ini terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat yang datang kesini boleh merasa sendiri buah-buahan segar dan melihat pelbagai aktiviti pertanian seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.

Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan banyak lagi.

WEBSITE

________________________________


TAMAN CABARAN | Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan pada cabaran. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan khas untuk pegunjungnya. Antaranya ialah:

*Extreme Sport Facilities(Climbing Sport)
* Extreme Sport Facilities(Sliding Sport)
* Extreme Bike Route
* Thrill Park

WEBSITE

________________________________

foto @Hanifzman

TAMAN WETLANDWetland Putrajaya  merupakan taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia. Taman Wetland terdiri daripada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan sekitar wetland (1977 hektar).


Taman Wetland mempunyai menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain. Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat di pusat pemuliharaan wetland dan kepentingannya kepada ekosistem di Putrajaya.

WEBSITE

________________________________


SKYRIDES FESTIVALS PARK | Skyrides Perayaan Park adalah Taman Tema Belon Helium pertama dan terbesar di Malaysia. Skyrides ballon ini membolehkan anda untuk menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Putrajaya dari aras 150 meter.


Antara tarikan lain yang ada di sini ialah :

- SkyWarriors Rainforest Challenge ; permainan untuk menguji kekuatan dan ketahanan diri.
- SkyKids ; taman permainan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda.
- SkyGallery ; terdiri daripada koleksi yang hebat untuk memperingati memori anda.
- SkyDemo ; dimana anda boleh belajar bagaimana untuk membuat kraftangan sendiri.
- SkyTaste ; makanan ringan yang lazat untuk semua peringkat usia.

Masa beroperasi:

Isnin – Khamis: 10:00 AM hingga 10:00 PM

Jumaat – Sabtu: 10:00 Am hingga 12:00 AM (midnight)

Ahad: 10:00 AM hingga 11:00 PM

HARGA TIKET:

Masuk ke Skyrides Festivals Park adalah PERCUMA . Hanya ride dan makanan sahaja berbayar.

– Skyrides Balloon:
MyKad – Adult RM38, Kid RM30.
Non-MyKad – Adults RM68, Kid RM60.

– Skywarrior Rainforest Challenge:
RM10 with unlimited tries.

– Skykids:
RM10 per child



Selain dari tempat dan lokasi yang MR nyatakan di atas, ada banyak lagi tempat menarik untuk korang lawati jika ke Putrajaya.

Sumber : www.mawardiyunus.com

TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA.


SELESANYA THE FEDERAL HOTEL !

$
0
0
SELESANYA THE FEDERAL HOTEL ! | The Federal Hotel merupakan sebuah hotel 4 bintang yang bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Federal Hotels International (FHI). Hotel ini dibuka 3 hari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia, 31 Ogos 1957.

Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai The Federal Hotel ini. Mana tahu suatu hari ada keinginan untuk menginap di hotel 4 bintang ini kan? 



Merdeka Wing Room

#Merdeka Wing Room merupakan bilik baru yang terdapat di The Federal Hotel. Bilik yang sangat selesa dan eksklusif .
#Dilengkapi dengan 40’ TV LED dan 3 telefon (wayar & tanpa wayar) sesuai untuk pelanggan yang mementingkan service yang terbaik apabila bercuti atau urusan rasmi.
#Tetamu di Merdeka Executive Floors ( Level 6-9) menerima akses kepada Merdeka Lounge di level 8 dan penggunaan bilik mesyuarat peribadi.
#Katil yang sangat empuk dan selesa & bilik air dengan pancuran paip hujan.
#Merdeka Wing Family Room dengan king bedroom atau katil berkembar ditambah 1 sofa.
#Sangat sesuai untuk 3-4 orang.
#Level 5 merupakan smoke free environment (non-smoking) .
#Rom Tariff - Merdeka Wing Room RM800 (SINGLE/TWIN) .
#Merdeka Wing Family Room – RM1,200 (SINGLE/TWIN) .
#Merdeka Wing Junior Suite – RM2,000 (SINGLE/TWIN).



Studio Deluxe Room

#Bilik selesa dengan pemandangan kolam renang dan mempunyai tab mandi dan air pancuran yang berasingan serta private balkoni.
#TV LCD 32’ dengan saluran TV satelit (termasuk NHK, ART dan BBC)
#Terdapat juga in-house movies dan DVD player
#Room Tariff – RM1,600 (SINGLE/TWIN)

Deluxe Family Room 

#Bilik luas yang sesuai untuk 3 hingga 5 orang. 
#Pemandangan kolam renang 
#2 queen bedroom, 1 super king bedroom atau 3 single bedroom 
#Room Tariff – RM1,300 (SINGLE/TWIN) 




Accommodation 

#450 bilik mewah berhawa dingin sepenuhnya yang pasti membuatkan penginapan anda lebih menyeronokkan dan selesa. 
#TV LCD 32’ dengan saluran TV satelit (termasuk NHK, ART dan BBC) dan in-house movies. 
#TV LCD 40’ dengan saluran TV satelit (termasuk NHK, ART dan BBC) dan in- house movies (MERDEKA WING ROOMS) 
#Telefon IDD juga terdapat di dalam bilik mandi. 
#Mini bar 
#Kemudahan membuat teh dan kopi 
#In- room safe 
#Bathroom featured : bathtub or shower, bidet dan hair dryer 
#24 hour room service 
#Kemudahan seterika beserta papan seterika 
#Laundry, dry cleaning dan valet services 
#Ciri keselamatan-Menyediakan kunci akses elektronik 
#Semua tingkat dilengkapi pengawasan CCTV 
#Bilik bersambung kecuali di Superior Room. 
#Katil tambahan disediakan kecuali di Superior Room 
#Katil bayi disediakan 
#International plug point 
#Complimentary WiFi 
#Working cum dining desk and chairs with designer lamp 
#Yukata & slippers 
#Daily newspaper 


Restaurants & Bars

The Federal Hotel mempunyai beberapa pilihan tempat makan terbaik.


Verandah– Lobby Lounge yang terbaru yang sangat luas dan sesuai dilengkapi dengan sofa & tempat duduk yang selesa. Boleh menikmati pelbagai minuman wine (non-halal), juga kopi istimewa, teh, koktel atau mocktails. Boleh dijadikan tempat untuk anda beristirehat dan bersantai sambil menyelami sendiri alunan muzik dari live band. 





Restoran Kontiki– Pelbagai menu kegemaran orang Asia & Eropah terdapat di sini. Contohnya daging segar, makanan laut dan hidangan BBQ. 






Revolving Restaurant – Boleh merasai pengalaman makan di Restoran berputar 360 darjah pertama di Malaysia. Banyak makanan istimewa dari Eropah seperti western food terdapat di sini. 

Terdapat juga Restoran Jepun Kaihomaru, Delaney The Irish Pub, G Point-Club, Minnal Pub dan Sojo Kuala Lumpur di Federal Arcade untuk hiburan waktu malam anda. 


Kemudahan 

#Kolam Renang dalam suasana taman tropika. 
#Safe deposit boxes 
#Tempat letak kereta disediakan di Plaza Low Yat 
#Private limousine dan teksi 
#Tempahan sight-seeing tours termasuk KL Hop-On Hop-Off City Tour 
#Sewa kereta 
#Perkhidmatan perubatan mengikut permintaan 
#Gents hair salon 
#Tailor shop 
#Bermain golf di tasik Puteri Golf & Country Club

Functions & Events 

#Kedudukannya yang strategik menjadikan Hotel Federal tempat yang sesuai untuk acara-acara korporat. 
#Kemudahan yang lengkap dan sangat baik termasuk 5 well designed function rooms yang menghadap kolam renang dan 4 elegant function halls. 
#Kakitangan hotel bertugas sepanjang masa untuk memudahkan para pengunjung. 
#The Federal hotel menjanjikan majlis perkahwinan yang romantis dan elegen, samada dilakukan di taman tropikal (outdoor) atau di Ballroom (indoor).

Lokasi 

#The Federal Hotel terletak di City’s Central Business District ( kawasan yang panas untuk aktiviti shopping, pusat membeli belah, tempat makan dan tempat berhibur) 
#Ini termasuk bbpark, satu bazar terbuka dengan pelbagai pilihan tempat makan dan tempat membeli belah yang best. 
#Juga terletak berhampiran Plaza Low Yat, yang terkenal sebagai pusat membeli belah barangan IT yang terbesar di Malaysia. 
#Berjaya Times Square iaitu antara shopping mall paling popular di Malaysia juga hanya beberapa meter dari The Federal Hotel. 



Mendiang Tan Sri Low Yat 

“ The Federal is a welcome home away from home for those who value and appreciate a tradition of  excellence in hospitality.”

Sebarang tempahan atau maklumat lanjut mengenai The Federal Hotel, boleh ke website berikut :-




______________________________________________________________

Artikel oleh : Hafiz Hafizol ( www.hafizhafizol.my ) 

Diedit oleh : Khai Artzfar ( www.budakpacak.com ) 

Gambar oleh : Feeq says ( www.feeqsays.com)

EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 | DAY ONE

$
0
0




EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 |DAY ONE

Baru-baru ini berlangsungnya Program Eat Travel Write Selangor Culinary Adventure 2.0 yang dianjurkan oleh pihak Majalah Gaya Travelbersama dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) di sekitar Putrajaya dan Hulu Langat Selangor. Program ini berlangsung selama 4 hari dari 27hb November 2015 sehingga 30 November 2015 untuk mempromosikan makanan-makanan di Selangor.


Program Eat Travel Write berikutan atas kejayaan program pertama yang berlangsung pada bulan June 2015 lalu di Kuala Selangor. Kali ini program lebih meriah dan hebat dan pelbagai aktiviti padat berlangsung seperti memasak dan social media contest serta hadiah menarik bernilai RM5, 000 untuk dimenangi. 
Hari pertama macam biasa kesemua media peserta berkumpul di Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur. Program dimulakan dengan aktiviti pertama ke Diuluhati Hulu Langat Selangor untuk aktiviti “Bamboo Rafting” ataupun rakit buluh. Pengalaman pertama kami untuk mencuba aktiviti Bamboo Rafting.



Bamboo Rafting ataupun Rakit Buluh ini diperbuat daripada batang pokok buluh yang diambil dari hutan dan dipotong serta diikat sehingga buluh tersebut menjadi seperti rakit yang membolehkan kita duduk selesa di rakit buluh ini. Biasalah akan basah apabila naik rakit buluh ini dan bersedia dengan baju, seluar dan kasut yang sesuai.


Aktiviti Bamboo Rafting ini sesuai untuk pelbagai jenis peringkat yang ingin mencuba menerokai sungai di sekeliling Sungai di Hulu Langat ini. Terletak di Ulu Hati recreation Kampung Padang Hulu Langat Selangor dan mengambil masa hamper satu jam dengan perjalanan rakit buluh di sungai sejauh 8km.



Menurut pengusaha setempat, pengunjung yang datang ke sini untuk merasai pengalaman menaiki rakit buluh ini boleh mencuba dengan hanya RM145 seorang. *Nampak mahal bukan? Tapi pengalaman berakit bukan selalu. Ini kerana rakit buluh ini akan dibuat oleh hasil kerja tangan orang kampung dan digunakan sekali sahaja untuk setiap pengunjung yang mencubanya.



Selepas sahaja aktiviti Bamboo Rafting di Ulu Hati Hulu Langat, bergerak ke Palm Garden Hotel untuk ‘check-in’ dan terus menikmati makan tengah hari yang enak disediakan oleh pihak Hotel di Aroi Dee That Restaurant. Suasana yang selesa dan cantic serta makanannya pelbagai pilihan untuk dinikmati.


District 21 

Seterusnya selepas kesemua media dan peserta makanan tengah hari di Aroi Dee That Restaurant. Kami bergerak ke IOI City Mall untuk aktiviti petang iaitu masuk ke District 21. District 21 merupakan sebuah apocalypse themed adventure park yang terletak di dalam IOI City Mall dan menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak yang sesuai untuk semua peringkat umur.


Terdapat lebih dari 10 rides ataupun jenis aktiviti yang boleh anda mencuba dan kami mencuba salah satu aktiviti disini. Aktiviti ini memerlukan semangat kerjasama dari rakan sekumpulan iaitu tidak menjatuhkan boleh ditengah-tengah padang trampoline yang besar ini. Dengan hanya melompat-lompat di atas padang trampoline yang besar ini, ianya seperti anda sedang berjogging.

Alamat:
AT-6, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tiket boleh rujuk di Website : http://www.district21.com.my/


Palm Garden Golf Club, Putrajaya 

Selepas semua kepenatan menyertai aktiviti di District 21, kami ke Palm Garden Golf Club Putrajaya yang terletak berdekatan sahaja untuk Hi-tea dan media tour on golf. Hi-tea dengan makanan minum petangnya sangat sedap dan kami bersedia untuk tour di sekitar Palm Garden Golf Club di Putrajaya ini. 

Ia terletak dalam jarak 20 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA- Sepang sepanjang Lebuhraya ELITE. Terdapat akses yang sangat baik melalui Damansara- Puchong ( LDP) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan. 

Kelab telah memulakan usaha utama pada tahun 2009 yang menyaksikan kemunculan 18 lubang baru yang kini dibuka untuk bermain. 

Palm Garden Golf Club sebelum ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Pelanggan pada tahun 2001 dan 2007 dan kami adalah antara Kursus Top Golf di Malaysia diputuskan oleh Kursus Poll pada tahun 2007/2008. Dengan 18 lubang baru di tempat sebagai tambahan kepada kemudahan rumah kelab yang sangat baik.

Kalau untuk aktiviti beriadah bersama keluarga seperti menggunakan kemudahan seperti kolam, dewan majlis mahupun gym, boleh didapati dengan harga istimewa dan mampu di Palm Garden Golf Club, Putrajaya. 


Waktu makan malam yang dinanti-nantikan kerana kami akan makan malam di suatu tempat yang rasanya masih baru lagi dibuka di Sri Kembangan Selangor. Grill & Such ini dibuka untuk pelanggan yang sukakan makanan laut atau BBQ yang boleh dimasak sendiri di meja makan. Kelainannya di sini selalunya kita membakar atau BBQ akan disertakan sekali dengan pilihan kuah atau sup.


Tapi disini tiada pilihan itu kerana untuk pelanggan merasakkan kenikmatan apabila ‘Grill’ makanan tersebut. Kalian boleh mencuba dari 13 grill set menu dari sayur-sayuran sehingga lamb chop dan hanya dari hari RM59.90 sahaja. Boleh bawa keluarga dan kawan-kawan kesini untuk menikmati hidangan dari Grill & Such ini dan rasai kelainannya. Selain itu terdapat juga Grill & Such ini terdapat ruangan khas dibuat untuk event dan sebagainya.

Grill & Such 
E-6-G & E-7-G 
Putrawalk 
Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 
43300 Seri Kembangan Selangor. 

Dibuka setiap hari pada 8:00 am sehingga 11:30 am dan dari 3:00 pm sehingga 12:00 am 





5 TARIKAN UTAMA DI CAPRI BY FRASER HOTEL RESIDENCES KUALA LUMPUR

$
0
0
Capri By Fraser Hotel Residences Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi terbaik untuk percutian singkat di Kuala Lumpur tidak kira bersama keluarga mahupun bersama teman-teman. Baru-baru ni, kami di Projek Travel sempat meluangkan masa untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Capri By Frase Hotel Residences Kuala Lumpur. Untuk perkongsian kali ini, kami akan berkongsi tentang 5 tarikan utama di Capri By Fraser untuk tatapan anda semua. Mana tahu kan ada yang bercadang nak datang bercuti di Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan masih tercari-cari lokasi untuk menginap. Mungkin Capri By Fraser adalah jawapannya.


Sebelum kita merungkai 5 tarikan utama di Capri by Fraser Kuala Lumpur, apa kata kami berkongsi dulu sedikit-sebanyak informasi berkaitan Capri. Capri By Fraser Kuala Lumpur adalah bangunan 33 tingkat yang dijadikan Hotel Residence. Hotel Residence maksudnya sebahagian daripada premis didiami oleh penduduk tetap manakala sebahagian lagi premis disewakan sebagai hotel. Pendek kata, dua dalam satu. Capri terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan Mid Valley Mega Mall dan juga Connexion @ Nexus. Ok, jom kita tengok apa 5 tarikan utama di Capri By Fraser Hotel Residence Kuala Lumpur. Check it out!


#1. Konsep Urban Khas Untuk e-GenerationTravellers

Di saat melangkah masuk ke Capri By Fraser Kuala Lumpur, kami cukup terpesona dengan kecanggihan dan kekemasan tatarias ruang lobi. Dilengkapi dengan iMac di receptionist counter dan menyediakan iMac workstation khas untuk visitors yang menginap, ini menggambarkan Capri By Fraser mementingkan konsep urban khas untuk e-generasi travellers




Selain itu, apartment dan bilik yang disediakan juga mempunyai ciri-ciri high-tech sejajar dengan tagline yang diwar-warkan iaitu, "Work & Play with Style!". Semasa percutian singkat kami di sana, kami berpeluang menginap di 3 Bedroom Deluxe.   




Antara kategori bilik yang disediakan di Capri By Fraser Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
  • Studio Deluxe
  • 1 Bedroom Deluxe
  • Capri Club
  • Capri Club Premiere
  • 3 Bedroom Deluxe





Capri By Fraser Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Traveller's Choice Award 2015 oleh Trip Advisor.  Jadi, tak payah was-was, tak payah ragu-ragu untuk menginap di Capri by Fraser. Memang diiktiraf dan semestinya " worth the money".


#2. Caprilicious 

Caprilicious merupakan satu-satunya kafe yang terdapat di Capri yang menyajikan aneka juadah untuk breakfast, lunch dan dinner. Caprilicous dengan kapasiti 90 paxs untuk ruang dalam kafe dan mampu memuatkan sehingga 20 paxs untuk ruang luar kafe.Caprilicious terbuka untuk orang awam yang inginkan sesuatu kelainan dalam menikmati juadah isitimewa. 






Caprilious akan menampilkan menu yang berlainan setiap bulan. Jadi, untuk anda yang berdekatan, terutamanya yang berkerja di kawasan Kerinchi, bolehlah singgah-singgah untuk menikmati menu special di Caprilicious untuk makan tengah hari. Caprilicious juga menawarkan service untuk mengadakan majlis makan malam syarikat atau event corporate.


#3. Outdoor Infinity Swimming Pool dan Jet Pool

Tarikan utama di Capri By Fraser semestinya outdoor Infinity Swimming Pool di roof-top. Bagi kami, swimming pool di Capri By Fraser Kuala Lumpur ini merupakan salah satu Unique Selling Point (USP) berbanding hotel-hotel atau resort-resort lain di Kuala Lumpur. Pengalaman mandi-manda di roof-top sambil meninjau city view memang memberi ketenangan dan keseronokan.



Selain itu, lagi satu tarikan menarik adalah Jet Pool. Khas untuk anda yang inginkan privasi, Jet Pool di aras paling atas adalah pilihan yang tepat. Dengan dilengkapi bubbles, keseronakan mandi-manda sambil relaxing memang mengujakan.





#4. KL Night View

Menginap di Capri By Fraser Kuala Lumpur tanpa  menikmati keindahan pemandangan bandar sekitar Bangsar South dan Kerinchi (city view) memang tidak lengkap terutamanya keindahan di malam hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa di roof-top sambil menghirup udara segar dan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Antara kemudahan yang disediakan di roof-top adalah Garden Terrace


#5. Kemudahan Cukup Lengkap

Akhir sekali, semestinya sevice dan fasiliti yang cukup lengkap menjadikan Capri By Fraser pilihan terbaik untuk percutian. Dengan adanya High-speed internet access, Gymnasium dan aerobics room 24 jam, Kickboxing, Games Room, steam dan sauna, dan Kid playroom. Pendek kata, kemudahan yang disediakan merangkumi semua peringkat umur seisi keluarga.


Antara port paling best untuk santai-santai adalah Games Room. Di sini, ada disediakan pool table, foosballm Sony PS4 dan Xbox Kinect. Untuk memaknakan lagi percutian di Capri by Fraser, Games Rooms adalah tempat yang paling ideal untuk rekreasi dan riadah bersama keluarga dan teman-teman.






Kalau nak ke mana-mana, perkhidmatan Shuttle bus secara berkala ada disediakan oleh pihak Capri. Untuk jadual perjalanan, boleh rujuk di kaunter pegawai keselamtan di ruang lobi. Untuk keselatamatan, jangan bimbang. Sistem sekuriti di sini memang tip-top. Setiap tetamu yang menginap atau penduduk tetap akan diberikan kad akses untuk mengaktifkan lif.


Direktori:

Memandu kereta
Boleh diakses melalui Federal Highway, New Pantai Expressway (NPE) dan Kerinchi Link

Pengangkutan awam
RapidKL LRT - Stesen Universiti (Kelana Jaya Line)

Jarak dari lapangan terbang
KLIA - 57km / 43 minit
KLIA 2 - 57km / 43 minit
Subang Airport - 22km / 28 minit


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook:

Website:
 Instagram:


Sampai di sini saja perkongsian untuk kali ini. Semoga sedikit-sebanyak dapat membantu anda semua merancang percutian dan memilih destinasi penginapan yang terbaik. Last but not least, sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan Capri by Fraser Kuala Lumpur atas layanan dan service yang terbaik.

Untuk sebarang pertanyaan atau reservation, boleh hubungi:

No. telefon:
603-2386 0800

Email:
reservations.kualalumpur@capribyfraser.com

MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA DAPAT SAMBUTAN ORANG RAMAI.

$
0
0
MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA DAPAT SAMBUTAN ORANG RAMAI | Sebenarnya umat islam tahun ini telah menyambut Maulidur Rasul selama 2 kali pada 12 Rabiulawal iaitu 1436H pada 3 Januari 2015 dan 1437H pada 24 Disember 2015. Tema sambutan Maulidur Rasul pada 1437H ini adalah Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Bersempena Maulidur Rasul Istana Budaya telah bekerjasama bersama Indigital Music dan Mask Team. Baru-baru ini, Konsert Malam Kalimah Cinta telah diadakan di Istana Budaya selama 3 hari bermula 23 sehingga 25 Disember 2015


Poster Malam Kalimah Cinta

Opick di Malam Kalimah Cinta

Pada 23 Disember 2015, penyanyi dari Indonesia yang lebih dikenali sebagai pencipta lagu dan penyanyi beretnik Jawa kebangsaan Indonesia iaitu Aunur Rofiq Lil Firdaus atau Opick. Kini,beliau lebih dikenali sebagai penyanyi nasyid. Pada malam tersebut Opick telah menyanyikan 23 buah lagu termasuk duet bersama artis jemputan iaitu Siti Nordiana dan Ronnie Hussein.

Opick berduet bersama Ronnie Hussein

Opick berduet bersama Siti Nordiana


Opick juga turut membawa kumpulan pemuzik dari Indonesia iaiti 'Tombo Ati'. Menariknya, setiap detik malam itu, bait-bait dari Opick membuatkan penonton lebih menghayati Konsert Malam Kalimah Cinta. Setiap ceritanya ada kisah 'Kemuliaan Rasulullah SAW' membuatkan penonton juga tidak lupa akan perjuangan Rasulullah SAW.


Opick tampil membuka pentas dengan lagu medley Tafakur dan Ya Nabi Salam. Panggung Sari, menjadi semakin meriah setibanya giliran Juara Gegar Vaganza musim kedua keluar mengambil tempat di atas pentas. Siti Nordiana mendendangkan 2 buah lagu secara duet bersama Opick. Menurut Nana, peluang membuat persembahan bersama Opick merupakan satu pengalaman yang sangat berharga memandangkan, beliau turut meminati penyanyi Opick. Tambah Nana lagi, Opick membuktikan dengan kesungguhan dan keikhlasan setiap lagu yang dihasilkan dan didendangkan.


Ronnie Hussein, berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital Music kerana telah memberi peluang kepadanya untuk membuat persembahan bersama penyanyi yang cukup dikenali di Indonesia dan Malaysia. Ronnie Hussein telah berduet bersama Opick dengan lagu Ya Rosulullah.  Bekas vokalis Hyperact iaitu Ronnie Hussein popular dengan lagu Dikoyak Waktu buat masa sekarang.


"Meskipun hanya 1 malam, sambutan dan energi yang diberikan oleh penonton, benar-benar membantu menaikkan lagi semangat Opick"


Antara lagu yang disampaikan oleh Opick adalah Irhamna,Rapuh,Bila Waktu Telah Memanggil dan banyak lagi.

Hafiz Hamidun di Malam Kalimah Cinta


Pada 24 dan 25 Disember 2015,Hafiz Hamidun telah mengambil alih pentas berprestij ini bersama penyanyi jemputan Lah Ahmad. Hafiz Hamidun yang dulu bekas anggota kumpulan nasyid UNIC kini bergerak solo dan mempunyai album solonya sendiri. Sebanyak 20 lagu telah dipersembahkan oleh Hafiz Hamidun. Persembahan turut diselang-selikan dengan zikir dan selawat. Turut menghadiri Konsert Malam Kalimah Cinta adalah Timbalan Perdana Menteri bersama isteri.


Setiap persembahan, mempunyai pertunjukan multimedia dan efek khas yang sangat menarik dan membuatkan penonton terpukau dengan pentas berprestij Istana Budaya ini. Semoga konsert malam tersebut mengingatkan kita tentang perjuangan Rasulullah SAW. InshaAllah. Semoga kita semua pergi dalam keadaan Khusnul Khotimah.


Gambar sekitar konsert Malam Kalimah Cinta sempena Maulidur Rasul:

Lah Ahmad

Hafiz Hamidun

Barisan Artis,Mask Team dan Indigital Music


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri turut menghadiri Konsert Malam Kalimah Cinta.




TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA.

TUBA TRAIL RUN LANGKAWI MALAYSIA 2016

$
0
0
TUBA TRAIL RUN LANGKAWI MALAYSIA 2016 | Bagi mereka yang betul-betul meminati sukan ekstrem seperti merentas desa mahupun aktiviti berlari di kawasan bandar yang sedang hangat dianjurkan sekarang boleh lah mencuba menyertai TUBA Trail Run 2016 .

TUBA Trail Run 2016 taken bypojiegraphy
Ramai tertanya-tanya kenapa dan apa itu TUBA? Seperti kalian, kami sendiri tertanya-tanya apa itu ‘Tuba’. Rupa-rupanya Tuba itu ialah satu nama bagi sebuah pulau yang terletak di Selatan Pulau Langkawi.

PULAU TUBA | Pulau Tuba buat pertama kalinya ke sini dan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pulau Tuba ini. Pulau Tuba terletak betul-betul dibelakang Pulau Dayang Bunting dengan komuniti kebanyakkannya melakukan aktiviti menjala dan memancing ikan di laut. Lebih kurang hampir 2000 penduduk, Pulau Tuba adalah sebahagian besarnya mempunyai habitat semula jadi yang tidak disentuh lagi ya. 


Pulau Tuba ini kaya dengan hidupan liar dan flora dan faunanya sangat jarang dilihat ditempat-tempat lain dan menjadikan ia suatu tapak yang paling sesuai untuk mengadakan cabaran Trail Run ini sebagai tempat eko-pelancongan. Memang betul apabila ke sana sendiri suasana di Pulau Tuba penuh dengan kehijauan dan sangat menenangkan fikiran kerana tidak banyak lagi pembangunan di sana serta dipenuhi kehijauan.


Rupa bumi yang beralun dan sentiasa berubah menjadikan Pulau Tuba suatu persekitaran yang ideal untuk trekking, tanahnya yang lembap, pantai berpasir cantilk serta hutan hujan yang asli menjadikan Pulau Tuba sebagai latar belakang kehijauan yang begitu indah. 

Di Pulau Dayang Bunting mempunyai pembentukkan batu marmar yang memenuhi dalam hutan hujan purba dan sangat terkenal dengan Lagenda Tasik orang terdahulu iaitu Tasik Dayang Bunting yang terletak di bahagian Selatan pulau. Di bahagian Utara pulau pula terletak hutan hujan yang masih dara dan belum disentuh serta kehijauan menambah lagi satu keunikkan bagi mereka yang menyertai Tuba Trail Run ini menikmatan keindahan alam. Okay baiklah, sudah tahu serba sedikit mengenali Pulau Tuba bukan ? Sekarang bercerita mengenai Tuba Trail Run Langkawi yang akan diadakan pada tahun hadapan 2nd April 2016. 

TUBA TRAIL RUN LANGKAWITrail sejauh 30 kilometer trail yang akan para peserta lalui. Trail Run ini bermula di Pulau Tuba dan garisan penamat juga berakhir di Pulau Tuba.  Jejak baru telah dibuka dan ditetapkan oleh pihak penganjur dan akan melalui hutan semula jadi di Pulau Tuba serta di pulau jiran iaitu Pulau Dayang Bunting yang merupakan tempat pelancongan Geoforest Park.


Sambil berlari mengikut trail yang telah ditetapkan sambil menikmati pemandangan hijau Pulau Tuba serta dapat melihat cara hidup penduduk-penduduk kampong di Pulau Tuba ini. Bagi mereka yang berpengalaman menyertai eco-sport seperti ini, waktu terawal untuk berlumba sejauh 30 kilometer ini seawal satu jam setengah dan waktu terakhir untuk menghabiskan trail ini ialah selama 6 jam.


Bagi mereka yang suka-suka masuk untuk menikmati pemandangan indah serta tidak berkejaran untuk habis digarisan penamat boleh juga menyertai. Tetapi jangan risau, ‘water station’ atau ‘hydrogen pack’ akan dibekalkan untuk peserta setiap 7 hingga ke 8 kilometer sepanjang trail tersebut dinyatakan oleh organizer Mr Shahril Iskandar.


Kebanyakan Trail di Pulau Tuba akan melalui jalan hutan hingga ke jalan besar adalah bukan untuk menakutkan para peserta tapi pengalaman mencabar akan terpahat dihati mereka apabila melalui sepanjang trail tersebut. Target adalah untuk menerokai Pulau Tuba dan Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Eco-sport dan menjadikan sebagai lokasi kegemaran aktiviti sukan.


Pengalaman salah seorang Team Projek Travel selepas sidang media pelancaran Tuba Trail Run Langkawi 2016 ini yang dilancarkan oleh CEO LADA (Langkawi Development Authority) Tan Sri Khalid Ramli ke Pulau Tuba Langkawi ini adalah sangat menakjubkan pemandangannya dan mencabar untuk trail run ini. Dibantu juga oleh Course Director Miss Liew Wei Yong dari Singapura menjejaki trail run di Pulau Tuba bersama media dari Singapura dan Thailand. 

Kategori perlumbaan Tuba Trail Langkawi 2016 adalah seperti berikut:- 

-Men’s International Open 

- Women’s International Open 

- Men’s Local Open 18-39 

-Women’s Local Open 18-39 

-Men’s Local Veteran 40+ 

- Women’s Local Veteran 40+ 


(pendaftaran dari bukan Warganegara Malaysia akan dimasukkan secara automatic dalam Kategori Terbuka) 

PENYERTAAN TERHAD | Penyertaan adalah terhad kepada 450 peserta sahaja untuk mengekalkan integriti alam semula jadi. Mendaftar sekarang untuk menjadi peserta-peserta pertama yang menjalankan Trail Tuba. Bagi mereka yang mendaftar antara 10 Disember hingga 15 Januari 2016 akan mendapat harga Super Early Bird RM 160. Mendaftar dari 16 Januari hingga 28 Januari 2016 akan mendapat harga Early Bird RM200 dan mendaftar pada 29 Januari hingga 2 April 2016 mendapat harga standard RM240. 

Bagi yang berminat dan ingin tahu maklumat secara terperinci boleh daftar sekarang di laman web https://www.spacebib.com/ atau https://www.facebook.com/tubatrailrun

KADAR TAMBANG BARU ERL KE KLIA/KLIA2

$
0
0
Kadar tambang Express Rail Link (ERL) mulai naik bermula 1 Januari 2016. Dengan kadar tambang baru ERL, sememangnya ia sedikit-sebanyak menjejaskan bajet selaku seorang traveller. Ya, biasa nak pergi ke airport naik ERL sebab nak cepat, sekarang dengan kenaikan yang begitu mendadak membuatkan kita semua fikir banyak kali untuk pilih ERL sebagai pengangkutan utama bagi tujuan ke airport sama ada ke KLIA mahupun ke KLIA2. Dari RM35 untuk perjalanan ERL Ekspress dari KL Sentral ke KLIA2, sekarang tambang baru dinaikkan kepada RM55.*sedikit ke banyak kenaikan?Kalau kira-kira, lepas lah juga untuk makan lunch.


Apapun, kenaikan sudahpun berlaku. Selaku pengguna, kita tak mampu berbuat apa-apa. Nak tak nak, kita kena hadap. Paling tidak, kita perlu mencari alternatif lain untuk ke airport sama ada dengan menaiki bus dari terminal KL Sentral ataupun Terminal Bersepadu Selatan (TBS), drive sendiri ataupun menaiki teksi/ uber. Sememangnya, untuk menjimatkan masa, sudah pasti ERL tetap menjadi pilihan utama dan pilihan terbaik.



6 SEBAB UTAMA KENAPA PILIH ERL EKSPRESS?



1. Paling cepat untuk sampai ke airport (KLIA/KLIA2)

2. 99.7% service tepat negikut jadual perjalanan

3. Rekod keselataman yang cemerlang

4. Menyediakan free wifi dalam ERL

5. Go green

6. Pilihan untuk berjimat dengan diskaun yang ditawarkan


Memang tak dapat disangkal lagi, walaupun ERL mengenakan kadar tambang baru yang jauh lebih tinggi namun sambutan daripada pengguna tidak akan berubah. Kenapa? Kemungkinana besar kerana 6 sebab utama yang menjadikan ERL Ekspress sebagai pilihan pengguna seperti yang dinyatakan di atas. Cuma, bab pilihan untuk berjimat itu rasanya kurang tepat. Memandangkan kenaikan agak ketara, point nombor 6 agak tidak relevan kerana pengguna masih ada alternatif untuk berjimat.



KADAR TAMBANG ERL DARI KL SENTRAL KE KLIA/KLIA2


Berdasarkan kadar tambang baru ERL, kadar tambang ERL Ekspress antara KL Sentral ke KLIA/KLIA2 berbeza mengikut kategori. Dulunya hanya RM35 sehala, kini menjadi RM55 sehala. 

Kadar Tambang ERL
Harga (RM)
Kadar tambang ERL Ekspress
55
Kadar tambang ERL Ekspress pergi balik (return)
100 (50 sehala)
Kadar tambang ERL Ekspress (online/apps/kiosk)
Kadar tambang ERL Ekspress pergi balik (retun) : kad kredit tertentu
45
40

KADAR TAMBANG ERL EKSPRESS




KADAR TAMBANG ERL DARI KL SENTRAL KE PUTRAJAYA & CYBERJAYA


Berdasarkan kadar tambang baru ERL, kadar tambang ERL Transit antara KL Sentral ke Putrajaya & Cyberjaya turut berbeza mengikut kategori. Dulu cuma RM9.50, kini meningkat menjadi RM14.

Kadar Tambang ERL
Harga (RM)
Kadar tambang ERL Transit
14.00
Kadar tambang ERL Transit (kiosk)
12.50
Kadar tambang ERL Transit (kad kredit tertentu)
11.20

KADAR TAMBANG ERL TRANSIT


Begitu juga dengan destinasi-destinasi lain seperti dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2. Kesemua kadar tambang ERL Transit untuk kesemua destinasi turut mengalami peningkatan. Boleh rujuk jadual yang tertera di atas. Contohnya, parjalanan dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2 kini menjadi RM38.40 (Dulu cuma RM26).


TIPS PENJIMATAN MENGGUNAKAN ERL KE KLIA/KLIA2



Walaubagaimanapun, untuk setiap rasionalisasi kenaikan kadar tambang ERL, pastinya ada tips penjimatan untuk pengguna. Antara cara-cara untuk berjimat yang boleh dipraktikkan oleh para pengguna adalah seperti berikut:

1. Jimat RM10 dengan pembelian tiket pergi balik (return) dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2

2. Jimat 30% dengan pembelian tiket sehala ERL transit untuk warga emas (senior citizens) dan OKU

3. Jimat 10% bila pembelian tiket secara online atau menerusi apps ERL

4. Jimat 10% bila pembelian tiket di kiosk

5. Jimat 10% bila guna kad Touch 'n Go semasa tempoh promosi

6. Jimat sehingga 20% bila menggunakan kad kredit tertentu semasa tempoh promosi 


TIPS PENJIMATAN KHAS DARI PROJEK TRAVEL

Namun, untuk bajet traveller ada lagi satu tips penjimatan khas dari Projek Travel. Nak tahu apa? Bukan magik, bukan silap mata. Cuma perlu korbankan sedikit masa anda untuk stop di mana-mana stesen ERL untuk transit bagi menjimatkan kos. Contohya, instead ambil direct ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2, why not kita ambil dua transit iaitu dari BTS ke Putrajaya (RM8), stop sekejap di Putrajaya dan beli tiket dari Putrajaya ke KLIA/KLIA2 (RM9.40). So, kalau total up kos tambang berjumlah RM17.40. Kalau direct ERL Transit BTS ke KLIA/KLIA2 akan dikenakan tambang sebanyak RM38.40. Nampak berapa banyak penjimatan yang mampu kita buat? Yes, it's around RM21. Banyak kan? Lepas untuk beli makan minum time stop di stesen ERL Putrajaya. Tips ini hanya valid untuk ERL Transit dan bukannya ERL Ekspress. Kalau nak cepat, abaikan tips ini. Ok :)


Untuk artikel penuh mengenai tips penjimatan menaiki ERL, boleh refer entri kami di sini(klik). 


Sekian sahaja perkongsian tentang kadar tambang baru ERL ke KLIA/KLIA2 efektif 1 Januari 2016. Semoga perkongsian dari kami di Projek Travel dapat membantu anda semua untuk merancang perjalanan dan menjimatkan kos perjalanan. Buatlah pilihan yang bijak!



PHILEA RESORT & SPA, MELAKA GIVES WINGS MELAKA A FRESH LOOK

$
0
0
Melaka, Malaysia, 5th January 2016 - The first volunteering activity for Philea Resort and Spa, Melaka in 2016 was a spring cleaning campaign for one of the non-governmental organization (NGO) Wings Melaka, which provides learning opportunity for special children and young adults aged from three to 23 years old with autism, Down syndrome and slow learner. 

All the staff and teachers from Wings Melaka gathered in front of Wings Melaka for a group photo after the completion of the spring cleaning
A total of 30 energetic and enthusiastic volunteers from the resort across 12 different departments volunteered, with 80 percent of them being first-time volunteers. The team members came together contributed their time to make the double storey building clean and fresh before the children and young adults return from school breaks on 7th January 2016. 

The initiative was planned by the resort for the second consecutive year which benefited 48 children and young adults and helped Wings Melaka to cut down the expenses from engaging a third party cleaning agency. The campaign took about six hours for ceiling-to-floor cleaning which including 15 units of air-conditioners, 20 units of ceiling fans, 20 toilets, windows, furniture, classrooms, teacher’s offices, kitchen and its compound. 

“Apart from taking the best care of our guests, it has been our resort’s culture to give back and contribute something meaningful to our communities. Our teams always passionate about the community service by contributing their time away from works to help the underprivileged groups for a good cause. It does not matter how small the campaign is, as long as the aim is for the betterment of the communities,” commented by Connie Chin, the resort’s Executive Assistant Manager.


Connie Chin, the Executive Assistant Manager, is wiping the ceiling fan blades for a fresh look. 
“I would like to extend my heartfelt appreciation for the spring cleaning project offer by Philea Resort. Also we are grateful for the kind thought and initiative to adopt Wings Melaka as the sole beneficiary for the ‘Christmas Wish Tree’ CSR campaign to our children and young adults throughout the month of December 2015 and Christmas party on 22 December 2015 to present the gifts. They continued their efforts with the spring cleaning campaign on 4 January 2016 for the second consecutive year. The well equipped team and their commitment also helped to reduce our financial burden,” said Chan Saw Si, the Manager of Wings Melaka. 

One of the Maintenance associates, Muhamad Azrie, is washing away the dust accumulated on the air-conditioner filers.
Wings Melaka is a non-profit organization providing a range of programs designed to help people, especially children with special needs. While the initial focus of Wings Melaka programs were on younger children, over the years, Wings Melaka expanded its programs to also include teenagers and young adults.


AIRASIA X KINI TERBANG KE NEW ZEALAND

$
0
0
New Zealand_ foto www.woolsnz.com
Bersedia untuk menerokai Bandar Auckland dan menghayati pelbagai tarikan menarik bersama AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh bagi kumpulan AirAsia yang akan memulakan penerbangan harian ke Auckland, New Zealand dari Kuala Lumpur melalui Gold Coast, Australia. Penerbangan harian yang dijadualkan akan beroperasi bermula pada 22 Mac 2016 ini akan mengukuhkan sambungan laluan penerbangan antara Asia, Australia dan Pulau Utara New Zealand.


Destinasi baru ini telah dilancarkan secara rasmi hari ini di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. John Subritzky, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, bersama Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif AirAsia dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.



PROMOSI | Untuk meraikan pengumuman laluan baru ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM499* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau serendah RM1499* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan. Tambang promosi ini boleh ditempah melalui laman web bermula 13 hingga 24 Januari 2016, bagi tempoh perjalanan dari 22 Mac hingga 5 Febuari 2017.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Auckland, New Zealand (AKL) melalui Gold Coast, Australia (OOL).
No Penerbangan
Dari
Ke
Berlepas
Ketibaan
Kekerapan
  D7 206
KUL
OOL
2140 hrs
0750 hrs
Daily
  D7 206
OOL
AKL
0905 hrs
1530 hrs
Daily
  D7 207
AKL
OOL
1700 hrs
1725 hrs
Daily
  D7 207
OOL
KUL
2140 hrs
0400 hrs
Daily


Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web di airasia.com [klik] atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com[klik].

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata, “New Zealand adalah destinasi bertaraf dunia yang sememangnya istimewa di hati kami. Kami amat teruja untuk kembali ke New Zealand dengan melancarkan perkhidmatan ini, yang akan memberikan sambungan lancar kepada para tetamu kami dari seluruh Asia ke Bandar Auckland. Disamping itu, warga New Zealand kini mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan dari Gold Coast dan juga akses ke semua destinasi menarik di seluruh rangkaian luas penerbangan kami di Asia melalui hab Kuala Lumpur. Kami yakin bahawa dengan tambang yang sangat kompetitif akan menarik lebih ramai tetamu dari rantau ini, mewujudkan permintaan perjalanan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan trafik pelancongan bagi semua sektor.”

“Australia sentiasa merupakan pasaran utama bagi kami, laluan baru dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Gold Coast melambangkan komitmen kami untuk membangunkan penyambungan penerbangan di rantau ini dan usaha berterusan kami untuk mengembangkan operasi kami. Kami sangat yakin bahawa laluan ini akan berkembang maju, mengikuti kejayaan yang dicapai daripada laluan Australia kami yang lain.”

“Di AirAsia X, matlamat kami adalah untuk terus menawarkan senarai destinasi-destinasi yang menarik kepada para tetamu kami dan pengenalan laluan baru ini adalah sejajar dengan inisiatif pemulihan kami dan kami percaya ia akan membawa sumbangan positif untuk Syarikat kami.”



Tuan Yang Terutama Dr. John Subritzky, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia berkata, “Saya amat gembira untuk melihat satu lagi syarikat penerbangan utama seperti AirAsia X meluaskan operasinya ke New Zealand, menawarkan warga New Zealand tambang menarik untuk melawat Asia - dan rantau Asia Tenggara yang luas - melalui rangkaian luas syarikat penerbangan itu. Saya berharap untuk melihat lebih ramai pelancong mengunjungi New Zealand dengan penerbangan harian baru ke Auckland yang ditawarkan, seterusnya meningkatkan sektor pelancongan Negara dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi New Zealand.

Berikutan pengumuman laluan baru ini, pelancong kini boleh berkunjung ke Auckland, New Zealand dari Kuala Lumpur dengan transit pendek di Gold Coast, Australia. Visa Australia tidak diperlukan untuk transit ini dan rakyat Malaysia boleh berkunjung ke New Zealand untuk tempoh hingga 3 bulan tanpa visa, ini memudahkan semua tetamu dari Malaysia. Para tetamu juga boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk penyambungan yang lancar ke Auckland dari bandar-bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas kumpulan AirAsia atau pilihan pelbagai bandar (Multi-City) untuk melawati Gold Coast beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan ke Auckland, memberi lebih fleksibiliti untuk merancang perjalanan anda.

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

NEW ZEALAND | New Zealand, juga dikenali sebagai Aotearoa dalam Bahasa Maori asli yang bermaksud tanah awan putih yang panjang, terkenal dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan dan juga keunikan budaya Maori tersendiri.




Dengan keluasan 270.534 km2, negara ini mempunyai dua kepulauan utama yang dikenali sebagai Pulau Utara and Selatan. The City of Sails – Auckland, terletak di Pulau bahagian Utara, adalah bandar yang mempunyai penduduk yang paling ramai di New Zealand dan mempunyai pelbagai jenis tarikan,seperti bangunan tertinggi di Hemisfera Selatan – Sky Tower, kawah gunung berapi yang indah di gunung Eden, Auckland Domain Park yang menempatkan Muzium Memorial Perang Auckland dan pelbagai lagi tarikan seperti Viaduct Harbour, Pulau Rangitoto and banyak lagi.

Para pelancong juga boleh memandu sendiri ke Northland untuk menikmati pantai “Ninety Mile” dan melawat Cape Reinga – hujung utara New Zealand; atau melawat Matamata dimana letaknya filem Hobbiton, salah satu lokasi penggambaran “The Lord of The Rings Trilogy”, kedua-duanya hanya beberapa jam dari Bandar Auckland.



AIR ASIA X AirAsia X telah dianugerahkan dengan ‘’Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’’ dan ‘’Tempat Duduk Premium Terbaik Syarikat Penerbangan Tambang Rendah’’ di Anugerah Pernerbangan Dunia Skytrax bagi tiga tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2015. 

Tempat duduk Premium Flatbed bagi penerbangan AirAsia X mempunyai soket universal, sandaran kepala boleh laras dan kemudahan utility peribadi seperti meja dulang, pemegang minuman, lampu membaca dan scrin privasi. Tetamu Premium Flatbed juga boleh menikmati produk dah perkhidmatan termasuk pertukaran penerbangan tidak terhad, pilihan tempat duduk, pilihan tempat duduk, keutamaan semasa mendaftar masuk, keutamaan semasa menaiki pesawat, pemeriksaan imigresen di kaunter Laluan Pantas bagi lapangan terbang terpilih, 40kg bagasi berdaftar, hidangan premium, bantal dan selimut.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).


EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 | DAY TWO

$
0
0
EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 | DAY TWO

Hari kedua boleh dikatakan merupakan hari SATE buat kami. Hari ini juga para peserta EAT TRAVEL WRITE SELANGOR CULINARY ADVENTURE 2.0 selain dari media akan mendaftar. Seawal 8.00 pagi kaunter pendaftaran telah dibuka di Palm Garden Hotel. Peserta Mister Planet juga turut bersama kami dalam program kali ni.

Program telah dimulakan dengan Gimmick & Flag Off (teh tarik)

Galeri Sate Kajang

Lokasi pertama kami untuk hari kedua ni adalah Galeri Sate yang berada di Kajang. *admin yakin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan galeri sate ni bukan?. Kalau orang luar dari Selangor, tidak hairan lah, tapi admin yang menetap di Kajang pun tidak tahu akan kewujudannya.


Untuk pengetahuan korang, SATE telah diiktiraf sebagai salah satu dari jenis makanan warisan di negeri Selangor.


Galeri Sate Kajang
Di sini korang akan dapat mengetahui secara lebih mendalam bagaimana sejarah sate di negara kita mula berkembang. Galeri Sate Kajang beroperasi setiap Sabtu – Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Waktu rehat pada 3 petang hingga 4 petang. Setiap hari jumaat galeri akan tutup. Masuk adalah PERCUMA!


Selepas selesai belajar tentang sejarah Sate, kami juga berpeluang melihat demonstrasi pembuatan sate oleh Pak Akob iaitu salah seorang pengusaha Sate di negeri Selangor.

Marriot Hotel

Seterusnya kami telah ke Marriot Hotel yang mana ianya berada bersebelahan dengan Palm Garden Hotel untuk makan tengahari kami.



Pertandingan Master Chef

Selesai makan tengah hari kami di Hotel Marriot, kami pulang ke Palm Garden Hotel untuk melaksanakan tugas seterusnya iaitu Pertandingan Master Chef





Pertandingan Master Chef ini akan menguji peserta dalam 2 kategori berbeza iaitu, hiasan kek dan memasak. 

Willy Satay

Selesai cabaran Master Chef, kami bersiap untuk ke Sungai Ramal untuk menikmati Willy Satay untuk makan malam kami. Willy Satay  cukup popular di sekitar Kajang dan ianya berlokasi di Ramal Food Junction.


Sate ini popular kerana saiznya yang besar dan rasanya yang sangat sedap dan juicy. Terdapat empat jenis satay yang kalian boleh order di Willy Satay ini termasuk ayam, daging lembu, perut hanya RM0.80 sebatang dan kambing RM1 sebatang. Tambahan untuk nasi imit pula hanya RM1 satu.


Willy Satay @ Ramal Food Junction
Jalan Sungai Ramal, 43000 Kajang
Tel: 017-210 7008
Business hours: 4pm to 12am


16 PENANG LATEST STREET ART

$
0
0
resource: blog.tourdirections.com.my



"Art should not be about heritage, history, local culture or profiting souvenir stores. It's a freedom of expression, joy of creating, connecting and inspiring what makes a great art. Don't ever let anyone tell what your artwork should be about, don't be fooled and stay inspired."
- Ernest Zacharevic



HOW TO EAT SUSHI: YOU'VE BEEN DOING IT WRONG!

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA

$
0
0
ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA |Istana Budaya merupakan sebuah dewan persembahan yang bertaraf dunia dimana pelbagai persembahan berskala besar akan dilakukan disini. 

Sebagai lokasi pentas bertaraf dunia, etika menonton persemabahan di Istana Budaya haruslah dititikberatkan oleh semua pengunjung sebagai penghormati status Istana Budaya itu sendiri.

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA

Disenaraikan adalah etika sebelum memasuki Istana Budaya:
  • Tiada sebarang rakaman gambar atau video
  • Makanan dan minuman adalah dilarang dibawa masuk 
  • Tidak dibenarkan meninggalkan sampah didalam panggung
  • Dilarang untuk meludah merata-rata
  • Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa didalam panggung
  • Dilarang merokok
  • Kanak-kanak dibawah 6 tahun adalah dilarang masuk
  • Dilarang memakai pakaian yang tiada lengan
  • Dilarang memakai pakaian yang berkolar bulat atau kolar V
  • Dilarang memakai seluar pendek
  • Jeans koyak adalah dilarang
  • Pakaian yang mencolok mata adalah dilarang
  • Dilarang memakai topi didalam panggung
  • Tidak memakai sandal
  • Selipar adalah dilarang
  • Dilarang membawa payung kedalam panggung

Kesemua larangan ini adalah bertujuan menjaga status Istana Budaya sebagai pusat budaya yang tinggi nilainya. Sekiranya anda melanggar etika ini, anda akan ditahan diluar oleh Pegawai Istana Budaya daripada masuk kedalam panggung untuk menonton. 

MR harap etika menonton persembahan di Istana Budaya yang MR kongsikan ini dapat membantu semua pembaca yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke Istana Budaya Kuala Lumpur

Viewing all 507 articles
Browse latest View live