Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all 507 articles
Browse latest View live

GALERI DIRAJA GALERI SULTAN AZLAN SHAH

$
0
0

Sudah beberapa kali admin ke Kuala Kangsar yang mana ianya juga digelar sebagai bandar diraja Negeri Perak. Kunjungan admin ke Kuala Kangsar pada kali ini ternyata bukan sekadar kunjungan biasa kerana ia adalah semata-mata untuk menerokai GALERI DIRAJA iaitu GALERI SULTAN AZLAN SHAH.


Untuk pengetahuan korang, GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini ada mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk cenderahati-cenderahati yang telah Almarhum Tuanku terima.


GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini terbahagi kepada dua bangunan, dimana pada bangunan yang pertama menempatkan koleksi-koleksi yang bersaiz kecil manakala di bangunan kedua pula menempatkan koleksi-koleksi bersaiz besar seperti kereta yang digunakan oleh Almarhum Tuanku.


Untuk info lebih lanjut, mari kita baca info yang kami dapat melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ini sendiri.

Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut “Istana Hulu” atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk ‘bumbung limas’ dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri – genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali – untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari ‘Cengal’ dan ‘Meranti’ kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak. “_laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar


Bahan-bahan pameran di GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti salasilah diraja, gambar-gambar DYMM bersama keluarga, DYMM sebagai tokoh perundangan di Malaysia, info-info mengenai Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34, DYMM sebagai Dipetuan Agong Malaysia Ke-9, penglibatan DYMM sebagai tokoh sukan terutama sukan Hoki, Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun, koleksi cenderamata yang diberikan oleh para pembesar negara lain, DYMM semasa zaman remaja dan persekolahan, Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan yang diterima, koleksi keris dan yang terakhir koleksi kereta yang dimiliki oleh DYMM.




PERINGATAN !!! Pengunjung sebenarnyaADALAH DILARANG untuk mengambil gambar sebarang bahan yang dipamerkan di dalam galeri ini .

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957

Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang

Bayaran Masuk:
Dewasa
 : RM4.00 / Warga Emas : RM2.00
Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman Al Fatihah


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya TravelMagazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".



BERSOSIAL DENGAN ALAM | BELUM RAINFOREST RESORT

$
0
0

Cuaca yang panas ketika ini cukup untuk memberi inspirasi kepada kita untuk lari seketika dari kesibukan dan bahang di kota. Ketika ini, percutian yang berkongsepkan alam semula jadi (close to nature) sangat di galakkan. Tidak perlu fikir untuk membentang tikar atau menaikkan khemah untuk tidur bersama nyamuk dihutan, BELUM RAINFOREST RESORT ada menyediakan penginapan eco yang cukup mewah dan selesa bagi setiap pengunjungnya.

Dengan tema “ gateway to nature “ percutian di BELUM RAINFOREST RESORT Pulau Banding pasti menjanji sesuatu percutian yang berbeza daripada biasa.


BELUM RAINFOREST RESORT ini berlokasi di atas bukit, dengan pemandangan tasik dan hutan yang sangat menakjubkan dari jauh. BELUM RAINFOREST RESORT ini terdiri daripada beberapa level, dimana bawah bukit adalah lobi, dengan restoran dan lounge bar bersebelahan. Dari restoran, jalan menaiki bukit sedikit kita boleh bersantai di sebuah kolam renang yang cukup indah berlatar belakangkan tasik dan hutan yang menghijau.



Harga bilik serendah rm350++ tanpa pakej aktiviti outdoor. Bilik standard yang cantik, dan dilengkapi dengan kemudahan yang ringkas. Tetapi, jika menginap di dalam hutan, bilik ini sudah boleh dikategorikan sebagai sangat mewah. Terdapat satu A / C, peti sejuk kecil, peti keselamatan dan beberapa soket. Kebanyakan bilik mempunyai Wi-Fi. Kebanyakan bilik adalah luas, dengan bilik mandi yang besar. *diruangan kamar tidak mempunyai televisyen





Sedikit lebih tinggi di atas bukit di mana ada menempatkan cottage, villa dan pangsapuri. Di bahagian atas pula, terdapat sebuah restoran yang besar (di mana juga sarapan pagi dihidangkan) dan kompleks yang lain dengan bilik berasingan. Di sini anda akan mencari platform melihat dengan pandangan yang mempesonakan persekitaran. BELUM RAINFOREST RESORT ini merupakan sebuah "true nature resort" ; tidak banyak benda yang perlu dilakukan di sekitar resort kerana aktiviti-aktiviti hutan adalah ceritanya. 

Banyak aktiviti outdoor – banyak aktiviti outdoor boleh di buat di BELUM RAINFOREST RESORT Pulau Banding ni, anda Cuma sediakan bajet sahaja. Antara aktiviti outdoor yang korang boleh buat di BELUM RAINFOREST RESORT ni adalah seperti berikut:
  • Melawat kampong orang asli
  • Melihat bunga terbesar di dunia – raflesia
  • Melihat pemandangan tasik Banding
  • Mandi manda di air terjun
  • Aktiviti memancing
  • Dan lain lain.

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding,
33200 Gerik, Perak,
Malaysia

GPS Coordinate
N 5 32.595 E 101 20.454

Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info[at]belumresort.com

Website : www.belumresort.com

BELUM RAINFOREST RESORT merupakan lokasi pelancongan yang unik di Perak. Tidak salah mencuba sesuatu yang berbeza di dalam percutian domestik anda dan cubalah bercuti di salah satu tempat menarik di Perak ini.



Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".

MENEROKAI KEINDAHAN & KEUNIKAN HUTAN ROYAL BELUM

$
0
0
Dengan hanya menginap di BELUM RAINFOREST RESORT tidak akan memenuhi fitrah sebenar kita ke Royal Belum. Aktiviti yang harus bagi mereka ke sini adalah Ekspedisi Meneroka Keindahan Royal Belum Rainforest, di mana Royal Belum itu sendiri merupakan satu kawasan yang cukup terjaga di utara hujung negeri Perak Darul Ridzuan dan pasti akan menjanjikan sesuatu yang cukup hebat untuk korang terokai.



Mungkin ramai yang ingat bahawa Hutan Amazon merupakan hutan yang paling tua di dunia memandangkan keluasan Hutan Amazon berkali ganda lebih luas dari Hutan Belum di Perak, dan sering dipropagandakan oleh media asing sebagai yang paling hebat di dunia.

Namun, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Ternyata usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. *mana kami dapat info ni? korang boleh rujuk di SINI.

Hutan ini diberikan nama The Royal Belum kerana biodiversiti yang ada di dalamnya, dan beberapa penemuan-penemuan alam yang tak terdapat di tempat lain menjadikan ia istimewa. Hutan ini diletakkan di bawah pengawasan tentera dan orang awam tidak dibenarkan memasukinya tanpa permit. *sebelum masuk kena daftarkan diri dahulu.


Keluasan Hutan Royal Belum adalah 290,000 hektar dan dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Manakala, bahagian bawah merupakan hutan sekunder.

BEBERAPA FAKTA DAN INFO MENARIK MENGENAI HUTAN ROYAL BELUM

Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003. Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar.

Pokok Medang

Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.


A video posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on

Hutan Royal Belum juga menjadi habitat hidupan liar seperti Burung Enggang, Badak Sumbu Sumantera, Gajah, Beruang Matahari, Harimau dan Tapir serta juga mempunyai tarikan sungai seperti Sungai Kejar, Sungai Papan, Sungai Ruok, Sungai Tiang dan Sungai Kooi.

Air Terjun Sungai Kooi di Royal Belum

Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum. Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Sumber: Majlis Daerah Gerik, Perak

MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ HUTAN ROYAL BELUM


i) Melalui Pihak Perbadanan Taman  Negeri Perak

Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Banggunan Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak, Jalan Sultan Abd Aziz
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-7914543/05-7917858
Email: fadhilahtamannegeri@gmail.Com
Website : Royal Belum State Park

ii) Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak

Zulkarnain Manas : 019 – 408 3043
Azmi : 012 – 578 9554
Samsudin : 019 -526 0067

iii) Melalui Pihak Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding, 33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-791 6800
Fax:  05-791 7600
Email : info@belumresort.com
Website: Belum Rainforest Resort

iv) Melalui Agensi Pelancongan yang berdaftar




Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".

CITITEL EXPRESS IPOH | HARGA MURAH, ADA PERKHIDMATAN SHUTTLE PERCUMA

$
0
0

CITITEL EXPRESS IPOH merupakan sebuah hotel yang baru sahaja beroperasi pada hujung tahun lepas iaitu bulan November 2015. Dengan menjadikan warna oren sebagai warna rasmi mereka, CITITEL EXPRESS IPOH menyediakan dan menjanjikan penginapan SMART, CLEANandSIMPLE.


CITITEL EXPRESS IPOH ini terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Ipoh Old Town Area di mana korang boleh akses banyak tempat tarikan pelancong dan tapak warisan, tempat-tempat makan popular (cafe hipster), bangunan bersejarah di pekan ini dan stesen kereta api KTM IPOH hanya beberapa minit dari sini.

Memandangkan CITITEL EXPRESS IPOH ni masih lagi baru di IPOH, sudah semestinya korang tidak tahu banyak KELEBIHAN yang korang akan dapat jika bercuti di sini. Jangan terkejut jika admin katakan bahawa hotel ini membenarkan pelanggannya untuk tambah bilangan untuk menginap di bilik tanpa dikenakan charge tambahan. Sebagai contoh, bilik untuk 3 orang hanya dibayar untuk 3 orang jika 4 atau 5 orang yang stay di dalam bilik berkenaan. Tapi ada syarat yang korang perlu patuhi. Yang pasti jika korang bawa bantal, selimut dan toto sendiri pun diorang takkan halang :)


CITITEL EXPRESS IPOH mempunyai sebanyak 210 bilik penginapanyang terdiri dari beberapa jenis seperti Standard (Twin dan Triple), Superior (Queen, Twin dan Triple) dan Deluxe (Quad). Bilik-bilik mereka dihiasi dengan warna-warna neutral yang dilengkapi kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi untuk keperluan anda.

Superior Twin


Superior Queen


Superior Triple


Deluxe Quad

Ia pasti akan memenuhi keperluan semua pelanggan mereka sama ada mereka yang tavel bersendirian, bersama keluarga atau kumpulan yang besar. Mereka juga mempunyai bilik berkatil twin mencukupi, manakala triple dan quad mereka sangat luas. Semua bilik boleh akses  Speed Wifi secara PERCUMA dan Video on Demand and Internet Programmes (150 saluran Movie) juga secara PERCUMA.

Hot & cold water dispenser on every guest floor_sumber GoogleMap


Untuk pengetahuan korang, bagi bilik jenis Standard Twin, Superior Twin & Superior Queen Room, water heater, Mini Refrigerator, Dry iron & ironing boardtidak disediakan di dalam bilik. Jika anda yang menginap di bilik jenis ini dan memerlukan perkara berikut, tak perlu risau kerana perkara-perkara tersebut ada mereka sediakan di setiap guest floor.

Bilik Mesyuarat

CITITEL EXPRESS IPOH menawarkan dua bilik mesyuarat, masing-masing dengan kapasiti 120 tempat duduk, dan satu dewan serbaguna dengan kapasiti 160 tempat duduk; yang boleh digunakan untuk seminar, program latihan, dan mesyuarat perniagaan, dan lain-lain. Bilik-bilik mesyuarat dilengkapi dengan Projektor LCDPERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan mesyuarat mereka, boleh hubungi 05 208 2888

Dewan Serbaguna

Kemudahan parking kereta bertingkat secara PERCUMA juga disediakan untuk kemudahan setiap pengunjungnya.

Parking Bertingkat_sumber GoogleMap

Bagi mereka yang datang bukan dengan kenderaan sendiri, tidak perlu risau  jika hendak ke mana-mana, kerana  CITITEL EXPRESS IPOH ada menyediakan perkhidmatan Shuttle iaitu van untuk pengangkutan ulang-alik secara PERCUMA ke tempat-tempat tumpuan pelancong disekitar bandar IPOH dan juga stesen kereta api. View Shuttle Van Route

FREE shuttle service ini akan membawa anda ke 7 tourist attractions iaitu (Ipoh Railway Station, Ipoh Old Town, Concubine Lane, Dim Sum Street, Ipoh Parade Shopping Mall, Jalan Yao Tet Shin & Jalan Theatre, MAPS - Movie Animation Park Studios).


Korang jangan terkejut kalau saya katakan bahawa harga untuk menginap disini hanyalah serendah RM147 SAHAJA. Dengan service PERCUMA itu ini, kalau korang kata harga ni masih MAHAL, saya tak boleh cakap apa lah. Yang pasti, kalau admin ke IPOH, inilah hotel yang admin akan cari dulu. KENAPA?*korang baca dan fikirlah sendiri ya.

CITITEL EXPRESS IPOH

2, Jalan S. P. Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: 05 208 2888

Website : http://www.cititelexpress.com/ipoh/default.html

*Rujuk hashtag #CititelExpressIpoh untuk rujukan foto lebih lanjut.

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".

AKTIVITI LASAK DI GUA KANDU GOPENG PERAK

$
0
0

GUA KANDU merupakan gua batu kapur yang berusia lebih dari 400 juta tahun lamaya. Ianya dikatakan gua dimana pernah menjadi tempat Komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka pada suatu masa dahulu.Mitos pada nama gua ini pula adalah daripada seorang budak asli tempatan yang bernama Kandu. Dikisahkan budak ni merajuk kerana dimarahi oleh ibu bapanya lalu beliau lari dari rumah dan bersembunyi di dalam gua ini. Mengikut dari sumber cerita, sampai sekarang Kandu masih belum ditemui.



Kewujudan GUA KANDU tidaklah dikenali sangat jika nak dibandingkan dengan jirannya, iaitu GUA TEMPURUNG. Tapi apa yang menariknya berkenaan dengan GUA KANDU ini kerana keadaannya masih terpelihara dan berbeza dengan gua rekreasi lain di negeri Perak ni yang disediakan trek laluan pejalan kaki. *tiada trek laluan pejalan kaki yang proper. Ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti extreme.


Mereka yang mahu memasuki GUA KANDU ini perlu berhati-hati kerana tiada laluan khas disediakan, selain itu lampu juga tidak dipasang di dalam gua itu. *jadi pastikan anda membawa lampu dan bekalan kuasa yang mencukupi jika ingin meneroka gua ini. Dalam keadaan gua yang sebegini, anda juga dinasihatkan untuk jalan berpasangan supaya tidak kehilangan jejak ketika menerokainya.


Jika pada awalnya, penerokaan kami kelihatan agak santai namun, apabila hampir separuh perjalanan dilalui, kesukaran perjalanan semakin dirasai. Ada di antara laluan itu memerlukan kami mendaki dan menuruni cerun gelap berkaki-kaki tingginya yang mana memerlukan sokongan tali untuk melakukannya. Tidak kurang juga ada yang memerlukan kami merangkak untuk tiba ke lokasi seterusnya.

Melihat pada keindahanstalagtitdan stalagmityang bercantum selama ratusan tahun lalu membentuk pelbagai bentuk arca  di segenap penjuru gua itu, nyata mempesonakan dan menghilangkan penat lelah kami. Tapi sayang, ada diantaranya sudah rosak atas perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.


Sepanjang perjalanan korang meneroka GUA KANDU ini, korang pasti berpeluang untuk melihat kesan-kesan peninggalan komunis dalam bentuk penulisan dan lambang bintang di dinding-dinding gua. Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, ia dikatakan bahawa GUA KANDU ni telah menjadi tempat dimana Komunis Malaya pada suatu masa dahulu untuk bersembunyi dan merancang strategi mereka.


Berikut merupakan salah satu dari tulisan yang sempat kami ambil untuk dikongsikan bersama korang. Tulisan ini bermaksud 'Long Live Maozitong'  dimana Maozitong itu merupakan ketua komunis pada zaman tersebut.


Penerokaan kami tidak hanya selesai dengan begitu sahaja, ini kerana kami perlu melakukan aktiviti flying fox sebelum menempuh cabaran terakhir iaitu melalui laluan paling mencabar di lereng bukit sebelum turun ke bawah.



Berkat kesabaran, akhirnya kami telah berjaya meneroka GUA KANDU dengan selamat. Penerokaan kami adalah dengan bantuan / guide dari Nomad Adventure. Kalau korang nak ke sini, saya cadangkan korang berurusan dengan mereka.

HEAD OFFICE
525 Jalan 17/13,
46400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel. +6(03)79585152 /3151
Fax. +6(03)79581710

EARTH CAMP
Lot 17525 Kampung Chulek,
Gopeng Kampar,
Perak Darul Ridzuan


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".


10 TEMPAT YANG HARUS DILAWATI DI SUMATERA SELATAN

$
0
0
TEMPAT YANG HARUS DILAWATI DI SUMATERA SELATAN | Berbalik kepada turutan peristiwa Gerhana Matahari Penuh di Palembang yang lepas, krew kami di Projek Travel turut berkesempatan menjelajahi beberapa tempat menarik di Sumatera Selatan. Sempena dengan itu kami bawakan beberapa cadangan tempat menarik di Sumatera Selatan yang anda boleh kunjungi. 

Berikut adalah 10 Tempat yang Harus Dilawati di Sumatera Selatan 

#1. Jambatan Ampera, Palembang 




Merupakan salah satu mercu dan kebanggaan di Palembang. Menariknya mengenai Jambatan Ampera ini, dahulunya jambatan ini boleh dipisahkan kepada dua bagi memberi laluan kepada kapal besar. Tetapi kini jambatan ini berfungsi sepenuhnya sebagai penghubung antara daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir yang dipisahkan oleh Sungai Musi





Tips kami di Projek Travel, datang ke sini pada waktu malam dan nikmati Pempek atas bot di  Sungai Musi!

#2. Putri Cave, Baturaja



Terletak 230Km dari Palembang, Putri Cave atau Gua Putri ini menyimpan mitosnya tersendiri. Dikatakan gua ini mendapat nama bersempena peristiwa seorang Putri yang kononnya ditegur oleh seorang penggembara lalu bertukar menjadi batu. stalactites and stalagmites yang terbentuk secara semula jadi menjadikan gua ini begitu unik sekali dibawah pancaran lampu LED. 





P/s : Di perkarangan gua ini, Muzium Harimau sedang rancak dibina dan menjadi muzium yang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Muzium Terengganu.



#3. Ranau Lake, South Ogan Komering Ulu

Anda sukakan nature? Ini adalah tempatnya dimana anda boleh nikmati pemandagan sunset, sunrise di sebalik Gunung Semilung yang terletak berhadapan Ranau Lake.




Tasik yang terbentuk daripada kesan gegaran gempa bumi dan gunung berapi ini merupakan tasik yang kedua terbesar di Sumatera.






Selain menikmati pemandangan disini, jangan lupa untuk berendam di kolam air panas semula jadi yang terletak di Pulau Marisa, kaki Gunung Semilung.



Tips Projek Travel : Cuba menginap di villa yang berhadapan dengan tasik ini dan nikmati pemandangan yang sangat awesome! 

#4. Pagar Alam

Kalau ditanya , ini merupakan tempat kegemaran saya dimana semua yang anda inginkan mengenai nature terdapat disini.Pagar Alam merupakan salah satu daerah yang terdapat di Sumatera Selatan.







Menariknya mengenai Pagar Alam ini adalah ianya merupakan kota yang dikelilingi gunung ganang dan dikenali sebagai daerah 1001 air terjun kerana daerah ini mempunyai banyak air terjun yang terhasil secara semula jadi. Daerah yang mempunyai populasi sebanyak 126.181 seringkali menjadi pilihan mereka yang sukakan alam semula jadi!

#5. Hotel Gunung Gare , Pagar Alam


Buat anda yang ingin mencari lokasi penginapan yang sesuai, kami cadangkan anda menginap di Hotel Gunung Gare. Reka bentuk hotel yang menarik ini bukan sahaja menjanjikan keselesaan anda malah turut menjanjikan pemandangan 5 bintang!





Mana tidaknya terletak di tengah - tengah ladang teh segar, hotel ini turut berhadapan dengan Gunung Dempo yang terkenal. Tidak perlukan penghawa dingin, segala - galanya adalah segar dan semula jadi. Highly recommend!



#6. Air Terjun Curup Maung


Salah satu air terjun yang terdapat di Pagar Alam, lokasi yang sesuai untuk beristirehat dan tenangkan fikiran. Jangan lupa untuk mencuba bakso dan makanan tempatan lain yang dijual oleh penjual disini 



#7. Air Terjun Curup Embun


Curup Embun merupakan salah satu air terjun yang berada di kaki Gunung Dempo. Air terjun kembar 3 ini seringkali menjadi pilihan para pelancong, juga menjadi pilihan kami di Projek Travel



#8. Ladang Teh Pagar Alam


Kalau datang ke Pagar Alam, tak sah kalau tak pergi sendiri ke ladang teh nya. Dekat sini anda bukan sahaja boleh bergambar dengan pemandangan yang indah malah boleh beli teh dan kopi segar dari ladang untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan! 


#9. White water rafting di Curup Maung


Sukakan aktiviti lasak ? Jadi disinilah tempatnya dimana anda boleh mencuba water rafting di sungai yang berskala 2 - 5. Satu pengalaman yang terbaik !



#10. Off-road di Pagar Alam !

Buat peminat sukan off- road, jangan lupa untuk mencuba disini. Pertama kali ? jangan risau kerana disini mereka semua terlatih.





Bayangkan kereta off - road yang dipandu oleh remaja perempuan yang berusia 14 tahun. Saya dah mencubanya, anda bila lagi ?


Itu antara 10 tempat menarik di Sumatera Selatan, akan datang kami akan berkongsi itinerary ke Sumatera Selatan yang mungkin membantu anda merangka perjalanan ke sini.

KHIDMAT PENGACARA MAJLIS TERBAIK

$
0
0
Bercakap mengenai perkhidmatan pengacara majlis , mesti anda ingin mencari individu atau mereka yang berpengalaman, atau yang terbaik mengendalikan sesebuah majlis bukan? Bak kata orang, tanpa pengacara majlis atau Emcee , maka tidak meriahlah sesuatu majlis itu . 

Di dalam senarai Sahabat Projek Travel, terdapat beberapa individu yang berkebolehan menjadi pengacara majlis dengan baik. Wah tidak sangka, ramai juga yang berbakat. Nampak seperti pendiam, tetapi bila dah ke depan, dapat microphone bukan main petah berkata - kata. 




Salah seorangnya, ingin kami perkenalkan Saudara Hariri Zolkifli. Jejaka lulusan Bachelor Degree of Mathematics ini boleh kami katakan mempunyai segala pakej yang ada. Ini terbukti apabila beliau menjadi emcee sewaktu di Projek Travel 2nd Anniversary . Rata - rata tetamu kami cukup terhibur dan suasana majlis yang menjadi gamat dengan bait kata dan cuitan dari beliau 





Kalau nak tahu, Hariri  sudah berpengalaman mengendalikan majlis - majlis korporat , santai dan pelbagai majlis sejak tahun 2006 lagi. Malah kerap kali juga beliau dijemput menjadi emcee di Majlis perkahwinan

Selain petah bercakap di hadapan para tetamu, jangan tak tahu, bahawa saudara Hariri ini juga merupakan pengacara di TV Al - Hijrah untuk rancangan dokumentari,  Per Square Foot Musim Kelima yang bersiaran baru - baru ini. 





Dan yang terbaru, Hariri juga bakal menghiasi slot terbaru Projek Travel di channel Youtube sebagai pengacara jemputan 


Mengenai harga perkhidmatan pula, jangan risau kerana beliau  akan berikan harga yang terbaik mengikut bajet dan majlis anda 



Jadi kalau anda ingin dapatkan khidmat pengacara majlis terbaik , kami di Projek Travel mencadangkan Hariri Zolkifli sebagai antara pelapis dan muka baru bagi Pengacara Majlis terbaik di Malaysia 

Antara majlis  yang pernah dikendalikan oleh beliau 

  • UiTM, 
  • Sime Darby
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • I&P Group
  • Volkswagen
  • Johor Biotech, 
  • Upeca Aerotech
  • Global Leadership Awards
  • Malaysia Social Media Week (MSMW)
  • McMillan Woods
  • Global Awards
  • ASCOPE
  • GCC-Malaysia
  • IGEM
  • HORTI Asia
  • Nando’s Malaysia
  • Encorp Berhad dan banyak lagi 
Perkhidmatan yang disediakan antaranya seperti 

  • Annual Dinners
  • Awards Presentations
  • Conferences / Conventions /Seminars /
  • Symposiums
  • Gala Dinners (Formal, Semi-Formal)
  • Opening / Closing / Special Ceremonies
  • Product / Service Launches
  • Sales Conventions / Kick-Offs
  • Special Event 
Untuk dapatkan khidmat pengacara majlis / emcee , hubungi 

Hariri Zolkifli 
Email : haririzolkifli@gmail.com 
Instagram : @haririzolkifli 

PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH | SAHABAT PT

$
0
0
Kali ni seorang Sahabat PT telah berkongsi pengalaman beliau memnunaikan umrah di tanah suci Mekah. Jom kita baca, Insyallah satu hari nanti peluang untuk kita pula ke sana. Aamiin.


KOTA KINABALU, 15 December 2015 - Mungkin ini adalah rezeki YI dan keluarga dapat mengerjaka ibadah Umrah pada tahun ini dibawah pimpinan Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd, sebuah syarikat travel yang dimilik 100% oleh bumiputra Sabah. Umrah kali ini akan mengambil masa 12 hari 10 malam dari 15 - 26 December 2015 melalui Dubai dengan harga RM 6 900 seorang.

Pada hari keberangkatan, ramai saudara mara turut menghantar sampai ke Kota Kinabalu International Airport, YI dan 10 lagi ahli keluraga lain merupakan jemaah umrah kali ni. Dalam jam 2 petang kami diberi taklimat terakhir dan cara-cara solat didalam pesawat oleh Haji Alakselaku ketua rombongan umrah kali ini seramai 48 orang jemaah. Sebelum masuk keruangan menunggu kami diberi masa untuk mengabiskan masa bersama ahli keluarga yang lain.






Disetiap kali penerbagan Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd memilih Royal Brunei Airlinemenjadi Airline rasmi untuk setiap kali umrah. Kami perlepas dari Kota Kinabalu International Airport pada  5.35 petang dengan number pesawat BI 826 ke Brunei International Airport yang hanya mengambil masa 40 minit penerbangan, kami tiba di Bandar Seri Begawan pada 6.15 petang, disini kami mempunyai masa 2 jam dan 20 minit sebelum meneruskan perjalan kami ke Dubai.



Pada  jam 8.25pm kami meneruskan perjalan kami ke Dubai dengan number pesawat BI 97 pejalanan ke Dubai mengambil masa lebih kurang 9 jam. Terfikir jap lamayer dari KL ke KK pun YI dah tak tahan bosan ni pulak 9 jam. Masa nak masuk pesawat terpegun jap dengan pesawat Boeing Dreamliner 787 (sape peminat kapal terbang mesti tau kenapa) di tambah pulak salam dan senyuman dari akak akak pramugari yang cantik molek bertudung terus lupa pasal pejalanan 9 jam.



Semasa dalam penerbangan ke Dubai habis gak 3 movie tengok dalam flight, makanan jangan cakap la kalah Airline yang kita tu. Sepanjang 3 movie yang YI tonton sepanjang penerbangan, meja YI ni tak pernah kosong ade jer die bagi mentang-mentang badan kita besar perli la tu. habis jer semua movie YI dapat tido dalam 2 jam lebih gak la. Lupa pakai baju tebal? dun worry diorang dah sediakan selimut dan bantal tuk setiap penumpang.



Kami tiba di Dubai International Airport jam 1.30 pagi waktu Dubai. Ehh? "mana sampai 9 jam, 5 jam je la! Dik! beza waktu Malaysia dengan Dubai 4 jam diorang  lewat 4 jam dari kita ada faham". Ingat dapat balik hotel cepat rupanya kat immigration punya la panjang barisan lambat pulak tu. Dah hampir 40 minat beratur baru sampai YI yer turn, lepas dah selesai terus pergi ambik beg and tunggu yang lain kat area menunggu tunggu semua ada kami pun terus ke hotel.



Kami sampai di hotel kira-kira jam 3.30pagi perjalan dari airport ke hotel pun dah 30 minit. Nak settle bilik dah 30minit dapat masuk bilik dalam kul 4 pagi. Cantik bilik ni secantik nama hotel nie Rayan Hotel but sayang tak dapat tidur kat katil yang sedap ni sedab kul 6.30 pagi dah kena turun sarapan dan check out. Lepas tu nak teruskan perjalan ke Madinah so dapat baring baring dan tumpang mandi jer la.







Lepas check out kami meneruskan perjalanan kami ke Dubai International Airport Terminal 2 untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan penerbangan FlyDubai number pesawat FZ 893 yang megambil masa 3 jam perjalanan. FlyDubai merupakan rakan penerbangan Royal Brunei yang mana penumpang yang ingin ke Madinah menerusi Dubai akan menaiki FlyDubai untuk meneruskan perjalanan.






Kami tiba di Madinah jam 2.20 petang waktu Saudi Arabia. Setalah selesai immigration kami disambut oleh Puan Pegarah Nur Multazam sendiri iaitu Hajjah Yatie dan Mutawif Haji Abdul Basit yang berpengalaman 15 tahun menjadi mutawif. Setelah semua sudah selesai mengambil kesemua beg kami pun terus ke Kota Madinah untuk check in.




Selama kami berada di Madinah kami menginap di Hotel Madinah Al-Mubarak yang hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Setelah selesai check in kami pun rehatkan diri sebelum ke masjid untuk solat isyak. Selepas isyak kami pun terus ke ruang makan untuk dinner lepas dinner kami diminta untuk berkumpul di lobby hotel sebab mutawif nak ajak jalan-jalan area Masjid Nabawi. Kami jalan-jalan ke area perkuburan Al-Baqi, Quba Hijau, Masjid Abu Bakar As Siddiq, Masjid Ali Ibn Abi Talin, Masjid Ghamama dan Pasar kurma.










Hari Kedua di Madinah kami dibawa ke Masjid Quba untuk solat sunat di sana, selesai solat kami terus menuju Kilang Al-Quran, disana hanya kaum adam sahaja yang dibenarkan masuk dan setiap kaum Adam di Hadiahkan senaskah Al-Quran sebagai buah tangan dari Raja Arab Saudi. Di sebabkan kebun kurma tutup kami tidak berkesempatan untuk memetik buah kurma segar. Kami terus ke Bukit Uhud untuk melawat perkuburan pejuang pejuang Perang Badar. Setelah selesai lawatan kami pun terus balik ke hotel dan terus siapkan diri untuk ke Masjid Nabawi.














Hari ketiga free and easy dan Solat Jumaat. Kami mengambik peluang untuk shopping setelah selesai solat jumaat, disini setiap kali waktu solat banyak peniaga akan berniaga di kaki lima dan harganya tersangat la murah. Kalau pandai tawar menawar lagi bagus sebab bukan semua peniaga akan bagi murah, jangan risau peniaga kat sini reti berbahasa melayu. Apa lagi memborong la makcik-makcik semua, YI tak terjebak YI hanya beli 4 jubah jer itu pun untuk kegunaan sepanjang umrah dan siapa kata di Madinah takde Starbucks.





Hari keempat di Madinah, merupak hari terakhir kami di Madinah sebelum kami bertolak ke Mekah, pagi tu kami sempat shopping sikit yang mana tak cukup, biasa la atok nak belikan buah tangan untuk cucu yer so teman la. Selepas waktu Zohor dan mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad. Kami pun terus ke Masjid Abyar Ali untuk Meeqaat yang pertama dan solat sunat. Setelah habis solat kami pun meneruskan perjalan ke Kota Mekah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.






Kami tiba di Kota Mekah kira jam 8 malam dan terus check in di Hotel Malak Al Taqwa 2 kira kira 300 meter dari Masjid Al-Haram. Kami dijamu makan malam sebelum membuat Umrah yang pertama. Kami memulakan perjalan ke Masjid Haram pada 10.30 malam, pertama kali melihat Kabah rasa sebak dan berasa bertuah dapat menjadi tetamu Allah SWT. Kami serombongan melakukan tawaf, saie dan selesai kira-kira satu jam sebelum solat subuh. Setelah solat subuh kami balik semua ke hotel dan sarapan.





Hari kedua di Kota Mekah, pagi tu YI hanya berehat di hotel kerana penat sangat dan bangun dari tidur setalah azan zohor. Selapas makan tengah hari YI dan adik pergi sendiri ke Masjid Haram untuk kejar waktu solat asar dalam perjalan kami sempat selfie kat menara kedua tertinggi dunia Menara Jam Mekah dengan ketinggian 601 meter dari aras jalan. Setekah seleasi solat isyak kami sempat melakukan tawaf sunat di tawaf area jejantas, habis je tawaf balik ke hotel untuk makan malam.





Hari ketiga di Kota Mekah, selepas sarapan kami berkunpul di lobby untuk ziarah luar. Untuk lawatan hari ni kami sempat ke Jabal Sor, lalu di Jabar Nor, lepas tu kami terus ke Jabal Rahmah dan berdoa di atas bukit.









Selepas habis lawatan kami terus melakukan Meeqaat untuk Umrah yang kedua. Setelah tiba di hotel kami terus ke tempat makan untuk makan tengah hari. Sesudah makan kami terus ke Masjid Haram untuk melakukan umrah yang kedua. Kami selesai tawaf dan saie sebelum isyak setelah habis isyak kami pun balik ke hotel.





Hari keempat di Kota Mekah, YI tak dapat kemana-mana sebab demam teruk, badan panas, batuk dan selsema nak bangun time tu pun tak larat. Makan ubat dan tidur jer. 

Hari kelima di Kota Mekah, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, YI dah ok sikit walupun batuk dan selsema masih ada, yang penting badan dah tak panas dan boleh bangun. selepas sarapan pagi kari kami melakukan ziarah luar ke ladang Unta dan muzium Kabah dan Masjid Nabawi.










Selepas lawatan kami terus melakukan Meeqaat untuk umrah yang ketiga. Sampai je kat Hotel kami terus ke Masjid haram untuk umrah ketiga. Kami selesai umrah yang ketiga selepas solat asar. Malam tu dalam pukul 1 pagi ayah ajak satu family pergi buat tawaf sunat dan alhamdulillah sempat juga bergambar kat depan Kabah.





Hari keenam di Kota Mekah hari ni free and easy jer, lepas waktu asar ada doa selamat kat tempat makan. Selepas solat Isyak YI sempat ke Zam Zam Mall, semata mata nak cari Starbucks. Ni pun dapat tahu dari insta orang  dan memberani diri tanya kat mana Starbucks kat Mekah ni. Sebab cari kat google tak jumpa.


Hari ketujuh di Kota Mekah, merupakan hari terakhir di sini. Selepas solat subuh kami terus ke Masjid Haram untuk melakukan Tawaf Wida untuk mengucapan selamat tinggal rasa sedih pun ada time tu entah bila lagi boleh menjadi tetamu Allah SWT.




Sesudah selesai tawaf dan solat kami pulang ke hotel untuk sarapan pagi setelah sarapan kami pun bertolak ke Kota Jeddah untuk berangkat ke Dubai. Perjalan dari Kota Mekah ke Kota Jeddah mengambil masa dalam 2 jam. Kami bertolak ke Dubai dengan FlyDubai FZ 843 pada jam 6 petang. Perjalan ke Dubai megambil masa 3 jam dan tiba di Dubai International Airport Terminal 2 pada jam 10 malam waktu Dubai. 




Kami di pindahkan ke Terminal 1 untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Kami ada lebih kurang 7 jam berada di Airport Dubai, So ada yang tidur ada borak borak mostly tidur la. YI apa lagi jalan jalan kat Airport cari Starbucks. Akhirnya jumpa juga walaupun mahal beli je la. Kalau tak beli mengantok pulak. Kami meneruskan perjalan kami ke Brunei International Airport dengan penerbangan Royal Brunei Airline BI 98 yang megambil masa 8 jam. Selepas sarapan dihidangkan YI pun apa lagi terus tidur sehingga tiba di Brunei International Airport. Kami tiba di Brunei International Airport jam 5.35 petang waktu Brunei.




Kami meneruskan perjakan ke Kota Kinabalu International Airport dengan penerbangan Royal Brunei Airline BI 827 yang mengambil masa 40 minit dan kami semua selamat sampai di Kota Kinabalu pada jam 8 malam.


Tempat yang wajib pergi: 

Madinah : Masjid Nabawi, Makam Nabi Muhammad SAW, Masjid Quba, Kilang Al-Quran.

Mekah: Masjid Al-Haram, Jabal Rahmah, Ladang Unta, Zam Zam Mall


Perkara yang best mungkin tak dapat dilupakan:

Madinah: Dapat solat kat Raudah, Dapat tengok Makam Nabi Muhammad SAW, Dapat Solat dibelakang Imam Madinah.

Mekah: Dapat lihat Kabah depan mata, Dapat Sentuh Kabah, Dapat selesaikan umrah walaupun kurang sihat, Di sapa oleh Imam Masjid Al-Haram.

Ini la serba sedikit pengalam yang YI dapat kongsi dengan korang semua semasa YI mengerjakan ibadah umrah baru baru ini. InsyaAllah satu hari nanti YI akan kembali lagi ke sana.

Artikel dari : www.yazidizzat.com

REDBOX, GREENBOX DAN FAIZAL TAHIR BERAMAL MELALUI ' HELP FOR KIDS'

$
0
0
REDBOX ,GREENBOX DAN FAIZAL TAHIR BERAMAL MELALUI ' HELP FOR KIDS' | Sejak awal penubuhannya, Red Box , sebuah jenama yang tidak asing lagi buat kaki karaoke yang terkenal sebagai sebuah pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga. 

Untuk pengetahuan pembaca Projek TravelRed Box  sememangnya aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Melangkah setapak ke hadapan dalam menyambung aktiviti kemasyarakatan, Red Box telah menubuhkan Red Energy Charity Fund pada 2009 dalam usaha meningkatkan dana untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Meneruskan tradisi tahunan mereka, Red Box & Green Box kali ini melancarkan pula kempen mengumpul dana yang bertemakan ‘Help For Kids’ untuk tabung kebajikan Red Energy yang memberi fokus kepada kanak-kanak malang, susah dan terbiar di seluruh Malaysia melalui sumbangan wang ringgit.


Untuk tujuan tersebut, dana yang diperolehi daripada kempen tersebut akan disalurkan kepada badan iAMFAITHMEN Movement yang merupakan sebuah pertubuhan amal yang diasaskan oleh penyanyi terkenal tanahair, Faizal Tahir, Januari yang lalu. Sempat juga admin melihat sebuah video dari Faizal Tahir yang menunjukkan seorang remaja lelaki menangis ketika Faizal Tahir sedang bernyanyi. Video tersebut telah dimuat turun dan dikongsi sehingga menjadi viral


Dalam usaha tersebut, Red Box turut berbesar hati kerana berpeluang mendapat kerjasama daripada RedSTILETTTO Camper, sebuah syarikat pelancongan tempatan yang berasaskan “motorhome travel” yang juga merupakan salah seorang penaja rasmi bagi Ulangtahun Projek Travel yang kedua baru - baru ini dan pengeluar produk kecantikan dan penjagaan harian wanita, Aura White. 

Bermula 22 Mac hingga 05 Julai 2016, anda boleh membeli beg amal ‘Help For Kids’ yang mengandungi pelbagai barangan tajaan Red Box & Green Box, juga produk dan baucar diskaun daripada kedua-dua penaja tersebut dimana-mana rangkaian Red Box & Green Box di seluruh Malaysia.




“Melalui kempen ini, pengunjung berpeluang berkaraoke dan beramal dalam masa yang sama. Dengan membeli beg amal ‘Help For Kids’, anda berpeluang memiliki CD kegemaran, memperoleh produk Aura White dan menikmati baucar diskaun RM20 Red Box& baucar diskaun RedSTILETTTO Camper yang bernilai RM100. 

Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM250 tetapi anda hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja. Apa yang lebih menarik adalah, hanya dengan RM25, anda juga berpeluang memenangi “percutian motorhome” ke Perth, Australia untuk dua orang selama 6 hari 5 malam tajaan RedSTILETTTO Camper! Juga barangan tajaan Aura White bernilai RM5,000". Wah ini menarik !

Dan dari jualan setiap beg, RM10 akan disalurkan kepada tabung kebajikan iAMFAITHMEN Movement dalam menyokong program-program yang bertujuan membela nasib anak-anak terbiar di seluruh Malaysia. Dengan bantuan rakan rasmi seperti RedSTILETTTO Camper dan Aura White, Red Box amat berharap agar kempen ‘WE CARE’ mampu menempah satu lagi keajaiban mengatasi kejayaannya yang lepas




Kami di Projek Travel mendoakan semoga misi ini berjaya mendapat sambutan dalam memastikan setiap kanak- kanak di Malaysia dapat hidup dan membesar dengan sempurna.

JANGAN MAKAN SUP SIRIP JERUNG | AQUARIA KLCC

$
0
0
Sup Sirip Jerung Photo: Alamy
Sup Sirip Jerung Photo: Alamy

JERUNG SEMAKIN PUPUS !!

Anda mungkin tidak merasakan apa-apa ketika membuat pesanan Sup Sirip Jerung di mana-mana restoran. Tetapi sedarkan anda bahwasanya anda telah membunuh mereka dan habitat mereka. Korang perlu tahu bahawa mereka makin PUPUS kerana mereka yang tidak bertanggungjawab? Jangan salahkan RESTORAN yang JUAL, jangan salahkan NELAYAN yang memangkap dan MEMBUNUH mereka. Tapi salahkan DIRI anda sendiri kerana MEMBELI.


Setakat ini, manusia dilaporkan membunuh kira-kira 100 juta ikan jerung setiap tahun bagi tujuan mendapatkan siripnya. - BangkokPost

Tiada PERMINTAAN dari ANDA, maka MEREKA pasti TIDAK akan MEMBUNUH.


Hal ini lebih menyedihkan apabila, jerung yang ditangkap dibuang siripnya hidup-hidup dan badannya yang tidak berguna dibuang terus ke laut dengan sia-sia. Cuba anda sendiri bayangkan jika perkara ini berterusan dari hari ke hari, tahun ke tahun. Mungkin anak cucu kita tidak mampu lagi untuk melihat kehidupan yang sangat unik secara live ini suatu masa nanti.

Mari kita sama-sama tonton video dibawah ini sempena Shark Fin Campaign anjuran Aquaria KLCC ini. 


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Bloggers Jaw-Some Day 2016, iaitu lawatan media yang diadakan pada 30 April 2016 lalu. Program itu telah dianjurkan dan berlansung di Aquaria KLCC.


STEAMBOAT BEST DI SERI KEMBANGAN

$
0
0

STEAMBOAT BEST DI SERI KEMBANGAN | Bercakap mengenai steamboat ini mesti korang nak cari tempat makan yang best dan banyak pilihan kan ? Menerusi kiriman pembaca kami, mengenai Steamboat Best Di Seri Kembangan Selangor, Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill menyediakan pakej makan buffet steamboat dan grill yang sangat berpatutan dan dijamin halal.



Pelbagai makanan Steamboat dan Seafood. Untuk kanak kanak, kegemaran mereka, ais krim sebanyak 5 jenis dengan pelbagai condiment disediakan serta potongan buah-buahan. 

Jenis hidangan pula pada setiap meja disediakan pembakar /grill dan sup steamboat, Jadi disini korang boleh memilih 2 sup sama ada sup ayam atau tomyam. Dan seperti biasa, tomyam merupakan pilihan paling popular di Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill .








Harga? Haa harga buffet adalah RM 25.00 sekepala untuk dewasa dan Rm 15.00 sekepala untuk kanak-kanak. Murah tak ? Jika korang rasa bahawa harga diatas masih mahal, korang tak perlu risau kerana korang boleh mendapatkan harga lebih murah dari ni jika korang menepati apa yang mereka inginkan. 






Malah pada malam tertentu akan diadakan MALAM PROMOSI dimana ianya adalah salah satu kelebihan di Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill ini. Mereka akan menghargai pelanggan mereka dengan promotion pada setiap hujung minggu mengikut tema tertentu. Jadi inilah masa yang sesuai untuk korang bawa kawan - kawan dan keluarga dan makan sebanyak mungkin dengan harga super jimat. 







Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai OMAK AI! Steamboat & Grill di Taman Puncak Jalil ni : 

1. Steamboat & Grill HALAL pertama di Taman Puncak Jalil 

2. Beraneka steamboat & Sea Food Udang,Ketam, Sotong dan pelbagai lagi 

3. Mempunyai ruang makan yang luas dan boleh muat sehingga 100 orang dalam satu masa 

4. Dengar cerita tempat ini selalu ramai orang , jadi adalah dinasihatkan korang book terlebih dahulu 

5. Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill ini dikendalikan dan milik orang Islam sepenuhnya 

6. beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad ( Isnin –Cuti ) bermula pada jam 5 Petang sehingga 12 malam.

7. Restoran ini berkonsepkan Klasik dimana kita boleh mengimbau zaman kanak-kanak yang pernah menjadi nostalgia di suatu ketika dahulu. Menarik bukan?





Kami di Projek Travel akan cuba ke sana dalam masa terdekat dan buat review mengenai steamboat dan grill . Nantikan, omnomnom!


Alamat :

Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill 



No. 64-1 JLN PUJ 3/2
TMN Puncak Jalil Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan Selangor


Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi :

013 292 6620



LEGO STAR WARS DAY | 4 MEI

$
0
0


Kali ini kami telah berpeluang mengikuti LEGO STAR WARS DAY iaitu Star Wars Parade: Imperial March yang telah diadakan di Legoland Malaysia. Memang cukup mengujakan bagi peminat-peminat setia Star Wars khususnya.

Untuk pengetahuan korang, perarakan ini telah dibawakan oleh kelab peminat Star Wars 501st dengan kostum-kostum lengkap yang sangat realistik! *tidak sah kalau ianya tanpa kehadiran Darth Vader kan?  Bukan kanak-kanak je teruja, kami sendiri yang dah remaja ni pun boleh ternganga menegoknya. Apapon, jom kita tonton video dari saudara Hasif[klik] ni.



*macamana, hebat bukan? Bagi penggemar Star Wars, korang pun boleh sertai perarakan ni, tapi ada syaratnya. Syarat tu simple je, korang hanya perlu memakai mana-mana kostum Star Wars yang sesuai sahaja. Apa yang bestnya, sepanjang bulan Mei ini mana-mana kanak-kanak yang menggayakan kostum daripada mana-mana watak filem Star Wars itu berpeluang untuk masuk ke Taman Tema Legoland secara PERCUMA.


Kalau korang nak tahu, peserta yang terlibat dalam perarakan ni bukan saja dari Malaysia tau, bahkan ada juga dari jiran kita Singapura, Indonesia, Brunei, Taiwan, Hong Kong dan Filipina dan Australia. Selepas selesai sahaja perarakan, pegunjung bebas untuk beramah mesra dan mengambil foto bersama mereka di dalam Taman Tema Legoland*seronok bukan?.


Untuk makluman semua, event ini dikatakan hanya berlansung setahun sekali sahaja bersemperna dengan sambutan Hari Star Wars Sedunia.MAY the FORCE be with you. Jadi ia bukanlah hanya semata-mata tagline, May the Force, May the Forth. Jadi, 4 Mei setiap tahun adalah Hari Star Wars Sedunia. *hebat betul penangan star wars ni kan, siap boleh wujud hari star wars sedunia lagi.

Jadi, bagi mereka yang sangat meminati Star Wars, ini adalah peluang baik untuk korang. Ianya hanya berlaku di LEGOLAND.

Artikel dari : www.mawardiyunus.com

PAKEJ BERBUKA PUASA DI ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR

$
0
0



Sedikit info berkenaan  ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL. Ianya merupakan hotel dengan penginapan yang berkonsepkan moden, hanya 950 meter jauhnya dari pusat membeli belah NU Sentral dan 10 minit memandu dari Mid-Valley Megamall. Ini bermakna ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL juga berjarak hanya 28 minit perjalanan dengan menaiki ERL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL


Restoran Nook telah menjadi lokasi untuk preview PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL. Sebuah restoran yang cukup unik dan saya rasa ianya boleh menjanjikan keselesaan kepada setiap pengunjung yang datang untuk makan di sini.


Untuk PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL ini, antara menu yang menjadi pilihan utama bagi pelanggan mereka untuk buka puasa adalah menu Kambing. 

Kambing panggang bersama nasi

Pengunjung boleh menikmati sendiri keenakan makanan buffet melayu seperti Kambing Sumbat, Kari Ketam, Rendang Daging, Udang Masak Lemak, Laksa Sarawak, bubur lambuk istimewa dan pelbagai jenis menu istimewa lain.



Bukan hanya terhad pada menu makanan Melayu, PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL juga ada terdapat menu makanan Cina yang Halal. Antaranya sambal hitam ikan bilis, poached lamb shank, ikan stim, ikan saba panggang dan banyak lagi.


Pelbagai jenis kuih muih juga disediakan untuk dinikmati oleh para pengunjung Restoran NOOK di Aloft KL Sentral ini. Tidak hanya kuih muih tradisi Malaysia, kuih muih dan pencuci mulut seperti kek dan pelbagai citarasa antarabangsa juga ada disediakan. Antaranya, chocolate marshmallowtartlets, coconut panna cotta, dan hot almond cream.

Hidangan ini disedikan di NOOK Aloft KL Sentral bermula dari 8 Jun hingga 6 Julai 2016. Bayaran adalah hanya RM123 untuk seorang. Bagi ahli SBG, dapatkan diskaun 30% dari 8 Jun-12 Jun. Istimewa untuk yang menempah awal adalah RM95 untuk tempahan bawah 35 pax dan RM85 untuk tempahan 36 pax ke atas.

Ruang makan sekitar Restoran NOOK Aloft KL Sentral ini dikatakan mampu untuk memuatkan sehingga 200 hingga 220 pax dalam satu masa. Jadi buatlah tempahan awal.


Bagi mereka yang berkesempatan untuk menginap di sini pada bulan puasa nanti, korang boleh cuba menu buffet sahur mereka.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi:

Aloft Kuala Lumpur Sentral

5 Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur Malaysia

Telefon +60327231188
Fax +0327231158
Website: www.aloftkualalumpursentral.com

PERHENTIAN ISLAND RESORT | PULAU PERHENTIAN

$
0
0


Antara pulau paling indah di Malaysia, malah tersenarai sebagai destinasi wajib kunjung di peringkat dunia; Pulau Perhentian menjadi lokasi pilihan Projek Travelsepanjang 23 sehingga 26 Mei 2016 yang lalu. Penerbangan selama satu jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu seterusnya ke Besut, Terengganu dengan kenderaan sewa khas nyata berbaloi apabila kehadiran Projek Travel disambut lautan ombak tenang yang membiru kehijauan. (pastikan anda ke Kota Bharu, bukan ke Kuala Terengganu kerana ia pasti akan menjimatkan masa anda untuk ke Jeti Kuala Besut)



Desiran bayu laut disulami hentakan lembut puing ombak di pinggiran pantai putih menyambut ketibaan Projek Travel usai menuruni jeti khas di Perhentian Island Resort, Pulau Perhentian Besar.



Disajikan dengan kesegaran minuman selamat datang dan tuala muka buat mengelap keringat meredah lautan terbuka sebelum itu, kehadiran Projek Travel turut disambut dengan keriuhan belantara yang mengelilingi santuari resort ini. Selesai mendaftar, Projek Travel terus menuju ke chalet ‘Superior Classic’ yang bakal menjadi persinggahan kesemua arjuna selama 3 hari dan 2 malam.


Terhias indah, kamar dalam rona putih di tengah-tengah belantara pulau ini nyata mewujudkan suasana romantis dan tenang selain balkoni coklat klasik menghadap keindahan flora di sini. Bilik mandi yang dilengkapi pancuran air panas dengan kemasan seolah hotel mewah pastinya mendamaikan pilihan hati sang pengembara yang mementingkan keselesaan. Malah, pengurusan Perhentian Island Resort menawarkan bekalan elektrik 24 jam  untuk keseluruhan fasiliti di sini. (tidak seperti perhentian kecil yang hanya membekalkan elektrik pada sebelah malam sahaja)


Pengembaraan di Perhentian Island Resortmenawarkan 2 jenis pakej buat pilihan sang pengembara. Untuk yang gemarkan suasana santai, ‘Perhentian Discovery’ menawarkan pakej penuh 3 hari dan 2malam bermula serendah RM430 seorang yang terdiri daripada:

 Minuman Selamat Datang
 Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin

Manakala, buat yang menggemari aktiviti lasak pakej'Perhentian Snorkeling' menanti adrenalin si pengembara bermula pada harga serendah RM510 seorang:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ 2 kali trip snorkeling termasuk peralatan snorkeling
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin

Perhentian Island Resort turut menawarkan fasiliti mewah lain di sekeliling santuari resort ini termasuk kemudahan kolam renang, bilik karaoke, kedai cenderamata, pusat urutan (spa wanita) serta restoren mewah dalam dekorasi kayuan klasik.

Pinang Seribu Spa

Dikelilingi keindahan flora; kehadiran fauna antaranya tupai pokok yang sangat jinak, mawas, kawanan burungan pulau pastinya menambah seri percutian di dalam resort mewah di tengah rimbunan rimba pulau.



Tawaran pakej bilik penginapan 'Superior Classic','Deluxe Heaven', 'Premier Garden', 'Family Heaven', dan 'Premier Beachfront'menawarkan kedamaian tersendiri. Berbaloi buat mereka yang inginkan aktiviti bulan madu mahupun bersantai bersama keluarga dan teman!





Aktiviti di Perhentian Island Resort tidak terhenti setakat ini sahaja, malah kunjungan Projek Travel turut menerokai beberapa tempat snorkeling menarik termasuk di Pulau Rawa yang terletak berhampiran Perhentian Island Resort . Untuk cerita lanjut, nantikan entri seterusnya di www.ProjekTravel.com !


Layari www.perhentianislandresort.net untuk maklumat lanjut berkenaan resort hebat ini. Jangan lupa juga untuk teroka hashtag #PTxPerhentianResort untuk melihat gambar-gambar kami di sana!

Foto by Akugraphy

BUFFET RAMADAN 2016 | 6 LOKASI BERBUKA FELDA D'SAJI

$
0
0

DEWAN PERDANA FELDA \ ASMARA PENCHALA



KAJANG PERDANA AVENUE \ DEWAN BANQUET MENARA FELDA



DEWAN BESAR TUN RAHAH \ DEWAN MERAK KAYANGAN





STAR WARS, MY OWN CREATION | LEGOLAND MALAYSIA

$
0
0

Pertandingan Star Wars, My Own Creation ini telah berlangsung di Legoland Malaysia bersempena bersempena dengan sambutan hari Star Wars sedunia dengan tujuan untuk mengumpul peminat Lego di serata Asia khususnya. Melalui pertandingan ini, para peserta yang berdaftar dikehendaki mencipta dan mempamerkan koleksi serta rekaan konsep Lego mereka bertemakan Star Wars.





Ada beberapa kategori telah dipertanding kan termasuk kategori kanak-kanak, dewasa dan keluarga. Para peserta tidak terhad pada warganegara Malaysia sahaja. Ramai peserta dari luar negara, dari Asia khususnya telah menyertainya. Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh CEO Legoland Malaysia. *tahniah kami ucapkan kepada semua para pemenang.


Kredit photo : Amir Nawawi

TAPIR HAIWAN TERLINDUNG | SUNGAI DUSUN WILDLIFE RESERVE

$
0
0

Perjalanan kami ke Hulu Selangor telah membawa kami ke suatu tempat yang cukup menarik iaitu ke Sungai Dusun Wildlife Reserve yang mana ianya terletak di Kuala Kubu Baru Daerah Hulu Selangor. Untuk pengetahuan korang, Sungai Dusun Wildlife Reserve ini adalah tempat dimana berlakunya kebanyakan aspek pemuliharaan haiwan-haiwan terancam di Malaysia khususnya. 

Sungai Dusun Wildlife Reserve ada menyediakan kemudahan platform pemerhatian untuk memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian tingkah laku haiwan tanpa mengganggu haiwan tersebut. Tambahan pula, di Sungai Dusun Wildlife Reserve ada terdapat dua habitat semula jadi berpagar, di mana kandang ini digunakan untuk kajian ekologi tingkah laku di bawah keadaan separa semula jadi seolah habitat haiwan asal.


Sungai Dusun Wildlife Reserve juga merupakan salah satu tempat di mana berlakunya aktiviti pemuliharaan haiwan yang hampir pupus iaitu TAPIR*korang tau tak bahawa TAPIR ni merupakan ikon kepada Hulu Selangor. Ada beberapa ekor Tapir telah di tempatkan disini, dimana ianya datang dari beberapa tempat berlainan di sekitar negara kita Malaysia. Ada juga diantara anak Tapir dari tragedi kematian ibu dari hutan negeri Pahang.


Pusat Pemuliharaan Tapir ini diwujudkan untuk menyediakan perlindungan bagi Tapir pelarian khususnya, penjagaan Tapir baka, menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan mengenai tapir dan untuk menjadikan sebagai pusat rujukan bagi Tapir di negeri Selangor. Apapon Pusat Pemuliharaan Tapir ini tidak dibuka kepada tontonan umum kerana atas sebab-sebab tertentu.


Selain dari kewujudan spesis Tapir, disini juga ada mempunyai Crocodile Farm yang mana ianya dijaga dalam habitat asal yang berpagar.

Kredit Foto : Akugraphy

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.


BUFET RAMADAN ALA MOROCCAN DI INTEKMA SHAH ALAM

$
0
0
BUFET RAMADAN ALA MOROCCAN DI INTEKMA SHAH ALAM | Kepada warga Shah Alam dan lembah klang khususnya, yang mencari tempat berbuka best dan bufet ramadan murah, kami di Projek Travel ingin mencadangkan anda untuk apa rasakan sendiri keenakan juadah hidangan masakan melayu dengan suasana Ala Moroccan di INTEKMA Resort & Convention Centre ( IRCC)


Selain tarikan suasananya yang menarik dan unik, hidangan resipi Melayu pasti menaikkan deria rasa dan membangkitkan selera anda tatkala menikmati hidangan yang tersedia

Antara yang mesti cuba di sini adalah Nasi Beriani Kari Kepala Ikan , Perut gulai, Ayam Panggang, Kambing Bakar, Sotong Berempah dan banyak lagi juadah makanan yang lazat disediakan khas untuk santapan anda






Jika anda berada di INTEKMA , jangan risau kerana pelbagai kemudahan seperti ruangan tempat kereta yang luas, ruangan solat muslimin dan muslimah, kaunter pembayaran zakat, dan kemudahan kenderaan buggy turut disediakan.

Mengenai harga buffet , bagi dewasa adalah RM 55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak - kanak yang berumur 6 - 12 tahun. Berita baik untuk anda yang membuat tempahan awal , kerana anda boleh mendapatkan harga early bird dengan serendah RM 45.


Dan kepada warga Uitm ,anda layak mendapat potongan diskaun 10% apabila menikmati juadah disini 

Untuk tempahan : 
03- 55225009 / 5001 / 5222 / 5066 

Website : 

BERBUKA PUASA DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

$
0
0
BERBUKA PUASA DI SUMMIT HOTEL SUBANG USJ | Ramadhan sudah melepasi separuh bulan. Sudah pasti ramai yang akan mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga teman sepejabat. Tidak kurang juga kepada badan-badan korporat yang ingin mengadakan majlis Iftar bersama staff atau meraikan bersama anak-anak yatim.

Berbuka puasa di Summit Hotel Subang USJ

Kali ini, Projek Travel ingin berkongsi satu lagi lokasi untuk anda berbuka puasa. Lokasi yang dimaksudkan adalah di Summit Hotel Subang USJ. Hotel ni terletak di USJ 1, Subang Jaya. Kalau nak datang sini boleh gunakan Highway Kesas, NKVE, ELITE ataupun LDP Highway

Berbuka puasa di Summit Hotel Subang USJ

Dengan bertemakan Citarasa Selera Kampung, pihak Summit Hotel Subang USJ menyediakan lebih 100 menu sajian warisan Melayu, Cina dan India yang bertempat di Oceania Buffet Restaurant. Menu-menu ini akan ditukar setiap hari agar memberi kelainan kepada pelanggan dan semua menu adalah Halal. Antara menu yang disediakan di sini adalah :

Appertizer / Salad

  1. Ulam-ulaman
  2. Sambal Gesek
  3. Sambal Mangga
  4. Bambal Belacan Melaka
  5. Sambal Belimbing
  6. Sambal Bilis Tempoyak
  7. Sambal Petai Bersantan
  8. Sambal Tempoyak Bergoreng
  9. Kerabu Kacang Botol
  10. Kerabu Daging Panggang
  11. Kerabu Ikan Kembung
  12. Kerabu Betik Muda
  13. Kerabu So Hoon
  14. Kerabu Cendawan
  15. Kerabu Jantung Pisang


Main Course (Hidangan Utama)

  1. Udang Masak Lemak Tempoyak
  2. Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum
  3. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh
  4. Gulai Telur Itik dengan Pucuk Ubi
  5. Sambil Tumis Sotong dengan Petai
  6. Gulai Ayam Nangka Muda
  7. Lala Kukus Serai
  8. Gulai Kambing Utara
  9. Siput Sedut Masak Lemak Keladi
  10. Gulai Kawah Daging Tetel
  11. Chicken Tandoori
  12. Lamb Varuval
  13. Kerala Fish Curry
  14. Wok-fried Squid with Dried Chili
  15. Wok-fried Beef with Ginger and Braised Mushroom with Vegetables


Rice

  1. White Rice
  2. Nasi Hujan Panas
  3. Nasi Kerabu
  4. Nasi Minyak Kismis
  5. Lotus Fried Rice
  6. Nasi Dhall
  7. Nasi Briyani Karala
  8. Pineapple Fried Rice
  9. Nasi Tomato
  10. Nasi Ulam
  11. Nasi Kebuli


Noodles

  1. Mee Hoon Soto
  2. Mee Rebus
  3. Laksa Johor
  4. Laksa Penang
  5. Laksa Lemak
  6. Laksa Kedah
  7. Kuey Teow Cantonese
  8. Fried Mee Mamak
  9. Spaghetti


BBQ

  1. Sup Istimewa
  2. Roasted Lamb
  3. Ikan Bakar
  4. Kepak Ayam Madu
  5. Murtabak Ayam dan Daging
  6. Lemang dan Ketupat dengan rendang
  7. Tauhu Sumbat
  8. Bergedil Kentang
  9. Sayur Pecal
  10. Rojak Buah
  11. Pasembur
  12. Gado gado
  13. Rojak sotong


Kuih Muih dan Desserts

  1. Kuih Cek Mek Molek
  2. Buah Melaka
  3. Puteri Mandi
  4. Pengat Pisang
  5. Bubur Pulut Hitam
  6. Pengat Keladi
  7. Pulut Kukus dengan Serawa Durian
  8. Apam Balik
  9. Pulut Mangga
  10. Ubi Kayu dan Keledek Rebus
  11. Puding roti
  12. Sago Tembikai Susu
  13. Lin Chee Kang
  14. ABC
  15. Cendol


Drinks Corner

  1. Air Sirap Selasih
  2. Air Bandung Cincau
  3. Air Teh Bunga
  4. Air Limau Kasturi
  5. Air Katira
  6. Air Mata Kucing
  7. Air Kasturi Asam Boi
  8. Air Keladi
  9. Air Jagung Madu
  10. Air Kelapa Laut
  11. Air Jambu Asam
  12. Soya Bean
  13. Air Cincau
  14. Teh Tarik
  15. Nescafe Tarik

Berbuka puasa di Summit Hotel Subang USJ

Bagi yang ingin menginap di hotel selepas berbuka, Summit Hotel Subang USJ ada menawarkan Promosi Pakej Bilik & Bufet Ramadan di mana pelanggan boleh mendapat pakej untuk tinggal di hotel sekali dengan bufet ramadan dan sahur.

Promosi Pakej Bilik & Bufet Ramadan
Tarikh : 8 Jun - 1 Julai 2016
Harga : RM198 bersih termasuk 6% GST
Pakej : bilik penginapan + sahur/sarapan + bufet ramadan

Berbuka puasa di Summit Hotel Subang USJ

Manakala harga untuk berbuka puasa di Summit Hotel Subang USJ adalah seperti berikut :

Harga Buffet Ramadhan Summit Hotel Subang USJ 2016

Berbuka Puasa :
RM78 nett dewasa
RM48 nett kanak-kanak (bawah 12 tahun)
(harga termasuk 6% GST)

PROMOSI DI GROUPON.MY
Buffet from Jun 8 – Jun 12 for RM38 instead of RM78
Buffet from Jun 13 – Jul 1 for RM55 instead of RM78
Link : groupon.my

Anda berpeluang untuk memenangi Cabutan Bertuah yang menawarkan beberapa hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu Satu Pakej Umrah tajaan oleh Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan promosi boleh rujuk bawah ni :

Alamat :
OCEANIA BUFFET RESTAURANT
SUMMIT HOTEL SUBANG USJ
Persiaran Kewajipan,
USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya

Tel:
03-8023 2233

Email:
oceania@summithotel.com.my

Website:



NEGERI MELAKA | JONKER WALK NIGHT MARKET

$
0
0

JONKER WALK NIGHT MARKET adalah pasar malam mingguan yang berlaku di sepanjang Jalan Hang Jebat, iaitu jalan utama melalui bandar Melaka. Ia terletak dalam zon teras Tapak Warisan Dunia Melaka UNESCO.


JONKER WALK NIGHT MARKET telah di ilhamkan oleh lembaga pelancongan tempatan, bertujuan untuk membawa kehidupan pada waktu malam. Ianya dibuka seawal jam 6 petang dan ditutup sehingga 12 lewat malam.


JONKER WALK NIGHT MARKET juga cukup dikenali di seluruh dunia di kalangan pengumpul barangan antik sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mendapatkan dan tawar-menawar untuk barangan antik.


Baru-baru ini, gelombang baru kafe-kafe dan kedai-kedai kraf telah diwujudkan di jalan ini, menjadikan tempat ini lebih komersial dan tempat tumpuan utama pelancong jika ke negeri Melaka.

Kredit Foto :Akugraphy


Viewing all 507 articles
Browse latest View live