Quantcast
Channel: Projek Travel
Viewing all 507 articles
Browse latest View live

SANTAI, 'CHILL'& BERGAYA DI PERHENTIAN ISLAND RESORT!

$
0
0

Percutian team Projek Travel ke Pulau Perhentian kali ini disambut dengan kilauan lautan tenang di sepanjang perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Jeti Perhentian Island Resort di Pulau Perhentian Besar. Sebelum itu, teamProjek Travelsinggah sebentar di Lapangan Terbang Sultan Muhammad Kota Bharu, Kelantan usai mendarat dengan penerbangan Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).



KehadiranProjek Travelyang memenuhi undangan khas Perhentian Island Resortnyata berbaloi apabila kami disajikan dengan tawaran aktiviti laut yang cukup 'interesting' antaranya bersnokel di batuan karangan indah yang terletak di pulau berhampiran resort ini. Malah, di sepanjang pantai berhadapan resort ini adalah tempat popular sang penyu bertelur.


Terdapat hampir 30 ekor penyu di lautan sepanjang pantai resort ini sahaja!



Ketibaan hari pertama team kembaraProjek Travelmembawa 5 arjuna mengelilingi kemudahan yang terdapat diPerhentian Island Resort. Menjelang malam, aktiviti sang arjuna mulai tertumpu kepada perkongsian sembang pantai di cafe yang terbina di sepanjang pantai di Pulau Perhentian Besar. Deruan perlahan ombak disapa bayu malam nyata mengasyikkan untuk sang pengembara yang menginap di sini, Kedudukan strategikPerhentian Island Resortyang terletak di lengkungan terlindung memberi nilai tambah romantis buat pengunjung di sini.



Hari kedua, teamProjek Travelmulai meneroka dunia dasar laut di lautan lepas menerusi aktiviti snorkel. Usai penerangan ringkas oleh Diyana (sea-guide bertugas), bot laju yang membawa rombonganProjek Travelterus menongkah ombak ke tengah lautan sebelum berhenti di Tokong Burung, sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran Pulau Rawa untuk aktiviti snorkel.


Penerangan ringkas oleh Diyana (sea-guide bertugas)

Keindahan dunia dasar laut nyata seperti di alam fantasi - keindahan karangan yang terlindung bak taman rahsia menawarkan suasana tenang yang pasti mengujakan!


Pengembaraan diteruskan dengan hentian snorkel di perairan Pulau Rawa. Di sini, kawanan anak jerung menanti mereka yang gemarkan pecutan adrenalin! Malah, anda mungkin terserempak dengan Parrot Fish yang cukup besar di sela arus ombak yang agak deras. Namun, berhati-hati agar tidak tertarik ke tengah lautan dek arus yang tidak menentu. Penat berhempas-pulas di Pulau Rawa, teamProjek Traveldibawa kembali ke perairan sekitarPerhentian Island Resortuntuk menyaksikan penyu. Kami cukup beruntung apabila seekor penyu agar sedang berenang santai di permukaan lautan betul-betul di hadapan pantai resort ini.


Tambah menarik, demi memastikan kelangsungan produk pelancongan Pulau Perhentian yang baik dan berpanjangan, satu kawasan Penetasan Penyu telah ditubuhkan pada 7 Mei 2016 lalu oleh pihak pengurusanPerhentian Island Resortdengan sokongan Jabatan Perikanan Malaysia. Terletak di sebelah Pusat Aktiviti Laut (Sea Sports Centre), kawasan Penetasan Penyu ini dijaga oleh sekumpulan pekerja dari pelbagai jabatan di resort ini yang dikenali sebagai “Turtle Warrior” atau “Pendekar Penyu”. Nah, menarik bukan? Semua ini demi memastikan kelangsungan hidupan penyu di perairan berhadapan resort ini!


Setelah menikmati buffet makan tengah hari di resort, teamProjek Travelsekali lagi dibawa melakukan aktiviti snorkel, namun kali ini lebih berhampiran dengan resort - Taman Negara Laut Pulau Perhentian dan sekitar Batu Nisan, Perhentian Kecil. Pelbagai ikan kecil pelbagai warna termasuk spesis Nemo yang menjadi perhatian ramai boleh dilihat di sini.


Pilihan juadah enak secara buffet gabungan ciri East Meet West pastinya membuka selera pengunjung. Buffet yang disediakan sebanyak 3 kali sehari iaitu pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam pastinya berbaloi buat santapan setelah seharian berhempas-pulas di laut lepas.

Untuk yang gemarkan percutian santai, chill dan bergaya;Perhentian Island Resortmenawarkan keseluruhan pakej terbaik buat anda! TeamProjek Travelreally enjoy our short gateway trip here, sangat ohsemm!

Layariwww.perhentianislandresort.net untuk maklumat lanjut berkenaan resort hebat ini. Jangan lupa juga untuk teroka hashtag #PTxPerhentianResort untuk melihat gambar-gambar kami di sana!

Foto byAkugraphy


10 SEBAB ANDA BOLEH LUPAKAN MALDIVES, AND MERSING HERE WE COME!

$
0
0

Team Projek Travel sekali lagi menjengah pulau-pulau indah di perairan Malaysia! Dan siapa sangka, Maldives Malaysia terletak nun saujana kebiruan di selatan tanah air! Nah, keterujaan melanda pabila mengetahui bandar pesisir pantai Mersing di Johor menyajikan kawanan pulau privasi hebat dikelilingi lautan karang indah seolah berada di Maldives!

Here, a teaser to tease you. Scroll my profile for more photo teasers. Hehe 😎 . Eksplorasi Kepulauan Mersing oleh OH JALAN, bersama Travel Bloggers jemputan - Penganjur: @ohjalan Penaja kenderaan: KLEZCAR (HQ) / 1-300-88-4040 Penaja penginapan: Hotel Bluewater, Mersing / 07-798 2846 Penaja makanan: Hentian Bendang, Air Papan / 019-773 6655 Penaja tshirt: Print DTEE Studio, Kemaman / 014-514 1022 #ohjalan #ohjalanXkepulauanmersing #gayatravel #projektravel #instatravel #tourkaki #travel #traveller #traveldiaries #wanderlust #travelawesome #travelstagram #malaysiantraveller #gengsukatravel #alwaysatraveller #beyondtravels #islands #goasean #travelblogger #bloggerlife #surroundmewithwater #livetravelchannel #lovetheworld #travelslifee #welivetoexplore #dekatje @gpmofficial @gopro_jb #naktravel
A video posted by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on


Hasil kembara Projek Travel bersama keseluruhan 10 bloggers, trip tajaan oleh OH JALAN ini singgah di 6 destinasi pulau sekitar perairan Mersing, Johor dan apalagi, snorkelling menjadi aktiviti wajib di setiap hentian pulau!

Dan kenapa kami kata anda dah boleh lupakan pulau Maldives selepas ini?

1#. PULAU HARIMAUKepulauan Mersing adalah syurga buat photo traveller! Keindahan Pulau Harimau yang unik (seluruh pulau cuma dihiasi tompokan lumut) cukup membuatkan anda rasa kagum seolah berada di dunia fantasi! Dan biarkan minda anda terus berkarya seperti dongeng filem apabila mendekati beberapa gua paras laut di sekitar pulau ini!

Pulau Harimau

2#. PULAU GUAL | Keindahan pasir memutih yang berpadu dengan pintu laut (terowong gua) di Pulau Gual pasti memukau pandangan sang traveller! Malah, anda boleh mengintai hingga ke dasar laut untuk momen foto yang unik!

Pulau Gual

3#. PULAU MENSIRIP | Salah satu gugusan kepulauan indah di sekitar perairan Mersing; keindahan gua dan pesisir pantai berbatu ideal untuk momen indah tanpa gangguan kehadiran sesiapa. Pemandangan dari atas bot sahaja cukup untuk menimbulkan suasana tenang sambil melayani hempasan ombak di pesisir batuan.

Pulau Mensirip

4#. PULAU HUJUNG | Syurga terbaik buat sang fotografer! Keindahan dasar laut yang sesuai untuk aktiviti snorkelling dan dihiasai karangan laut yang memukau pasti memacu adrenalin pengunjung. Alami kelincahan kawanan ikan yang bermain di celahan kejernihan laut membiru yang sentiasa tenang tanpa ombak besar! Buat yang mahu bersantai, kelembutan pasir putih berlatar-belakangkan rumah kayu usang yang ditinggalkan lama dahulu mampu menambah seri unik kepada koleksi foto menarik anda!

Pulau Hujung

Kejernihan air di Pulau Hujung

5#. PULAU TENGAH | Salah satu lokasi snorkelling wajib bagi yang mahu menikmati keindahan dunia bawah laut. Usai snorkel, berehat di kawasan batuan dengan susunan geografikal unik sambil mengumpul semula tenaga. Buat photo traveller, nah ini antara daratan pulau menarik yang boleh diabadikan dalam lensa kreatif anda!

Pulau Tengah

6#. PULAU BESAR | Pit stop terakhir kembara bersama OH JALAN singgah di Pulau Besar ini yang dijaga dengan baik. Pasir pantai lembut selain pemandangan lautan biru yang terdampar luas pasti mengalihkan perhatian sang pengembara dari kesibukan hal dunia. Pantai privasi dengan kemudahan resort lengkap bersama restoren dan kolam renang pastinya hentian ideal terakhir untuk rakaman momen indah yang menakjubkan - mahu kenangan di Maldives? Nah, inilah Maldives Malaysia!


7#. Dengan kos serendah RM168 seorang, anda boleh meneroka kesemua pulau ini sepuasnya dalam lawatan yang cukup privasi! Macam percutian mewah, bukan? Dan pastinya anda tak perlu lagi terbang jauh ke Maldives untuk mendapatkan shot menarik, semuanya di dalam negara!


8#. Percutian di sekitar kepulauan Mersing memang awesome! Bilangan pelancong yang terhad (tidak ramai), pantai privasi di kesemua pulau, lautan karang yang terjaga baik selain bilangan bot laju / pelancong yang jarang berselisih di kawasan pulau (bilangan bot yang minima) pastinya membuatkan percutian anda paling selesa di dunia! Tak perlu membayar mahal untuk menikmati kesemua kemudahan ini!


9#. Maldives oh Maldives! Kini lautan biru menghijau, malah kejernihan 100% sehingga ke dasar laut boleh dirakamkan hanya di Kepulauan Mersing, Johor! Perjalanan 4 jam dari Kuala Lumpur atau cuma 30 minit menaiki bot dari jeti Mersing pastinya pengalaman berbaloi buat photo traveller seperti anda!


10#. Buat yang senantiasa on the move, lawatan sehari suntuk sudah memadai sekiranya anda mahu merakamkan momen lensa menarik di sekitar kepulauan Mersing ini. Jadi, tak perlu ambil cuti panjang (cukup over the weekend) untuk menikmati keindahan Maldives Malaysia!

Rujuk hashtag kami di #OhJalanXKepulauanMersing untuk melihat banyak foto menarik.


Untuk maklumat lanjut pakej percutian murah ke Kepulauan Mersing, layari www.ohjalan.com!

Jangan lupa singgah di Maldives, Malaysia!

Penganjur Trip:

Penaja kenderaan:
KLEZCAR (HQ) / 1-300-88-4040

Penaja penginapan:
Hotel Bluewater, Mersing / 07-798 2846

Penaja makanan:
Hentian Bendang, Air Papan / 019-773 6655

Penaja tshirt:
Print DTEE Studio, Kemaman / 014-514 1022

TEMPAT MENARIK DI GUA MUSANG KELANTAN

$
0
0

Bagi anda yang masih ingat, pada Disember 2014, negara dikejutkan dengan peristiwa Banjir Besar yang melanda pantai timur. Yang teruk terjejas adalah Gua Musang Kelantan. Hampir kesemua bandar ini digenangi air.



Hari ini Gua Musang kembali normal dengan pelbagai kemudahan dan tarikan giat dijalankan bagi menarik minat pelancong mengenali sendiri Gua Musang , Kelantan



Sempena dengan Kembara Eko Kelantan 2016 , Tourism Malaysia Kelantan telah menjemput Projek Travel untuk bersama – sama terokai pelancongan eko yang terdapat di Gua Musang. Kepada anda yang ingat Gua Musang masih lagi lumpuh, ternyata silap.

Jadi dikesempatan ini kami ingin berkongsi antara tempat menarik di Gua Musang yang boleh anda kunjungi

1.       Kesedar Inn

Mungkin anda hairan kenapa kami di senaraikan Kesedar Inn sebagai salah satu tempat menarik di Gua Musang. 




Selain menjadi pilihan hotel di Gua Musang, anda juga harus melihat kesan – kesan banjir di bangunan ini yang terjejas teruk akibat banjir. 

paras air banjir yang pernah melanda di kawasan hotel ini 




80% daripada hotel ini telah  rosak teruk dan ada diantaranya tidak dapat dibaiki. Kesannya anda masih lagi boleh lihat sebagai tatapan sejarah sejak 2014 .

2.       Taman Etno Botani



Taman Etno Botani atau Taman Mini Herba ini terletak di belakang Kolej Poly Tech MARA Kesedar.  







Kawasan seluas 35 Hektar ini merangkumi tanaman herba sebagai tarikan utama. 500 jenis tanaman herba bakal dipenuhi di dalam Taman Etno Botani ini.


kemudahan spa yang disediakan disini






Selain itu terdapat juga aktiviti rock climbing, abseiling& repelling, spa dan khabarnya bakal dibuka adalah mini taman tema air. Kesemua fasiliti disini sedang rancak dibina dan dibaik pulih. Jadi adalah dinasihat jika anda membuat temu janji dahulu sebelum datang ke sini.

Untuk maklumat lanjut hubungi  Ketua Unit Taman Etno Botani, Tuan Hj Mohd Khairuddin Abu Bakar : 014 – 831 9600

3.       Gua Musang

Kalau nak tahu asal usul Gua Musang, anda kena datang sendiri ke Gua Gua Musang yang terletak berhampiran stesen keretapi lama Gua Musang. Malangnya kunjungan kami kesini tidak bernasib baik kerana gua ini tidak dapat masuk atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, khabarnya asal usul gua ini kononnya terdapat batu yang berbentuk musang di dalam gua ini

4.       Stesen Keretapi Lama Gua Musang



Stesen ini sudah ditutup sejak 2014. Selepas banjir teruk yang melanda Kelantan, stesen ini tidak lagi berfungsi dan kini menjadi salah satu peninggalan sejarah.






 Bagi anda yang sukakan fotografi, mungkin ini salah satu spot yang terbaik untuk mengambil gambar

5.       Tokong Swee Nyet ( Tokong Mek)

Terletak kira – kira 15km dari Bandar Gua Musang, Tokong Swee Nyet atau Tokong Mek yang  berada di Kampung  Pulai ini merupakan salah satu peninggalan sejarah Malaysia yang ada di Gua Musang. Merupakan penempatan asal orang Cina yang pertama di Negeri Kelantan kira – kira 500 tahun yang lalu.




Dikatakan kedatangan orang – orang Cina ke Pulai Gua Musang pada 1249 kerana Laksamana Cheng Ho bermimpi menjumpai emas yang banyak




Asal usul nama Tokong Swee Nyet ini kerana di dalam tokong ini terdapat gambar lukisan  Tokong Mek( Kuan Yin) yang dibawa oleh pengganut Buddha yang berhijrah ke Pulai Gua Musang. 

6.       Kampung Redip , Pos Hau Gua Musang

Menjadi antara tarikan yang unik di Gua Musang, Kampung Redip yang terletak di Pos Hau Gua Musang ini merupakan Perkampungan Orang Asli yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti khas untuk para pelancong termasuk kemudahan chalet.




Antara aktitivi yang menanti para pengunjung adalah demonstrasi masakan traditional, demonstrasi pemasangan jerat, demonstrasi menyumpit, permainan traditional, persembahan kebudayaan , Eksplorasi Bunga Rafflesia dan banyak lagi










Jadi itu antara senarai tempat menarik di Gua Musang Kelantan, pada next entry akan kami kongsikan mengenai Pengalaman Bermalam Di Perkampungan Orang Asli Hau, Gua Musang'

Jika diantara anda yang ada cadangan tempat menarik di Gua Musang, mungkin boleh cadangkan kami di Projek Travel! Nantikan next entry! 

Terima Kasih 
Tourism Malaysia 
Tourism Malaysia Kelantan 

PHILEA RESORT AND SPA, MELAKA RECEIVES THE GREEN HOTEL AWARD 2016

$
0
0

Philea Resort and Spa, Melaka was recognized for its commitment to the environment, receiving the Green Award at the ‘Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun 2016’ for hotel category, awarded by the Chief Minister of Melaka YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.


Receiving the trophy was the resort’s Executive Assistant Manager Connie Chin, awarded by the Chief Minister of Melaka.

The prestigious award adds to a list of green accolades that includes the Best Green Hotel by the state of Melaka and Top-10 Eco-Friendly Hotels by Agoda.com, applauding the outstanding environment efforts by the resort. 

The annual Green Award recognizes environmentally-conscious organizations that have shown excellence in green practices. The stringent judging criteria include energy and water efficiency, waste recycling, air quality management and environmental sustainability. 

The green ambassadors are appointed within the resort to promote the benefits of going green, cultivate moral values among the associates, conduct Corporate Social Responsibility (CSR) activities, execute and disseminate information related to environment conservation and sustainability.


“We are all thrilled to achieve second place in the significant Green Award for the hotel category at the ‘Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun 2016’. We strive to operate our resort with optimal efficiency as we are committed to pursuing a triple-bottom line approach of environmental, financial and social responsibility. We hope to inspire associates, guests and business partners to take action in the communities where we live and work,” said Connie Chin, the resort’s Executive Assistant Manager.

About Philea Resort & Spa, Melaka 

Philea Resort & Spa, Melaka is wholly owned and managed by Majestic Hotels & Resorts Sdn Bhd. It is located in a fast developing yet tranquil Ayer Keroh, Melaka. Philea Resort & Spa, Melaka offers a luxury resort experience with a total of 201 rooms, Philea Ballroom, meeting rooms, Oasis Square, refined food and beverage outlets, recreational facilities and services namely, outdoor landscaped swimming pool, gymnasium, sauna room, Philikidz and many more. Philea Resort & Spa, Melaka represents the perfect luxurious destination for a Truly Unique Experience.

PENGALAMAN BERMALAM DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

$
0
0

Buat anda yang sudah baca mengenaitempat menarik di Gua Musang , Kelantan, kali ini kami di Projek Travel ingin berkongsi mengenai pengalaman bermalam di Perkampungan Orang Asli  Kampung Redip.



Aktivti ini antara perancangan di dalam eko pelancongan Negeri Kelantan yang kini membangunkan tempat – tempat yang berpotensi sebagai tempat pelancongan.

Kampung Redip Pos Hau , Kuala Betis Gua Mudangterletak kira – kira 56 Kiometer dari bandar Gua Musang. Untuk ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan meredah jalan merah dan tidak berturap. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 2 Jam ini sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti off – roaddan lasak.



Walaupun jauh ke dalam, perjalanan anda ke sini berbaloi kerana ternyata aktiviti yang tersedia oleh Masyarakat Orang Asli disini segalanya menarik ! 







Bermula dari trekking ke Air Terjun Leurew , demonstrasi pemasangan jerat traditional , demonstrasi menyumpit dan masakan asli masyarakat orang asli sehinggalah ke persembahan sewang menanti anda


Mengenai penginapan chalet pula, ianya cukup menarik dan mengejutkan kami. Pada asasnya kesemua 12 chalet yang tersedia ini nampak biasa sahaja. Tetapi apabila anda melangkah masuk ke dalam chalet ini ternyata ianya sesuatu yang eksklusif.




Walaupun reka bentuk chalet ini masih lagi mengekalkan ciri – ciri rumah asal Masyarakat Orang Asli, namun kemudahan seperti bilik air , heater di dalam membuatkan segala – galanya selesa






Menariknya lagi mengenai chalet disini, disekelilingnya adalah rumah – rumah masyakarat Orang Asli. Jadi anda boleh berjalan – jalan di kawasan sekitar sambil mendalami gaya hidup Orang Asli Kampung Redip , Pos Hau




Pada sebelah malamnya pula, perkampungan di tepi sungai ini bakal ‘hidup’ kerana  anda bakal dihiburkan dengan persembahan sewangyang cukup menarik sebagai simbolik meraikan kedatangan tetamu ke perkampungan mereka




Selain dari budaya dan cara hidup mereka yang menarik , jangan lupa untuk dapatkan kraftangan Orang Asli Kampung Redipuntuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan apabila anda datang kesini

dakwat racun hitam pada lidi ini mampu menumbangkan seekor gajah 


Jangan lupa untuk mencuba sendiri sumpit ini 


Jadi buat anda yang inginkan ketenangan, jauh dari bandar dan ingin dekatkan diri dengan alam, destinasi Perkampungan Orang Asli Kampung Redip, Pos Hau Gua Musangadalah tempatnya

Terima Kasih Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Kelantan 

MENJEJAK SANG GERGASI DI GUA MUSANG KELANTAN

$
0
0

Sambungan dari entry Eko Kelantan Dekat Je 2016 baru – baru ini. Buat anda yang tidak tahu, terdapat banyak khazanah yang terdapat di Gua Musang Kelantan ini


 
Kunjungan kami di Projek Travel kesini sangat beruntung kerana kami berjaya menemui Sang Gergasi yang berada di Gua Musang,Kelantan. Sang Gergasi yang dikenali sebagai Bunga Rafflesiainisebenarnya jarang sekali dapat dijumpai di kebanyakan hutan

Ini kerana bunga yang terbesar di dunia ini memerlukan ciri dan kawasan habitat yang sesuai untuk tumbuh hidup. Bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk mekar kembang dan akan jangka masa hidup Bunga Rafflesia hanyalah selama seminggu
 
Bunga Rafflesiaini terdapat di Kampung Redip , POS Hau , Gua Musangdi bawah jagaan orang asli di sini.Ternyata eksplorasi kami berbaloi. Dikatakan untuk menemui Bunga Rafflesia ini, anda perlu dapatkan maklumat mengenai pertumbuhannya terlebih dahulu. Jika tidak kunjungan anda ke sini hanyalah sia – sia



Untuk kesini, anda perlu menaiki pacuan 4 roda dari Bandar Gua Musang ke Kampung Redip. Perjalanan off- road selama 2 jam ini tidak berhenti disitu sahaja. Sampai sahaja di kampung ini, anda perlu mendaki kaki gunung selama 40 minit untuk ke Taman Rafflesia




Setibanya kami disini, kelihatan beberapa kuntum Bunga Rafflesia yang masih belum kembang dan ada yang sudah mati. 


akar Bunga Rafflesia 




Hampa seketika kerana sangkaan kami ,tidak akan berjaya menjumpai Bunga Rafflesia yang mekar kembang

Namun begitu , sangkaan kami ternyata tidak tepat kerana ada sekuntum bunga yang sudah kembang. Walaupun tidaklah begitu besar mengikut saiznya yang asal namun kami tetap gembira dan bangga kerana berjaya menemuinya
 





Pada kami yang baru pertama kali melihat Bunga Rafflesia ini secara dekat, saiznya ini sudah cukup membuktikannya sebagai Bunga yang terbesar di dunia.  



Bagi anda yang ingin melihat Bunga Rafflesia ini, datanglah ke Gua Musang Kelantan kerana ada banyak fakta dan tempat menarik untuk diterokai !

Baca juga : 


Terima kasih 
Tourism Malaysia 
Tourism Malaysia Kelantan 


GAHARU TEA VALLEY TARIKAN BARU PELANCONGAN DI GOPENG

$
0
0


GAHARU TEA VALLEY TARIKAN BARU PELANCONGAN DI GOPENG | Jika di Cameron Highlands, kita boleh melihat seluas mata memadang ladang teh yang ada disana samada dari syarikat Bharat Tea atau dari syarikat Boh Tea

Tetapi di Gopeng Perak, lokasi yang diberi nama Gaharu Tea Valley akan kelihatan keadaan yang hampir sama seperti ladang teh tetapi disini pohon gaharu yang ditanam berteres-teres seperti di Cameron Highlands.

Ramai diantara kita termasuklah mereka yang tinggal dikawasan sekitar Gopeng Perak tidak mengetahui tentang kewujudan tempat yang boleh dijadikan salah satu lokasi perlancongan di Negeri perak


Bila melangkah masuk kekawasan Kebiasaannya kita lebih mengenali pohon gaharu akan menghasilkan wangian untuk kegunaan orang ramai. Tetapi siapa sangka pohon gaharu telah dijadi bahan lain untuk minuman dan juga produk makanan lain.  


Sekiranya korang datang ke ladang gaharu di Gaharu Tea Valley Gopeng Perak ini, korang akan tergamam dengan keunikkan cara penanamannya yang begitu sistematik. Apa yang diberitahu, kesemua baja dan racun yang digunakan disini adalah bersifat organik dimana tiada campuran bahan kimia pada penyediaan baja dan juga racun kawalan serangga.

Seperti yang diberitahun tipikal orang akan memikirkan pohon gaharu hanya boleh menghasilkan minyak gaharu dan juga getah gaharu. Terkini evolusi gaharu telah berubah menjadi pelbagai jenis produk seperti teh gaharu, mee segera gaharu dan juga biskut berperisa gaharu. 

Teh Gaharu
Teh Gaharu
Minyak wangi gaharu
Minyak wangi gaharu
Mee Segera Gaharu
Mee Segera Gaharu

Biskut Gaharu
Biskut Gaharu
Apa yang boleh diulaskan disini adalah lokasi perlancongan yang dirasa boleh dijual tidak sepatutnya diabaikan dan perlu dikongsi bersama pembaca untuk memeriahkan produk perlancongan seperti Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng Perak ini. 

Bagi korang yang ingin melawat Gaharu Tea Valley ni, ini ada disediakan informasi untuk kesana. 


GAHARU TEA VALLEY
Lot 9840, Mukim Sg. Teja
31600 Gopeng Perak
Malaysia

Telefon:
Tel: 05-3511 999
Fax: 05-3511 996



BERKAMPUNG DI DESA BALQIS KUALA LINGGI MELAKA

$
0
0


Desa Balqis ni terletak kat Kuala Linggi, Melaka *tak jauh dari Kuala Lumpur. Terdapat beberapa rumah tradisional melayu yang disewa untuk dijadikan penginapan. Kawasan yang luas seakan korang berada di sebuah kampung kejiranan rumah-rumah melayu lama.

keadaan pintu masuk utama dan ruang tamu

keadaan di ruang tamu

keadaan ruang dapur / makan

keadaan bilik tidur

keadaan bilik air


Suasana kedesaannya di tambahkan lagi dengan kewujudan padang permainan dengan pelbagai jenis permainan tradisi melayu seperti tarik tali, terompah gergasi, galah panjang dan banyak lagi. *sempat juga kami berpesta sukan rakyat pada sebelah petangnya.

Sebelum tu jom kita tengok Saharul Ridzwan berjoget dulu. hehehehe



permainan tradisi Teng Teng

permainan tradisi Galah Panjang
permainan tradisi Galah Panjang

permainan tradisi Terompah Gergasi
permainan tradisi Terompah Gergasi


permainan trades Tarik Tali


Walaupun ianya berkonsepkan desa, Desa Balqis ini juga turut menyediakan kemudahan seperti swimming pool yang besar, tempat makan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa.

foto dari page Desa Balqis

Bukan setakat itu sahaja, Desa Balqis juga berada berdekatan dengan pantai dan cantik untuk dijadikan sebagai lokasi untuk photoshoot.


Untuk ketahui lebih lanjut tentang Desa Balqis ni, korang boleh terus usla facebook page diorang di https://www.facebook.com/DesaBalqisBeachResort/ .



TARIKAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG

$
0
0
TARIKAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG | Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Bukit Gambang Resort City yang terletak di Kuantan Pahang ni? Jika belum, jom kita tengok apa yang menarik mengenai lokasi ini. Mana tahu ia akan menjadi destinasi pilihan anda utuk cuti yang akan datang memandangkan lokasi ini amat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City - merupakan satu destinasi yang mempunyai "Multiple Attraction in One Location". Lokasi ini terletak 218km dari Kuala Lumpur dan 35km sebelum Bandar Kuantan. Lokasi ini juga senang untuk diaccess melalui lebuhraya Pantai Timur dengan menggunakan Exit 830 Gambang. Berikut adalah antara tarikan yang ada di Bukit Gambang Resort City berdasarkan pengalaman Team Projek Travel semasa berada di sana.

Bukit Gambang Safari Park

Berkeluasan 138 ekar, Bukit Gambang Safari Park merupakan Zoo Safari Park terbesar di Malaysia. Kawasan ini dibahagiakan kepada dua iaitu Drive-Through Zone di Wild Savannah dan Walking Zone di Simba Hill Plaza. Pelbagai jenis binatang ditempatkan di sini mengikut kategori. Antaranya ialah White Lion atau singa putih, harimau, badak air, gajah, burung kasawari dan lain-lain di bahagian Wild Savannah manakala di bahagian Simba Hill pula ada pelbagai jenis burung, monyet, ikan, ular dan macam-macam lagi yang diletakkan di dalam bangunan bertingkat. Bukit Gambang Safari Park amat sesuai dikunjungi seisi keluarga di mana di sini ibu bapa boleh mendidik dan mengajar anak-anak mengenai spesis haiwan.

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Simba Hill Plaza

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Boleh sembang dengan White Lion.. hehe

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Walking Zone di beberapa kawasan Simba Hill Plaza

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Trem disediakan untuk ke Wild Savannah 

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Team Projek Travel menuju ke Wild Savannah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Melihat haiwan secara dekat di Wild Savannah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Comel kan badak air tu

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Kawasan gajah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Singa sedang berehat

Bukit Gambang Active Academy

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, korang boleh melakukan aktiviti lasak di Bukit Gambang Active Academy. Lokasi ini jugak sesuai bagi mana-mana agensi yang inginkan tempat untuk mengadakan Team Building kerana ia mampu untuk menampung 500 orang dalam satu masa. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah :

  • Aerial and ground obstacle courses
  • Paintball target shooting
  • Ground and pool telematches
  • Paintball warzone
  • Jungle trekking
  • ATV off road
  • Sky trail - 9 Elements
  • ATV fun ride (Day & Night)
  • Sky trail - Flying fox
  • Paintball warzone
  • Horse riding
  • Mini sky trail
  • and others that may require customization.

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Kawasan untuk aktiviti lasak

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Menaiki ATV

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Memanah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Flying Fox

Bukit Gambang Water Park

Tidak lengkap rasanya kalau pergi ke Bukit Gambang Resort City tetapi tidak menjejakkan kaki ke Bukit Gambang Water Park. Begitu la yang terjadi kepada kami Team Projek Travel. Rasa rugi sesangat sebab tak dapat masuk tempoh hari. Ini kerana jadual kami tempoh hari padat jadi tak sempat nak ke situ. Hanya mampu pandang dari kejauhan je. Tapi tak pe, kami kongsikan juga kemudahan yang ada di sini.

  • 6-Lane Racer
  • Aqua Play
  • Kids Slides
  • Wave Pool
  • Penguin Island
  • Cabana Coco Beach
  • Glacier River

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Kids Slides

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Aqua Play

Sebenarnya banyak lagi tarikan yang ada di sini. Bagi anda yang berminat untuk bercuti ke Bukit Gambang Resort City, kini mereka mebuat promosi sempena MATTA FAIR. Promosi ini dilanjutkan sehingga 30 September 2016. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info di bawah :


Laman web :

Facebook : 

Telefon :
03-8941 9898 (Office Hours Only)

Email :
sales@bgrc.com.my




PENGINAPAN MURAH, GAYA MEWAH DI HOMESTAY AMNAHOME PERTH UNTUK RAKYAT MALAYSIA!

$
0
0


Kembara team Projek Travel kali ini singgah di benua besar Australia yang cukup terkenal dengan haiwan signature Koala&Kangaroo! Destinasi percutian santai memilih bandar Perth sebagai lokasi penginapan (dan jalan-jalan!) selama 4 hari 3 malam. Pilihan tarikh di awal minggu September 2016 cukup mempertemukan kami dengan transisi musim sejuk ke musim bunga, menggigil juga dengan suhu yang jatuh sehingga ke 4 darjah celcius!


AmnaHome yang terletak di Mantra, Murray Street, Perth (tengah-tengah kota besar Perth) nyata pilihan terbaik untuk kembara kali ini. Nah, kami nyatakan 8 sebab kenapa anda perlu memilih AmnaHome kalau berkunjung ke Perth!

SEBAB 1

Lokasi paling strategik, terletak di tengah-tengah bandar besar Perth! Hanya 5 minit berjalan kaki ke Stesen Sentral TransPerth - mudah untuk ke mana-mana bandar berdekatan lain! Malah, korang boleh berjalan kaki ke banyak tarikan pelancongan di sekitar bandar ini. Makanan halal pun mudah didapati di pelbagai restoren sekitar AmnaHome.


Restoren makanan melayu halal paling murah di Perth.


SEBAB 2

Akses mudah ke pengangkutan awam! Haa, bukan sahaja tren dan lrt, malah korang boleh menaiki bas percuma CAT untuk pusing-pusing Perth! Hentian betul-betul berhadapan AmnaHome ni. Tak perlu menapak jauh untuk dapatkan bas percuma. Jimat kos bukan?



SEBAB 3

Homestay lengkap! Ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur tambahan, bilik air yang cukup besar dengan bathtub panas, dapur lengkap dengan ketuhar dan perkakasan memasak *hotel biasa tak boleh memasak, kan?, termasuk mesin basuh & pengering pakaian *tak perlu dobi dah dan parkir kenderaan percuma di tingkat bawah tanah; fuh! Korang boleh datang ke Perth dengan berlenggang sahaja, bahan mentah halal boleh dibeli di pasaraya Coles yang terletak berhadapan AmnaHome ni jer.


Ruang tamu yang dilengkapi set sofa, heater, penghawa dingin, tv, meja makan dan sebagainya.

Bilik tidur utama dilegkapi katil queen size, almari dan sebagainya.

Bilik ke dua yang dilengkapi katil single dengan tambahan katil mudah alih dan inflatable bed *atas permintaan.

Kelengkapan masak seperti pinggan mangkuk, gelas, oven, microwave, peti ais dapur elektrik dan macam-macam lagi.

Bilik air yang cukup besar dengan bathtub panas.

Kelengkapan mesin basuh & pengering pakaian

SEBAB 4

Privasi! Yes, perkara paling penting pabila berada di luar negara. Terletak di tingkat atas, jelas hiruk pikuk suasana bar jalanan di bawah tidak akan menganggu ketenteraman korang. Malah, akses lif dan pintu berkad memastikan keselamatan barangan terjaga dengan selamat. 


SEBAB 5

Pemandangan atas bandar Perth dari tingkat 11 yang sangat awesome! Wow, serius cantik. Korang boleh bergaya di balkoni AmnaHome ni berlatar-belakang bandar Perth, lagi cun kalau guna kamera lasak GoPro!

Bahagian beranda unit AmnaHome di Mantra, Murray Street


SEBAB 6

Harga homestay murah berlokasi di tengah bandar Perth! Hah, memang tidak disangkal dengan harga serendah AUD165 semalam, homestay ini boleh memuatkan sehingga 6 orang (untuk keselesaan optimum) *lokasi ideal untuk korang yang datang travel secara berkumpulan. Masa mendaftar masuk adalah pada jam 2 petang dan mendaftar keluar pada hari akhir adalah jam 12 tengah hari.


SEBAB 7

Istimewa buat pemburu Pokemon Go! Pelbagai spesis rare boleh ditemukan dengan hanya berjalan kaki (nak merangkak juga dialukan) dari bilik tidur ke ruang tamu di dalam AmnaHome! Nak lebih banyak, kenalah turun ke lobi homestay ini, pasti korang berpuas hati dengan tawaran spesis Pokemon yang tidak didapati di Malaysia (tips: dapatkan Kangaskhan di luar lobi homestay ini)


SEBAB 8

Layanan staff AmnaHome yang sangat friendly. Nah, untuk yang pertama kali ke Perth; bantuan mereka pasti diperlukan. Anak muda Malaysia yang bertugas di sana tidak lokek berkongsi segala macam tips dan tempat makan halal serta murah di Perth! Malah, korang boleh dapatkan bantuan mereka pada bila-bila masa, serius cukup baik! Sudah semestinya tidak akan wujud masalah komunikasi semasa korang melakukan tempahan atas talian mahupun semasa check in di sana kerana mereka juga boleh berbahasa Melayu.


Untuk tempahan bilik korang boleh terus hubungi mereka di +61402 966 473 atau email ke reservation@amnahome.com.


TONTON MACAM VIP BERSAMA SAHARUL RIDZWAN DAN MIA AHMAD

$
0
0
Tonton Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad | Bagi yang terlepas pandang, baru-baru ini portal video nombor satu Malaysia iaitu tonton yang mencatat rekod lebih daripada 5.9 juta pelanggan telah berjaya mencipta era baharu yang melanda dunia hiburan tanah air kita dengan menyajikan pelbagai filem dan drama tempatan dan antarabangsa.



Ya. Untuk pengetahuan korang semua, dua selebriti popular iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad telah dilantik sebagai duta tonton bagi program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016 yang lalu. Selain itu, tonton juga melantik Soo Wincci dan Henley Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina. Rata-rata sudah ramai yang mengenali portal tonton video iaitu tonton. Baru-baru ini, beberapa program eksklusif untuk  Hari Kebangsaan telah disediakan seperti It's A Date, Cinta Roller CoasterdanSecret Lover. Selain itu, program eksklusif tonton seperti Hijab Chic yang menampilkan Mia Ahmad sebagai selebriti di dalam rancangan tersebut, Crazee Stupid Stuff menampilkan Sharifah Amani sebagai hos dan melakukan perkara diluar jangkauannya, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis dimana anda tidak boleh lepaskan dan wajib tengok.



Bagaimana cara untuk anda tengok rancangan ini?
  • Anda boleh melanggan pakej VIP terbaharu serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan.

Pelan langgan VIP bermula:-
  • RM3 - Sehari
  • RM5 - Seminggu
  • RM10 - Sebulan
  • RM96 - Setahun


Beberapa minggu lalu, kami team projek travel berpeluang turut serta semasa 'Sidang Media Tonton Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad' . Kami juga berpeluang beriadah bersama barisan crew-crew tonton dan selebriti yang hadir. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak tonton kerana sudi menjemput team projek travel tempoh hari. Bukan itu sahaja, kami pun berpeluang menginap di Desa Balqis Kuala Linggi,Melaka yang ditaja oleh tonton. Terima kasih sekali lagi kerana beri kami peluang bersama-sama memeriahkan majlis sidang media ini. Tema yang diketengah pada tempoh hari adalah #BerkampungMacamVIP . Sesungguhnya segala aktiviti yang disediakan serta penginapan membuatkan kami teringat pada kampung masing-masing serta aktiviti 20 tahun lepas. 


Barisan artis bersama crew tonton semasa aktiviti riadah 
Kelihatan Ruhainies dan Saharul Ridzwan semasa aktiviti riadah

Semangat abang Saharul kita

Mia Ahmad buat apa tu.

Sesi autograf duta tonton

Mia Ahmad

Saharul Ridzwan 
Tulang belakang tonton


Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka ikut keselesaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada," kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV & tonton turut menawarkan portal video sehenti untuk orang ramai, di mana mereka dapat menikmati pelbagai jenis pilihan program-program tempatan mahupun antarabangsa yang disediakan," tambah Airin. 





Terima kasih tonton jemput kami.

Antara drama yang wajib tengok!



Haaaa, so siapa dah daftar sebagai tonton VIP juga anda berpeluang mendapat baucer dari CJ WOW SHOP atau untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk di sini. Sila ikuti laman media sosial seperti:


HASHTAG: #tontonMY #tontonMacamVIP
Hubungi: LIVE chat service / 03-2717 2020


Mindpearl Kuala Lumpur Grand Opening

$
0
0

Previously, our team has been invited to see Mindpearl Kuala Lumpur Grand Opening which located at UOA Business Park , Seksyen U1 Shah Alam 



If you still wondering what is Mindpearl, let us explain! Mindpearl specialises in inbound multichannel customer support across multiple verticals from their quality,strategically located centres in Australia, Spain, South Africa and Fiji. 



Mindpearl  , a leading customer support provider to the aviation industry,will extend its reach in delivering critical customer service solutions to leading names in the aviation sector.



So why Malaysia?  The Malaysia office is ideally positioned as a strategic business hub for trade and services, thus allowing stimulation of economic development in various industries. The Malaysia office will cater for the needs of its clients in various languages including English, Malay, Bahasa Indonesia, Mandarin, Cantonese, Japanese,Korean, Vietnamese, Thai, Tagalog and Khmer. 
Ir. Siva Kumar Ramanathan, Chief Strategy Officer, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) giving his speech

 William Pattison, Chief Executive Officer, Mindpearl giving his speech to business partners and media.


Mindpearl Malaysia has also been awarded the MSC status by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) which allows them to enjoy various benefits from the government.

We've been giving a chance to explore their new office and its totally comfy environment! 


 Within this, Mindpearl will service Malaysia Airlines globally through two of its offices situated in Malaysia and Fiji.

Previously, Malaysia Airlines operated its customer support centre from several locations, including their head office in Kuala Lumpur, Malaysia. The partnership between Mindpearl and Malaysia Airlines will allow Malaysia’s national carrier access to more sophisticated technologies, enable operational inefficiencies, eliminate fragmentation, promote improvement through standardisation and ultimately enhance the overall customer experience.

Congratulations Mindpearl! Wishing you guys success in future !

CARA-CARA UNTUK CHECK-IN DI KIOSK AIRASIA

$
0
0
Bagi orang yang biasa travel dengan AirAsia, mungkin tiada masalah untuk menggunakan perkhidmatan Kiosk untuk self check-in di airport. Hakikatnya, bila kita berada di airport especially di KLIA2, masih ada orang sebelah yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya macam mana nak buat self check-in dengan menggunakan kiosk AirAsia yang disediakan. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel terpanggil untuk berkongsi info ringkas berkaitan dengan cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Mudah-mudahan, selepas ni makin ramai yang tahu betapa mudahnya nak guna self check-in machine di airport.



Apakah kelebihan self-check in di kiosk AirAsia?

  1. Elakkan dari beratur panjang tunggu giliran
  2. Check-in dan print boarding pass dalam beberapa langkah mudah dan cepat
  3. Kemudahan kiosk yang disediakan di airports termasuklah di Malaysia (KLIA2), Thailand, Indonesia, Philippines, Singapore dan India


Masa untuk check-in?

Kita boleh start check-in bermula 14 hari sebelum jadual penerbangan ataupun selewat-lewatnya 1 jam sebelum jadual penerbangan.


Apa beza dengan check-in di website?

Kalau bimbang tak sempat sampai airport 1 jam sebelum penerbangan untuk check-in dan print boarding pass, lebih baik check-in melalui website. Time check-in tu, request untuk terima 2D barcode melalui smart phone. Then, bila sampai airport tak payah rushing untuk check-in. Hanya ke kiosk untuk scan barcode tadi dan print boarding pass.

Lagi satu teknik mudah untuk check-in melalui website adalah dengan print sendiri boarding pass siap-siap dari rumah. Kalau tiada printer, lebih baik request 2D barcode ataupun check-in di kiosk. Pilihan di tangan anda. Tapi saya lebih prefer check-in di kiosk.


Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia


1. Daaptkan booking number melalui email selepas urusan pembelian tiket selesai.




2. Lepas pilih bahasa semua, select booking number dan masukkan booking number



3. Check semua maklumat peribadi dan tick pada box yang sepatutnya. Tekan next sampai selesai!

4. Kalau untuk penerbangan antarabangsa, last sekali kena scan passport untuk verification

5. Click confirm dan tunggu boarding pass yang dicetak keluar. Settle!

6. Untuk check in luggage pun boleh terus print tag guna self check-in machine ni. Mudah!


Done! Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Nak lagi mudah, boleh just check-in guna smart phone. Tapi, make sure install apps AirAsia dalam phone. Buat urusan check-in dalam apps dan tak perlu print boarding pass. Automatik akan ada e-boarding pass dalam apps tadi. Bila nak masuk departure hall, just tunjukkan kad pengenalan (Passport untuk international flight) dan e-boarding pass tadi, dah boleh masuk. 


Actually banyak pilihan yang kita ada, Bergantung kepada cara mana yang paling mudah, cepat dan selesa bagi korang. Setengah orang suka beratur di kaunter untuk check-in, setengah orang pulak suka check-in di website dan print sendiri boarding pass dari rumah, dan ada juga yang prefer untuk guna self check-in machine di kiosk yang disediakan di airport. Korang yang mana satu?



TIPS PENGGUNAAN LIF DENGAN SELAMAT

$
0
0

TIPS PENGGUNAAN LIF DENGAN SELAMAT | Bila sebut lif, orang ramai kadang kala terlupa tentang etika menggunakan lif yang berada dipresmis perniagaan, hospital atau tempat awam. Ada yang suka hati menjadikan lif sebagai bahan permainan dengan butang yang tertera dan akhirnya terperangkap didalam lif.

Bila sudah terperangkap, akan muncul banyak komplikasi seperti pengsan dan sesak nafas sehinggakan ada kes yang membawa kepada kematian. Itu sangat berbahaya bukan?!

Disini MR kongsikan tips penggunaan lif selamat untuk peringatan semua pembaca blog Projek Travel.


  1. Tekan butang naik atau turun yang di kehendaki.
  2. Berhati-hati ketika melangkah masuk/keluar lif.
  3. Pintu lif akan tertutup sendiri atau terus menekan butang buka/tutup pintu lif untuk pengguna masuk/keluar dengan sempurna.
  4. Sekiranya berlaku kecemasan, bertenang, jangan panik. Tekan butang loceng kecemasan dan gunakan sistem interkom. Membuat panggilan kepada nombor kecemasan yang tertera di dalam lif. Tunggu sehingga bantuan tiba.
  5. Jangan keluar dari lif sekiranya terperangkap dan jangan membuka pintu dengan kekerasan/paksaan.
  6. Sekiranya berlaku kebakaran, jangan gunakan lif. Sila gunakan tangga untuk keselamatan.


ANDA DILARANG !


  1. Melakukan vandalisma dengan merosakkan mana-mana bahagian lif seperti butang atau lampu. 
  2. Merokok di dalam lif.
  3. Membenarkan kanak-kanak menaiki lif tampa diiringi orang dewasa.
  4. Menggunakan lif melebihi muatan yang dibenarkan.
  5. Bersandar atau menahan pintu lif akan membahayakan diri anda.
  6. Menyelamatkan orang yang terperangkap apabila lif terhenti. Hubungi pihak penyelenggaraan untuk mendapat bantuan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini sedikit sebanyak dapatlah membantu anda semua dalam menggunakan lif dengan cara selamat dan dapat mengelakkan daripada kemalangan. 


PERLIS SYURGA PENCINTA ALAM SEMULA JADI

$
0
0
Negeri nun di utara tanah air, Perlis menunggu ketibaan wakil Projek Travel dan peserta lain yang turut sama terlibat dalam Perlis Nature ' A Sneak Preview'. Menjanjikan pelbagai produk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi menunggu kami untuk diterokai, peserta kali ini terdiri daripada media, tour guide, penggiat industri dan wakil - wakil yang turut sama dalam kembara yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perlis




Kalau dahulu, ramai yang mengeluh untuk ke Perlis, manakan tidak, hanya pengangkutan bas sahaja yang ada untuk ke sini. Jika tidak, pengunjung perlu menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas Kedah dan perlu menaiki pengangkutan lain yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pula untuk tiba di Perlis




antara kemudahan yang disediakan di dalam ETS 

Kini, anda tidak perlu risau kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) melalui perkhidmatannya yang terkini, Electric Train Services (ETS) menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang jauh lebih selesa dan pantas.

Mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau, perjalanan jauh langsung tidak terasa dengan keselesaan yang ditawarkan ETS kepada penumpangnya. Malah pandangan turut terleka dengan kehijauan alam yang menjamu penglihatan kami sepanjang jalan.




Mengenai penginapan di Perlis pula, jangan risau, kami di Projek Travel mencadangkan agar anda menginap di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Selesa dan berpatutan! 


Bukit Keteri, Perlis
Ketibaan kami di Stesen Arau tepat pada jam 2.30 petang disambut mesra oleh kakitangan Tourism Malaysia Perlis  dan seterusnya kami dibawa menuju ke Bukit Keteri , yang turut dikenali sebagai syurga buat penggemar sukan lasak , rock climbing

Disini kelihatan beberapa orang pendaki sudah bersedia untuk menunjukkan demonstrasi rock climbing kepada kami. Untuk mereka yang sukakan aktiviti rock climbing, Bukit Keteri sering kali menjadi pilihan kerana ianya mempunyai pelbagai pilihan laluan untuk sampai ke puncak.



pemandangan di waktu senja di Perlis 

Selain rock climbing, Gua Bukit Keteri juga menanti para pengunjung. Ruangan terbesar dalam gua Bukit Keteri ini dikatakan dapat memuatkan sebuah jet jumbo bagi mengambarkan betapa besarnya ruangan yang wujud di dalam gua ini


Menara Pandang Wang Kelian




Sebelum ke Taman Negeri Perlis apa kata singgah sebentar di Menara Pandang Wang Kelian. Pemandangan negeri Perlis dan sempadan negara Malaysia -Thailand yang menyeluruh dan cukup indah menjadi taruhan Menara Pandang Wang Kelian apabila anda ke sini.


Taman Negeri Perlis 

Menjanjikan ekspedisi yang penuh dengan liku - liku yang mencabar , Taman Negeri Perlis tersimpan pelbagai khazanah alam yang perlu diterokai. Terletak di sempadan Barat Negeri Perlis yang menemukan Malaysia








Sebelum masuk ke Wang Burma, pastikan kelengkapan diri anda seperti pakaian sukan, kasut yang sesuai  dan lampu suluh tersedia. Ini kerana anda perlu masuk ke dalam  perut gua yang sempit dan merentasi anak sungai di dalamnya. 






Agak mencabar, namun kepuasan menanti apabila anda dapat merasai dan melihat sendiri keunikan di dalamnya

Gua Kelam

 Gua Kelam sering kali sinonim dengan Negeri Perlis. Terletak 36 KM dari Pusat Bandar Kangar, Gua Kelam yang dahulunya terkenal dengan lombong bijih timah yang bermutu tinggi , menjadi jalan penghubung penduduk Wang Kelian dengan penduduk Kaki Bukit. 





Jika sebelum ini , Gua Kelam ditutup kerana bah besar, kini Gua Kelam telah dibuka untuk kunjungan orang ramai.Sering kali menjadi pilihan untuk mereka yang berkeluarga beriadah disini sambil menikmati pemandangan kaki bukit yang indah






Gua Kelam juga merupakan salah satu produk pelancongan buat mereka yang ingin melakukan aktiviti trekking dan rock climbing

Mencerap Bintang di Tasik Timah Tasoh

Buat penggemar dan penggiat fotografi, jangan lepaskan aktiviti mencerap bintang(starscaping) untuk dapatkan gambar milky way


Kredit Gambar : Umar Mita 

Kredit Gambar : Umar Mita 


Penerangan mengenai milky way oleh Umar Mita 


Masih ramai yang tidak tahu bahawa Tasik Timah Tasoh merupakan salah satu lokasi yang strategik di Malaysia untuk dapatkan gambar milky way yang terbaik. 




Malah , Umar Mita sendiri turut menganjurkan bengkel fotografi. Bagi yang berminat untuk dapatkan khidmat Umar Mita, beliau boleh dihubungi melalui 

Instagram : @UmarMita 
email : Umarmita@gmail.com 


Wang Gunung 

Ekspedisi Wang Gunung menunggu buat para pendaki dan pencinta alam. Pintu Wang Gunung dengan ketinggian 499.1M pasti memberi cabaran dan pengalaman yang baru kepada pendaki. 






Manakan tidak, satu - satunya tempat yang mempunyai banyak batu sempadan ini mempunyai 14 stesen yang penuh dengan batuan tajam dan mencabar. Namun satu kepuasan bagi mereka apabila sampai ke puncak dan melihat bendera Negeri Perlis megah berkibaran






 Jangan lupa untuk rakamkan kenangan apabila tiba di atas puncak dua sempadan ini 


Bukit Manik

Menjanjikan produk pelancongan alam semula jadi Perlis, Bukit Manik turut berada dalam senarai ini. 





Merupakan salah satu bukit yang berada berhampiran Tasik Timah Tasoh, buat penggemar sukan ATV, anda boleh menaiki kenderaan lasak ini serendah RM10. 

Restoran Mee Rebus Azmi

Kunjungan anda ke Perlis , tidak akan lengkap jika tidak merasai sendiri keenakan Pasembor Perlis , Mee Goreng Mamak dan Nasi Arab di Restoran Mee Rebus Azmi



kredit : FB Restoran Mee Rebus Azmi 

Masakan Pemenang tempat ketiga dalam Penang International Halal Chefs Challenge 2015 ini pastinya akan membuatkan selera anda bertambah! 

Galeri Diraja Arau 






Tersimpan salasilah dan sejarah keturunan Diraja Perlis , Galeri Diraja Arau ini menghimpunkan pelbagai barangan peribadi keluarga diraja ini. 




Namun begitu. untuk masuk ke Galeri Diraja Arau ini perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan hanya dibuka untuk acara tertentu sahaja 

Terima Kasih 

Tourism Malaysia Perlis 
Angkatan Pertahanan Awam Perlis 
KTMB 
Hotel Seri Malaysia Kangar 
UNIC Astana Perlis 


HOTEL LOST WORLD OF TAMBUN IPOH PERAK

$
0
0

Lost World Hotel
Sekali lagi kami berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke bumi Ipoh. Tujuan kami kali ini bukan untuk menjelajah bandar Ipoh, tapi ke salah satu taman tema yang cukup popular iaitu LOST WOLD OF TAMBUN . Entry pada kali ini admin ingin berkongsi berkenaan penginapan kami di Sunway Lost World Hotel yang mana ianya sudah pasti menjadi pilihan kepada pengunjung taman tema LOST WOLD OF TAMBUN  yang datang bercuti lebih dari sehari di sini.


Kami telah ditempatkan di dalam bilik berkeluasan 22.76 sqm iaitu (Exotic Room) yang mana harga biasa yang dipaparkan di dalam website mereka ialah MYR530,00 net. Bilik ni mempunyai 2 single bed yang selesa dan berhawa dingin.









Bilik yang agak luas dan selesa untuk kami. Cuma lantai di ruang bilik tidak berkarpet hanya berjubin. Tetapi itu tidak menjadi masalah untuk kami menginap dengan selesa di Sunway Lost World Hotel ni. Apa yang penting bagi kami, akses internet di bilik sangat tidak mengecewakan.

Jika anda mempunyai masalah segera berhubung dengan staf mereka yang berada di kaunter kerana mereka sangat peramah dan membantu.

Sumber: www.mawardiyunus.com

Alamat:

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.
(240342-P)
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

MAKANAN HALAL MALAYSIA PALING MURAH DI BANDAR PERTH

$
0
0

MAKANAN HALAL MALAYSIA PALING MURAH DI BANDAR PERTH | Kalau korang berpeluang untuk travel ke Perth Australia, rasanya korang tak perlu risau akan kempunan untuk makan makanan Malaysia. Nak nak pula jika korang yang beragama islam yang sangat mementingkan halal haram makanan.


INSAN CAFE, PERTH


Di tengah bandar Perth ada beberapa buah restoran makanan melayu halal yang boleh jamu korang dengan pelbagai jenis makanan halal signature malaysia. Tapi bukan sekadar halal yang korang cari, kami sendiri sudah menikmati kesemua restoran-restoran tersebut dan ternyata Insan Cafe merupakan restoran yang menyediakan makanan halal Malaysia paling murah di bandar Perth.



Berikut merupakan senarai harga makanan di Insan Cafe, Perth*harga semasa lawatan kami awal September 2016


Banyak pilihan makanan seolah-olah korang berada di restoran nasi campur di Malaysia. Kalau tak percaya boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni.





Bagi korang yang berselera western tu, tak perlu risau sangat sebab kat sini pun ada pakej makanan western yang murah. Pakej makanan western ni baru sahaja diperkenalkan oleh diorang kerana atas permintaan pelanggan mereka. Tak hairanlah masa kami pergi pun memang ramai juga pelanggan mereka dari warga tempatan.


Artikel Berkaitan : 


Alamat :
113-115 Murray St,
Perth WA 6000, Australia

Waktu Beroperasi :
11:30AM–10PM (waktu tempatan)

Phone:
+61 8 9241 0588

GALERI DIRAJA GALERI SULTAN AZLAN SHAH

$
0
0

Sudah beberapa kali admin ke Kuala Kangsar yang mana ianya juga digelar sebagai bandar diraja Negeri Perak. Kunjungan admin ke Kuala Kangsar pada kali ini ternyata bukan sekadar kunjungan biasa kerana ia adalah semata-mata untuk menerokai GALERI DIRAJA iaitu GALERI SULTAN AZLAN SHAH.


Untuk pengetahuan korang, GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini ada mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk cenderahati-cenderahati yang telah Almarhum Tuanku terima.


GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini terbahagi kepada dua bangunan, dimana pada bangunan yang pertama menempatkan koleksi-koleksi yang bersaiz kecil manakala di bangunan kedua pula menempatkan koleksi-koleksi bersaiz besar seperti kereta yang digunakan oleh Almarhum Tuanku.


Untuk info lebih lanjut, mari kita baca info yang kami dapat melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ini sendiri.

Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut “Istana Hulu” atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk ‘bumbung limas’ dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri – genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali – untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari ‘Cengal’ dan ‘Meranti’ kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak. “_laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar


Bahan-bahan pameran di GALERI SULTAN AZLAN SHAH ini dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti salasilah diraja, gambar-gambar DYMM bersama keluarga, DYMM sebagai tokoh perundangan di Malaysia, info-info mengenai Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34, DYMM sebagai Dipetuan Agong Malaysia Ke-9, penglibatan DYMM sebagai tokoh sukan terutama sukan Hoki, Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun, koleksi cenderamata yang diberikan oleh para pembesar negara lain, DYMM semasa zaman remaja dan persekolahan, Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan yang diterima, koleksi keris dan yang terakhir koleksi kereta yang dimiliki oleh DYMM.




PERINGATAN !!! Pengunjung sebenarnyaADALAH DILARANG untuk mengambil gambar sebarang bahan yang dipamerkan di dalam galeri ini .

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957

Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang

Bayaran Masuk:
Dewasa
 : RM4.00 / Warga Emas : RM2.00
Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman Al Fatihah


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya TravelMagazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".


KALENDAR CUTI UMUM MALAYSIA 2017 & CUTI PERSEKOLAHAN 2017

$
0
0
KALENDAR CUTI UMUM MALAYSIA 2017 & CUTI PERSEKOLAHAN 2017 | Memandangkan kita sudah menhampiri akhir tahun 2016, pasti sudah ramai diantara kita sudah mula merancang percutian pada tahun 2017 yang akan datang bukan? Nak-nak pula pada kaki travel, ini sudah menjadi perkara wajib untuk dibuat sebelum datangnya tahun baru 2017.

kredit foto gistation

Jadi, berikut merupakan senarai perincian kalendar cuti umum malaysia 2017, cuti negeri di Malaysia dan cuti serta takwim penggal persekolahan bagi tahun 2017 . Perincian ini turut merangkumi Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri yang telah dipecahkan (split) mengikut bulan bagi memudahkan atau menyenangkan anda membuat semakan tarikh cuti sambutan ataupun perayaan.

 Kalendar Cuti Umum Malaysia 2017

Bulan January

01-Jan-17 Ahad
Tahun Baru 2017
Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14-Jan-17 Sabtu
Keputeraan YDB Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
15-Jan-17 Ahad
Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
28-Jan-17 Sabtu
Tahun Baru Cina
29-Jan-17 Ahad
Tahun Baru Cina

Bulan February

01-Feb-17 Rabu
Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
09-Feb-17 Khamis
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor

Bulan March

04-Mar-17 Sabtu
Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
23-Mar-17 Khamis
Keputeraan Sultan Johor
Johor

Bulan April

14-Apr-17 Jumaat
Good Friday
Sabah, Sarawak
15-Apr-17 Sabtu
Hari Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka
24-Apr-17 Isnin
Israk dan Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan, Perlis
26-Apr-17 Rabu
Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu

Bulan May

01-May-17 Isnin
Hari Pekerja
07-May-17 Ahad
Hari Hol
Pahang
10-May-17 Rabu
Hari Wesak
17-May-17 Rabu
Keputeraan Raja Perlis
Perlis
27-May-17 Sabtu
Awal Ramadan
Johor, Kedah, Melaka
30-May-17 Selasa
Hari Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah, Labuan
31-May-17 Rabu
Hari Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah, Labuan

Bulan June

01-Jun-17 Khamis
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
02-Jun-17 Jumaat
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
03-Jun-17 Sabtu
Keputeraan YDP Agong
12-Jun-17 Isnin
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
25-Jun-17 Ahad
Hari Raya Puasa
26-Jun-17 Isnin
Hari Raya Puasa

Bulan July

07-Jul-17 Jumaat
Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia
Pulau Pinang
08-Jul-17 Sabtu
Harijadi YDP Pulau Pinang
Pulau Pinang
22-Jul-17 Sabtu
Hari Kemerdekaan Sarawak
Sarawak

Bulan August

31-Aug-17 Khamis
Hari Kebangsaan

Bulan September

01-Sep-17 Jumaat
Hari Raya Qurban
02-Sep-17 Sabtu
Hari Raya Qurban
Kelantan, Terengganu
09-Sep-17 Sabtu
Harijadi YDP Sarawak
Sarawak
16-Sep-17 Sabtu
Hari Malaysia
21-Sep-17 Khamis
Awal Muharram

Bulan October

07-Oct-17 Sabtu
Harijadi YDP Sabah
Sabah
13-Oct-17 Jumaat
Harijadi YDP Melaka
Melaka
18-Oct-17 Rabu
Hari Deepavali
Kecuali Sarawak
24-Oct-17 Selasa
Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
26-Oct-17 Khamis
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor

Bulan November

03-Nov-17 Jumaat
Keputeraan Sultan Perak
Perak
11-Nov-17 Sabtu
Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
12-Nov-17 Ahad
Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan

Bulan December

01-Dec-17 Jumaat
Maulidur Rasul
11-Dec-17 Isnin
Keputeraan Sultan Selangor
Selangor
25-Dec-17 Isnin
Hari Krismas

Cuti Sekolah
Tarikh Cuti
Jumlah hari bercuti
Cuti pertengahan penggal pertama
18-March-2017 hingga 26-March-2017
9 hari
Cuti pertengahan tahun
27-May-2017 hingga 11-June-2017
16 hari
Cuti pertengahan penggal kedua
26-August-2017 hingga 03-September-2017
9 hari
Cuti akhir tahun
25-November-2017 hingga 31-December-2017
37 hari

Kalau dikira kesemua jumlah cuti kelepasan umum bagi tahun 2017 adalah sebanyak 13 hari. Jadi apa tunggu lagi, plan cuti korang sebaiknya, kalau ada tawaran hebat tiket penerbangan dari mana-mana airlines tu ambil peluang sebaiknya. Apapon selamat bercuti dari kami.

TRAVEL MEWAH, HARGA MURAH? NAH, KAMU WAJIB SERTAI TOURISTGUIDE.com.my!

$
0
0
TouristGuide.com.my sebuah portal 'networking' yang menghubungkan para pengembara dengan tawaran hotel dan penerbangan murah telah dilancarkan pada 24 November 2016 yang lalu bertempat di Westin Hotel Kuala Lumpur!

Dengan misi 'Building The World's Largest Travel Network', platform baharu ini pastinya menjadi hentian setempat buat kamu yang mahukan harga penginapan berpatutan, diskaun lawatan 'on-ground', selain harga penerbangan murah menerusi pendaftaran keahlian secara PERCUMA!


kredit foto http://www.isaactan.net/

10 SEBAB WAJIB SERTAI TOURISTGUIDE.COM.MY


Malah, kamu boleh mendapatkan percutian percuma menerusi pengumpulan mata untuk ditukarkan dengan penginapan hotel, pakej lawatan dan penerbangan! Nah, Projek Travel senaraikan 10 SEBAB WAJIB SERTAI komuniti TouristGuide.com.my!


1. Pendaftaran PERCUMA & 'Immediate SUPER Big Discount' sehingga 75%!


Ya, kami benar-benar maksudkan pendaftaran keahlian dengan 'zero cost' dan terus nikmati kadar diskaun pakej pelancongan super hebat! Nah, tengah ada promosi istimewa diskaun 50% untuk tempahan sehingga 30 November ni tau, rujuk poster di bawah!






2. Kumpul Mata Ganjaran & Tukar dengan Percutian PERCUMA!


Kumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian pakej dan tukar mata ganjaran dengan penginapan hotel, pakej lawatan mahupun penerbangan secara PERCUMA! Tiada kekangan had untuk pengumpulan mata ganjaran maksima, ya kami serius tentang ini!


3. Kenalkan Rakan & Tambah Mata Ganjaran Automatik PERCUMA!


Iya, kamu hanya perlu kenalkan rakan ke laman ini dan kumpul mata ganjaran untuk setiap kenalan kamu yang mendaftar secara PERCUMA! Sekali lagi, tiada sebarang kos dan kamu boleh mula mengumpul mata ganjaran untuk penebusan percutian PERCUMA!

4. Tempahan Hotel LEBIH MURAH!


Kenapa lebih murah? TouristGuide.com.my tidak mengguna-pakai sebarang pakej pengiklanan konvensional (TV mahupun akhbar utama), justeru dengan kos operasi yang lebih rendah; kebanyakan penjimatan disalurkan untuk tawaran harga penginapan lebih murah buat pengembara seperti kamu.

5. Pilih Pakej MURAH Mengikut Kegemaran & Bajet!


Hah, kamu boleh memilih pakej menerusi tab khas di TouristGuide.com.my; sama ada  pakej 'Honeymoon', Pulau, Taman Tema, Kembara Lasak, atau 'Free & Easy' dan suai-padan mengikut bajet kamu, jimat dan mudah!

6. Tiada 'Booking Fee', harga LEBIH RENDAH!


Yes, tiada 'booking fee' atau yuran tempahan yang dicaj oleh TouristGuide.com.my! Justeru, kamu boleh menikmati harga percutian (penginapan atau penerbangan dalam harga sebenar) dengan kadar lebih rendah!


7. Rangkaian Data 'Traveller' Yang Luas


Nah, dengan pengkalan data pengembara yang meluas, TouristGuide.com.my mampu menawarkan pakej harga lawatan lebih rendah berbanding harga pasaran di luar sana. Pengumpulan banyak data dalam rangkaian yang sama membolehkan lebih banyak pakej diperkenalkan pada masa hadapan mengikut kegemaran ahli.

8. Sokongan Global 24 Jam - Worry Free holiday guaranteed!


TouristGuide.com.my mengutamakan keselesaan kamu! Pasukan khidmat pelanggan beroperasi 24 jam dan kamu boleh berhubung dengan mereka dari serata dunia sekiranya terdapat sebarang masalah semasa bercuti. Rekomendasi penuh dari kami untuk perkhidmatan ini!

9. Capaian Online & Offline yang simple & trusted!


Bukan sahaja tempahan percutian secara online di www.touristguide.com.my yang boleh diulang akses pada bila-bila masa, malah kamu boleh menghubungi pihak Tourist Guide untuk sebarang maklumat / promosi terkini termasuk tempahan offline di:-

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)


Suite A25-3A,

Sentral Business Park,

Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan


Talian Bebas Tol: 1800 38 3338

Waktu Pejabat: 9 pagi – 6 petang (Isnin – Jumaat)

Atau ikuti laman sosial di:-

10. Bercutilah dengan GIRANG, TouristGuide.com.my uruskan kesemuanya!


Paling utama, pengalaman kami bercuti sendiri melibatkan banyak perkara yang perlu diambil kira, dengan TouristGuide.com.my kamu hanya perlu membawa diri dan 'enjoy'lah sepuasnya!

Selamat bercuti dari Projek Travel!


Viewing all 507 articles
Browse latest View live